Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Tuesday, September 04, 2018

wani e watches 'to all the boys i've loved before'



assalamuaikum and hi!

know why the title dalam present tense 'watches' instead of past tense 'watched'?
cause i frequently watch this teen romcom again and again! HAHA
and you know i won't re-watch a movie unless it's really really good.

'to all the boys i've loved before' adalah movie terbaru netflix,
yang pada sy sangatlah awesome posum as a teen movie;
right after 'the kissing booth' (aaa yang ni pun tak sempat nak buat reviewww tapi seriously best sangat!!).

wani e is a teen movie fan.
lagi-lagi cerita high school.
yes i am.
i am in my 30s now,
but my heart is always 15.
(why 15? and not 16 or 17?) you figure :DD

soo back to our movie.
movie ni digarap daripada novel sebenarnya.
yes ada novel.

ni novel dia!

mengisahkan tentang sorang gadis bernama lara jean covey (mix korean, budak pandai) yang telah menulis 5 pucuk surat kepada 5 orang crushes beliau (time tu masih budak-budak lagi).
so dia simpan kesemua 5 surat tu.. siap dengan alamat bagai, tapi tak pernah berniat pun nak hantar kepada penerimanya.

salah sorang daripada crushes beliau adalah josh (boyfriend kepada margot, iaitu kakak LJ - jugak best friend LJ dan jiran diorang).

one fine day,
tetiba kelima-lima surat tu dihantar secara misteri oleh .....?? (isikan tempat kosong) dan those boys terima surat diorang.
salah sorang penerima surat tu adalah crush zaman LJ kecik-kecik dulu; peter kavinsky (budak famous kat sekolah).
peter ni pulak ex-boyfriend kepada ex-kawan LJ (yang sekarang dah tak jadi kawan, more to watak jahat la dalam cerita ni..) ex-kawan LJ yang bernama genevieve.

so si peter ni baru lepas break up dengan genevieve.
dia datang la jumpa LJ bawak surat tu..
sambil bertanya, awat hang bagi cek surat ni? (no not really in loghat utara liddat haha)
sebab dia punya relationship tengah complicated, dia kata tak dapat terima la apa.
padahal LJ bukan suka kat peter pun time tu. dah lama kan.

kebetulan si josh (masa tu pun josh dah break up dengan margot, kakak LJ. sebab margot nak sambung belajar kat scotland).. continue
si josh ni lalu. bawak surat tu kat tangan dia.
LJ panik, terus tarik peter dan pura-pura kiss peter supaya josh ingatkan yang LJ & peter ada 'apa-apa'.


peter datang tanya LJ, apahal kau bagi aku surat? tetiba je kau ni. hahaha


to cut everything short,
LJ and peter buat pact (pakatan), untuk menyamar jadi boyfriend-girlfriend.
sebabnya LJ nak avoid josh daripada salah faham.
dan peter nak gunakan peluang ni to win genevieve back.
it's a win-win for both of themlah kiranya.


LJ dan peter mengikat tali kontrak relationship :D

so ada la syarat-syarat kontrak semua yang diorang berdua persetujui.
macam tengok fave movies masing-masing,
peter akan bagi love note hari-hari kat LJ,
LJ kena teman peter pergi parti dan tengok game lacrosse yang dia main.. dan lain-lain lagi syarat. haha


syarat bawak LJ dan adiknya, kitty ke sekolah setiap hari. sebab LJ ni gile tak pandai bawak kereta.. lolx


so along they way diorang ni macam bonding la.
they share their stories and such.
memang sweet habis.
tapi masih dalam mode penyamaran.




yang LJ ni memang tak faham-faham si peter ni dah start sukakan dia.

LJ ni takut nak buka hati dia, sebab nanti dia akan lost orang yang dia sayang (mak dia dah meninggal dunia, bapa peter pulak dah kahwin lain. so they both understand the situation of how important a love is).

we all know that the confession part was the best, right? ;)

alkisahnya si genevieve, ex-girlfriend peter ni masih dok ngendeng-ngendeng kat peter.
walaupun dia yang ditched peter dulu.
so diorang pergi ski trip.
time ni si LJ macam bengang apa ntah dengan peter, dia malas nak duduk dengan peter dalam bas.
and dia pun tak follow peter pergi ski.
malam tu (malam confession) wuu
si LJ datang jumpa peter kat hot tub.. tengah duduk sorang-sorang menangisi kisah hidupnya yang di-ignore oleh lara jean.. haha.

rupanya peter nak sangat duduk dengan LJ dalam bas tu.



maknanya peter ni cakap, ko ni memang tak faham-faham eh lara jean covey, aku suka kat kau ni.

lepas tu diorang pun lovey-dovey la lepas LJ tau peter suka kat dia jugak, sama macam apa yang dia rasa.
tapi standard la lepas tu ada konflik etc sebab ada watak jahat kan.
what's the use of an antagonist if she didn't seperate people around kan. bahaha


awwww lovey-dovey time. sweet gils diorang ni!

memang cerita ni sweet betul, buat korang melayang di awangan.. kahh. kemain perbandingan dia :P
but you'll get a sweet dream when you watch this.
sebab apa yang korang baca, tengok, alami masa sedar, akan affect waktu korang tidur.
serius!

so go watch!

i super root for lara jean covey and peter kavinsky.. they look so cute together!


"love deeply. break your heart. love deeper. repeat."

Wednesday, March 16, 2016

mama's birthday

happy 56th birthday and happy retirement day to my mama!! :)

wani doakan semoga mama sihat-sihat selalu,
dipanjangkan usia,
dimurahkan rezeki,
dan sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah.

love you loads!!



p/s : ingat nak balik celebrate sabtu ni, tapi mama & abah nak balik terengganu. jadi kita tunda lagi seminggu. xD

Thursday, December 31, 2015

countdown?

it's near 12 midnight on new year eve 2016;
but everyone is sleeping! whattttt.
:P





alahai sayangnya kat diorang semua ni :')
happy tidur!

Saturday, September 19, 2015

ariana : 2 tahun 3 bulan plus

updates on ariana bariana. hahah


hari tu ada husband upload video ariana teka-teka colour. lolx
since tak boleh upload kat blogger, sy letak link je lah. xD

https://facebook.com/video.php?v=1167240426625683


dear ariana,
if you read this, one fine day (once you know how to read kot hihi), things about you and that you learned up till now adalah :

1. boleh recognize warna-warna asas (but those were in english. we try to work out in BM later eh hehe). warna tak asas macam pink purple pun ariana tahu. so, good job, precious!

2. knows her ABC dan boleh recognize few alphabets. kadang nampak dia menyebut-nyebut huruf bila nampak kat kotak mainan la etc. rajin menelaah budak ni. haha. tak de belajar mana pun, kita nyanyikan kat dia masa baby then dia belajar from youtube selebihnya hahaha

3. 1 to 10 both in english and BM. tu dah lama dia mastered haha. congrats. (10 bintang untuk you! :D)

4. faham apa kita cakap and dia pun boleh converse with cute pelat thingy. cuma tak full phrase la. contoh if dia tunjuk bantal kan. dia cakap "tal! mama nye." or "ni mama. ni mama nye." (means bantal tu mama punya haha). or naik kereta dia akan cakap kat babah dia "kai. ghang!" (suruh pakai tali pinggang). most of the words adalah yang hujung-hujung disebutnya. lolx

but most funny thing yang dia sebut adalah kalau dengar bunyi kentut. "kentut! puit puitt" HAHAHAA bunyi puit puit tu yang tak boleh blah :'DDD


5. makan memilih tapi pencinta buah-buahan. (memilih tu mostly nasi la. dia tak berapa suka nasi ok)

ni tengah makan buah delima. dia ambik ai punya delima!! wuu~



ni anggur dia mintak. but biasanya dia suka mintak tembikai la. "kai kai!" so tembikai memang wajib ada dalam fridge.

6. so when we talk about food, memang dia tau la apa tu nasi, apa tu ikan, chicken, tembikai, coklat semua. senang dia nak mintak makan apa. oh oh dia jugak pandai cakap "no, tak nak." so kalau tak nak makan tu lahai senangnya dia cakap tak nak. tungkus-lumus mak ekau masak ni ha.

7. buang air masih di pampers. belum mengajar membuang kat toilet lagi. tapi dah habaq kat dia toilet tu apa. hahaha

8. animals. memang berjuta animals dalam planet ni. tapi yang basic tu dia tau la. cat, bear, panda, giraffe, elephant, monkey yadayada. tiada kuasa sy mahu menyenaraikannya lolx.

9. habit mengemas tu tak de la sangat haha. typical kids. tapi dah berjaya ajar dia kemas sikit lepas mandi. tu pun kalau dia ingat :P ni ada sekali dia kemas sendiri lepas mandi. dia buangkan air dari dalam baldi and bath tub semua dan susun kat tepi. kelass kau jah. haha. semoga menjadi pengemas, tidak seperti mama kamu yang penyepah ini ;)


pandai sabun sendiri and gosok gigi jugak.

buang sampah pun dalam bakul sampah. kira ok la.


10. tak tau ayat-ayat, but she knows what is doa. so kalau nak makan/minum tu kita bacakan doa, dia tolong aminkan je. hahaha. sambil sambung kat hujung-hujung "naa.. naa.. naa.." doa makan kan banyak na na kan. na=kami.

11. boleh mengikut kalau solat. not everytime la tapi kalau dia masuk bilik and time tu kebetulan tengah solat, sibuklah dia di tepi (kadang di tengah sejadah punnn T_T) bangun rukuk sujud segala. kadang dengan pampers je pun mengikut jugak lolx. lahai tak khusyuk solat aku. rofl. and she knows what is al-Quran. "quran" katanya. nanti dah sampai time kita ajar dia alif ba ta. bila la tu mama nak rajin mengajar. teehee. dan pandai sebut "Allah." and "Allahuakbar." (ada sekali tu kononnya dia nak meng-azan. lolx) Allahuakbar. kipidap, budak kecik :) *i dunno kenapa kena spell 'kipidap'. alright. keep it up!*



oklah nanti sambung lagi updates. semasa ke semasa kalau rajin.
entry is not meant to brag about kid tapi nak buat rekod untuk diri sendiri.
perkembangan anak-anak berbeza kan. so of what pace ariana is in right now, tak tau la too fast, too slow or just ok, i'm still proud to have her as my daughter and love her unconditionally. haha
and kitorang bukan jenis parents yang paksa anak belajar, ni kan musim main. so mainlah dia sesungguhnya (cuma dia jenis minat nak tau benda di sekeliling. semangat inkuiri yang tinggi. guess normal for other kids too). jadi dalam main-main tu dia pun belajar jugak daripada sekeliling.
may we all blessed with a good life :)

till then!

Thursday, August 28, 2014

the KTcity weekend

helo, thursday peeps!

thursday yang awesome sebab dapat cuti (CTR) since dari malam semalam sampai ke pagi buat enforcement p*usat j*udi h*aram kat KL.
pukul 5pagi baru balik rumah, kau.
apa nak jadi ni wani -_-" heheh
but it was a great experience; penat tapi best.
the perk of working at the new office.

so balik kepada topik asal!
weekend lepas kitorang jalan-jalan ke KTcity.
sebab ada jemputan daripada big boss lama sempena majlis persaraan beliau.
he's one of my bosses yang memang super baik hati, penyabar, humble dan tak pernah marah.
a good person like this should be celebrated remarkably. :)
i picked a book at MPH as a token of appreciation for him. kad DIY aje.
tapi lupa nak snap gambar hahah *busy katanya* :P

kitorang gerak ke KLIA naik ERL (train).
saja nak bagi ariana experience naik ERL.
sekejap je dari putrajaya sentral ke KLIA.
dalam 15 minit kot macam tu.
kalau naik cab atau kereta, lagi lama. lagi mahal kos.
cuma tabahlah sikit menapak dari parking putrajaya sentral tu sebab parking banyak penuh, lagi-lagi yang berhampiran dengan lif. ekeke


dalam ERL.

ni pun kira first time ariana naik flight.
JADI INGAT NI, ARIANA. TARIKH PERTAMA KALI ARIANA NAIK FLIGHT ADALAH PADA 23 OGOS 2014 OKEH *awat huruf besaq semua ni. lolx*
flight KL-KT.


with boyfriend.



with girlfriend.



with both of em.

nasib baik si ariana ni time kapal terbang dah naik tu dia tidur.
dua-dua flight (pergi balik) macam tu.
cuma sebelum berlepas tu je la dia sibuk nak ke sana sini.
walhal dah pakai seatbelt bagai.
tetap la nak 'travel' dari peha babah ke peha mama & sebaliknya. lolx


with astronaut's suit. ;)

sampai sana dalam pukul 3 petang.
usop dengan abang dia greet us at the airport,
dia bawakkan kereta untuk kitorang. *tq banyak, sop!*

kitorang terus ke area ICT *ikan celup tepung*
macam biasa, ke warung pok mang di kawasan belakang airport.
sebab kedai yang depan pantai tu mahal sikit and kedekut seafood.
yang ni banyak. haha

korang boleh cari warung ni kat area jalan belakang airport.



makan sikit je, snek petang. heheh



ketam celup tepung. hari tu datang tak dapat makan kan, sebab ketam habis. la ni makan habis-habisan.

ni time bukan musim hari raya atau cuti..
so tak ramai orang la macam time raya hari tu.
dapat la makan dengan tenang dan ada ketam. tu yang penting. HAHA


sotong celup tepung. tengok tu punya banyak dia letak sepinggan. ni baru RM5.



ikan pari and ikan kembung.

lepas tu check in hotel puteri pacific.
malam tu ke taman tamadun islam (TTI) untuk sambutan majlis persaraan tuan haji, former boss kami merangkap former housemate husband. hehe

purple theme. bukan tema kitorang, tapi memang tema untuk malam tu. ramai pakai purple.

jenuh la mencari gaun purple untuk ariana.
tak banyak choice kat parkson.
so pakai je la baju mana yang ada ye, nak :P


them with tuan haji. selamat bersara, tuan haji! enjoy your retirement days!! :)

ye la tuan haji ni family dia kat KL,
dia duduk sorang-sorang kat KTcity.
lepas bersara ni dapat la dia unite balik dengan family dia. hihi
siap anak-anak buat surprise atas stage bagi dia hadiah handphone.


dengan ani, kak ija, kak sha.



husband and ariana with the 'gang' xD

ramai muka-muka baru jugak kat ofis.
ada yang tak kenal.
tapi masih ada lagi kawan-kawan lama kat sana.
kebanyakan kawan-kawan perempuan ramai dah pindah;
macam haze, hajar, syiro, khalida, fie, scha, fifa pergi D*PA etc.
itu yang pindah negeri.
yang pindah ofis lain kat terengganu ni pun ramai.
like my staff, tinggal berapa kerat je orang lama.
lain ada yang dah tukar ofis.

lagi satu
kat terengganu ni cepat betul development dia!
tengok-tengok jalan kat area primula dah ada simpang baru.
sampai confuse sebab jalan dia dah nampak lain.
then kedai kepok tok beng dah renovate.. kelas kau.
kedainya tertutup sikit la sebab ada dinding konkrit. hehe

so time balik on the way ke airport,
singgah kejap beli keropok goreng. yum yum.
siap beli yang frozen punya untuk bawak balik.


kedai kepok tok beng berwajah baru.



dari corner jalan tu boleh nampak kedai kepok tok beng. macam ni rupa bentuknya sekarang.

ohohh sebab lambat lagi flight kitorang,
singgah kat pantai teluk ketapang kejap.. piknik.
piknik la sangat kan.
walhal beli sate ikan dengan air kelapa kat tepi tu je hahaha
crave sate ikan ok.
sedapp.

tak dapatnya harga macam ni kat putrajaya -_-"

ni pun first time bawak ariana ke pantai.
tak de pantai mana pun, pantai jauh lagi ke depan.
ni bagi dia rasa pasir tu je macam mana. ahaha

mula-mula tu dia pijak jingkit-jingkit.. tak biasa kan. lepas tu dah boleh join dengan pasir. lolx

tu kat tangan dia tu kepok lekor tok beng.
so terengganu-ish. :D


ada jugak 2-3 kereta yang berpiknik macam kitorang.



melukis di atas pasir. ecehh.



ini kereta yang dicarikan oleh usop untuk kitorang. :) thanks banyak!! ada serupa iklan kereta tak? bahaha



love this photo!!

dah lepas tu naik flight balik KLIA.
flight delay sikit so sampai lewat.
sampai rumah pun dah malam.
nasib baik isnin selasa tu cuti kan.
haa yang tu cerita dalam next entry.

till we meet again!
toodles!

both with bags. haha

Tuesday, March 18, 2014

PENANG TRIP PART 3 : MAKAN-MAKAN

hyep!

sy kembali lagi *fuahaha* dengan cerita penang trip sy.
yang ini memang episod makan-makan je.. jamin! :P

makan-makan kali ni banyak kat area georgetown.
luar georgetown memang tak sempat.
(ohh mee udang teluk kumbar!! lain kali la ye! hehe)

now.. teruskan!! xD

hidangan on flight; nasi beriyani bukhara ayam. memang favourite sy ni ^^


yang ini husband punya.. sate ayam.


cangg!! buat alas perut di dalam kapal terbang :)

MAKAN 1 : CENDOL

bila dah sampai penang,
harus la cari cendol teo chew yang famous tu.
mula-mula salah tempat, ok!
nampak street stall jual cendol, ramai orang kerumun..
mamak yang jual..
ingatkan itu cendol teo chew.
lantas beli segelas. lolx

salah gerai, ok! ai pergi gerai cendol pulut ni. HAHAHA


berjaya dapatkan segelas daripada crowd yang ramai! stress beli cendol orang kerumun macam tu.



bergembira, kononnya dapat cendol pujaan hati. rupanya cendol famous selorong lagi di depan! ;P




iklan sebentar; ini jugak famous.. ais tingkap. di lorong sebaris dengan gerai cendol pulut tadi.


rasanya ais tingkap ni adalah sirap selasih sejuk.
tapi sy tak beli sebab dah ada segelas cendol di tangan.
tangkap gambar je la.. ;)

berjalan beberapa langkah ke depan,
akhirnya sy terjumpa gerai cendol teo chew yang famous!
dang!
perut dah penuh minum cendol-silap-gerai.
tapi sebab dah sampai kan.
cuaca pulak panas.
memang elok sangat lah kita beli cendol lagi! hihihi

this is the right look of.. me. finding the famous street cendol stall.

suasana kat lorong tu memang tak dapat digambarkan..
super ramai orang!
yang beratur di gerai cendol teo chew,
yang di gerai cendol pesaingnya just across it.
yang berdiri ramai-ramai sambil hirup cendol di lorong.

tapi sy malas nak makan cendol sambil berdiri kat situ.
i read about the famous assam laksa at the same alley.
kat 'kedai hijau'.
so fikir, sambil makan cendol, sambil makan assam laksa.
twas a match made in heaven gitu :P
kedai hijau ni beberapa langkah di depan gerai cendol teo chew je.


nah! few steps je dah sampai! lolx

masuk je dalam,
and order cendol kat situ.
nanti diorang akan ambikkan dari gerai cendol tadi.
jangan risau, kedai ni halal. cendol pun halal. :)


di area gerai cendol teo chew ada joo hooi cafe. yang ni pun beratur jugak orang membeli char kwey teow.

tapi sy tak berani nak beli la char kwey teow.
in case depa ada letak lard (lemak babi).
so tengok je la suasana meriah manusia membeli dan beratur.
nice! :)


first time sampai tu ingatkan kena order kat gerai cendol.

so sy gigihlah beratur seperti gambar di atas :P
dah sampai kat depan tu,
orang jual cendol cakap,
kalau nak makan kat kedai hijau,
order kat situ je.
lohhhh
kalau la ku tau dari awal... -_-"

suasana di dalam kedai hijau. semua tengah syok hirup cendol.

time sampai tu assam laksa dah habis.
diorang cakap tengah masak kuah baru.
kitorang pun cakap tak pe la, kitorang tunggu.
jauh datang ni nak makan assam laksa :P
sementara tu order cendol dulu.
memang superb weh cendol teo chew.
tasted so nice.
tak manis sangat, tak tawar sangat.
sesedap rasa. fuhhhhhhh

nak dapatkan tempat duduk ni pun agak hazab ok. orang ramai sangat!!



orang kedai yang friendly tangkap gambar gegar. semua gegar :P terpaksa selfie sendiri. bahaha



here it is! the famous teo chew cendol, penang. ko takkan menyesal makan! hihi ;)









kitorang pergi sini dua kali.
first day and second day.
sebab first day tu assam laksa tengah masak baru kan.
tunggu punya tunggu tak siap-siap.
tu yang second day datang balik semata-mata nak makan assam laksa. lolx


MAKAN 2 : ASSAM LAKSA


verdict : super sedap di alam semesta!!

(sebab sedap sangat maka gambar pun lebih sikit.. hahaha!)

this is.. heavenly.. delicious!!!




sedap bak hang!



ohh assam laksa kedai hijau pujaanku!! ^^



iklan iklan..... kat kedai hijau jugak ada jual rojak buah! looks yummy isn't it? :)



kalau datang penang lagi, insyaAllah akan makan lagi. HAHA



yang dalam sudu tu budu kot. kot. campur sekali dalam laksa and makan. yums!


MAKAN 3 : NASI KANDAR

nasi kandar famous kat georgetown, penang ni ada dua.
satu nasi kandar line clear.
satu lagi nasi kandar beratur.

kitorang sempat rasa nasi kandar line clear.
sebab location adalah super dekat dengan hotel tempat menginap.
just a step away. ecewah.

ini yang sy makan. nasi putih, ayam rose, udang kari dengan telur.


kedai nasi kandar line clear ni bukak 24/7.
sy and husband pergi time ni dalam pukul 4-5 pagi. huahaha
bangun pagi tiba-tiba lapar kan.
terus keluar cari nasi :P

tapi pagi-pagi buta macam tu ada nasi putih je la.
nasi beriyani starts at 10 a.m.

ini la rupanya kedai nasi kandar line clear di siang hari.

kedai ni terletak di antara 2 building kedai.
memang beratur kalau nak membeli.
cuma kalau macam kitorang datang pukul 4-5 pagi, tak ada lah beraturnya.
haha


again, lauk nasi kandar ai ;)


ini antara yang dihidangkan di kedai nasi kandar line clear.



meleleh-leleh kuah-kuah. sloppy habis! xD tapi yang sloppy tu la yang biasanya sedap. slurpp!! :P

and nak tau kenapa nama dia nasi kandar line clear?
sebab ada pakcik ni tiup wisel sambil buat gaya 'line clear!' dengan tangan dia.
bayangkan kitorang datang pukul 5 pagi tu pun dia boleh lagi buat aksi macam tu.
siap ajak tangkap gambar lagi.
hahaha. funny :D
and somewhat a good promo, too.

ni lah pakcik yang kukatakan tadi :P




MAKAN 4 : ROTI CANAI TRANSFER ROAD

orang cakap kalau datang penang sila try roti canai jalan transfer.
yang ini pagi-pagi lepas sarapan kat hotel,
kitorang pergi cari.
haha
(memang silap la beli baucer makan breakfast kat hotel. tapi nak buat macam mana, kena guna jugaklah baucer tu. hasilnya, penuh perut makannnnnn je! :P)

nak ke kedai roti canai ni menapak jugaklah.
lokasi ke arah belakang kawasan hotel.
lepas tu ke kiri sikit.
yang penting jumpa stesen minyak dulu.
lepas tu ke depan sikit, jumpalah kedai roti canai transfer road :)


kedainya memanjang di sepanjang jalan transfer.



memanjang sampai ke belakang! xD


my beloved hubby. melayan la wife dia nak pergi sini sana kan. haha


teh tarik!

sy sangat la jarang minum teh/kopi sekarang.
sebab kesihatan katanya hahaha
but this is an excuse.
makan roti canai,
dengan teh tarik.
such a true malaysian. teehee

ini la pakcik-pakcik di sebalik kejayaan roti canai transfer road yang super famous.


katanya pakcik janggut putih tu la pioneer roti canai ni. idop pakcik! ;)



ours.



si kacak overload. ditangkap gambarnya oleh si cantik overload. bahaha *pengsan muntah 100x sebab perasan sangat* :B

dan yang dinanti-nantikan telah tiba!!


roti canai transfer road!! xD

yang istimewanya roti canai transfer road ni adalah pada kari ayamnya.
haa hambik kau kari ayam sepinggan dia bagi dengan quarter chicken!
memang kenyang tobat la makan.
pulak tu baru lepas kenyang makan breakfast pakai kupon baucer hotel.
kenyang macam nak pengsan la kiranya lepas tu HAHA


you must try this!












tengah nak membayar. sepinggan harga RM7.50. haha


MAKAN 5 : AYAM TANDOORI KAPITAN

yang ini pun wajib cuba.
mulanya nak ke restoran kapitan kat area masjid kapitan.
tapi jauh sangat dari hotel.
naik beca pun tak sempat nak singgah sebab mengejar masa.
so malam sebelum balik semula ke shah alam,
kitorang meet up dengan kawan lama, firdaus.
dia la yang bawak kitorang ke kapitan.
tapi bukan kapitan kat masjid kapitan.
yang ini cawangan dia kat gurney tower.

gurney ni kawasan orang kaya.
mungkin macam bangsar kalau kat KL.
tu yang nampak restoran dia macam up sikit. hehe


ni la restorannya. kitorang duduk kat belah luar, ambik angin.



tu husband tengah berborak dengan firdaus.


taraa! sy order tandoori garlic naan.

sedap sangat weh!
tak pernah sy makan ayam tandoori sesedap ni!
serius rempah dia memang rasa lain macam sedap daripada tandoori kat kedai lain.
masa tengah taip ni boleh pulak terasa lapar. hahaha


husband order tandoori cheese nan. dia memang suka segala yang sangkut paut dengan cheese ni. haha


close up the awesomeness.
so kalau ke georgetown lagi,
kemungkinan besar sy akan singgah makan ayam tandoori kapitan ni.
sebab memang sangat sedap!!










gambar bukti tengah makan. hoahaha

MAKAN 6 : JERUK

jeruk ni sebenarnya souvenir yang perlu/mesti/wajib (tapi tak lah dosa :b) dibawa balik dari penang untuk sedara mara and sahabat handai.
kat penang memang terkenal dengan jeruk-jeruknya.
paling famous adalah jeruk pak ali.
baru-baru ni sy terbaca berita yang pengasas jeruk pak ali ni baru meninggal dunia.
innalillah.. al-Fatihah.

nah, ni gambar ketika bershopping di kedai jeruk pak ali :)

bukan gambar di kedai jeruk, tapi gambar tengah jalan kaki nak ke kedai jeruk. haha



basically kat area jalan penang ni, kitorang jalan kaki je. semua dekat. haha

so kalau nak sangat dekat dengan sumber makanan macam kitorang,
bolehlah stay kat hotel cititel.
itu yang paling dekat kot.
ada jugak hotel-hotel bajet lain di sekitar.
tapi sy tak ingat namanya.
paling dekat yang kat sebelah hotel cititel.. nama hotel town something. haha


kat sekitar area tu memang banyak kedai jeruk.



cangg!! sampailah kita di kedai jeruk pak ali. nampak tu punya ramai orang.


sebenarnya beli timbang lebih murah. tapi sebab nak hadiahkan as souvenir kepada orang ofis, sy beli yang siap dah paket kecik-kecik macam ni. RM10 untuk 4 paket.



akak kedai tengah pack kan jeruk.


jeruk-jeruk semua diletakkan di dalam tupperware besar macam ni.


MAKAN 7 : LAIN-LAIN

lain-lain ni seperti makan breakfast kat hotel.
hoih memang rugi ni beli baucer breakfast kalau datang ke penang
*sy laungkan sekali lagi!* :P
siap beli untuk dua hari. great. just great. haha

tapi time beli tu sy terfikir nak beli sebab tengah chinese new year.
kot la kedai makan kat luar tak bukak.
rupanya kedai makan semua bukak ok!!
(may be first day CNY je yang tutup).

tapi breakfast kat hotel not bad la. what dya expect? :P



contoh plate. boring je nampak kan. makan tepi jalan jugak yang best! HAHA



kemudian kita ada KFC di airport.. ;) yang ini husband yang beli.






jadi tamatlah sudah pengembaraan makan-makan kitorang kat penang.
penang is food heaven, no doubt.
and of course ada banyak tempat lagi kitorang tak pergi dan banyak lagi makanan tak dirasa.
contohnya ada mee pata hamid yang famous kat area batu feringghi *tak sampai ke sana*
jugak mee udang teluk kumbar *seberang. tak sampai jugak*
jugak mee kuah ketam simpang tok kun *dah lama nak try ni wehh* yang berada kat bukit mertajam.
char kwey teow penang pun tak makan! sebab tak tau mana nak cari kedai halal. lolx
(ada tau satu kedai halal, tapi tak tau area mana pulak. and malas nak cari. hahah)
and kedai pakcik sendiri (puncak mutiara cafe) pun tak singgah, sebab kat seberang jugak.

tak pe semua ni may be next time.
sebab dalam masa 3hari.. eh no, 2 hari lebih ni mustahil la dapat pergi semua tempat untuk makan.
there must be next episodes coming!! hihu!


cya again, penang!! (view dari tingkap bilik hotel)