Showing posts with label ariana. Show all posts
Showing posts with label ariana. Show all posts

Sunday, September 07, 2025

Birthday Ariana jilid 12

Assalamualaikum and hi! :)

Banyak backdated entries,
Sebab baru rajin dan gigih nak menaip.. haha.
Hari ni 7 sept, minggu ni banyak sikit cuti tambahan.
Sebab merdeka dan maulidurrasul.
Kalau tak, minggu-minggu sudah ai is busy bee bukak bilik gerakan RMK13 parlimen.
Sis kan jaga parlimen skang, dekat sebulan jugak bilik gerakan ni.
So memang penat and tak cukup tidur.
Sangat hargai la cuti-cuti am tambahan gini.. haha 

Kita kembali kepada topik asal!

4 Jun kan birthday Ariana.
Tetap ada keknya untuk potong and makan di rumah sendiri.
So sy book sebiji kek daripada kedai honeyberry kat putrajaya.
Sebab kek dia sedap-sedap and cantik jugak.
Beli warna hijau, letak bunga-bunga.
Sebab banano suka hijau skang ni.






Hadiah-hadiah daripada family.



Happy 12th birthday, Ariana!
Mama doakan Ariana sihat-sihat selalu, stay gorgeous, bijak,
beriman, beramal, bertaqwa, berjaya dunia akhirat. Aamiin.




acara potong-potong kek.




Kad birthday banano.




Hadiah tumbler from babah.




Hadiah raket badminton from mama.




Hadiah shuttlecocks from anaqi.




Kad birthday anaqi.

 


Kejap je dah 12 tahun kan.
Semoga yang best-best untuk yang akan datang, insyaAllah.

Merdeka 2025

Assalamualaikum dan apa khabarr :)

Entry kali ni kita bersemangat extra patriotisme,
Sebab bulan Ogos = merdeka!
Dan bulan September = Hari Malaysia!

Hahaha.

Tahun ni, sy plan ambik cuti, bawak AAs our kids tengok raptai penuh.
Raptai berlangsung pada hari Jumaat, 29 Ogos 2025.
Babah diorang terlibat dengan perbarisan ni as urus setia..
So that's why he's not in the photos.
Dia tengah sibuk dengan kontinjen dia.. haha


Dapat duduk kat atas rumput, dataran putrajaya.
Rasanya ni tempat urus setia, tapi kitorang lepas je masuk.
Mungkin raptai, so security tak ketat sangat.



Kalau tanya pukul berapa kitorang gerak,
asalnya nak gerak pukul 5 pagi 😂
Tapi husb kat awal sangat tuu.
So kita gerak lepas Subuh, bersubuhan kat rumah aje. Convenient.
Tu pun, sampai-sampai Putrajaya, banyak parking dah penuh.
Sudahnya sy park kat sebelah Masjid Besi.

My partners in crime.



Pagi-pagi dah ada sini (tu Masjid Besi)


So dari parking tu, kitorang jalan kaki ke Dataran.
Dapat pulak spot  cunnn punya.
Cuaca pun mendung, tak panas. Alhamdulillah.

Anaqi & Ariana.
Yes kitorang lepak kat atas rumput ni je.
Alas tuala dan bawak keluar bekal, ala-ala piknik.



Memang sini tempat keluar masuk peserta persembahan.. hahaha.




Tentera laut yang bawak jalur gemilang.




Pelajar-pelajar sekolah berpakaian pelbagai etnik.




Bawak bekal yang simple-simple je macam nugget, fries, hash browns.




Time raptai penuh pun dah ramai orang, ye.
Bayangkan time hari kejadian macam mana.
Memang tobat tahun ni tak pergi.. last time (pernah pergi) kena patah balik,
sebab kereta banyakkkk sangat. Sampai jem. 




Nyanyian lagu Negaraku dan bacaan ikrar rukun negara.




Laungan semangat, MERDEKA!!



So lepas tu, bermulalah acara perbarisan..
Korang layankan and tengok la ye gambar-gambar ni :)














Tahun ni lebih simple, tapi meriah.
Kejap je dah habis, dalam jam 10 pagi++ macam tu.
Dengar orang kata, sebab YDPA tak nak lama-lama.
Ok la tu kan, tak draggy and straight to the point.
Cuma persembahan udara kejap je, tak lama mana.
Pada sy, itulah one of the highlights setiap tahun.
Orang akan tunggu-tunggu yang tu.


Banano.




Mama dan banano.




Mama dan banaqi :P




Adik-adik bomba.
(Tahun ni ATM yang viral)



















Penutup; persembahan tarian kebudayaan.




Habissss :D











dah, sampai jumpa lagi di merdeka akan datang! (insyaAllah)

 

Sunday, March 23, 2025

Ariana's UPKK result

Assalamualaikum and hi! :)

Just for the record,
20 Mac (khamis) haritu, students yang ambik exam UPKK on 2024 dah boleh check result UPKK masing-masing.
Yang tak tau, UPKK ni exam untuk sekolah agama / KAFA.
Untuk students darjah 5.

So last year Ariana darjah 5, and ambik UPKK.
I forgot the percubaan result,
Sebab seingatnya sikit je A, ada B, ada C kot.. hahaa *nanti la sy update balik bila jumpa balik result percubaan tu*
Jadi tak de la expect result ala-ala cemerlang gemilang terbilang.
Ai is ok je result mana-mana.
Tapi time nak exam tu kita revise la jugak sama-sama.

20 Mac tu, sy tak de kat rumah. Kat luar (cuti, tapi keluar cari barang).
Ariana balik dari sekolah pagi, so dia la yang check result kat rumah dengan babahnya.
I just received a WhatsApp from husb.
And alhamdulillah, she got 8A and 1B,
Which is beyond our expectation. Tak expect pun, mengambil kira result exam percubaan sebelum tu.

Nevertheless, I am so happy for her.
So congrats, Ariana!! 🎉

Bought her a bag full of capybara's items, as a congrats gift.. haha.


 P/s: yang B tu sirah. hihii

Friday, January 03, 2025

Hari cemerlang gemilang terbilang

Assalamualaikum and hi!

Dua majlis pada hari berbeza;

12 Dis 2024, Khamis - majlis anugerah kecemerlangan sekolah kebangsaan
20 Dis 2024, Jumaat - anugerah murid mumtaz sekolah agama


Anak-anak acik ni bukan la jenis belajar 24/7.
Diorang generasi main games dan segala-bala permainan.
And bukanlah wajib dapat markah tinggi, ada ups and downs markah dia,
Depends on time tu diorang revise ke tak 😂

Tapi tahun lepas 2024 ada terselit la jugak, rezeki Allah bagi.
Ariana dapat terbaik BI, anaqi buat persembahan (SK).
Lepas tu Ariana dpt sijil untuk pengawas, anaqi dalam top 5 dalam kelas (SRA).
Tak semestinya kena dapat nombor satu,
dapat nombor berapa-berapa pun, kita raikan jugak.
Macam biasa, mama akan cuti / mintak pelepasan daripada bos. hihi


Tahniah, Ariana.. terbaik BI.
Speaking English berabuk.


Sy perasan yang generasi sekarang ni lebih banyak pendedahan kepada English.
Baguslahh tu. Sy dulu darjah 6 pun, banyak kosa kata sy tak master.
Sy banyak belajar daripada siri-siri US kat tv je.
Zaman ni ada YouTube, ada TikTok, banyak tempat boleh belajar English.
Kalau pergi keluar pun, sy banyak jumpa budak-budak yang pandai English.
Cuma BM la pulak kena perkasakan.
Ni bila baca kat page-page di socmed, tatabahasa tak betul.
Page tu ok lagi sebab informal.
Tapi, tajuk berita pun all over the place.
Nanti netizen biasanya akan condemn la kenapa bahasa tunggang-langgang.. lolx.
Harap anak-anak kita boleh excel BM, BI dan apa jua bahasa ketiga, keempat, kelima etc.
Sekarang cabaran tau untuk galakkan rakyat Malaysia berbahasa Melayu.
Terutama daripada anak-anak berbangsa lain.
Ini bukan racist, tapi pemerhatian.
Semakin ramai yang mempertahankan bahawa tak pandai BM pun tak pe.
Which is sad. Warganegara apa yang tak reti cakap BM?
Eloklah ko merantau, pergi jadi warganegara lain.
Lain dengan yang tak reti BM, tapi ada usaha nak belajar BM.. dengan yang mentah-mentah tolak untuk belajar dn berbahasa melayu.
Eh terpanjang pulak karangan 😂
Biasa la, acik-acik millennial memang suka mengarang. Hahaha


Ada kejadian masa nak ambik gambar ni..
Ada family yang potong barisan selamba je. Padahal orang lain dah beratur ye.



Being orang yang berani menegur, husband and I pun tegurlah family tu.
Akhirnya diorg queue belakang. Selamba je eh.
Memang ada orang macam ni.
Haritu sy pergi tempat jual-jual makanan masa new year's eve pun ada je yang potong. Tak suka la dengan orang mentaliti macam ni.
Diorang jenis terjah je.
Eh sebelum terpesong  ke cerita lain, baik kita sambung cerita sebenar :DD

Ni masa Ariana terima sijil.



Ni Ariana dengan kawan-kawan.



Anaqi pun ada ha, buat persembahan 'parang ilang'.
So comel budak-budak ni.



Then 20 Dis ada majlis kat sekolah agama pulak.
Sekolah agama memang suka buat hari Jumaat petang.
So pagi tu masuk ofis kerja, petang minta pelepasan kat bos je la.
Jenuh kalau nak ambil cuti banyak-banyak.
Nanti tak cukup cuti.. hahaha.


Tahniah, anaqi! Top 5 terbaik.



Ye, sy memang rajin belikan depa bunga..
Walaupun may be diorang ni tak faham mana tentang simbolik bunga dengan kejayaan. Haha
Tapi tak pe, bagi je.
Semoga nanti besar, diorang akan meraikan kejayaan orang-orang terdekat begitu juga.


Ariana and anaqi, depan sekolah.
Sekolah diorang ni kecik je. Tapi murid ramai.


Ustaz pun ada beritahu,
Kemasukan 2025 dah penuh.
Mana-mana yang tak dapat, especially anak-anak darjah 1, pihak sekolah suggest untuk masuk ke sekolah satu lagi, tak jauh dari sekolah ni.
Sekolah tu besar sikit.

Tapi sekolah AAs ni prime area la. Sederet situ semua sekolah.
Bermula dengan sekolah agama ni, lepas tu sekolah cina, sekolah kebangsaan dan sekolah menengah.
Sekolah Tamil ada jugak, tapi dekat-dekat Pasar.
Hahaa banyak kan sekolah kat kawasan pekan kecil kitorg ni.








Anaqi and friend, Irfan. Congrats, anak-anak!



Anaqi dengan guru kelas, ustazah elyani.



Ni masa anaqi ambik sijil.



Last but not least, Ariana and I.
Masa ni babahnya belum sampai dari ofis.


Ok tu je la ceritanya.
Semoga cemerlang dunia akhirat.
Kbai!!