Showing posts with label recipe. Show all posts
Showing posts with label recipe. Show all posts

Monday, April 22, 2024

resipi ayam kicap berempah hidangan hari raya

assalamualaikum and hi, everyone! :)

since it's still raya,
kali ni kita nak share resipi ayam kicap berempah yang boleh tahan sedaplah jugak.
kot korang dah bosan-bosan makan rendang je *i'm not! 😋 -rendang lover here!-*
lauk ni boleh dimakan dengan lemang dan ketupat jugak tauuu.
so sedap, insyaAllah.

kredit resipi ni untuk dayangjack@dapurku sayang. minta halal resipinya :)

mari tengok bahan-bahan dan cara pembuatannya.. aicewah!


BAHAN-BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar (merah)
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 batang serai


kisar jangan tak kisar, cikk 😁


BAHAN-BAHAN SETERUSNYA:

1 ekor ayam
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar cili kering kisar
2 sudu makan kicap pekat (1 untuk marinate, 1 untuk masuk dalam kuah)
kicap manis secukupnya
daun sup
madu/gula dan garam
sedikit air asam jawa (sy pakai pes asam jawa adabi seco'et hujung sudu je)
rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga)
3 sudu besar kerisik


1. Mula-mula ayam tu korang goreng separa masak (nak full masak pun ikut suka hati haha). Saya air fry kan je sebab nak mudah dan lebih healthy. kalau air fry, suhu 180 darjah celcius, 20 minit gitu.



2. Gaulkan ayam yang dah siap masak dengan kicap pekat sesudu dan lada hitam sesudu. Perap dalam setengah jam pun ok. kalau tak sanggup tunggu, korang perap je la 5 minit. kihkih


3. Ni rempah 4 sekawan. dalam kuantiti gini la. tumis dulu rempah ni dalam kuali yang dah diletak minyak masak.


4. masukkan cili kisar. kacau-kacau.


5. lepas dah pecah minyak, masukkan kicap pekat lagi sesudu dan kacau sebati.


6. masukkan ayam.


7. masukkan kerisik 3 sudu.



8. masukkan air. kacau dan biarkan mendidih.


9. masukkan kicap manis, madu/gula dan garam. lepas tu masukkan daun sup & kacau (time ni sy tak de daun sup)


10. lepas kuah dah pekat, boleh la tutup api dan hidangkan.


sedap dimakan bersama lemang dan ketupat.
nak makan dengan nasi putih panas-panas pun ngam!





 

Tuesday, July 12, 2022

resipi acar timun mentah yang sedap

assalamualaikum and hi! :)

seperti yang dijanjikan,
kali ni sy ingin kongsikan resipi acar timun mentah yang super sedap.
sungguh tak tipu ni.

resipi ni untuk semangkuk saiz sedang sahaja.
cukuplah untuk kami yang tak ramai ni.

acar yang sedap. serius tak tipu. lolx

 

ACAR TIMUN MENTAH

BAHAN-BAHAN:

setengah potong timun jepun (hiris memanjang/julien)
setengah potong lobak merah (hiris memanjang/julien)
setengah biji bawang merah besar / 3 ulas bawang merah kecil (dihiris/mayang)
setengah batang cili merah hidup (hiris menyerong. nak pedas, boleh tambah)
2 biji limau kasturi (diambil jusnya dan dihiris nipis kulitnya)
3 sudu cuka masakan
1 sudu gula
sedikit garam
sedikit bijan yang disangai terlebih dahulu (dimasak kering di atas kuali sehingga keperangan)

CARA PENYEDIAAN:

1. masukkan timun, lobak merah, bawang besar, cili merah ke dalam mangkuk. gaul sekata.
2. perah air limau kasturi. masukkan hirisan kulit limau.
3. masukkan cuka dan perasakan dengan gula dan garam.
4. last sekali taburkan bijan dan kacau sekata. dah siap!

insyaAllah memang sedap, lagi-lagi bila tergigit kulit limau tu. fuhhh

selamat mencuba!


resipi nasi minyak terengganu beras basmathi yang sedap

assalamualaikum and hi! :)

macam biasa, bila ada resipi sedap, kita bubuh sini untuk pedoman di hari muka.. hahaa

nasi minyak ni dimasak semasa hari raya aji minggu ni. ye baru2 je lagi.
ni first time jugak masak menggunakan beras basmathi.
alhamdulillah menjadi jugak nasinya.
secukup rasa dan tak muak dimakan.

jomlah kita terus kepada resipinya.


 

NASI MINYAK TERENGGANU

BAHAN-BAHAN:

2 cawan beras basmathi (direndam selama 20 ke 30 minit)
1 sudu minyak sapi
1/2 ke 1 sudu planta (ikut suka)
sedikit minyak masak (anggaran 2, 3 sudu)
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
3 biji pelaga
3 bunga cengkih
1/2 biji bawang merah besar (dihiris/mayang)
1 ulas bawang putih (dihiris)
1/2 inci halia (dihiris)
1 atau 2 helai daun pandan (disimpulkan)
1/2 sudu susu pekat manis
setengah cawan susu cair (sy pakai brand ideal)
Setengah genggam kismis (optional)
3 cawan air
garam secukup rasa (ni kena rasa kemasinan dia. lupa pulak nk kira berapa haha)
pewarna kuning untuk masakan

CARA MEMASAK:

1. Masukkan minyak sapi ke dalam kuali, diikuti oleh planta dan minyak masak.
2. Bila dah mencair dan panas, masukkan rempah 4 sekawan tadi (kulit kayu manis, bunga lawang, biji pelaga dan bunga cengkih)
3. Masukkan bawang merah dan bawang putih. Tumiskan mereka bersama daun pandan. haha
4. Bila nampak bawang dah keemasan sikit, masukkan susu pekat manis dan susu cair. Kacau sekata.
5. Perasakan dengan garam.
6. Tutup api dapur. Tuangkan bahan-bahan yang telah dimasak ke dalam periuk nasi elektrik yang diisi beras basmathi yang sudah dibasuh, direndam dan ditos airnya.
7. Masukkan halia dan kismis, kemudian masukkan air 3 cawan tadi. Kacau sekata.
8. Rasa tahap kemasinan. Kalau tak masin, tambahlah garam.
9. Hidupkan periuk nasi dan tunggulah sehingga masak.
10. Apabila sudah hampir masak/baru-baru masak, buka tutup periuk, buat beberapa lubang pada permukaan nasi (guna lidi atau garfu) dan masukkan setitik pewarna kuning ke dalam setiap lubang. Jangan digaul. Tinggalkan seketika atau sehingga nasi sejuk sedikit.
11. Bila nak hidang, kaup nasi yang telah diletakkan pewarna tadi sama ada dengan garfu atau chopstik atau apa-apa aje penggembur yang ada. Baru nampak cantik warnanya. Siap! Sedia untuk dihidang.






'kawan' kepada nasi minyak.. gulai daging.



boleh dimakan dengan ayam masak merah, gulai daging dan.. oh! acar!


resipi acar timun mentah akan dikongsikan di next entry, insyaAllah.

tata tutu!

Tuesday, June 14, 2022

resipi kuah kacang sedap untuk simpanan

assalamualaikum and hi! :)

sy ni sebenarnya ada banyak benda 'kecil-kecilan' nak buat,
tapi dok postponed sampai ke sudah.

salah satunya adalah share resipi kuah kacang sedap.

sy dok la mencari balik, mana resipi sedap ni.
sebab dah bertahun kan.

last-last jumpa satu video ni, mirip kuah kacang yang pernah sy buat.
so sy agak, mungkin itu resipinya.
video pun nampak familiar.
tak apalah, kita share dulu di sini.
takut nanti terlupa lagi. hihi

https://youtu.be/DtAJvvaBQSc

(hamizah kitchen)


ini kuah kacang yang pernah dibuat dulu.
rasa dia memang ngam, kena dengan selera sy.


cumanya mungkin sy alter sikit resipi,
sy tak pakai udang kering ataupun belacan.
pada sy 2 ingredients ni sangat pungent dan merosakkan rasa asli kuah kacang.
tapi kalau orang lain suka, tada hal. cuma sy suka versi tak de udang kering atau belacan yang kuat.




kegemaran. kacangnya kasar-kasar, ada texture bak kata mat salleh :'DDD




ok dah tu je.
nak buat lagi tak taunya bila. haha
tapi kita share dulu resipi.

k bye!

resipi bakwan jagung sedap!

assalamualaikum and hi! :)

sebenarnya malas beno nak upload hahaha.
tapi sebab nak refer time masak punya pasal, kita tepek sini jugakkk.
hari tu tahun bila time raya, tak tepek lagi resipi kuah kacang sedap.
mana ntah resipinya dah tak ingattt :'D

so mari kita post laju2 supaya tak lupa di kemudian hari.

inilah resipi bakwan jagung yang sedap. recommended sangat2.
jumpa kat youtube, bukan resipi asal daripada sy. kredit kepada tuan empunya.

gambar tanpa filter,
jadi boleh nampak warna sebenar bakwan jagung yang menyelerakannn.


sepinggan bakwan jagung yang crunchy di luar, lembut di dalam.


RESIPI BAKWAN JAGUNG SEDAP

BAHAN-BAHAN:

1 tongkol jagung manis
10 sudu besar tepung gandum (boleh tambah)
5 sudu besar tepung beras
daun bawang (hiris)
daun sup (hiris)
1 biji cili besar (potong kecil)
2 ulas bawang merah (tumbuk lumat)
2 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
1 sudu teh garam (nanti rasa2 jugak)
serbuk perasa (sy guna kiub ayam)
1/2 atau 1 sudu teh gula (sy xpakai)
serbuk lada sulah/hitam
1 cawan air
minyak untuk menggoreng

CARA-CARA:

1. masukkan semua bahan-bahan bakwan ke dalam mangkuk.

2. masukkan air dan kacau sebati. adunan tak boleh terlalu pekat. boleh tambah air sikit kalau pekat.

3. goreng dalam minyak panas. balikkan selepas sebelah dah garing.

4. sedia untuk dihidang.

sumber: https://youtu.be/LM1VwEeoGD4 (boleh tengok video cara-cara memasak kat link ni)


tadaa! ni la hasilnya. alhamdulillah.



memang crunch dia tu.. fiuu~





makmur dengan chunk jagung. hihi



time masak ni, sy ada tambah kobis sikit. kobis pun sedap.
jadi bakwan sayur la pulaknya. haahaa

 

selamat mencuba!

Tuesday, October 06, 2020

covid-19 dan mi bandung

assalamualaikum and hi! :)


tak de mengait pun covid dengan mi bandung ni,
tapi hari ni nak cerita tentang kedua-duanya.

sebelum tu, layan gambar sunrise dulu :D

depan rumah memang awesome view dia. masyaAllah.



sehingga semalam 5 oktober 12pm, kes positif covid-19 kat malaysia ni dah up up and away
sampai 432 kes baharu.
hari ni tak tengok lagi berapa.

lantas mana-mana yang terlibat tu,
semua kena kuarantin 14 hari.
ini termasuklah PM kita, senator ex-mufti kita dan ada lagi.
didoakan kesembuhan untuk mereka.
mana-mana yang kaki kutuk tu, kata tak kuarantin balik sabah la, dan sebagainya,
bawak-bawak diam je and doakan semua sembuh dan selamat.
malas dah nak baca komen-komen tak membina ni. haha

while di kawasan sekolah pula,
parents yang kebimbangan telah mencutikan anak masing-masing secara sdn bhd,
and cikgu sekolah pun dah minta parents listkan siapa-siapa yang anaknya tak masuk sekolah sebab risaukan jangkitan covid-19.

and for us,
anak-anak masih bersekolah seperti biasa,
dengan mengikut SOP memakai mask, mencheck suhu dan diiringi doa ibu bapa. gitu :D

putrajaya mungkin extra bimbang,
kerana terdapat 2 kes di sekolah kebangsaan presint 8 (2 kelas ditutup, lain beroperasi macam biasa).
ada juga kes maybank presint 3 ditutup (baru ingat nak jenguk bankkk)
dan jugak stesen minyak petronas presint 16.

kes-kes lain juga muncul di pusat-pusat membeli belah (baru plan nak bercuti minggu depan)
tapi insyaAllah, semestinya tindakan nyahkuman dah dibuat oleh KKM.
so kita kurangkan kerisauan itu.

kes yang banyak, berlaku kat kedah (241 kes) and sabah (130 kes).
banyak tu.
tapi untuk mengurangkan kegusaran diri sendiri,
sebenarnya yang banyak tu adalah daripada kluster tembok iaitu kat penjara kedah sana.
so insyaAllah terkawal la sebab kesnya dok dalam penjara tu.
doakan la tak terkeluar merebak merata-rata.
sabah tu pulak, kesnya banyak spread sebab orang balik dari sabah.
tak tau nak kata ada mengait tak dengan ramai-ramai ke sabah sebab pilihanraya.
may be ada la, sebab menteri kitorang pun ke sana,
ada kontak rapat, tapi beliau bagus sebab kuarantin sendiri kat sana lepas kontak rapatnya ada kes.
lepas tu buat swab test.
tapi tetaplah kena kecam dengan netizen yang tak tau cerita.
pada diorang, lepas balik sabah, kalau ternampak kat mana-mana, kira tak kuarantin.
padahal dah negatif test and dah kuarantin masa kat sabah.
so lepas ni wajib kuarantin 14 hari tu la. lebih selamat. dan sifar kecaman daripada netizen. agaknya.

kita ni pun baru berura-ura nak sambung percutian tertunda ke cameron masa first MCO on 18 mac dulu-dulu tu.
baruuu fikir nak book hotel bagai.
terus postponed.
kita tengoklah dulu camne.

apapun pasal covid ni, risau and precaution tu boleh,
tapi janganlah terlampau overly risau melampau.
sebab nanti bukannya kena sakit covid, tapi sakit sebab stress pulak. kan. (nauzubillah)
so tenang-tenang je and berdoa supaya tak kena.
plus, sy teringat satu ayat yang menarik tentang kematian.
iaitu: mati itu syaratnya bukanlah sakit atau tua,
tapi mati itu syaratnya 'hidup'.
means semua orang yang hidup tu bila-bila boleh mati.
tak semestinya bila sakit atau tua je.
ada orang yang sakit, atau tua, masih elok je hidup.
ada pula orang yang muda, nampak sihat walafiat, tapi meninggal dunia.
sebab dah ajal. and kalau dah ajal, duduk dalam rumah sekalipun boleh meninggal.
cuma precaution tu je la jangan lupa ambik, follow SOP.
selebihnya kita serahkan kepada Allah swt.


semalam masak mi bandung, sebab tak nak makan nasi. lolx

 

naik berat wehh makan nasi pagi petang siang malam.
kita ni bukannya muda sangat, metabolisme tak tinggi macam dulu.
tapi makan mi pun carb jugak kan HAHAA

apapun nak cakap, ni first time try buat mi bandung. bahaha
sebab ada air rebusan ayam.
mulanya ingat nak buat tomyam.
tetiba dapat ilham buat mi bandung pulak.
sebab bahan senang, semua ada kat rumah.

resipi:

bawang merah 4-5 ulas, bawang putih 2 ulas -  blend
cili kering 5-6 biji - blend

tumis blended stuff ni.

lepas tu masukkan ayam, kacau-kacau.

masukkan air rebusan,
sos cili 2 sudu, sos tomato 2 sudu, sos tiram 2 sudu. kacau.
masukkan buah tomato jugak.

perasakan dengan garam gula (i used madu).

sebiji kentang direbus dan dilenyek.
masukkan kentang lenyek. untuk bagi kuah pekat ni.

then masukkan telur sebiji. kacau.

masukkan sayur sawi/pak choy.

masukkan mi kuning setengah pek.

tutup api.
taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang untuk hiasan.


rasa dia memang sedap. silalah try. haha.

k till then.
stay safe, everyone!
patuhi SOP.

Thursday, September 03, 2020

tomyam homemade from scratch

assalamualaikum and hi! :)


seperti biasa, pending entry. bahaha

tapi tak pe kot, sebab nak share resipi je.
kot-kot ada yang tengah berdiet, atau tengah eat clean.

memang resipi ni tak de bahan perasa tiruan.
bila sebut bahan perasa ni,
teringat baru-baru ni dok tengok youtube video uncle roger. kenal ke? haha
dia dok buat ulasan yang lawak la pasal jamie oliver masak nasi goreng telur.
sebelum tu dia ada komen pasal sorang lagi tukang masak ni, memasak nasi goreng jugak.
yang basuh nasi dengan air, lepas tu toskan dalam sink. HAHA

may be pada orang-orang kat UK, US, benda tu macam biasa.
tapi orang asia tak boleh k terima nasi goreng basah-basah.
nasi bukannya risotto, nak lembab-lembab. kan.

apapun kalau ko nak masak masakan negara lain,
follow la youtube masakan dari negara tu jugak.

contoh kalau nak belajar masak spaghetti,
tengok cara penyediaan oleh orang italy.

kalau nak masak tomyam,
ha, tengoklah youtube orang thai masak tomyam. kikiki (tapi sy bukan orang thai :DD)


ini tomyam version sihat ye. jangan expect yang ada bahan perasa semua tu. HAHA


cara-cara terus:

1. rebus ayam dalam anggaran 3-4 cawan air.

2. blend cili kering dan tumis sekejap dalam minyak sesudu.

3. keluarkan ayam daripada sup rebusan. tuang sup rebusan ke dalam kuali tumisan cili kering.

4. masukkan hirisan (atau 'tumbukan' haha) serai dan lengkuas.

5. lepas seketika, masukkan pulak bawang besar/merah belah 4 dan bawang putih ketuk. masukkan jugak daun limau purut dalam 5 helai yang dah siap carik. cili api merah jangan dilupa.

6. masukkan tomato, cendawan dan ayam. (kalau nak masuk sayur lain yang keras macam carrot, cauliflower, masukkan lebih awal). nak tukar ayam kepada seafood pun boleh. ai is allergic dah tua-tua ni. ayam je la mampu. ahaks.

7. boil boil. masukkan garam gula. lasttt sekali baru perahkan separuh limau nipis (kalau tak cukup masam, tambah lagi dan rasa-rasa dulu. takut termasam sangat pulak). haa dah siap!


hari tu dok masak sekali dengan daging kunyit, sayur campur dan telur dadar.

 

sambung cerita pasal tomyam ni.

sy kadang suka jugak tengok cara penyediaan tomyam oleh orang thai.
kalau nak sedap lagi, kalau tak allergic,
boleh guna air rebusan kepala and kulit udang.
lepas tu picit otak udang yang macam krim-krim tu dalam sup.
tu yang bagi lagi sedappp HAHA

tapi buat yang mengembara (travel) ke thailand,
make sure kedai tu halal.
sebabnya, one thing i learn,
walaupun asal-usul sesuatu makanan tu tidak mengandungi babi,
tak semestinya halal or tiada babi.

contoh tomyam goong (tomyam udang).
nama tomyam udang.
tapi kat broth/air rebusan tu diorang pakai rebusan tulang ayam campur babi.
ayam tu pun tak semestinya halal, right.
kadang ingredient seafood, tapi side dishes ada masak non-halal.
peralatan semua share, pakai sama.
so cari kedai halal la, senang.

oh satu lagi contoh.
assam laksa. ingredients dia ikan.
tapi kalau chinese, ada yang masak letak darah babi.
so tengok-tengok je la before membeli.
atau baca review orang dulu ^^


tu je lah!
banyak pulak membebelnya HAHA
k till then :)

Monday, August 17, 2020

resipi tauhu begedil super sedap



assalamualaikum and hi! :)

hari ni sy nak share pula resipi tauhu begedil yang telah diolah sendiri daripada resipi kat youtube.
sy dapati rasa tauhu begedil ini super sedap dan menepati selera, terutamanya bahagian isi kentang yang sangat sedap, juga salutan luar tauhu yang crispy.

since tauhu begedil masuk dalam hidup sy *haha* sejak makanan ni viral,
sy mula menyukai rasanya dan selalu membeli tauhu begedil sama ada di jualan-jualan flea market, pasar, mahupun yang ditempah daripada orang.
setiap version yang sy makan adalah berbeza.
ada yang sedap, ada yang mehh *jujur ni haha. tapi lain orang lain selera kot*
yang sedapnya tauhu begedil ni adalah pada isi kentangnya.
dia jadi sedap tu kalau isi kentangnya rich dengan rasa yang balance dan awesome.
yang isinya sesedap begedil soto yang sedap. lolx!
yang 'mehh' sy pernah makan, macam isi yang kosong rasa kentang semata, isi yang terlalu manis dan isi yang tertumpah lada hitam (rasa lada hitam melebihi segalanya lolx).

kos penyediaan tauhu begedil ni tak mahal.
jadi sy harap peniaga tauhu begedil mengekalkan richness bahan-bahan dalam isi kentangnya dan jangan kedekut bahan tau! haha *sambil tu buat juga muka serius*

antara tauhu begedil yang sedap sy pernah makan :
1. di jualan KPLB/dataran gemilang, putrajaya (hari khamis/jumaat) - akak pakai purdah. akak ni memang pemurah. tauhu begedil 8 ketul, dia jual RM5 je. patutlah selalu laku. sambal kicap jenis pedas-pedas.
2. di pasar tani putrajaya - kedai jual sup. baru-baru ni juga menjual begedil. ni musim PKP ni tak de la ye. yang ni pun sedap secukup rasa. sambal kicap diaaa sy terlupa rasanya haha. ampunnn.
3. tauhu anora - yang ini, powernya terletak pada kuah kicapnya (tak pedas, tapi sedapppp). isinya ok la, kentang bersama veggies. cuma sy ni sejenis yang prefer isi macam begedil. but no worries. tauhu anora tetap sedap as it is.

tu je yang sedap. kalau korang jumpa lagi mana-mana tauhu begedil yang sedap, boleh inform kat sy.. a.s.a.p! hihi


and no. 4 tauhu begedil sedap pernah dimakan, adalah yang dibuat sendiri.
nothing beats homecooked meal, right?
ni bukan masuk bakul ye.
kalau betul resipi tu sedap, sy akan cakap sedap.
kalau tak sedap, sy mengaku je tak sedap. ok :D

bawah ni adalah resipi untuk tauhu begedilnya sahaja.
resipi kuah kicap, sy tengah nak try kuah kicap macam tauhu anora (belum buat lagi).
kalau dah buat dan jadi, insyaAllah sy akan edit post ni dan letak resipi kuah kicapnya pulak.
ok. let's start!



bahan-bahan tauhu begedil :
  • 20 biji tauhu kering (saiz kecil) - potong X di bahagaian atas, keluarkan isi
  • 3 biji kentang - buang kulit, potong kecil, rebus isi bersama sedikit garam
  • setengah biji bawang holland - potong dadu
  • 200 gram ayam cincang (dalam segenggam tangan)
  • 1 batang cili merah - buang biji, potong dadu/cincang
  • 1/2 pokok daun sup
  • 1/2 pokok daun bawang
  • bawang goreng
  • sedikit madu (nak pakai gula pun boleh)
  • garam
  • lada sulah
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • minyak masak

cara penyediaan tauhu begedil :
  1. tumis bawang holland di dalam kuali (minyak secukupnya untuk tumis, dalam sesenduk).
  2. selepas bawang masak keperangan, masukkan ayam cincang. kacau sehingga masak.
  3. masukkan cili merah.
  4. perasakan dengan madu, garam dan lada sulah. lada sulah jangan banyak sangat dan jangan overpower rasa.
  5. dalam mangkuk berasingan, lenyekkan kentang yang sudah empuk dan masih panas.
  6. dalam mangkuk, masukkan tumisan ayam cincang tadi, isi tauhu (sy masukkan sebahagian saja sebab nak lebihkan kentang), daun sup, daun bawang dan bawang goreng. gaul rata dengan sudu atau sudip.
  7. perasakan dengan garam dan lada sulah.
  8. kepal-kepalkan adunan begedil dan sumbat ke dalam tauhu yang telah dibuang isi.
  9. pukul telur bersama tepung jagung, sedikit garam dan lada sulah.
  10. celup tauhu begedil dalam adunan telur dan goreng dalam minyak panas. terbalikkan dan masak sekata.
  11. angkat tauhu begedil setelah salutan luar berwarna keperangan dan crispy.



sos kicap ala tauhu anora. not 100% same, but almost there. still experimenting.

bahan-bahan sos:
2 ulas bawang putih
sedikit halia (super thin slice, stgh ke 1 inch lebar mcm tu)
3 sudu cili kering kisar (around 10 tangkai)
1/2 sb sos tomato
2 sb sos cili
1/2 sb pes asam jawa yg dilarutkan dlm suku cawan air
stgh keping gula kabung (yg nipis tu)
air (yg ni agak2 ikut kepekatan)
2 sb sos tiram
5 sb kicap manis
1 sb kicap pekat cap gajah
1 sb tepung jagung dilarutkan dlm sedikit air
beberapa titik minyak bijan
bijan yg disangai utk hiasan on top

cara penyediaan sos kicap ala tauhu anora :

tumis bawang putih dan halia yg diblend atau ditumbuk (kalau ada minyak lebihan goreng isi ayam tadi, gunakan yang tu).
masukkan cili kisar. kacau dan tunggu sampai masak.
masukkan sos tomato & sos cili.
masukkan air asam jawa.
masukkan gula kabung.
masukkan sos tiram, kicap manis dan kicap pekat. kacau rata.
masukkan air ikut kepekatan yg kita prefer.
let it boil kejap.
masukkan air tepung jagung utk kepekatan.
dekat-dekat nak tutup api tu, masukkan beberapa titik minyak bijan. kacau sikit dan tutup api.
hidangkan dan tabur bijan di atas sos.


selamat mencuba!

Sunday, May 17, 2020

resipi rendang ayam kampung mak lang

assalamualaikum and hi! :)

ni kali ketiga sy up resipi. haha
this time sy bagi resipi full!
sila patrikan ke dalam jiwa dan raga ye :P


rendang ayam daripada resipi asal mak lang sy.



every raya, mak lang sy (kakak kepada arwah abah) akan masak rondang nismilan kat kampung tampin.
ada rendang daging dan rendang ayam.
jadi resipi asal-asalnya merupakan resipi daripada mak lang, yang sy improvised bahan-bahannya.
tapi resipi asal tetap tak lari.

dan selepas tu,
rendang daripada resipi mak lang ni menjadi menu wajib sy setiap kali raya (atau kalau tak raya pun sy buat, bila-bila teringin).

rasa rendang mak lang, pada sy sangat sedap dan berbeza dengan rendang lain yang kita jumpa di kedai atau yang dimasak di rumah lain.
kelainan rendang mak lang juga, tak letak kerisik.
rendang dibiar sampai kering dan tekstur serdak didapati daripada kombinasi bawang, rempah dan santan yang telah dikeringkan itu sendiri.

of course yang dimasak di tampin semestinya lebih delish sebab santan fresh kampung yang digunakan.
kat bandar ni, kita mampu pakai santan beli atau kotak je.
memang tak sama santan dia. haha
apapun rasa sedap tu tetap ada.

jadi ni lah resipi penuh rendang ayam kampung mak lang!



RESIPI RENDANG AYAM KAMPUNG MAK LANG

bahan-bahan:

ayam kampung 1 ekor - potong kecik

cili kering 12 tangkai - blend

bawang besar 2 biji - hiris
bawang kecik 10 biji - hiris
bawang putih 3 ulas - hiris

halia 2 inci - ketuk
lengkuas 2 inci - ketuk
kunyit kurus 2 inci - ketuk
serai 4 batang - ketuk hujung ke hujung




rempah 4 beradik:
kayu manis - 2
bunga lawang - 3
buah pelaga - 4
bunga cengkih - 4

rempah rendang:
serbuk ketumbar - 3 sudu besar (nak tumbuk/blend biji ketumbar pun boleh)
serbuk lada hitam - setengah sudu besar (nak pedas, letak 1 sudu besar)

santan 1 kg, atau santan daripada 3 biji kelapa

sedikit air

1 asam keping

garam secukup rasa - dalam 6 ke 7 sudu dadih (sila rasa tahap kemasinan)




cara penyediaan (rujuk gambar) :

masukkan ayam kampung yang sudah dibersihkan ke dalam kuali.



masukkan cili blend, serai, bebawangan, halia, lengkuas, kunyit dan rerempahan.




masukkkk.



then gaul seketika sampai ayam kecut.


tujuan tunggu ayam kecut ni adalah supaya ayam juicy di dalam.


then baru masukkan santan. tambah air juga. bagi tenggelam semua bahan tu.



ok dah tenggelam macam ni.



sorrylah warna gambar won't do any justice.. haha. patut warna kuahnya kuning keorenan. tapi dalam kamera jadi pucat pulak :P kemudian, perasakan dengan garam bila dah nampak menggelegak sikit.


kemudian, kerap check dan kacau.
makin nak kering, kena makin kerap kacau supaya tak berkerak kat dasar kuali.
then masukkan asam keping bila dah nampak nak kering sikit tu.
kacau lagi sampailah kering.
kalau nak masukkan kerisik, boleh juga. optional dalam 2 sudu besar.
resipi asal mak lang tiada kerisik.


tadaaa. dah akhirnya, jadilah rendang ayam kampung kita.



ni gambar close-up.


siaplah sudah resipi rendang ayam mak lang.
enak dimakan dengan nasi panas, lomang, kotupat, mahupun dimakan begitu sajo (sungguh enak dimakan begitu saja.. haha)

selamat mencuba!

resipi tauhu begedil sedap yang saya follow

assalamualaikum and hi! :)

bila cakap pasal resipi,
and bila kita nak cari apa-apa resipi,
banyak sebenarnya resipi kat internet ni.
tapi nak cari yang betul-betul sedap tu yang challenging sikit.

sebab tu bila dapat masak something yang betul-betul sedap rasanya (proven),
baru sy post resipi kat sini.
supaya esok-esok kalau nak rujuk, kita google je kat blog ni. haha

kali ni sy nak share resipi daripada limau nipis yang sy follow daripada youtube.
sy pernah try resipi ni.
verdictnya; sedap.
sy bawa tauhu begedil ni ke ofis dan potluck birthday family,
pun semua cakap sedap.
so kira proven, kita post kat sini ye. haha
terima kasih dan credits kepada limau nipis untuk resipi ni.
semoga Allah murahkan rezeki kerana berkongsi resipi sedap.


screen shot daripada youtube.



kedua-dua resipi tauhu begedil dengan sambal kicapnya sy try. both are good.


TAUHU BEGEDIL SEDAP RESIPI OLEH LIMAU NIPIS

1. Resipi Tauhu Begedil

Bahan-bahan:
  • 1 biji bawang holland - cincang
  • 1 ketul dada ayam kisar
  • 2 biji cili merah  - cincang kecil
  • serbuk lada putih
  • 1 sudu teh garam (ni ikut resipi sebenar. kalau sy buat, sy akan rasa jugak supaya balance. kadang sy tambah madu sikit)
  • 16 biji tauhu kering - dibelah di bahagian atas bentuk X, dibuang isi
  • 500g ubi kentang - direbus (sy pernah try, tp berlebih. mungkin sy akan kurangkan sikit next time)
  • 1 pokok daun bawang (dalam segenggam la yang biasa seikat kat kedai tu)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • minyak untuk menumis dan menggoreng

Cara penyediaan:
  1. panaskan minyak di dalam kuali. tumis bawang holland.
  2. masukkan dada ayam kisar.
  3. masukkan cili merah.
  4. masukkan serbuk lada putih (1 sudu kecil). setelah masak, tutup api.
  5. di dalam mangkuk berlainan, lenyekkan ubi kentang yang telah direbus empuk.
  6. masukkan isi tauhu kering ke dalam mangkuk.
  7. masukkan bahan tumisan ayam ke dalam mangkuk.
  8. masukkan daun bawang, letak daun sup pun sedap ni.
  9. masukkan serbuk lada putih (1 sudu kecil).
  10. gaulkan semua bahan-bahan di dalam mangkuk.
  11. bulatkan isi begedil dan sumbat ke dalam tauhu yang telah dibelah.
  12. pecahkan telur dan campur dengan tepung jagung. pukul sebati.
  13. celupkan tauhu begedil ke dalam telur.
  14. goreng dalam minyak panas.

2. Resipi Sambal Kicap

Bahan-bahan :
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 150ml air
  • Garam
  • 1 sudu besar gula melaka
  • 5 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu besar tepung jagung

Cara penyediaan :
  1. Masukkan sedikit minyak untuk menumis ke dalam kuali.
  2. Tumis cili kisar sampai pecah minyak.
  3. Masukkan air.
  4. Masukkan setengah sudu kecil garam.
  5. Masukkan gula melaka.
  6. Biar menggelegak kejap, lepas tu masukkan kicap masin. Kacau.
  7. Masukkan tepung jagung yang dicampur dengan sedikit air. Kacau dan selepas itu, tutup api.
  8. Nak letak biji bijan pun boleh.

selamat mencuba!