Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Sunday, September 07, 2025

Aidiladha 2025

Assalamualaikum and hey! :D

A throwback entry of our aidiladha 2025.
Padahal raya tu bulan Jun kan, skang dah bulan September.. hahaha.

So tahun ni raya kat Banting (in laws),
but kita raya dulu kat rumah sendiri pagi tu.

Tak de gambar raya family sangat,
Sebab everyone was in santai mode.


So kita ootd kat porch rumah pun jadii :P



All simple, sparkly and ribbonish.


Baju and tudung raya pun beli online je, u'ols.
Berkenan sangat kat this baju raya by lemarimeen (TikTok shop).
Sooo lawan I can't resist!
Harga boleh tahan 'keras' but hey, raya haji setahun sekali. wihihii~

Tak de tema-tema sedondon. Pakai apa yang berkenan je.
Ribbon themed for me.
That's my hubs & I.



So tengah hari sikit, kitorang gerak balik Banting.
Seronok budak2 dapat jumpa cousins.







Since 4 Jun tu birthday Ariana,
Aidiladha pulak around 6 Jun kot..
Kita belikan kek ais krim and makan ramai-ramai dengan cousies kat kampung.
Licin habis.




Ariana, anaqi and theirs cousins.



Lepas-lepas tu kitorang ada balik Shah Alam jugak and beli kek lagi.



Gambar ramai-ramai ada kat galeri..
Tapi dengan tak pakai tudungnya apa, so gambar remains in the gallery je lah haha
Tak kuasa nak letak sticker ke censored ke :P

Anaqi and cousin, Tuah.




Entry diakhiri dengan gambar juadah raya, ada masak, ada beli :D


 

Sunday, May 04, 2025

raya 2025

Assalamualaikum and hi! :)

SELAMAT HARI RAYA!
Ahahaa Syawal dah lepas, tapi masih gigih nak wish 😂

Ah, abaikan.
Ni blog sy kan, suka hati nak wish bila. Hahaa

So macam biasa, blog ni baru sempat nak update.
Macam-macam nak cerita, tapi masanya limited.
So kita dahulukan post hari RAYA dulu.

wajah penuh nur *harapnya* dua manusia di pagi RAYA.
Walaupun tak de make up lagi, harap filter telefon dapat membantu :P



So lepas solat raya, kita stalk mama kita tengah solat dhuha.


Being a girl on hari raya, it ain't easy ya know.
Time balik masjid tu la ko berlarian nak make up, nak panaskan makanan, nak hidang, nak makan, nak tangkap gambar.
Sapa boleh relate, kita geng 👏 *geng gigih katanya. Sapa tak gigih tu, sila ke tepi :P*

Macam biasa, kalau raya kat rumah, kite yang masak.
Sebab kite suka masak kot. Lolx

Zaman ni sy rasa zaman anak-anak muda dah yang masak.
Orang tua kita bagi relax je, beribadah, tangkap gambar. Haha
Ye la kat rumah in laws pun macam tu. SIL / biras sy yang masak.
Borak dengan budak ofis pun sama.
Dia cerita dia balik kampung, kenduri ke apa, dia yang kena masak.
Kadang dia cerita dia saja tak nak balik awal sangat, sebab apa-apa nanti dia yang kena buat. Lahh sabo je le hahaa. Kudos untuk beliau yang gigih!

Tapi ada je tempat yang masih merasa air tangan orang tua semasa hari raya.
Ikut tempat la.





Lauk-pauk raya kitorang sikit-sikit je.

Banyak sangat pun, siapa nak makannya. Esoknya nak balik kampung tok dah.

Btw, tahun ni kitorang beraya kat SHAH ALAM dulu. Petang ke BANTING. Then TERENGGANU.


Masak tu biar yang mudah-mudah je, tapi sedap di tekak sendiri. Lolx
Ni sup tulang, pakai rempah soto. Sedap bak ang. Tahun depan kalau ada rezeki, nak buat lagi la. insyaAllah. Makan dengan mi hun sup. Dah. Simple.



Ni pulak daging dendeng. Banano suka bethol makan dendeng.
So kita beli la HAHAHA. Beli, bukan buat.
Kanan tu rendang mak lang menu wajib. Walaupun namanya rendang mak lang, tapi sy yang masak. Resipi mak lang den (belah arwah abah).



Nasi himpit, kuah kacang, kek, sponsored by mama.
Kuah kacang sedap gak, order.



Ketupat palas, lemang, buah.
Hahaa kanan tu ketupat goreng deep fried. WAJIB ada. Sedap ye.



Air ribena laici.
Kekdahnya budak-budak ni kata tak minat ribena ada laici.
Si tuah (nephew) suka je air ni, tapi dia pulak takde, balik kampung belah tok mummy dia. Sapa nak, minum. Tak nak, bancuh air sendiri. Lolx *tapi diorg minum la jugak sebab dah terhidang hahaa*



Sup tulang close up.



Yums.



Raya hari tu tengah musim AI photo, ghibli studio.
So let's join the hype. Ni buat sendiri pakai chatGPT plus.
Gigih beli akaun sebab nak buat. Hahaa. Memang beza hasil daripada akaun free dengan akaun beli.



Sempat jugak buat action figure tak berapa action ni.. bahaha.


1st raya petang tu pergi BANTING (in laws),
pergi beraya la kejap. Lepas tyu gi rumah acik jiwan.
Then balik.
Ringkas je raya kitorang haha.

2nd day raya tu gerak balik kampung kat terengganu.
Alhamdulillah, ye kereta banyak, tapi tak jem.
Kalau orang yang balik days before raya, may be la jem.
Yang katanya sampai 10 jam tu.
Tobat acik.

3rd day baru keluar beraya lagi, kat KTcity (read: Kuala terengganu)


Baju raya ketiga lebih humble dan comel. Kihkih
Sesuai untuk jalan sana-sini. Ringkas, tak belengas atau ketibas 😂



Beraya kat rumah shah. Dia buat open house.



Kanan tu shah. Tokei kedai nasi dagang etc.
Memang rajin buat open house time raya. Semoga + murah rezeki shah sekeluarga.



Petang ke warung tok mang, makan ICT (ikan celup tepung).
Walaupun bukan setakat ikang; ketam, udang semua ada. haha



Lepas ICT, beraya kat rumah chu. Ni chu :)



Then ke rumah sebelah.. rumah mok jah dan pok ki.
Dulu ada arwah tok nun. Now tak de doh :'(



Photog masuk bergambar sekali.. haha



4th day. Sebelum balik, bergambar dengan tok yam.
Satu-satunya tok sy yang tinggal. Grandparents belah abah dah tak de, tok ki pun dah tak de. Tinggal tok yam je. Tu pun tok yam dah uzur, sakit orang tua. Harap tok yam terus sihat dan kuat. (Belah husband pun, nenek minem dah tak de. Memang sy ada 1 tok ni jeee)





Sayanggg tok yam!


And wajib acara bergambar kat tangga rumah,
Sebelum balik.
Sepupu sepapat semua memang gini kalau balik HAHAA

Time ni orang lain ramai dah balik.
Tinggal kitorang yang last.

Nasib ada tripod. So semua boleh masuk frame :P








Nanti kite sambung pulak cerita lain.
Penat dah la menaip. haha
Ni taip kat tab. So tak feel.
Laptopku skrin rosak. Belum sampai seru nak hantar repair, sebab mahal :P

Dahhh balik, balik! Hahahaha

Entry disudahi dengan poster raya PUSPANITA ofis kitorang.
Sy yang tengah tu. Sebab ketua keluarga 😂 *percaya la sangatt*



 

Tuesday, April 23, 2024

raya kita jalan-jalan

assalamualaikum and hi! :)

minggu lepas-lepas raya,
biasalah orang akan mula start keluar beraya atau buat open house.

buat yang bertanya, kitorang buat tak open house tahun ni?
rumah pun sepah wehh. tak tergamak nak buat open house HAHAHA
tapi kalau nak datang beraya, roger je.
nant kita masak-masak. hihii

so minggu lepas raya ni, kitorang pun dah start keluar beraya.
ada la jalan sikit-sikit.
tak leh jalan banyak-banyak, sebab jalan jem. kihkih


gambar selingan. balik dari kampung tok yam, tertinggal barang.
cik su (mak cik sy) datang hantar ni haa. adui selalu tertinggal barang kalau balik kg. hahaa



lunch raya dengan geng PTD54. liza, izah and rajaaa.
lepas tu raya bagi duit raya yeyy! tqq raja! :)


sabtu ahad kitorg pun full sebab jalan raya.

sabtu pagi tu ada wedding awin.
petangnya kitorang ke sijangkang, rumah zaim & shahma.

tetiba rupanya zaim dah buat pertanian moden ye kat tanah sebelah rumah dia hahaa
datang-datang, dia bawak melawat pokok-pokok dan haiwan-haiwan ternakan dia 😆
rasanya sambil-sambil bagi masa shahma prep makanan, sebab diorg baru balik daripada open house rumah jiran.


macam-macam dibuatnya zaim ni. yang best semua ni pekerja-pekerja dia uruskan. haha



with ma son. dak2 ni biasalah petang-petang masuk keta, tido. ni ala-ala baru bangun tidur la kisahnya.


kat rumah zaim shahma, kami dijamu mi hun soto sup tulang.
so yummeyh.


gambar the guys.



gambar everibodiii.


esoknya hari ahad pulak.
ahad pagi-pagi gerak ke felda jelai, nismilan.
visit pak cik belah arwah FIL, wak konteng.


kumpul ramai-ramai dengar cerita wak konteng agaknya.



anak cucu semua mai beraya. ada yang dah datang minggu raya tu jugak.
kali ni rombongan kami pulak.


MIL beli lemang odw and bawak rendang sekali yang ina, biras ai masak.

lepas tu wife wak konteng ada masak nasi dengan lauk-lauk;
ayam goreng berempah, kulit tumis cili api, sayur kobis, kari daging. yumms.


wefie satu dengan siti aminah, cousin in law. ade eh istilah tu. hahaa


habis rumah wak konteng, tengah hari kitorang gerak nak ke KL.
ada open house rumah pak teh kat damansara,
tapi tak sempat nak sampaiiii.
dalam 3 jam jugak nak gerak. bukan setakat jem, tapi sebab nismilan tu jauh. hahaa

makanya skip, tak sempat rumah pak teh,
kita ke rumah cik po di rawang.


terima kasih, cik po dan cik ija, selaku host a.k.a pakcik makcik kami.



sedap makan laksa cik ija hari tu :) rendang pun sedapp.


and sebab kami ni datang dari n9,
ada jugak bawak lemang dan rendang maman yang beli kat tepi jalan.
nanti sy share kat post lain.
so makan sekali kat rumah cik po.




AAs tidur dalam kereta. bangun-bangun gini la rupanya. hahaa
lama anaqi nak kena panas enjin tu, baru bertenaga balik.


anaqi lepas duduk berteleku lama macam tu,
bila kita tegur dia, tetiba dia cakap lapar 😂 so dia makan kek dengan telur rebus daripada laksa.
dah lepas makan tu baru bertenaga berlari-larian dengan ariana, tuah, naim.
 

ok nanti kita sambung kita beraya kitaaa. daa!!

Wednesday, April 17, 2024

raya aidilfitri 2024

assalamualaikum and selamat hari raya aidilfitri!

mohon kemaafan jika ada sebarang keterlanjuran dan kekhilafan daripada tuan empunya blog, wani ezryl 🙏

raya 2024 adalah raya express dan raya jem! HAHA
you all would agree with me, kan? ;)
kali ni kita sempat la buat 2 posters raya, 2 videos raya. bangga jap sebab sempat buat bahahaa 😂


*insert lagu raya lofi* -insert sendiri :P



2nd poster lebih santai ✌



tahun ni first raya and ahead tu sengsara la sikit sebab dilanda ceri-beri, demam and berlanjutan sakit perut on off.
dah le pergi beraya ke hulu ke hilir.
makan tetap makan walaupun perut sakit ya amat. HAHA
telan la panadol actifast dengan pil chi ke te aun. syahduuu. 

sempat masak kuah kacang sebelum hari raya.
time masak ni belum sakit perut lagi. hihi



daging masak merah, my raya food sketch untuk tahun ni.




rendang ayam kampung wajibulghunnah. 2 ekor je ai masak. tak banyak macam orang len masak 200 ekor. kihkih


tahun ni, kita beraya kat banting kampung husband, u ols.
bersyukur sangat ada husband yang tolerable, ada penggiliran every year kita.
and every year akan balik dua-dua sides insyaAllah.

ni ha menu di atas meja di banting, selangor.
menu pagi raya adalah nasi lemak sambal sotong kembang dan daging dendeng/masak hitam dimasak oleh birasku, ina.


kitorang bawak lemang periuk kera, ketupat palas, ketupat nasi dan kuah kacang.
daging masak merah boleh pulak tertinggal kat rumah hoiii. HAHA
nasib baik la rumah dekat, so later on kita singgah je rumah ambik daging tu 😋


meriah jugak menu. despite of orang side sini biasa keluar beraya kat rumah sedara, makan pun kat rumah sedara.




sy goreng ketupat palas, sebab sedap and crispy dikk.




theme baju biru-kelabu tahun ni. tahun lepas, kelabu-biru. hahahaa. ada beza tak?? :P
sila check gambar raya tahun lepas camne.. hahaa. these are ariana and anaqi.




mi amor on eid. lolx
asalnya bukan nak warna biru, tapi sebab tak jumpa baju kaler yang kita nak tu HAHA
next year boleh try lagi lah.


this year, i donned a simple embraided shawl from shopee.. RM25 aje gaes.
beli pun last minute. sebbaik ada lagi.
earrings tu gantung kat shawl je, bukan kat telinga. aurat jaga weh walaupun raya. hihuu 😋
earrings from lovisa, tapi dapat harga mur harga sale RM15 je. kalau tak, harga RM30 ke atas jugak ni.
make up simple-simple je yang sedia ada. maleh den nak beli-beli baru.

so!
kitorang pun pergilah beraya sana sini.
dengan ai tengah sakit perut tu kan. namun berjaya menyembunyikannya 😂 


with MIL 💕 husb, SIL kat kanan tu.




rombongan kami ramai ye.
family husb ai 5 beradik, now semua dah kahwin. and yang kahwin ada anak-anak lagi (kecuali pengantin baharu). so kira je la berapa ramai ni. hahaha




memasing beratur untuk salam and dapat duit raya from nek sar.
setiap rumah pun gini beraturnya.


lepas tu kitorang memang plan nak beraya kat shah alam (rumah mama ku).
tetiba MIL cakap nak join jugak gi beraya. ayuh lah kita!

so lepas big fam beraya and gerak dulu, kitorang lepak shah alam lama sikit.

with mama 💕 baju raya sesama beli kat jakel.


baju jakel ni ada insiden ye, terkoyak kat belah lipatan payung dia kat belakang.
besar pulak tu koyaknya. kena pin.
tak tau la time tu ai berlari ke lompat bintang ke. tapi koyak la.
sebbaik pakai seluar panjang ye kat belah dalam.
pakai seluar panjang tu pun sebab jakel ni buat kain lipat payung tak de lining.
gatal weh kaki kena tajam2 lipatan tu.. apoo.
kualiti out sikit la, harga mahei. adui.
jahitan tak kemas ye, even macam tali untuk gantung hanger kat kain bahagian dalam tu pun pelik.
biasa kan orang gantung tali kain kat hanger tu.. tali dia kiri kanan pinggang.
ni tak. tali sebelah kanan, sebelah lagi belah tengah. dah camne nak gantung hanger??
out memang out.
jangan tanya nape beli, time beli tak perasan pun.
design je la ai puji A+

tu kalau tetiba nampak kaki gemuk, sebab ada seluar panjang kat dalam. ko layankan je la.
beauty is pain 😆
btw ni sy & hubster.




gambar sopan santun bersama anakanda.
budak ni, dengan cousin dia bangga2 dah nak tinggi sama dengan ai.
ele kalau sama tinggi boleh tolong masak2 rondang kat dapur tak pe jugak.
ni sama je dok main game dengan tiktok korang ni 😂




ni naim haikal. tengah main playdoh. peluh tu ha, cuaca panas di luar.




gambar formal raya dengan ibunda.. hajah zakiah.




gambar dengan adik ai, harith and SIL, durra.
faliq je la tak de sebab awal pagi raya dah gerak balik johor, kampung SIL, ain.


lepas tu kitorang singgah bergambar official raya outdoor.
since cousin AAs si aulya ikut tumpang kereta,
kitorang angkut la dia sekali.
dengan dia2 kena bergambar, dengan dia2 kena jadi photographer jugak.
directornya tetap ai. HAHA
lepas tu bagi dak2 ni upah ais krim kat 7e.

gambar dengan tripod. si aulya tolong tekankan.
ni kat taman empangan, putrajaya.
habis fikir nak bergambar kat mana dah. berkicap dah time ni.




aulya, anaqi, ariana.




comey kan dak2 ni. ahax




background jambatan.
putrajaya ni banyak spot2 cantik.
tinggal ko kena rajin explore je.




gambar husb wife satuuu.




gambar tangga satuuu.
kat sini jugak buat penggambaran video raya kitorang.
tengok kat IG and tiktok je ye. hahaa




raya at the park.




jambatan ni pun lawaa. ala london bridge, orang kata.




nantikan kami dalam sinetron raya, episod 873.
bertajuk kukunci cintamu di dalam kuali rendangku.




next day!! gerak beraya lagi.
kali ni rumah sedara mara sekeliling rumah MIL dan yang jauh2 sikit.




hari kedua raya, pakai baju kurung lime green ahax.
baju from jemels. sy ingat tahun2 depan nak pergi jemels je la beli baju raya.
haritu gi butik dia, lawa2 wehhh. cuma banyak saiz habis la sebab pi dah lambat.
saiz baju budak la banyak habis.




tudung tetap baby blue ye. tapi ni tudung lain. simmer2 sikit. lolx
*entah apa la trend simmer2 ni. ai main sebut je*
ehh ngam pulak tudung biru dengan baju lime green, walaupun ingatkan odd.
beg tangan comey drp coach. memang saja pilih design simple gitu. sy malas nak serabut2 design ni.



raya kedua dimulakan dengan breakfast kat rumah cik wok.
cik wok masak memang sedappp.
ai tengah layan sakit perut pun masih selera makan nasi goreng acik. haha




rumah cik jun. kitorang datang je dah macam open house jadinya HAHA




gambar ni ada unsur2 komersial. so sy letak sini. hihi




ni gambar tengah beratur lagi ambik duit raya. rumah cik ina.


sedara-mara belah husb ni macam ramai,
so ada jugak la rumah2 tak pergi lagi, macam belah2 nogori sano.
tengoklah nanti kalau pergi beraya lagi.

yang mana2 rumah family atau sahabat kami tak sempat singgah,
jangan kecik ati naa. rumahnya banyak sangat. pergi mana yang termampu je.
ni pun nak applause diri sendiri tengah sakit perut masih gigih beraya. hahaha

esoknya raya ketiga.
dari rumah sendiri kat dengkil, kitorang bertolak untuk raya pendek di terengganu.
nak raya panjang camne, cuti sekolah pun pendek je.
KPM sila kaji balik.
sebabkan cuti sekolah pendek ni, jadi jem teruk lebuhraya. *serious face*


time pergi tak jem, sebab ada ample time untuk semorang pilih nak balik hari apa.
raya kan hari rabu. jadi ada yang balik hari jumaat minggu sebelum, sabtu, ahad, isnin, selasa.. banyak la pilihan. tapi tang nak balik tuuuu. fuhh. nanti la ai cerita.




pemandangan berkabus yang cantik di area selepas tol gombak.




ada lauk2 yang sy masak and bawak balik kampung terengganu.
contohnya daging kunyit, ayam masak merah, rendang ayam kampung (ni mama bawak balik awal), kuah kacang, lemang dan KETAM GORENG. ye tak salah dengar. ketam pun ada 😂




cik lek, pakcik yang tinggal dengan tok yam kat kampung.
selain cik lek, ada cik mah dan cik long juga. cik mah cik long ada rumah kat KL, tapi biasanya kat kampung ni la jaga tok yam dengan cik lek.




gambar cute sesama tido kat beranda.
luar ni sejuk. skang kan musim panas. memang perpeluhan berganda lah.
dok luar nyamannn.




karipap inti ikan. sedappp. cik mah goreng.


esoknya raya keempat, kitorang gerak ke kuala terengganu.
saja la nak beraya sambil jalan-jalan.

open house di rumah md duan. dulu kerja sekali dengan husb dan sy kat terengganu.
terima kasih, md duan atas jemputan.




reunion kita kejap dengan dak2 PPNT. lama tak jumpa diorang.




ni my mom kat rumah mok jah (kat seberang takir).




with mok jah & chu.
dulu masa mula2 sampai terengganu, sy dok dengan family mereka lah.
tapi dulu tu rumahnya kat tengah bandar area tanjung (belakang tu pantai).
lepas tu kerajaan suh pindah sebab nak buat development, last2 family mereka pindah ke seberang takir ni buat rumah.




malam tu ada hidangan ikan patin masak tempoyak oleh cik mah.
ada jugak daging masak halia. ikan selayang goreng. yums.




esoknya sy bangun pepagi masak nasi goreng ikan for sahur.
sekali la puasa syawal dan puasa ganti. time ni (ahad) baru hari kedua start puasa.



hari raya kelima, yakni hari ahad, kitorang pun pulanglah kembali ke dengkil.
gerak awal pagi dah.. pukul 7.
tapi tetap jem 10, 11 jam ye HAHAHAA tak tau la nak ketawa ke nak menangis.
tapi macam ni la bila balik serentak.


banyak gile kan kereta!




sampai KL, singgah kedai ayam penyet surabaya. sedap niii lama tak pi sini.


disebabkan puasa, sy tapau nasi ayam penyet untuk berbuka di rumah.

husb & AAs yang makan kat situ.
solat pun tumpang surau area2 perumahan situ.

surau al-kautsar nama dia.. cozy je and nyaman ada aircond.
tapi lepas tu hujan lebat selebat2nya. haha.
we're drenching in rain.

sy sebenarnya prefer surau macam ni daripada RNR.
RNR semua nak kena queue. kurang selesa la.

so balik dari solat jamak, singgah beli lemang pulak.
lemang pak ajai. sedap la jugak. harga je la mahal.
sekarang ni semua mahalll. 20+ harga lemang. manade belas2. hihi

then dekat maghrib tu, kitorang sampai  rumah in dengkil.
home sweet home.
itulah kisah raya kitorang.
penat, tapi best.

selamat hari raya, korang!

maaf zahir dan batin :)