Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Monday, December 29, 2014

new template, yosh!

new template dah siap sediaaaaaa *over* haha

this is my 2015 blog template.
enjoyx!

Tuesday, June 17, 2014

another blog

ye, sy ada blog lagi satu,
ice craze dan dah berapa kurun on hiatus kat blog tu. bah haha

blog ni inspires me in posting artsy stuff, or random stuff.
tapi macam mana ntah, terlampau sibuk sampai terlupa.
now sy nak start blogging balik random stuff kat situ.

just somehow,
opening that blog and reading back my old passions make me happy :)
harap passion ni tak kan pernah putus.

Monday, November 18, 2013

tutorial : letak watermark di gambar

hola!
si bizi ini kembali! lolx.

atas request dell hari tu, entry kali ni sy akan buat tutorial macam mana nak letak watermark kat gambar-gambar korang.
tujuan letak watermark adalah supaya tak de orang sesuka hati nak copy gambar dalam blog atau page korang tanpa kebenaran.
and watermark nak beritahu yang gambar tu adalah kepunyaan korang, secara original.

disclaimer :
gambar-gambar yang digunakan adalah contoh sahaja dan untuk kegunaan tutorial.
gambar-gambar itu bukan sy punya.
jugak bukan ahmad albab yang punya. bahaha

ok let's start! xD


1. software : photoscape
sebenarnya banyak software yang boleh digunakan untuk buat watermark.
ada orang pakai photoshop.
sy suka pakai photoscape, senang.
lagi-lagi kalau korang nak letak watermark untuk multiple pictures atau gambar yang banyak sekaligus.
nak resize, letak frame kat gambar, semua boleh guna photoscape.
tapi kali ni ajar nak buat watermark je la kan. haha
now sila ke www.download.com
search la 'photoscape'.
hasil carian akan keluar. (photoscape ni FREE je!)

klik untuk nampak lebih besar.

ok. jadi sila download dengan klik pada butang Download Now macam gambar kat atas ni.
ikut kalau korang pakai windows, ambik yang atas sekali kaler biru tu.
kalau macOS (apple), ambik yang warna merah tu. sy dah bulat awal-awal dah. haha


then ikutlah langkah-langkah yang ditunjukkan.
alah korang biasa kan download-download ni.
sama je lebih kurang semua. hihi


2. buka perisian photoscape
lepas dah download dalam komputer,
boleh buka photoscape terus la.
macam ni skrin depan dia :

klik untuk lebih besar
ok kemudian klik pada batch editor yang sy dah bulatkan dengan warna biru tu.
batch editor adalah untuk korang edit gambar-gambar secara banyak sekaligus.
nak tukar saiz, nak tambah bingkai (frame), nak jadikan lebih terang, lebih sharp, semua boleh buat kat sini.
atau kalau nak edit 1 gambar saja, boleh pakai editor. yang ni lebih detail la. siap boleh lukis-lukis.
yang lain-lain tu korang explore la nanti ye.
hari ni kita fokus kat batch editor sahaja.



3. pilih gambar
pada belah kiri, korang dapat lihat explorer.
yang ada fail-fail kuning tu.
ha, sila pilih gambar dalam folder komputer korang.
sebagai contoh, kat sini sy pilih dua gambar daripada folder ART.
cuma drag (heret) gambar tu masuk ke bahagian belah atas macam yang ditunjukkan oleh anak panah biru.
kalau nak pilih semua gambar, klik pada gambar dan tekan Ctrl+A. lepas tu drag.
kalau nak pilih beberapa gambar pulak, klik gambar-gambar sambil tekan Ctrl pada keyboard. lepas tu drag.

dua fail gambar didrag ke atas. boleh nampak preview gambar (gambar kasut tu) kalau korang klik nama fail yang berkenaan.
lihat pada tab home, sy ada bulatkan warna biru.
yang itu adalah sy telah setkan saiz gambar kepada 300 megapixel.
jadi, kedua-dua gambar akan jadi sebesar 300 MP bila dah siap nanti.
nak set benda lain pun boleh kat sini.
tapi sy cuma tukar saiz gambar sahaja.



4. pergi ke tab object
sy dah bulatkan pada tab object.
korang kena klik kat situ dan kemudian akan muncul bahagian setting untuk buat watermark.
mana dia?
ha yang belah bawah tu, yang ada anak panah dua ketul tu :P

mula-mula, klik pada kotak di nombor 1.
kemudian klik ikon di nombor 2 untuk set kan tulisan untuk watermark.




5. tetingkap kecil muncul
seperti dalam gambar ye. hehe
kat sini, korang boleh lah set kan jenis tulisan, saiz tulisan, warna, transparency dan sebagainya untuk tulisan watermark korang.
lepas dah siap setting, klik OK.
boleh nampak preview tulisan watermark korang pada fail gambar seperti di bawah ni :




6. rotate (putar) perkataan watermark
haa boleh aje.
selepas korang klik OK tadi,
klik pada perkataan watermark di gambar, gunakan mouse untuk rotate dia ikut suka hati korang.
tak nak rotate pun tak pe.
ikutlah mana yang berkenan di hati.



boleh jugak tengok preview gambar lain yang dipilih.
cuma klik pada fail nama gambar tu.



7. save fail gambar yang sudah diletakkan watermark
lepas semua settle,
bolehlah save semua gambar sekaligus.
cuma klik convert all seperti dalam bulatan biru tu.





di sini boleh pilih folder pilihan untuk save gambar tersebut.
lepas dah pilih, klik Save.

selepas dah siap save,
akan keluar Conversion Completed macam kat bawah ni.
klik je OK.
siap! xD


ni contoh dua gambar yang dah diletakkan watermark tadi :



SELAMAT MENCUBA!

Wednesday, October 02, 2013

looking for a nanny/pengasuh!!

*kibas-kibas habuk dengan sarang labah-labah kat blog ni*

AHAHA!

ye memang tak sempat nak post entries. asal pukul 9 je dah mengantuk.
bila masa nak transfer gambar, upload photos, taip semua.
memang tak de lah. katil lebih penting! :P
(woops. ariana juga penting! hihi)

nak tanya kat kawan-kawan readers semua,
kalau sesiapa tau/kenal pengasuh or taska yang ambil baby sekitar putrajaya ni.
yang recommended.
bolehkah share dengan sy? :)
sebab sy ni tak tau sangat selok-belok putrajaya.
kenal komuniti kat sini apatah lagi.

pencarian masih berjalan.

help meeeee.

thanks in advanced!


Sunday, August 18, 2013

header banner baru

hoit! :P

hari ni sy tukar banner blog yang baru, sempena bulan merdeka ni.
the merdeka edition!!

banner baru

..bagi menggantikan

banner sebelum ni.


nanti lepas-lepas ni sy akan tukar banner lagi, bergantung kepada tahap ke-free-an. isyaAllah.
;)