Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Friday, July 04, 2014

ramadhan kelima wani ezryl

ehh celik tak celik dah masuk hari keenam kita berpuasa.
pagi tadi tak de sahur meriah mana la,
cuma makan nasi goreng dengan ayam golek semalam.

ni pulak adalah juadah berbuka hari kelima ramadhan.
juadah saja kita kat blog bulan ni kan.. kuikuikui





puding caramel / puding gula hangus. RM3

serba-serbi mahal sekarang ni.
tak tau la sama ada sebab harga minyak naik ke,
harga bahan mentah naik ke,
sewa tapak mahal ke,
ataupun semua orang mengejar kekayaan dunia.
bahaha

ok la kalau nak buat calculation.
telur 5 biji RM0.35*5 = RM1.75
susu pekat manis setin = RM3.50
susu cair = RM3.00
(gula dengan essen vanila tu tak yah kira la sebab pakai banyak kali hihi)

total = RM8.25 (kita genapkan la RM10 sebab ada gula, essen vanila, air, tenaga, gas semua kan)

kos satu bekas dalam RM10 (sebenarnya lebih murah. tapi tak pe)
satu bekas boleh potong 8 atau 10 potongan
so tolak tambah, sepotong tu kos RM1 (atau kurang, sebab ada orang pakai telur 3 biji je hoii)

nampak tu untung 2 kali ganda diambik. malah mungkin lebih tinggi.

ye tau nanti korang akan cakap, "hah banyak komen, buatlah sendiri!" :P
fokus utama cerita ni adalah harga makanan and barang sekarang mahal ye,
bukan isu nak buat sendiri ke tak.
lolx

so nampak tak di situ
betapa mahalnya semua benda kat putrajaya ni.
padahal penduduk semua kebanyakan berpendapatan sederhana je. haihs


try beli ayam golek madu.
cerita pasal ayam golek,
kat bazar ramadhan putrajaya ada beberapa gerai ayam golek.
yang sy pergi semalam,
gerai paling panjang beratur adalah ayam golek champion.
may be one day akan try.
yang gerai ayam golek madu (murni) ni beratur jugak, tapi dalam 5 orang macam tu je la.
so sy malas beratur panjang, sy ke ayam golek madu.
rasa pun sedap, sos sedap.
ayam separuh harga RM10.
harga standard, tapi mahal seringgit kalau nak banding dengan ayam golek supersedap kat rumah shah alam. wuahaha


siput sedut masak lemak. mihihi

beli ni sebab teringat husband suka makan.
kalau ke pasar tak jumpa pulak bendalah ni nak masak sendiri.
sedap. tak tau harga berapa, sebab beli sekali dengan bergedil 2 ketul.
saya saspek siput sedut ni berharga RM4 untuk kuantiti semangkuk macam ni.


kuih tepung pelita yang gemilang. ha! xD

beli tempat yang sama.
sebab sedap kan. :D
harga RM3.


popia goreng and bergedil ayam.

popia harga RM0.70 satu. kalau beli lagi banyak lagi murah kot.


air mangga buah.
bila beli air buah kat bazar ni,
rindu dengan air buah piyor kat terengganu dulu.
'piyor' as in 'pure'. depa saja eja macam tu kat banner hahaha
i mean kat sana kalau dia cakap air buah,
bungkus la kat bazar sekalipun,
dia takkan lebihkan ais atau air gula.
so memang boleh rasa buah betul la dalam air tu.
kalau kat putrajaya ni,
mungkin la sy tak ketemu lagi gerai air yang sebetulnya,
tapi dah dua kali beli kat kedai lain-lain,
dua-dua sama je,
cair and manis gula.

ye. betul.
banyak komplen pulak wani, buat la sendiri. -_-"
(dah kita bayar, bolehlah komplen kan. kalau mintak free lain cerita. HAHA)

ok sekian.

2 comments:

kaizenDaGreat says:
at: July 5, 2014 at 10:57 PM said...

Caption ko yang last tu memang ohsem. Hahahaha.

Kalau kita ni tak kerja bolehlah sediakan semua sendiri insyaAllah.... hahahahah

wani ezryl * says:
at: July 10, 2014 at 11:49 AM said...

hok mana? pasal air mangga buah ke? ahax

tu la, dgn kederat yg ada ni, mampu beli je la sebahagian haha