Tuesday, July 08, 2014

rant hari selasa

assalamualaikum & helo, all! *wave* xD

BAHAN DAPUR
malam semalam pergi mydin p15.
ingat nak cari bahan dapur.
sebelum tu ada pergi AEON big putrajaya, cari bahan dapur jugak.
tapi ikan ayam tak fresh dah malam-malam.
(siang ai kerja lah bila masa nak pergi shopping siang hoih.. haha)
pergi mydin semalam pulak,
banyak yang tak ada.
ikan mata dah merah.
serbuk kari babas tu merata sy cari kat putrajaya, tak jumpa.
aaa stress shopping bahan dapur kat sini. *kuikuikui*
memang nak kena pergi pasar basah jugaklah macam ni.
petang ni ada pasar tani.
tu la pergi mydin malam semalam sebab malas nak singgah pasar tani balik kerja hari ni.
sebab sana ramai gile orang.
nampaknya kena pergi jugaklah
demi mendapatkan ikan-ikan fresh dan bawang-bawang yang cantik.
tabah je lah kena berpusu-pusu. -_-"

FOOD PHOTOS
sila tahu bahawa salah satu kesukaan sy adalah browse gambar makanan ok.
bulan puasa pun browse.
siang hari.
tabah tak tabah :P
tapi sy browse sambil menengok resepi.
sambil cari idea nak masak apa. haha
biasanya sy masak hari-hari tu (selain by request),
adalah by apa yang tekak rasa nak makan.
husband biasanya ok je. dia cakap masak je apa-apa. dia makan je. haha
so bila browse gambar makanan, nanti dapatlah perasaan nak makan apa untuk hari tu.
biasanya setakat ni tak ada cook's block ke apa
(dia macam writer's block la konon. iaitu tak dapat fikir nak masak apa. HAHAHA)
dan sy tak de masalah tengok gambar makanan pada siang hari bulan puasa.
tak jejas. jejes *drool* tu tak tau la pulak kan. wahaha

MENAHAN SOBARRR EWAH
kalau ikut dulu-dulu zaman sekolah,
fardhu ain belajar pasal puasa. apa tu puasa?
puasa is menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa.
termasuk makan, minum, masukkan sesuatu dalam rongga, muntah sengaja dll.
tapi ada je orang marah, curse, gaduh, mengumpat time puasa.
tak tau la batal puasa ke tak tu, atau nipis pahala. wallahualam.
tapi biasanya orang time lapar dia cepat sikit marah.
a hungry person is an angry person, ingat tak? haha
agaknya tu tersabit dengan kes bapak bunuh anak lelaki 17tahun tu.
tak tau la sebab dia lapar ke apa time tu, tapi sy rasa sebab baran.
prolly bapak dia menyesal buat gitu. well bapak mana tak sayang anak.
tapi things already happened.
sebab tu la pentingnya menahan sabar bulan puasa ni.
weh bukan time puasa je, time bila-bila pun la.
sebab tu kadang better diam.
macam this one comment sy baca kat instagram pagi tadi.
budak ni kutuk gambar ****.
tuduhan la kiranya.
budak tu pakai tudung (ni la yang orang typical minded kerap cakap 'pakai tudung tak semestinya baik'. aaaa spesis cenggini la ni penconteng arang2 huahua)
so ada auntie ni komen balas "if you have nothing nice to say, then you better say nothing at all."
deep.
terawih, quran, amal ibadah, zikrullah is what we should do on ramadhan.
tapi di samping tu, benda-benda yang kita selalu terlepas pandang macam ni (like good moral values) kena la practise sekali.
nanti tak jive pulak. haha
ok.




p/s : wani, tabahkan hati ke pasar petang nanti. jam manusia. jam manusiaaaaaa (sapu jam manusia ke roti) hihi

No comments: