Friday, December 30, 2022

2022 in a glimpse

assalamualaikum and hi! :)

wuhh tak sangka hari ni dah 30 disember and tak lama lagi nak masuk new year.
tahun makin bertambah, kita makin menua dan begitu jugaklah usia dunia.
apapun persiapan ke negeri abadi jangan dilupa, seiring dengan peningkatan usia dan tahun kita.
done reminder. wihhihi

so!
entry ni KHUSUSS untuk mengimbau momen2 hebakk sepanjang tahun 2022.
siap dengan gambar lagi tau!

kita mulakan!! πŸ‘πŸ»πŸ€©


hahhaa ni lah dia keadaan rumah kitorang selepas banjir tahun 2021.
simplisiti to the core gitu. gambar ni ditangkap pada 3 jan 2022.



walaupun rumah ala2 virgin ghopenya,
Allah bagi kitorang holiday free. hihhi. thank you, Allah.
ni time duduk di tamu hotel, ikut husband outstation. bilik suite mengadap view KL yang cantik.




lepas sofa illek, sy beli beanbags berempat ni. saiz gergasi.
husband kata penuh ruang tamu HAHAA




birthday mak bedah (ibu mertuaku) pada 27 jan.
HB, mak! lebiuu! (HB tu bukan high blood tau). makan-makan di banting.




majlis birthday pertama naim haikal (anak sedaraku) pada 6 feb 2022
di kediaman mama, shah alam. HB, naim! (HB tu bukan hotel bajet)




me on top of dorsett KL dengan view kubah istana negara.
bila nampak kubah IN tu, tau la yang gwe sedang bertugas ye anak2.
tahun ni hari pingat buat pada 7-8 feb, sebab ada CNY awal feb.




celebrating a wedding anniversary.
ourslah, sape lagi. takkan nak nyambut anniv jiran sebelah. bahaha.




kejadian pokok tumbang di sana sini akibat ribut pada 21 feb.
depan tadika/pusat transit AAs.




legoland trip dengan family faliq, 27 feb 2022.
first time ai sampai legoland. hujan renyai2 hari tu.




lepak genting pada 4 mac dengan family in laws.
ni rombongan kenduri kahwin cousin kepada husband di pahang (5 mac).




balik daripada kenduri kahwin kat pahang 5 mac, kitorang singgah le colmar tropicale bukit tinggi sekejap. beza bethol cuaca dulu and skang. colmar dah tak sesejuk dulu.




tahun 2022 jugak AAs start kelas swimming.
tapi sangkut di tengah jalan time cuti raya. sampai skang tak sambung2.
cc: babahnya πŸ€£




6 mac pi ambik vaksin booster.
lepas 2021 (tahun gemilang covid), kesihatan chestku tak sama sihat macam dulu. mujur survive sampai la ni, alhamdulillah.




innalillah. 9 mac, tokki ku kembali menghadap Allah azzawajalla.
balik kampung di felda jerangau.




gambar dengan tokyam time balik kampung tu.




time ni belikan dak2 cing (kucing) tree house baharu.
tapi cam sesia je beli apa2, habis dikerjakan and later on rosak. hahaha
kenangan ni, gambar si dang anum. dia dah tak de, kena jual.
husband dah tak sempat nak jaga ramai2. sebab tahun 2022 ni jugak husband dah start sambung belajar masters in sains pembangunan.


sebagai nota, jebat jugak dah meninggal tahun 2022 (dalam hujung bulan oktober kot).
sebab sakit. ai suspek kecacingan atau batu karang. you will be missed, jebat. (but not ur big poop. ihhihi)


gambar jebat paling latest dalam phone sy, bertarikh 12 julai.




18 mac ada lawatan cuti sekolah (ofis buat) ke farm in the city, seri kembangan.
ai terus la submit nama budak2 ni.. dan join sekali.
mula2 tu diorang kata parents kena bayar sendiri kalau nak ikut. tapi last2 ai ditaja. hihhii (alhamdulillah)




21 mac. first day of school.
disebabkan covid, anak2 satu malaysia start sekolah bulan mac.
anaqi masuk darjah 1, ariana darjah 3. anaqi selamba dia macam tu la. so kitorang tak de la risau mana, kakak dia pun ada untuk tengok-tengokkan. tahun ni anaqi dilantik jadi ketua kelas. ariana pulak, pengawas dan pengawas pusat sumber.
tak tau kenapa semorang tertidur dalam gambar ni πŸ˜‚



sambutan birthday mama lewat sikit tahun ni, not on 16 mac.
sebabnya mama kat kampung lagi sebab pemergian tokki.
so tengah2 berduka takkan nak direct sambut kan. kita postpone and lepas2 tu baru celebrate makan2 kat Serai. HB, mama zakiah! (HB tu bukan habibie tau)




9 april 2022, sambutan birthdays anak2 sedara kat banting. dah lost count sebab sy tak pandai mengiraπŸ˜†. yang penting ada birthdays dan makan2. hahah




bulan ramadan. yang sy ingat, kitorang wakil MBJ (majlis bersama jabatan; 'wakil rakyat' kepada pekerja) ada anjurkan lawatan ke jalan TAR. lawatan shopping more or less. lolx
ai tak beli apa sangat, beli tudung and telekung je kot. anddd nasi beriyani insof. jyeah.




ramadan punya vibe memang best. sampai bila2 pun pada sy best.




raya aidilfitri tahun ni jatuh pada 2 mei 2022. husband and i, depan sejid.
tahun ni raya kat banting dulu.




lepas beraya kat banting, kita ke terengganu pulak.
dengan tok kesayangan ai. ni je la tok yang tinggal. huhuu




open house di sana dan di sini sepanjang bulan mei.
sila baca mesin penimbang anda secara berkala πŸ˜†




lawatan raya sedara mara. ni kat kampung sri kendong, tampin, kampung arwah abah den.
with our beloved mak lang.




jamuan raya PPTD pun kitorang pergi jugak kat PICC.




ni gambar raya ofis. dah siap2 bulatkan wajah sendiri. lolx




dapatlah jugak berwefie dengan PM dan YB menteri WP di jamuan raya tahun ni.
kenangan sebelum PRU15 dan kerajaan bertukar. apapun jasa semua PM tetap kita kenang.




selebrasi birthday ariana pada 4 jun di kediaman mama (nek yah).
HB, ariana! (HB tu bukan hari bapa, okek).




semasa birthday sediri, menerima jambangan coklat daripada husband
yang once in a blue moon jugaklah bagi2 bouquet ni.. kihkih. sudahnya dak2 AAs dok habiskan coklatnya. dasarrr AAs πŸ€£




23 jun tarikh naik pangkat. ALHAMDULILLAH.
knowledge wise, tak bersedia pun nak naik pangkat. tapi money wise, dah bersedia sangat.. kahh. bukan apa, kos sara hidup mencanak naik skang ni. ko naik gaji daripada naik pangkat ni pun belum tentu menjanjikan kebebasan berbelanja. haa gitu punya ayat. lolx




1 julai, tarikh bertemu geng2 supermodel. dalam tahun ni ada la a few times gather2 dengan the girls.
ada lagi 2 orang yang selalu ngelat eh tak jumpaa HAHAHAA (ai kadang ngelat jugak. ngelat tu bersebab! lolx)




hari raya aidiladha jatuh pada 10 julai. time lepas birthday faliq, my bro (5 julai). HB, faliq! (HB tu bukan hari baya. get it, baya.. raya.. hahaha not funny πŸ€£) ntah nape ni kami bergambar depan rumah uncle azhar. sebab cantik kot. hahaa. raya aji kali ni beraya di shah alam.




16 julai pulak ada family day ofis ai kat wet world, shah alam.
kaya ye, kelab sukan dan kebajikan kami. bahaha. tapi lepas AGM tahun ni, pengerusi kena guling pulakk sebab ahli2 emosi. padahal pengerusi pandai buat duit.. boleh buat event gah2 macam ni. payah la dapat ahli2 yang emosi ni. lolx (panjang melalut, padahal nak highlight family day je πŸ€£)




jalan kaki 2.7 km katanya.. sempena nak bulan merdeka.
tap pi mai pi mai, 16 ribu steps jugak berjalan haritu. ntah berapa km, dah lost count.
kesian AAs la ikut ke sana sini. tapi puji semangat diorang berjalan kaki tu sama2 dengan segerombolan patriotics (kitorang le tu. haha) PM pun ada. nama event ni BERJALAN TEGUH BERSAMA. ni pun zaman sebelum PRU15. banyak events.




time fire drill ofis pada 25 ogos. tiada gambar highlight kemerdekaan pada bulan ni, sebab tak join program merdeka melainkan dok depan tv tengok siaran langsung. kira terlibat la jugak kan. haha
lupa pulak nak bulatkan diri sendiri. sy yang kedua dari kanan tu.




event floria diRaja. tahun ni 2 kali pergi. dua2 masuk percuma.
ni first masuk ikut program puspanita. ai kan penolong setiausaha.. kira AJK dapatlah join. alhamdulillah.




time floria tu, berpeluang bergambar dengan wife PM and wife YB menteri.
ni wife PM that time, DS muhaini. gorgeous ya dan witty pula tu.




tahun 2022 juga menyaksikan diri ini pergi membuat trip ke KL semata-mata nak makan shawarma HAHAHA. foodie katanya kan.




8-10 september, kitorang ke cameronnn yiehha. memang best pergi cameron ni.
this time pergi musim panas la.. tak de kalut2 macam tahun lepas yang banjir tu. hihi




sy ni suka melukis. tapi sejak dah 'tua' ni jarang beno melukis.. occasionally, katanya. so ni la antara lukisan di birthday card yang ai sempat buat.




29 september tetiba 'ter'jadi emcee APC ofis.
ai ni emcee ganti je tau, sebab emcee asal tolak, katanya nak diraikan sebab beliau terima APC tahun ni. sebab tu la tetiba muka ni dok kat depan tu. lolx





lepas bertahun, akhirnya outdoor themepark yang bernama GENTING SKYWORLDS telah dibukaaa πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰ tahun 2022 bukak. so 8 oktober haritu kitorang gi la jenguk. hahah (kami menabung untuk ke sana. bukan semorang hidup kaya jutawan. asal nampak bercuti je nak cap kaya. orang menabunglah!!) hihhi




penyambutan hari jadi mi amor los pintan πŸ˜ simple2 je sambutan.
rasanya last year pergi sunway hotel, siap berbelon berkek ber'surplise' bagai.
tahun ni simple2 je.. sorry la, duit ada takat tu je. nak kena mengumpul lagi ni untuk selebrasi yang lebih gahh gitu. LOL (jangan ambil serius kata2 ini. kami dah tua dah, nak sambut minimalis aje)




20 oktober tu ofis ada buat karnival mega. semorang dipulun dan terpulun bekerja. hahah
but seriously, ai harap kerja2 last minute macam ni dapat berakhir la. kesian tengok yang bekerja pagi petang siang malam. nak decide apa2 pun tolong plan awal.




hah, ni sambut birthday anaqi pulak.
HB, qiqi!! (HB tu bukan hanbing kedai korea. kahh)




ni dah tetiba ada valak copycat kenapa pulakkk.
ni sebenarnya time ke 'night of fright 8' kat sunway lagoon. bendalah ni macam horror fest la gitu.. time halloween kan. tapi kitorang tak de la sambut halloween. tengok tu, baju pun decent je. haha. ni pergi sebab horror movie fan je. tapi memang nice la, make up and effect semua. coolio sangat. again, jangan skeptikal kata kitorang sambut halloween ke apa. ai lepuk karang! lolx




sempena birthday anaqi, kitorang bawak AAs main kat the parenthood, mytown KL.. selepas berbulan2 diorang dok mengulang2 nak pi parenthood.




ni pulak time husband and i lepak kat stabucks.
time ni sy cuti. konon nak pi starbucks la, tengok best ke tak best (ai bukan peminum kopi), sambil2 buat kerja sebab walau bercuti, kerja tetap (terpaksa) jalan. tapi punyalah hiruk pikuk tempat ni, kalah mamak. bukan semua starbucks ye, starbucks cyberjaya ni je kot.. hahah. terus tak jadi nak buat kerja kat starbucks, sebab tak dapat concentrate πŸ˜‚




19 november hari mengundi (PRU15). sy pengundi shah alam.
ini buktinya. hahah


as everyone knows, PH menang banyak kawasan parlimen,
tapi bergabung pulak dengan BN musuh ketatnya (hihi maaf kalau salah term) dan jugak beberapa parti lain.. sebab PN pun tak nak gabung dengan PH demi prinsip diorang (tak geng dengan PH).
jadinya skang ni tertubuhlah kerajaan perpaduan.
PM10; DS anwar ibrahim.
yang bestnya PM10 kata tak boleh buat event besar2an.. membazir duit.
sy setuju tu.


gambar kenangan di kubur abah.
ada la time2 kami ke sini. biasanya pagi ahad.




27-28 november ada teambuilding kat kem el-azzhar, banting.
orang dok tanya kenapa di sini, sini tempat budak2 sekolah buat kem cuti sekolah.
jawapannya sebab bajet kena cut. ni je option yang ada.
but still, ai enjoy je. orang kata kena campak kat kandang kucing, jadi le kucing *tiber*




buat julung2 kalinya ke cinema selepas PKP.
tengok mechamato dengan AAs. kitorang try ke pawagam play plus, yakni untuk family dan kanak-kanak. so far best. harga je la tak best, sebab tak murah macam dulu. hahahh




dannn ni lah dia yang baru2 berlaku, iaitu event big bad wolf book sale.
masih ongoing lagi ni, sampai 2 jan tahun depan, insyaAllah.
ni sy pergi dengan AAs pada 27 disember. cuti seminggu lebih hujung tahun ni.



jadi itulah dia rangkuman kisah 2022 sy dalam satu entry.. hahah.
insyaAllah semoga penutup tahun ni berakhir dengan baik dan tahun2 akan datang juga, semuanya baik2.
al-Fatihah buat semua yang telah pergi meninggalkan kita pada tahun 2022.
for us, tok ki (9 mac), mak ngah belah abah (9 jun) dan tok nun tok sedara (15 disember). semuanya orang baik2 dan semuanya Allah sayang.
sy mohon maaf kepada semua kalau2 sepanjang tahun ni dan tahun2 sudah ada terkasar bahasa, terkecikkan hati dan apa jua kesalahan yang pernah dibuat.. maafkanlah diriku ini.
and insyaAllah sy maafkanlah semua jugak selagimana tak melibatkan kesalahan2 gigantic. hihhi
anddd thank you to all yang selama 2022 ni banyak memberikan momen2 manis dalam hidup sy.

sampai jumpa lagi insyaAllah, kalau sampai umurnya.

2023, here we comee.