Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Saturday, February 06, 2021

welcoming bundle of joys

assalamualaikum and hi! :)

before anything,
would like to congratulate my bro harith & durra,
on their firstborn baby! wee~
and today is 6 february 2021, saturday. alhamdulillah.
this news is fresh from the oven, like the bun in the oven too ;)

upcomingg... next!

introducing our cat, tupai's lil kid.
which idk yet what's his name (ya, it's a HIS)..
except my husb is calling him NUNU.
i hope he changes his mind on that name.. kihkih


yes, baby nunu is a munchkin. just look how he rolls ;)


the lil kitten was born on 23rd jan 2021 (saturday).
hence, today would be his 15th day on earth.

he's born together with 2 other of his siblings; one in yellow and one in cream.
but both did not survive (while on born & on the 2nd day, didn't drink anything).

still, we cherish this little nunu
and hope he'll grow up a healthy and happy kitten.







 

tata!

Tuesday, May 31, 2016

tuah


this entry is dedicated especially to my newborn nephew, tuah.
i am purposely set the date and time of this entry at the very moment i heard the news about tuah's debut.

so salam and hi, tuah!

would like to congratulate my brother, faliq and my sis (SIL) ain *especially ain because it's the mom who experienced this wonderful 9 months journey, carrying the little one. the mom who sits and waits for the labour moment. love your mom, guys :)*

i don't put up (yet) the full photo of tuah because i should wait till faliq makes an official announcement, right? ;)

and yeah, i didn't visit my little nephew (yet). sorry for my delay.
i wanted to come but my anaqi down with a fever, my mom told me to come later.
hence may be i'll set my foot to shah alam this weekend to meet my nephew. teehee
(plus saya tak beli hadiah lagi! :P)

can't wait to meet this handsome nephew of mine.


welcome to planet earth, little boy, tuah. :)

Tuesday, November 24, 2015

baby cot baru

sebelum ni anaqi memang tidur atas katil je beralaskan comforter.
tak pakai baby cot pun.
sebab baby cot lama yang ariana punya dulu duduk kat putrajaya.. kitorang tak bawak ke shah alam.
satu hal nak bukak angkut masuk pulak kereta myvi.. muat ke? haha
so tidurlah kamu di atas katil je, anaqi :P

tapi semalam my mom ada belikan baby cot baru untuk anaqi.
yang ni kaler putih.
mama cakap senang nanti tak payah husband tidur kat tilam bawah-tepi katil tu.
kalau dah ada baby cot, husband boleh tidur kat katil.
kesian kot tengoknya tidur kat bawah. lolx
thanks, ma belikan baby cot ni.


husband tolong pasangkan. bilik kite kecik je sekangkang kera hahaha. nasib baik muat.



anaqi sleeps; sebelum.



anaqi sleeps; selepas.

barang-barang yang dok tepi dinding tu kita alihkan letak bawah baby cot.
sebab ada ruang kosong bawah tu kan.
so jimat space la sikit.

dan seperti biasa, baby cot telah dirasmikan dulu oleh ariana.
dia masuk duluuuuu.
hamboi sangat.

siap duduk bersimpuh lagi.



sleep well, anaqi. walaupun dia ni selalu buat bunyi time tidur. nak kentut pun punya la eee ooo bunyi.. haha

Monday, November 09, 2015

buying online - tropika baby herbal cream


haa dah sampai.
kalau kat kedai ni harga RM39.90.
beli online time promotion, dapat RM30 each.
campur postage masih kira murah lagi. xD
simpan buat stok. haha

bagus krim ni, pakai sejak zaman ariana lagi.
elok untuk kurang/elakkan demam selsema batuk kembung perut baby etc.
virgin coconut oil based.

ni dok rumah tak dapat keluar,
beli online je la kita haha.

ok till then!

Wednesday, November 04, 2015

baby day 6 : berkhitan


husband cakap nak sunatkan baby awal.
senang nak jaga kalau bersunat awal ni, plus tali pusat dia dah putus on day 4.
tadi diorang baru balik dari SALAM specialist.
selamat dah bersunat anakandaku.
tapi tak sanggup tengok dia menangis tu je la awal-awal ni.
ahmad biasanya sorang yang tenang and jarang menangis.
ni masuk-masuk pintu rumah je dah menangis.
waaaa sedihnya aiiii *maknya drama lebih*
doc ada la bagi ubat semua.. in two days kena makan supaya dia tidur and tak sakit sangat.
tang nak mencuci tu yang ai is ngeri.
yang ni diorang operate pakai klip, bukan potong biasa. dah moden kan sekarang; klip saja.
doc said it will be recovered in 7-10 days.
tapi doc cakap menengokkan keadaan ahmad ni, prolly akan sembuh lebih awal.
eloklah sembuh awal, tak sanggup nak tengok dia menangis lama-lama.
get well soon ye, son.

love youuu.

Sunday, September 06, 2015

siap sedia beli barang baby

today dah masuk week 30.
plan nak beli barang-barang baby sikit demi sikit *lama-lama jadi bukit. fuahaha*
semalam baru sempat beli first batch.
mula-mula ke kedai manjaku kat bangi.
ingatkan ada la diskaun or harga murah daripada tempat lain.
rupanya kad diskaun maternity dia dah tak ada.
and harga memang standard macam kedai lain or even lagi mahal.
so tak jadi nak beli kat situ.

kitorang gerak ke jusco cheras selatan untuk beli apa yang ada.
tapi tak de sale apa pun. sebab merdeka sale baru je lepas.
tak kisahlah tak de sale pun, kita beli je haha
asalkan tak bersesak, tenang sikit nak shopping :D
plus, harga kalau tak sale pun lagi murah kot banding dengan kedai manjaku.

so ni lah few items yang berjaya dibeli semalam :

tak banyak mana, tapi habis jugak RM300+. wuwu T_T

thanks husband sebab belanja semua ni. lolx
berjaya beli :

  • 5 baju tidur
  • 4 baju lubang-lubangan
  • 5 mittens & booties (sarung tangan/kaki)
  • 1 set stoking bentuk kasut comelness!
  • 2 towels
  • 2 barut perut
  • changing mat
  • syampu, sabun, pengorek telinga, pemotong kuku, sikat, penyedut hingus
  • wet tissues
  • nursing pads
  • maternity pads


ada barang yang tak jumpa lagi macam bantal, krim ruam etc.
bantal tu kira nak beli baru.
tapi ada jugak certain things yang kita akan pakai mana ada from ariana punya dulu.
contohnya lampin, selimut, baju-baju, tilam, termometer etc.



barut perut yang 'terpaksa' dibeli sebab comelness sangat!


haa tetiba terjumpa penyedut hingus yang pakai tiub ok.
harus la beli. xD

dengan penuh kekaguman mengambil ni dari rak :P tapi harapnya tak de la guna sangat bendalah ni. hope less runny nose occurs eh. aamiin.



cara guna macam dalam gambar ni. oo begitu rupanyaaa

apa-apa hal nanti kita minta husband yang sedutkan ok.
ai is kena baring rehat je time tu kikiki

and walaupun changing mat dah ada,
tapi 'terpaksa' ambik jugak yang ini sebab gorgeousnya lahai i couldn't help it!!

harga RM15 je so mari kita ambik!


nanti nak cari/beli baju yang lawa jugaklah untuk baby.
selain baju tipikal lubang-lubang haha
at least sepasang baju super comelness to welcome the baby.. aicewah.

tapi barang untuk diri sendiri tak beli sangat pun lagi.
tak pe lah one by one ok.
nasib baik ada yang boleh di-recycle daripada maternity/delivery experience yang lepas.

ok lain kali shopping lagi.
haha
till then!

Tuesday, September 16, 2014

kisah gembira hari selasa

harap tak terlewat untuk wish semua;
SELAMAT HARI MALAYSIA!!

tak jumpa jalur gemilang kecik untuk lekat kat atas bumbung kereta,
so lekat sticker jalur gemilang je kat cermin tepi kereta.
bolehlah tu kan. hihi

btw hari ni kitorang menerima berita gembira.
iaitu kakak ipar ai dah selamat melahirkan baby girl weehee!!
reaksi family belah husband adalah.. "hah perempuan lagi." HAHA
ye sebab ni cucu keempat and semua cucu adalah perempuan :PP
mak mertua ok je, dia cakap "tak kisahlah perempuan asalkan sihat."
ye betul sihat tu penting.
tapi lepas-lepas tu dia menyambung, next sy pregnant pulak dapat anak lelaki.
besar pengharapan tu wahaha
but before me, biras sy tengah pregnant dah ni second child.
so semoga dapatlah anak lelaki seperti yang dicitakan nenek and atuknya :D
sy tak kisah asalkan sihat. *yoshh*

tengah hari tadi kitorang pun gerak ke banting untuk melawat kak nora yang dah deliver pagi tadi around 7a.m.
comel babynya, lahir dalam 2.58kg macam tu and on time EDD dia.
tapi kesianlah dia sorang-sorang kat situ,
memang biasa kalau hospital kerajaan, lepas bersalin nurse tinggalkan ko sorang je.
nak menyusu anak, pergi tandas semua, buatlah sendiri.
masa-masa macam ni keberadaan family members adalah sangat penting.
tapi kalau time malam tak boleh melawat, sy terfikir, kesian kat ibu-ibu yang baru bersalin ni.
dah la habis tenaga bersalin semua,
family tak dapat jaga malam,
semua kena buat sorang. :'/

lepas tu kak nora cerita nurse tu marah sebab dia tak pandai nak teran baby keluar.
i said normal la, first time beranak kot.
kalau orang tu tak pandai meneran, ajarlah dia.
ni nak marah time orang tu tengah sakit dah kenapaaa.
lonjong sikit kepala babynya, biasanya sebab teran lama and ditarik kepalanya.
but no worries new mommies, kepala baby akan kembali bulat macam biasa selepas beberapa ketika :)

lepas tu tengah hari nurse yang hantar makanan datang.
tanya nak kopi tak.
i was like.. hah, ibu bersalin nak menyusu anak kotttt mana boleh minum kopi!
kak nora tanya la, boleh ke minum?
nurse cakap tawakal je, kalau nak, ambik. (boleh pulak macam tu!!)
tengah hari tu depa bagi kopi dengan kuih apa ntah bergoreng.
aaaaaa ini ke menu untuk ibu berpantanggg.
kopi dengan makanan bergoreng. kau insane ke apa buat menu macam tu??
tepuk dahi berkali-kali. haha. tapi on serious side,
hospital kan dah expert bab-bab kesihatan ni.
patut tau sendiri la yang makanan macam tu tak elok untuk ibu yang berpantang.
at least bagi biskut ke roti ke ok jugak.
lepas tu nurse cakap tak de minum petang.
yang kopi dengan kuih tu je la untuk isi perut pun.
petang kelaparan la ko kalau family tak datang bawak makanan :'(
husband kak nora belum sampai lagi.
husband sy cakap la, suh call iwan (husband kak nora) mintak bawakkan this and that.
 nurse kat hospital kerajaan pun takkan bagi minum kat baby selagi baby tak minum susu ibu.
if susu ibu tu tak dapat keluar lagi, kelaparan la baby tu sampai esok.
niat nak bagi susu ibu tu bagus, tapi kesian kat baby.
tak pe lah. apa-apa je la, hospital oi.

tu pun tingkap terbuka je tak de langsir ke apa.
malam confirm nyamuk.
sy bukan nak whine ke apa tapi mengenangkan ibu-ibu yang baru lepas bersalin kat situ.
orang yang berpantang ni macam-macam tak boleh.
even cuaca sejuk sangat pun tak boleh.
makan pun berpantang.
tapi if kat kerajaan memang banyak patients layan diri.
nurse akan datang time ubat or nak check status patient tu je.
but compared to hospital putrajaya, ok sikit la kot.
sy tak de experience bersalin kat hospital putrajaya, tapi pernah la kat sana masa abah sakit dulu.
may be sebab hospital baru so selesa sikit and makan pun tak de la bagi macam kat hospital banting tu kot.
but dengar cerita orang bersalin kat putrajaya,
diorang banyak pakai students praktikal (housemanship).
so ada jugaklah dengar cerita ngeri pasal doktor pelatih salah jahit la apa lepas tu kena jahit balik. warkhhhhh ngerinyaaaa.
but then experience orang lain-lain kan.
and apa yang berlaku kat hospital banting tu cuma pemerhatian and pandangan sy je.
may be orang lain ok je tak de masalah pun HAHA

nanti sambung lagilah.

again, congrats banyak kepada kak nora & husband!!
you're officially a mom and a dad now!! :D
semoga baby suri membesar dengan sihat and cemerlang dunia akhirat. ^^

Thursday, April 10, 2014

ariana si laju

assalamualaikum and helo delo.

macam biasa, sy lambat update. hahah
kesibukan melanda (kemalasan jugak! lolx)

entry ni update pasal ariana.
esok-esok sy tua kang senang nak cari pasal progress dia HAHA

she's ten months now,
with the ability of sepah-sepah-ing *faint but redha* :DD
and dia tengah working on her steps.
setakat ni rekod dia bertatih sendiri adalah 18 langkah hojyeah!

and kalau dia nak turun dari tempat tinggi ke tempat rendah;
contohnya yang macam bertangga,
dia akan pusingkan badan dan landingkan kaki dulu pelan-pelan, baru badan.
smart sungguh dowh (ye wani e memang suka puji anak sendiri wah haha)

and it's hard to snap her still photos nowadays..
she moves pretty fast!
(tak boleh imagine esok-esok bila dah boleh lari. considering a harness, wani?? heh he)


hobinya adalah ke dapur dan korek kabinet.


busted! siap buat muka tak bersalah lagi. -_-"


experimenting semua barang. tangannya kuat. memang betul kuat.



beli baju saiz L pun dah boleh jadi body fit macam ni ROFL!



ni time nak balik dari rumah atuk+nenek di shah alam. that's her uncle faliq.

ariana kalau tengok uncle faliq dia,
jangankan tengok, dengar suara dari jauh pun
terus melompat. muka berseri-seri gembira.
amboi kalau ada uncle dia,
dengan mama pun tak nak. HAHA
(masa dia baby dulu faliq yang banyak jaga)


ariana in purple.


salah satu gambar tak duduk diam. ada je nak dipegangnya.

tu je.
doakan sy dapat tangkap gambar still dia yang decent.
kalau tak punyalah payah.. haha

kbai! ;)

Sunday, December 01, 2013

baby shop, baby playpen, baby cot yadayada

heyyo!
sy tahu sy suka bershopping.
walaupun duit tak la berkepuk mana. hahah
kalau tak shopping betul, window shopping la apa lagi.

but most of my shopping items bukan untuk diri sendiri pun.
sy enjoy belikan barang-barang untuk ariana, atau hadiah birthday/hadiah kahwin sedara/kawan-kawan. jugak groceries.
untuk diri sendiri tu kadang-kadang je la.
nampak ke sy pakai banyak baju baru kat ofis?
tak ada, kan. biasa sy mengulang baju sama je. haha

(tengoklah kalau ada mood untuk beli barang diri sendiri nanti)

well.
sebut pasal shopping,
semalam ariana, my mom and i pergi ke marissa shoppe.
ini adalah kedai yang jual barang baby.
belakang rumah je pun.
dan tengah ada sale.
kitorang pun tengah mencari barang. so let's! xD

hey, ya'll. i'm at marissa shoppe, seksyen 20, shah alam!! :)

masa datang tu ada beberapa customers kat sana.
meriah la.
mostly yang tengah pregnant and expecting their first child kot.
agak-agak first child sebab banyak barang diorang beli.
biasanya first child kan excited sikit so beli macam-macam.
bedung, tungku baby, bantal berlekuk, siap beli toys, mobile semua. haha
(sama la kita, tapi dulu time pregnant tak ada la sy laju-laju pergi beli babycot.. hihi)
tak apa la, perasaan excited nak dapat first child tu hanya parents yang mengalaminya je yang tau.

so sambung.
my mom cakap nak belanja playpen.
babycot dah beli hari tu.
letak dalam bilik.
now playpen nak letak kat bawah. buat main/tidur.
dah orang nak belanja kan. ai setuju saja. hah haha
playpen kat kedai ni tengah sale.
daripada RM359 turun ke RM340.
ada mosquito net semua la.

sampai sana nampak babycot (katil) comelness.
my mom stress sebab harga lebih kurang dengan yang kitorang beli kat kedai perabot, siap dapat tilam free. malah lebih comel. hah haha
tak apa lah, yang beli kat kedai perabot tu pun comel jugak :P


deretan playpen. siapa-siapa yang nak beli bolehlah datang sini. ada 4-5 jenis.


yang bestnya pasal kedai ni adalah diorang letak baby playmat tu di banyak tempat.
(bukak kasut di dalam ye!)
so boleh letak baby korang kat situ.
sambil tengok barang, ariana duduk kat playmat la.
cuma kena tengok-tengok sebab ada customer tak perasan ada baby tengah lepak kat lantai. haha

tu. relax je ariana baring kat situ.


so untuk playpen yang tengah sale ni,
ada 4 pilihan warna / design.
ada pink, biru, brown dan hijau.
tak nak ambik pink la sebab nak warna yang unisex sikit.
last-last ambik hijau.
vibrant. cantik. joyful. gitu. hahaha

owner kedai siap bentang tunjuk and beritahu cara pasang. manual pun disertakan. and playpen ni boleh lipat letak dalam beg (macam yang warna pink kat dalam gambar ni). so boleh bawak travel and jimat ruang.


lepas tu terjumpa dengan baby chair!! ahahaa
sebelum ni ada la nampak kat internet, baby mat salleh la duduk atas baby chair ni.
macam cool je and muat-muat duduk.
so sy terfikir.. kat mana boleh dapatkan baby chair ni.
ada kat sini rupanya!
and display kat situ, terus letak ariana kat atas kerusi.
nak tengok muat ke tak.
muat-muat je. ahaha.
terus cancel beli :P
nanti ariana besar sikit mesti tak dapat duduk dah.


baby chair ni sesuai untuk duduk dan makan. ada tray makan disekalikan.
harga?
dia ada 3 jenis.
yang paling murah dalam RM170. harga exact tak ingat la.
tapi ada diskaun ni rasanya.


rembat beanie kat kedai, bagi ariana pakai kejap, tangkap gambar. hah haha. lepas tu letak balik :P



gangster habis la posing. lolx!

so kitorang beli playpen, mobile, bekas makan, puting botol susu dengan balm afiat.

petang tu pergi pasar malam kejap.

harith and i, at pasar malam. muka sememeh habis masa tu.


dan ni lah dia mobile yang sy beli.
pun ada diskaun.
harga asal RM199.90. dapat RM159.90.
mobile ni best sebab ada lampu dan lagu-lagu.
siap ada bunyi serangga apa bagai.
sangat comel.

kalau nak yang lebih murah pun ada.
tanya kat owner kedai. :)
yang tu comel jugak.
tapi ariana berkenan kat yang ini la. so sy grab. xD



balik tu, macam babycot yang sebelum ni,
playpen ni pun faliq yang pasangkan.
hahaha
thank you, faliq/uncle mid.

ariana in her brand new playpen ;)
mobile tu tak boleh sangkut kat playpen..
untuk babycot je sebenarnya.
tapi sy selit je kat poket hujung corner tu ahaha.
ariana tengah ralit tengok.
bukan tengok je.
harus la dia nak capai sekali kan. lolx


tengah target lock nak mencapai tu. tau dahh tau dahhhh


lepas tu makcik-makcik datang, nak lawat abah.
lawat abah tapi orang sakit dipinggirkan di belakang. kihkih

family shot. tu yang di depan dua orang tu makcik sy. :) oh bukan yang baju putih itu. haha



ariana yang suka main dengan uncle mid nya.



lepaking.


dan nah!
gambar babycot yang baru jugak dibeli ni.
beli kat kedai perabot biasa.
orang kedai cakap memang fast selling.
tilam, mosquito net and stand beli asing kat kedai baby.

harga babycot ni RM280 after less daripada harga asal RM299.

tilam beli yang foam, murah sikit tapi tak panas. RM99.90
nak beli coconut fibre, mahal sangat RM399. tak sanggup den tengok duit terbang. lolx
mosquito net dalam RM50+.
cadar RM30+.

total ada la dalam RM450 lebih kurang.
tapi tak pe sebab memang dah put aside bajet beli babycot.
jadi tak de kacau duit sedia ada la.
(itu la gunanya menabung! kikiki)

maaf la bilik sy ni kecik. kecik pun sumbat jugakk babycot sebuah. ahaha



letak di tepi katil. pengadang dia tak pasang sebab connect terus dengan katil besar.



one thing ariana ni tak boleh tengok benda-benda macam ni..



..harus dia nak capai, nak tarik. wuah ganasnya. rofl!



nampak tu tangan dia masih pegang lagi kat kelambu. warkh. buat muka tak bersalah.



ariana in her babycot. :)

ok sekian update.
jumpa lagilah bila-bila sy free.
(bilaaaa la tu).

kbai! xD