Showing posts with label cameron highlands. Show all posts
Showing posts with label cameron highlands. Show all posts

Monday, July 15, 2024

jalan-jalan cameron highlands 2024 : kea farm dan restoran highland tomyam

assalamualaikum and hey! :)

sambungan cerita CH! and ni yang last! (untuk tahun ni). hahaa
sebagai recap, sebab dah lama sangat kan 😂,
kitorang ke CH pada 22-24 mei yang lalu.

hari kedua lepas ke agro market,
gerak ke kea farm pulak.
tapi masing-masing tak nak turun kereta dah, sebab tak de parking (tak cuti la giniii)
so i ols turun sorang dan pergi cari sayur goreng yang tersedap di CH.
nanti dalam entry ni, kita spill kedai sayur goreng yang paling sedap.
kedai lain, batter dia tak sesedap kedai ni.


ori cake house. kedai kek viral CH.


lalu je, tak beli.
dulu pernah beli sekali.
sweet tooth ok la. sy tak minat manis-manis leting.
sy nak pergi cari sayur goreng je. haha

ni ha kedainya!
tapi belah dalam.


sila cari food court sinar hijjaz.
masuk dalam. ni ada satu kedai yang jual goreng-gorengan.
BELI KAT SINI.
luar pun ada jual sayur goreng, tapi sedapnya tak sama dengan kedai ni. serius tak tipu.



pemandangan dalam food court sinar hijjaz, kea farm.


pintu masuk food court ni kat belah kedai-kedai yang berderet tepi jalan tu.
yang dekat hotel kea farm semua tu lah.
time sampai ni, tak ramai orang pulak.

lepas tu ada lot kedai baharu, baru bukak kat sebelah dia.
berapa banyak kedai daaa. patutlah bertambah jem and tak de parking kat kea farm. haha



tengah balik beli sayur, terjumpa harith and fams.




ni ha deret kedai-kedai tepi jalan kat kea.. carilah pintu masuk food court kat sini.



lepas tu nak cari pineberry (strawberi putih).
kalau strawberi, sy beli kat s corner je.
selalu dengar orang kena scam beli kat kea and pasar malam.
dalam bekas nampak berlambak,
tapi rupanya bekas tu ada macam bonggol kat tengah. so nampaklah melimpah strawberi.
padahallll...

kalau kat s corner, dia pek depan2 mata.
lepas tu dia tanya nak makan sekarang ke makan dulu?
kalau nak makan sekarang, dia akan pilihkan buah yang masak & boleh tolong basuhkan.
pada sy, transparent la. tak de penipuan.
buah pun cantik2.


s corner.




susah nak cari pineberry. beli kat s corner je. harga pun ok.
haritu sy beli bekas kecik, RM10. untuk makan terus.
idoknya bawak balik. haha


then balik hotel, washed up.
malam keluar lagi, nak dinner pulak.
haritu birthday durra.
so my mom kata nak cari kek.
merata la cari, mana kedai kek malam2 ni.

lepas tu nampak kedai dekat2 area masjid.









beli kek ni.. dia macam chocolate moist dengan cream cheese kot.
harga pun ok.




akhirnya sampailah kami kat restoran highland tomyam.


restoran ni berada di brinchang.
famous jugak, tapi ni first time sampai.
biasanya kami makan kat tempat lain,
tapi tempat tu macam tutup dah ke, tak tau la.
so ada la rezeki nak try highland tomyam.

kedai dia besar, orang ramai.
ada stall sate jugak.



birthday girl.




durra & ariana. bunga crotchet tu ariana hadiahkan utk aunty durra dia.




bergambar sikit kat restoran, sementara tunggu makanan sampai.
order sampai tak la laju sangat. may be sebab orang ramai.
paling lambat, ikan siakap 3 rasa. rupanya order tercicir. adoii.




me and qiqi.




babah and ariana.




durra and naim.




harith.




ordered sate. sedap.


kan tadi cerita, ikan siakap tu termiss order.
banyak kali jugak la tanya.
lauk lain dah start dimakan.
then lepas tanya2, baru la sampai.
saiznya agak kecik untuk 5 orang dewasa makan 😂
next time, restoran kena bagi saiz set ikut bilangan set tu. kalau 5 orang, 5 orang la kiranya.
ke dia main bagi je.
nasib baik la memasing dah macam nak kenyang makan lauk lain.
so ikan tu pun berjaya la jugak dihabiskan.

now baru sy tau fungsi salad.
nak menampakkan pinggan tu penuh, kalau ikan kecik 😂




set makan. rasa? ok sedap biasa kedai tomyam.


sampai saat ni masih terkenangkan kedai tomyam yang kitorang biasa pergi,
yang dah tutup (kot??) kat kg. taman sedia.
dahlah harga murah, makanan dia semua sedap2.
tomyam dia boleh terbang sampai ke awan gitu, dia punya sedap. haha

so verdict untuk restoran highland tomyam, ok la. biasa2.
dengan ikan siakapnya sampai lambat, saiz kecik lagi. orang ramai, biasalah.

selain tu, kat CH ada restoran nik tomyam. biasa jugak kitorang makan situ.
tapi kualiti rasa dia dah tak sama macam dulu.
kalau dulu, macam makan terbang di awan jugak.. hahaa.
tapi last time kitorang makan kat nik, so-so je. dah le masin. kikiki
(ada juga cawangan nik 2.. dekat2 area hotel kitorang).

balik dinner, singgah centrum.




ariana and anaqi di centrum mall.


lepas pusing2 centrum, kita pun jalan balik hotel.
ni pemandangan dari tingkap bilik hotel.
funfair kat belakangnya.




esoknya masuk hari ketiga kami kat CH.

jam 9 pagi, jalan nak ke atas CH dan mulai banyak kereta.
hari jumaat tu.




memula nak breakfast kat KHM, kg. taman sedia.
tapi queue dia.. ya Rabbiiiii. panjang, gaes!
parking pun tak de.
so pusing dalam area kg. taman sedia jugak,
breakfast kat ayahman. ayahman ok jugak. pernah makan sini sebelum ni.

at ayahman's.




ayahman.


cumanya konsep kat ayahman dah berubah sikit.
air bancuh sendiri.
nak beli nasi lemak pun tak de ceduk-ceduk lauk sendiri macam dulu.
sekarang beli ikut set sedia ada.

stesen bancuh air.
bayar RM3, pilihlah nak minum air apa. tapi tak boleh refill. haha (rugilah tokei wui)




so ambiklah air yang mahal sikit.. macam air coklat ke kan. kihkih
ni anaqi tengah tambah ais.




nasi lemak ayahman. ayam berempah. sedapp.
scone pun kitorang order buat rasa2.



laksa johor di ayahman. sedapp.




gambar bukti di pagi hari.


then dah breakfast, kita balik lagi ke hotel. hihi
kemas2 untuk check out.





husband cuci baju kat dobi layan diri dekat2 hotel.


lepas tu kitorang hantar my mom ke hotel century pines,
sebab adik sy, harith dok hotel tu.
mama akan balik sekali dengan harith.
kitorang pulak akan meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.
ke mana tu?
haa nantikan di entry lain pulak 😆


bergambar dulu dengan nek yah.












kitorang patut nak naik ke utara, tapiii jemnyaaa orang ramai-ramai nak ke kea.
so kitorang turun balik ikut tapah. jimat masa sikit.



nantikan pengembaraan berikutnya! ahax.

bye!!
 

Friday, June 28, 2024

jalan-jalan cameron highlands 2024 : sarapan di restoran naimah 1malaysia, jalan-jalan di agro market

assalamualaikum and hye! :)

sebelum sambung cerita di cameron highlands,
marilah right-click banner iklan di atas dan open in a new tab 😂 klik-klik daripada anda semua yang baik hati, akan menyumbang kepada kemaslahatan blog ini.. hihhi.

so it's the second day!

mana nak breakfast?
hotel kita tak ada sediakan breakfast.
so kita pergi ke pekan brinchang dan breakfast di restoran naimah 1malaysia.
situ ada roti canai, nasi lemak dan kuih-muih.
sy ambik kuih je. 2 karipap dan 1 pulut panggang.
alhamdulillah sedap.






hari khamis, hari bekerja sebenarnya. so tak ramai orang lagi.




nasi lemak dan kuih-muih boleh ambik kat stall di kaki lima restoran.




roti canai boleh diorder di gerai roti canai, hujung sikit dari restoran.
nanti akan dihantar ke meja.



lepas masing-masing dah kenyang,
kami gerak naik ke arah atas.
hajat di hati nak singgah ke tempat baharu, agro market.
agro market ni belah-belah on the way nak ke atas.. belum sampai atas lagi.
so tak de la jem apa.
selesa je jalan. dah la hari khamis, kan. haha

luas. bahagian luar dia macam ni. parking pun banyak. kat luar ada kedai-kedai macam kat kea market. tapi ni agro market. harga pun ok.












haa satunya, agro market ni nak masuk kena bayar. RM25 je untuk 10 tahun ke atas. kanak-kanak 4-10 tahun RM10, lain-lain percuma.


memandangkan berbayar,
so kalau nak elak sesak-sesak orang ramai,
bolehlah datang sini. mungkin tak seramai tempat lain yang masuk free.

mom. taman bunga2an.


bunga-bunga kat agro market dijaga rapi.
ada pekerja dia akan tegur untuk tidak bersandar pada bunga2an.



ariana.




me and anaqi.




luas tempatnya! bunga2 pun cantikk.


cuaca tak sejuk pun ye.
masa kitorang datang bulan mei tu, masih musim panas.
matahari di langit membiru.
jalan pun boleh berpeluh. haha
climate change is real.

nek yah (mama) and ariana.




kiddos with swing.




banyak tempat OOTD ya sini. ni ha tangga2 cinta. lolx








haiwan2 pun ada ni ha, cuma berpagar la dan jangan harap nak pegang 😂


bagus la, owner agro market ni sure dah dapat menjangkakan,
kalau orang ramai, habis haiwan2 ni semua kena serbu 😂 so dia letak dalam kawasan berpagar.
macam kat sheep sanctuary kan terbuka and boleh pet haiwan. sampaikan biri-biri semua stress.

alpaca ke namanya ni.




bolehlah kalau nak tengok biri-biri kat sini.. walaupun tak banyak.




kolam ala di rom. wishing pond kot. sebab ada syiling2.
tahyul betul sapa yang percaya adoiyai.



ok satu lagi yang best kat agro market ni,
ada mini santorini. boleh bergambar laksana di negara greece gitu.

actually ada satu lagi tempat kat cameron.. cameron santorini.
itu yang belah atas2 area lavender sana.
tapi situ nak masuk ke bayar lebih sikit, RM40.
ada la kawasan yang luas macam santorini dan kafe.
cumanya sy harap tiket masuk RM40 tu boleh turunkan lagi harga. mahal.
better fokus kuantiti. walaupun kelau letak harga RM20, sure lagi ramai pengunjung masuk, lagi banyak untung maa.

mini santorini di agro market.




belah2 atas mini santorini, ada kawasan untuk arnab dan kucing2 comelll.




husb and AAs tengah tengok kucing.




the secret garden. cantikkk.












layankan je la ye gambar kami semua ni hahaha.
ni kat mini santorini.




susahnya nak bergambar kat tangga ni!
sebab ada 1 couple ni dok conquer tangga tu tak habis2 bergambar. posing yang sama je pulak tu.
sampai my husb tegur, baru nk gerak.
orang lain semua kebil2 tunggu.




tangga percintaan. hahaha. nampak tu ada love locks.
tengoklah kalau ada rezeki pergi tahun depan, dah bertambah tak agak2nya love locks ni.. *of course!* :P




perspective.




husb.




stop for a while and smell the flowers.




haha. ni bukti yang time tu cameron tengah musim lalat! 😁


ye, musim lalat.
kat group cameron, time tu hangat diperkatakan musim lalat ni.
sebabnya petani tengah membaja kebun.
so baja organik kan.. faham2 sendiri la 😂
lalat di sana sini katanya.
time kami datang tu, tak de la lalat sangat kat kedai makan.
mungkin dah nak penghujung2 musim lalat agaknya.

gambar kenangan kat sini satuuu.




haa nursery pun ada!


walaupun nursery pokok tak la sebesar mana,
tapi best jugak and harga ok ye.
sy siap beli pokok daun kesum dan daun sup. setiap satu harga RM10 je.
kalau kat selangor, RM15 dah tu sepasu.



yes, thank you too, agro market!


puas hati jalan kat dalam agro market,
berbaloi-baloi beli tiket harga RM25.

lepas tu kami ke mana pulak?

[bersambung!]