Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Sunday, June 29, 2014

first day ramadhan saya

salam ramadhan semua!! xD

yang kelakar bila tengok facebook,
meme pasal orang yang update gambar pakai telekung pergi solat terawih. (yang pakai tu lelaki! bahaha)
macam-macam lah korang ni.

btw.

was at jakel!

mesti cakap,
hamboi over baru first day puasa dah pergi jakel.
haha.
sy pergi cari kain untuk baju raya ariana.
nanti lambat kang tak sempat nak dijahit *bukan sy ye yang jahit. wani e tak pandai jahit baju. sekian :P*
tu, kain-kain kat belakang tu sutera.. harga RM1,800 sepasang!! *whaddaaaa*
ada yang design cantik,
ada yang design tah apa-apa.
kalau ko pakai pun tak nampak macam 1,800 *suka hati je wani. haha* tapi betul.
jadi sebelum spend mahal-mahal tu, tengoklah designnya dulu.

husband pun sempat beli baju melayu.
tahun ni aaron aziz lagi,
walaupun koleksi zizan razak ada sama.
orang (seperti biasa) ramai. memang ramai.
tapi ni kira tak super ramai lagi.
tengoklah karang nak dekat raya.
lagi berhimpun kat sini agaknya.
harini sebab ramai balik kampung kan.
tu pun berderet kereta double parking kat luar jakel.
tabahlah bershopping, kalian! :P


baru lepas masak sardin sizzling untuk sahur esok.

ye,
esok bangun confirm mengantuk bagai.
tak keinginan hoih nak masak.
nak pergi kerja pulak lagi lepas tu.
so masak awal-awal malam ni.
esok panaskan aje :D

tu je lah update first day ramadhan.
sorry tak ada gambar pakai telekung baru balik terawih ye. hehe



Tuesday, June 24, 2014

makan on my birthday

berjumpa lagi!

tak sempat nak buat entry on my birthday.
satu sebab time tu phone bengong. jadi separuh hari tu dihabiskan kat alam sentral beli phone baru *tak de dalam plan pun! habis duit ai. burnn burnnnn*
 balik rumah zzz sebab penat jalan.
petang rush pergi banting sebab in laws nak belanja makan sempena birthday.
balik rumah dah malam. haha
so memang tak sempat nak blogging.
gambar makan kat banting pun tak snap. lolx

esoknya makan-makan kat shah alam pulak.
macam biasa la, kitorang kalau makan memang tak de tempat lain. HAHA
tapi kek tak beli.
apakah birthday ni kek pun tade :P
tak sempat weh, terkejar je manjang kerjaanku.
rancangnya nak beli nanti. haha


pasukan shah alam! xD



pasukan putrajaya! yay!!



ariana baru baik chicken pox. ada lagi kesan kat muka and badan dia. bertabah, anakku! :P



dengan madre dan padre ku :D



ada lagi lauk belum sampai. paling lambat sampai tomyam. kitorang dah lapar, so makan dulu.

harith la tu kena menunggu sebab dua lauk terakhir yang sampai tu, dia punya main dish.
tomyam dengan ayam blackpepper. lolx


pipi pipiiiii



muka tak puas hati "kenapa ai tak boleh makan tomyam??"



"really? no tomyam for me?"



antara lauk yang sempat disnap.



buttered tiger prawn.

makan sekian-sekian ni semua kena charge RM200.
ok la tu, lauk banyak, kenyang and suka hati. lolx
(tapi ikan kecik ya amat, kena charge RM50. whadda)

sekian kisah makan-makan birthday si wani.
hihi
Friday, June 20, 2014

tahun ni nak buat countdown pun tak sempat :P

baru nak transfer photos dari phone ke komputer.
restart lagi! *grr*
ye, phone sy sangatlah bermasalah 2-3 hari ni.
sebenarnya kemerengan ni dah lama berlaku.
*tikam phone bertubi-tubi dengan garpu*
for a while, phone ni ok balik.
tapi sekarang ni masalah restart muncul kembali.
dia akan restart non stop. ghhhhhhhhhhh
(cabut bateri pun tak jalan!)

ok kita biarkan kejap phone tu merestartkan diri.
btw jangan buat-buat lupa ha.

ye! satu hari lagi!! xD

(sebenarnya beberapa jam lagi je. HAHA)
Thursday, June 19, 2014

my cards!!

si ariana sepahkan kad-kad sayaaaa.
homai.
lolx




busted!!










chicken pox dia dah menyurut.
harap minggu depan dah boleh hantar ke taska.

street art dah sampai ke ipoh!

wah, si pelukis ernest zacharevic yang terkenal dengan penang street art nya (refer entry jalan-jalan penang saya here) dah melebarkan sayapnya ke area ipoh pulak, yaw!

yang ini hasil seninya tentang kopi O ais,
sesuai untuk musim panas sekarang ni. haha
(credits to blog zamribigfatlife.)

walaupun sy tak minum kopi,
ini untuk penggemar kopi sekalian!
*esp nenek, atok and bapak mertua yang suka minum kopi! hihi*





bilalah nak mula melukis balik ni...
Tuesday, June 17, 2014

another blog

ye, sy ada blog lagi satu,
ice craze dan dah berapa kurun on hiatus kat blog tu. bah haha

blog ni inspires me in posting artsy stuff, or random stuff.
tapi macam mana ntah, terlampau sibuk sampai terlupa.
now sy nak start blogging balik random stuff kat situ.

just somehow,
opening that blog and reading back my old passions make me happy :)
harap passion ni tak kan pernah putus.

the report duty day

monday is the day
when everyone from the four batches gathered around the ministries and report their duty as an 'old timer', or the 'newcomer' :D

as for me,
i'm the newcomer at the new office.
only four of us today
(well five, if it includes this one guy from a junior batch that came since last friday).

what we did that day was
filling up forms, asking questions and sitting at the library all day. haha
this will go on *insyaAllah* for a week
(since all the bosses are not at the office at the mo) hoho

i could see bright days coming ahead for us here.
well i hope. x)

the 'gang'. i know em all. so it's not that awkward or nervous on the first day.

my friend went out (with permission) to finish her works
and she told me when she came back at 6p.m. to punch out,
the office is already closed!
whoa if it's my old office, the office is usually 'open' until night time,
or even on weekends and public hols sometimes. mih hihi
(frequently)
we're looking forward for a flexible office hours
especially when you have a family to look after.. no?
the new office's management told us that the time here is flexible.
and we'll only be busy on special event(s). that's all.
well it should be a good news i think. lolx


the new 'habitat' hahaha. at least for a week from now.

so to dear friends whom reporting their duties,
enjoy your report duty and 'pooling' time.
wherever you are; old workplace, new workplace,
just have fun.
and make the best out of it ;)

cheerio!
Friday, June 13, 2014

FIFA world cup 2014

FIFA world cup 2014 dah bermula!!

tak, sy tak tengok pun perlawanan pembukaan awal pagi tadi; brazil VS croatia.
sy baru bukak ni tengok ulangan. haha
(tapi bangun pagi baca facebook pun dah tau siapa menang :P)

nah gambar sempena semangat FIFA world cup 2014...

tuan rumah brazil.








apa team negara kegemaran wani e?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.


(dari sekolah lagi HAHA)

tapi dah beransur tua ni tak ada la hype nak tengok macam dulu.
siap beli buku dan tanda jadual perlawanan bagai :P
kali ni just mengharapkan italy menang :D
forza italiaaaaa
Thursday, June 12, 2014

tak faham pun, tapi lagu ni best!

lagu daripada taeyang, eyes, nose, lips.



sepatah habuk tak faham *haha* , tapi melodi dia best. r&b kan. wani e loves r&b! :)
(the lyric is beautiful, actually -- from the english translation) enjoy!


makan-makan family

assalamualaikum and helo! :)

(CAUTION : GAMBAR BANYAK. ahaha!)

sabtu lepas kitorang buat makan-makan family di shah alam sempena birthday ariana dan good news naik gred sy tu. xD

biasa korang tengok budak-budak zaman sekarang kalau sambut 1st birthday mesti beria-ia kan *lolx*
bukan setakat kek,
siap ada themed party bagai
dan upah event management gitu :P
(walaupun budak setahun mungkin tak tau tiup lilin kek lagi. mungkin.)
mak bapak mampu, so buat je la. haha

kitorang punya majlis biasa aje dan tak ada kek la hoih :DDD
yang penting nak kumpul ramai-ramai and makan tu.
nak beli kek tak sempat sebab berlari ke sana ke mari.

our family :)



makan-makan yang simple je sebab start pukul 3. ala-ala hi-tea.

so ada mee goreng yang sedap dimasak oleh mama *gracias, mama!*,
rendang ayam yang sy masak,
sate kajang (asalnya nak beli willy, tapi tak sempat nak pergi, beli samuri sudehh)
dan deserts lain.


puding jagung yang dibawak oleh mak mertua ai. tq, mak!



sate tu memang letak sikit-sikit sebab tak nak dia sejuk. so kalau habis je top up.



biras sy, ila & daughter, syaza.


the guys in my life; my bro faliq, my dad and my husband. ariana pun ada skali situ :D



mak mertua ai & iqbal, adik ipar yang baru accident patah tangan.



bapak mertua & anak ipar, aulya.



tu yang duduk tu ina, mak aulya :)



my BILs. faiz ni memang ceria sentiasa. hahaha. sebelah tu isa.



the dads.



ariana yang tak biasa tengok orang ramai-ramai tetiba muncul di rumah.



my aunt, my bro harith, my cous afiif.



my cous' wife, nurul & my cous, kak gee.



kak gee sedaya upaya nak dukung ariana. in the end baru nak budak tu. haha



ariana yang pandai je angkat tangan minta diangkat :DD



husband and i.



ariana and her uncle, faliq. sebelah tu mak bapak dia :P



my mom yang berkerja keras menjayakan makan-makan ni! ^^



my daughter and i.



yay, ariana dapat hadiah kereta! lolx



tengok tu muka tak nak senyum langsung sebab tengok orang ramai sangat. :P



tema baju warna putih. baju je la, skirt beige.



yuhuu it's the husband!



my bro, harith.



my cous; afiif and kak gee.



this is my aunt, cik mah :)



another of my aunt; cik long.



ariana ni tengok mood jugak, ada orang dia nak, ada yang tak.
biasanya dia akan confuse dengan orang yang kulit cerah and pakai spek.
sebab macam uncle faliq kesayangan dia kan. HAHA
hari tu dia mistaken kawan harith, yang ni dia ingatkan ammar (my cous in striped shirt) tu faliq.
bila ammar bukak spek, ariana confuse balik :P
tapi dia memang memilih orang la.
bukan semua orang dia nak.
selamat maju jaya la memujuk dia.. lolx



my aunt, cik arah and cous, asya.



lepas tu family cik po pun datang.

diorang sampai lewat sikit sebab ada kenduri kahwin di area rumah.

selain aktiviti makan, tengok tv, borak,
ada juga aktiviti mengedar souvenir.
sy punya souvenir langkawi (kekacang) berkurun simpan baru bagi kat makcik pakcik.
souvenir sabah (brooches) pun bagi hari tu jugak.
cik arah baru balik US, bagi semorang coklat dan gelang batu jed.
senang kan kumpul-kumpul macam ni,
terus je bagi souvenir kat semua.. haha

oh ada door gift sy buat, tapi sy tak snap gambar.
alah brown paperbag (biasa untuk goreng pisang tu HAHA), letak riben kat depan. dah.
paperbag kecik tu sangat 'in' kan.
tak costly dan go green. lolx


dah petang sikit tu ariana pun penat and tidur.
biasalah dia tu kalau tidur terkeluar koordinat.
dah biasa sangat tu. bahaha


sekian kisah makan-makan kitorang! xD