Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Sunday, October 23, 2011

masa masa kami di IKWA*S

kelas kelas kelas. assignments assignments assignments..


yosh. i'm back for a while. kejap lagi nak balik kiar*a dah.
petang tadi pergi ambik kunci bilik. biliknya makdatokk jauh bertangga-tangga. confirm tak sempat nak gemuk macam ni. lolx

oklah. gambar-gambar lepas.. silakan!


gambar lompat-lompat. haha




ni time buat medical check up ramai-ramai kat kluang.




azra and i.. tengah tunggu giliran.
doktornya baik dan manis :)




meja makan 1malaysia.. :)
henry, den & ajmi.




kucing kat IKWA*S.


ada cerita pasal kucing gemuk ni (ye, kucing ini gemuk. tapi dalam gambar tak nampak kan.. hahaha).
pada suatu hari yang hujan, ai turun tangga nak pergi dewan makan. ai nampak ini kucing duduk kat tangga. pegang badan dia. basah. kesian ok. lepas tu pergi makan, tapau ikan untuk dia. so balik tu bagi dia makan. lepas tu ai balik bilik penginapan mandi-mandi semua, turun surau maghrib isya'. balik isya' tu ai balik. lalu jalan lain. tak lalu ikut tangga tu. ai balik, dari jauh nampak kucing ni berdiri depan bilik! lolx. sangat hebat deria bau dia. bilik sy pun dia kenal! *tepuk-tepuk bahu kucing dengan muka kagum*
harap nanti budak-budak sidang lain yang datang ke IKWA*S lepas ni akan bagi dia makan :P


pementasan sketsa berjaya! :) sy tak berlakon, sy jadi narrator je.




lepas habis persembahan, semorang laju-laju mengemas.




sesi fotografi juga berlangsung pada masa yang sama :P




azra masuk tarian jawa. hihi




kitorang kena tulis ucapan untuk IKWA*S, dan sy tulis ini.
ikhlas tulus dari hati :)




papan putih tempat menconteng.




sabtu, hari perjalanan balik ke KL.




tak de kerja tangkap gambar handbag xD




semorang keletihan dalam bas. zzz




me? snap here snap there dalam bas.




yays dah sampai KL!! :) beg-beg bergelimpangan. haha




kami semua memang tak sabar-sabar nak balik rumah :D



minggu ni dijangka sibuk sebab ini minggu pengurusan majlis. kami kena buat majlis besar. so.
sibukkkkkkkkk

nak tengok filem tamil sempena deepavali hof kos susah kan.
tak pe lah. demi bangsa dan negara. ecehh.

nanti kita sambung gosip lagi.
tata! ^^
Sunday, October 16, 2011

weekend yang sedikit free sudah berlalu.

just posting some photos from previeous days :)


hari tu tengok cerita ini. best best! ^^




kawan yang tutup muka. nama dia wani jugak. lolx




tengah baca ini untuk book review. nasib baik muka surat tak banyak sangat. haha




rehearsal sketsa.




rehearsal tarian sumazau.


weekend ni free sikit la, outing and urus diri (urus diri=buat kerja sendiri). esok nak start kuliah balik. busy wuzy la ni. haha

since it's isz's birthday and we're far from each other, i just asked him for a virtual date. maka virtual date lah kami sambil-sambil ai buat rehearsal dengan budak-budak ni and sambil-sambil dia tengah main badminton. who says you can't have a date while you're far away from each other? ;) love does it all. ohokk. tersedak.

dahlah. esok nak kena bangun awal. selamat tido, semua.

birthday the loved one


" i'm only up when you're not down
don't wanna fly if you're still on the ground
it's like no matter what i do
well you drive me crazy half the time
the other half i'm only trying to let you know
that what i feel is true
and i'm only me when i'm with you. "


HAPPY BIRTHDAY TO DEAR FIANCÉ, MOHAMAD ISKANDAR.
wishing for your good health, wealth, success and love.
wishing for all the best things in the world for you.
semoga bertambahnya usia meningkatkan iman&taqwa.
semoga bertambahnya usia menambahkan kegembiraanmu.
semoga bertambahnya usia mengukuhkan kasih&sayang kita.

love,
wani.


//sorry tak dapat berada di sana untuk celebrate. hope you have a fantastic birthday :)
Friday, October 14, 2011

kawan-kawan di duniaku


cangg! gambar ahli group sy dengan muka paling tekun di alam semesta.. tengah siapkan assignment. kitorang kat sini memang hari-hari pun dapat assignments. semalam pulak tu black-out, dalam dalam black-out tu kitorang siapkan jugak slide. sampai ke pukul 5 pagi. ai tido terbongkang dengan the girls kat bilik perbincangan. lolx

tak tau kenapa eh, kalau dalam kursus JP*A je nanti diorang tanya, siapa single, siapa dah kahwin. dalam group sy ni semua single, sorang je dah kahwin. yang free hair tu. budak lelaki 2 orang tu singlet lagi. haha. one of them anak tan sri ke datuk sy tidak pastilah pulak tapi anak-anak orang ternama dalam sidang kami ni sangat la modest ok. kalau ko tak diberitahu, ko takkan tahu pun dia tu anak tan sri. dan dia takkan beritahu (orang lain la beritahu, apa lagi.. lolx).

eh tak pe lah anak siapa pun. we treat everyone fair & square.
and my dad is having the same awesomeness as everyone's dad ^^v jadi sy berperasaan sangat bangga dengan beliau. ahax


me and azra.


lepas ni dalam blog, insyaAllah korang akan selalu nampak muka azra, or muka tasha. diorang ni berjodoh dengan sy kat DP*A. haha. satu bilik la, satu sidang, satu kumpulan LDK.. hari ni check senarai ahli rumah sukan.. rumah sukan kitorang pun sama! lolx


khalil tidur dengan penuh gaya. lolx
(tak tahu kenapa, kami adalah supermengantuk semasa kuliah. zzz)




kumpulan ni tengah present sebenarnya, tapi comel sebab beratur macam nak beli popcorn kan :P (beratur ambik giliran untuk jadi presenter seterusnya)




ini nadiyah & munirah. main ipad.




ni pulak time usrah maghrib tadi.



esok kitorang dapat keluar outing ke bandar kluang.
macam kat boarding school je kan. haha
boarding school pun boarding school la :P
Tuesday, October 11, 2011

wani e menaip.


bertemu lagi kita! (eh mesti korang heran macam mana sempat lagi nak berblog dalam pada sibuk-sibuk lari panjat bukit kan) HAHA. ok kita simpan soalan tu dulu :P

nah! merujuk kepada gambar di atas,
tahukah anda mereka berdua kesayangan sy ini menyambut birthday mereka pada bulan oktober?? ^^ HAPPY BIRTHDAY TO SYIRA on 10.10 dan SELAMAT BERHARI JADI TO KAK IJA on 12.10. semoga tahun ni membawa sejuta kebaikan dalam hidup korang. sorry tak dapat celebrate birthday bersama. sy akan doakan korang dari jauh, insyaAllah :)

ok. now gambar lagi!! :P

petang tadi aktiviti riadah di IKWA*S, pusing-pusing tengok kawasan. sempat lagi tangkap gambar kan :DD




sebelum pusing-pusing tu kitorang warming up dulu.
nampak tak yang instructors tiga orang kat depan tu.. 1 Malaysia kottt. malay, chinese, indian :)




rakan-rakanku yang periang :P




nak tangkap gambar pokok sebenarnya :P




sessi menangkap gambar berlangsung ;)



sebelum pergi, sy ada cerita nak cerita (cerita nak cerita? hm) :P

kat kursus DP*A ni, sy ada jumpa dua orang kawan. guys. persamaan mereka berdua ni, diorang adalah sarawakians muallaf. me & friends ada la tanya diorang, apa yang menyebabkan diorang terbuka hati nak masuk Islam. family diorang ok tak. and so on. then yang buat sy touched adalah bila one of them ni cakap, kita-kita yang lahir as Islam ni memang sangat bertuah. diorang ni rasanya awal-awal born as christian, tapi family diorang ok la. bertuah sebab once kita lahir as Islam, kita diajar dari kecil.. fardhu ain semua tu kan. tapi banyak yang tak gunakan sepenuhnya nikmat Islam and nikmat iman tu. we take things for granted. then dia cakap, dia masuk Islam sebab dia rasa tenang. dia selalu solat 2 rakaat, and dia rasa sangat tenang. dia tak pernah rasa tenang macam tu sebelum masuk Islam ni. i was like.. speechless. serious budaknya sangat baik. alhamdulillah Allah buka pintu hati dia kan. my 2 cents; nasihat untuk diri sendiri jugak, kita yang born as Muslim ni tak boleh ambik ringan la pasal agama. buat baik selalu, beribadahlah betul-betul, and buat apa-apa pun dengan ikhlas. i've heard so much people whine about this and that. kalau perkara kecil pun dah whine, macam mana nak face benda yang lagi berat? (ye. nasihat untuk diri sendiri yang whine naik tangga gila tinggi kat kiara.. ahaha). so wani, stop whining ya. be a better person and spread the good deeds :)

oh. good luck kepada adik sy harith & kawannya durra yang akan ambik MUET.. esok ye? haha. diorang dua ni terrer english, even better than i am. makanya malas la nak risau-risau untuk diorang. benci je :P i don't think both of you need luck, you just need a car to go to the MUET exam. hahaha *keji je kan wani e, sempat lagi ko buat lawak*

dahlah. bebel banyak sangat pulak.
silakan baca quote di bawah untuk perkongsian bersama ;)

GOOD NIGHT, PRETTY PEOPLE.


Monday, October 10, 2011

kumpulan photos

photostime!!

(sila tengok gambar-gambar)


1st day lapor diri kat bukit kiara. gile ramai orang.
time ni tak berapa kenal diorang, sebab bukan batch sy sebelum ni.




minggu orientasi bermula! bergerak ke kem lambaian danau, jasin, melaka.
minggu orientasi ni macam test. kalau ko tak dapat survive, ko akan dihantar balik.
time ni tido pun tak cukup.. ada lah tido dalam 1-2 jam je. time berdiri pun boleh tertidur sebab mengantuk.. :P




dalam bas, dari tempat menginap di INTENGA*H ke tempat aktiviti di bukit kiara.




tasha telefon siapantah. boyfriend dia kot. haha




latihan dalam kumpulan (LDK). presentation group.




kat auditorium dengan raja.




time makan. sila bayangkan 432 orang cramped beratur ambik makanan! haha




terlampau banyak assignments, sampai buat assignments kat tepi dewan. time ni je ada masa.




time pilihanraya. tahniah kepada geng kitorang, adi yang dilantik jadi penghulu. lolx




good friends. shima, me & zazzil.




time ni pengumuman pemenang pilihanraya.




malam persembahan untuk minggu modul kenegaraan.




with dang anum. lolx. kidding. itu tasha :P




luar dewan dengan raja & atol.




superbanyak beg. orang lain punya. on the way to IKWA*S.




kesian semorang penat, tertidur ramai-ramai dalam bas.




teknologi sungguh, main game di tab.




presentation siang tadi di IKWA*S.




kedai 'runcit' KESK*I yang diserbu oleh kitorang. lolx



so sy akan berada di IKWA*S sampai minggu depan.
best sini, tak stress macam kat kiara. makanan pulak 1st class, semua sedap. siap suh pakcik angkat dulang kat dewan makan tu untuk kirim salam kat tukang masak, sebab seriously makanan dia semua sedap :D
skang tengah demam. batuk gila tadi. ikut flow kott.. SAKIT TEKAK-SELSEMA-DEMAM-BATUK TAK BERENTI. berenti batuk la weh.. esok nak kena MC-ing.. coughcoughhh


ok nytes!!