Wednesday, September 25, 2019

bila jerebu


assalamualaikum and hi!

musim jerebu menjelma lagi! lolx
by the time entry ni ditaip, insyaAllah jerebu dah semakin berkurang.
monsun pun dah nak tukar ke timur laut keeee ah, lama dah tak belajar geografi :P

kita as muslim, disarankan untuk mengambil perhatian dan pengetahuan (anddd pengajaran) atas apa juga kejadian alam yang berlaku kat sekeliling kita.. termasuklah jerebu ni.
kalau dalam al-Quran, salah satu rezeki daripada Allah selalu diberitahu, iaitu dalam bentuk air hujan, yang menyuburkan tanam-tanaman.
manakala ujian Allah (sometimes azab, disebabkan oleh manusia sendiri) datang dalam bentuk tanah yang tandus kekeringan.
jerebu for me, is part of ujian. it is a reminder as well.
reminder untuk kita jaga bumi, jangan rosakkan bumi.
nampak teruk kan kebakaran hutan ni.
harapnya yang bakar sampah domestik hari-hari depan/belakang rumah pun boleh fikir macam tu.. yang membakar ni tak baik dan mencemarkan alam kita (walaupun kuantiti kecil).
harapnya yang bakar rokok pun fikir macam tu.
kita ni pun tak tahan nak hadap jerebu every year.
hopefully tahun 2020 nanti ada la perubahan yang lebih baik.
insyaAllah.

bila balik shah alam

assalamualaikum and hi!

yes, i'm a proud shah alam-ian :D
shah alam kampung halamanku.. ahaks.

so haritu balik shah alam,
makan tak ingat dunia la, apa lagi.
diet entah ke mana-mana.
*hai, mama!! - wave wave*
untuk rekod -  durra harith ada, faliq ain tuah pergi bercuti kat pulau perhentian - bertolak ahad pagi.

from amsa's kedai makan. ikan siakap 3 rasa makmur kuah, puyuh goreng masak pedas, kangkung goreng biasa dengan telur dadar.

amsa ni memang makanan dia sedap-sedap.
kedai orang klate, for sure sedap. HAHA
MSG dia tak tau sy nak cakap, sebab bila makan ok je.
tak de mengantuk.
sy ni kalau makan kat luar,
kalau tiba-tiba dahaga dengan mengantuk gile lepas makan,
maknanya makanan kedai tu banyak gile ajinomoto/MSG.
so far amsa ni tak de macam tu la.
serai ada. ahahaa (serai ni fave jugak. tapi, ah pejam mata je la sebab sedap :PP)

tu malam ye.
pagi esoknya pulak lepas balik dari kubur abah,
singgah kat depan ciast.
nasi lemak ciast la, apa lagi :P
yang tu husband ai eat-eat.
ai dah beli mi hun goreng sedap seksyen 20 (suspect banyak aji jugak. tapi sedap)
so bawak mi hun bungkus tu, makan kat depan ciast.

ni anaqi. dia dengan kakak dia makan donut gula.

lepas habis kat ciast,
bawak budak-budak nak komuter KTM.
lama gila gilaaaa tak naik komuter ok.
zaman-zaman belajar ni.
pengangkutan ruji. haha

sekarang canggih,
dah pakai kad instead of tiket kertas.
tu untuk dewasa.
budak-budak pakai macam token kuning.
so just top up je la kad tu. harga dalam RM7 per kad.

so kitorang dari shah alam pergi stesen subang,
then patah balik :P

family.



ni kat stesen subang, nak balik dah.

besar ok stesen subang jaya sekarang.
siap interconnected ke LRT ikut laluan kelana jaya.
coolllllll.


ariana dengan baju tidurnya, siap angkut 2 baby dalam 1 stroller. what the. :DD


tengah hari pulak.
pergi PKNS tapau daripada restoran FC.
ni pun satu restoran sedap zaman-berzaman.
dari kecik makan kat FC pkns shah alam ni.
our face dishes macam pizza, chicken chop, kebab, ayam goreng, burger ayam.
ah semualah sedap. haha

balik dari PKNS, singgah pulakkk pisang goreng azmi.
haru sungguh la semua benda nak makan.
mengundang lemak sungguh :P

sebab masih jerebu teruk,
beratur sambil pakai mask.
ya, masih panjang queue macam dulu.
and aku-sorang-je-pakai-mask.
whattta.

heaven on earth orang kata. haha

sekarang harga dia RM1 x4 keping untuk pisang awak.
RM1 x2 keping untuk pisang-pisang mahal lain, keledek, sukun.
RM5 untuk berapa ntah cempedak.. lupa. tapi time pergi ni tak de cempedak. lolx


nah. belanja gambar chicken chop restoran FC. tambah coleslaw extra sebab pada sy, coleslaw dia tersedap di dunia. bahan-bahan fresh, terasa manis bawangnya.

toodles!

review on the new youmee's fragrant shallot noodles

assalamualaikum and hi!

tak sangka, dua paket dah masak. sedap kot!

mengimbau sangat zaman-zaman makan maggi, mamee punya mi segera.. haha.
sekarang dah off instant noodles, off fast food (kadang ada la cicip-cicip tapi tak banyak macam dulu).
back to healthier eating (tak 100% healthy - sebab masih makan makanan bergoreng, but going there lah).

so. youmee ni adalah mi kering (air dry, bukan bergoreng) versi sihat walafiat. hihi
i've been buying it before.
memang serious sihat sebab tak ada wax, perasa tiruan semua tu.
walaupun versi sihat, rasa dia sedap weh sama je macam versi tak sihat (tapi yang ni sihat! faham takkk HAHA)
perisa terbaharu, fragrant shallots (bawang goreng) daripada youmee ni mengingatkan sy kepada mi segera goreng yang berada di pasaran. so memang sedaplah.
tapi bila makan tu tak rasa bersalah sebab bahan-bahan semua semulajadi. lolx


setiap kali order, dia akan sampai dalam bentuk kotak yang kemas macam ni.



each box ada 6 paket mi, harga RM15.80.

memanglah mahal daripada maggi,
tapi dah namanya makanan healthy berpaket :P
kalau healthy masak sendiri lain cerita. tu memang murah. wah haha


sy memang suka packaging youmee. nampak kualiti dia kat situ. and nampak tu logo. mi ini halal ye adik kakak abang :D



bahan-bahan semua memang natural. tu yang sy suka.

sy ni jenis yang kalau makanan tu mahal sikit tak pe,
tapi make sure sedap dan baik la. (halal toyyiban)
memang banyak makanan halal kat malaysia ni,
tapi nak cari yang halal dan BAIK tu tak mudah.
eh mudah kot, kalau kita masak sendiri.. hihi.
tapi kalau nak beli kat luar, agak mencabar jugak.

contoh yang halal tak toyyib (baik)
-fast food
-mi segera yang ada wax, bahan pewarna perisa tiruan
-junk food
-ajinomoto/MSG

contoh yang halal and toyyib (baik)
-ayam no antibiotic/kampung/organik
-garam bukit
-sayur, buah yang tak de bahan kimia
-makanan kat kedai BMS organic.. lolx

tu contoh sikit je, untuk bagi gambaran.
jadi mari berfikir sejenak.
makanan yang kita makan hari-hari tu,
adakah halal dan TOYYIB?

untuk yang allergik apa-apa, boleh baca ni. termasuk juga kebaikan mi ini.



selain fragrant shallot, ada beberapa perisa lain. yang mi kosong pun ada untuk masak sendiri.

tu je review youmee sy. haha
mi ni boleh dibeli secara online kat lazada/shopee.

tata!

being a rapporteur and emcee #isdoneee

assalamualaikum and hi!

how's work, everyone?
sometimes hati ni cakap nak bersara awal and do things that i love.. haha.
hati rebel macam tu lah :P
but yeah, i still like doing my job for the meantime.

21 sept (saturday), rapporteur of kampong bharu's townhall with YB minister.

muka - 'pemilik-pemilik tanah ni semua nak harga tinggi weh'. haha



23 sept, emcee majlis watikah pelantikan ahli-ahli lembaga rayuan dan penasihat perancangan.

alhamdulillah majlis smooth.


more like a closed event. sy banyak emceekan majlis-majlis tertutup macam ni. majlis-majlis besar bagi kat orang-orang lagi besar la. lolx

a closed event but most of everyone was there.
minister, KL mayor, putrajaya president and both TKSUs.
KSU je tak ada, kalau tak, dah cukup korum :P


sidang media. last-last tanya pasal kg. bharu jugak, apa lagi. isu tengah hot. HAHA

tu je la pasal work work work.
lolx

lunch with geng luncheon


assalamualaikum and hi!

saja simpan buat kenangan.. hihi.
sy ni tak ramai kawan yang super rapat (not a socialite),
but this is the circle of people that i call my family friends *hello, you girls!! - wave wave*

time ni makan kat manhattan, alamanda.
time ni musim-musim jerebu and sekolah semua tutup.. haha.
hence, gambar kat bawah ni :P


angkut, jangan tak angkut :DDD nia and ariana.

semoga persahabatan ni kekal sampai bila-bila, insyaAllah.


Wednesday, September 18, 2019

cuti-cuti timesquare, KL

assalamualaikum and hi!

hari ini hari rabu,
minum banyak air sebab jerebu :P

hah hambik tu pantun hari rabu kita bagi. lolx

2 objek tengah have fun.

weekend baru-baru ni,
kitorang pergi short vacay kat KL je. haha
saja la bawak budak AAs ni jalan-jalan.
jerebu sana-sani kan, so kita ke tempat yang tertutup sikit.
i.e : timesquare, KL.

sebenarnya nak bawak ke berjaya timesquare theme park.
tiket pun harga ok, taklah mahal sangat macam kat genting. LOL
disebabkan nak main kat situ,
kita pun booklah hotel berjaya time square, betul-betul sebelah mall tu je.
so dari hotel turun lif, ada laluan keluar terus ke mall.

hotel ni konsep lebih kepada apartment suite.
macam apartment, tapi ada karpet la. haha
sebab tu dia luas sikit, bagus untuk AAs berlari-larian *hobi diorang*

if dari pintu masuk, ruang depan memanjang macam ni.



to the right dari pintu masuk, ada macam pantry kecik.



to the left ada pintu ke bilik air. biliknya luas jugak. mula-mula ada toilet area.



lepas tu ada pintu lagi ke shower, lepas tu area bath tub.



toiletries dia pun cantik-cantik designnya. natural-ish look la macam tu. i love the font.




soap.


kitorang check-in hari sabtu, pukul 3 petang.
ruang lobi dia memang besar.
tapi check in mengambil masa yang agak lama daripada kebiasaan kalau kita ke hotel-hotel lain.
dan itu jugak menyebabkan queue di check in counters jadi panjang.
bila sy sampai kat depan,
barulah tau kenapa lambat.
bila kita inform nama semua yada-yada, receptionist akan check info kita dalam sistem semua kan.
lepas tu check bilik.
then diorang akan minta deposit.
hat deposit ni yang jadi lambat kot.
RM200 deposit ok.
either you pay it cash, or with card.
lepas tu baru la kena sign form semua tu.
serius memang lambat gileee and orang queue panjang tu boleh nampak ok.
harap pengurusan berjaya time square hotel can do something about this.
especially yang dah book awal dan siap bayar full, just prep siap-siap kunci, form semua, termasuk bilik dah set awal.
tunggu la nanti sy buat review kat agoda. lolx

lepas masuk bilik hotel kitorang, tunggu lepas asar baru nak gerak ke time square.
sebelum tu, kat hotel ni ada 2 blok.
kitorang dapat blok yang lagi satu.
kena naik lif tingkat 15, berjalan dari lobi la merentasi swimming pool,
lepas tu naik lif kat blok lagi satu untuk ke bilik.. haha.
macam explorace je :DD tapi sy ambik tu sebagai exercise dan berjalan dengan happynya *dan lajunya. sebab nak kardio exercise punya pasal. haha*
yang ok tu sebab dapat bilik dekat betul dengan lif, seperti yang direquest.


sampai ke timesquare, kitorang terus ke theme park.

tiket dah beli awal-awal kat wonderfly asia.
situ murah sikit daripada beli kat kaunter.
tapi jangan lupa print ok.
kalau tak, jadi macam kitorang la.
ingatkan boleh je scan kat phone (gara-gara tak baca tulisan kecik kat bawah tu suruh print :P)
rupanya diorang nak yang printed.
nasib baik kat floor tu ada kedai printing.
tapi jenuh la pulak nak menunggu giliran nak print. haha


terus ke tingkat 7, permainan untuk budak-budak.

untuk dewasa, banyak games kat tingkat 5.
pintu masuk theme park pun kat tingkat 5.
tingkat 7 pintu keluar and games untuk budak-budak kecik and family.


ni anaqi tengah naik train. akhirnya dia snap gambar pandang kamera ye :DD



ariana and i.



diorang paling suka main game memancing ni. orang ajak main games lain, dok ralit tangkap ikan pulak. haha



ada jugak tempat main pakai censor tech.



ni kat playground. kena ada stoking (atau beli RM3) dan nak masuk kena bayar RM5 seorang.

playground tu dalam theme park jugak.
and yeah,
memang ada some games yang kena bayar.
contoh plyaground tu, wall climbing and ada games orang dewasa yang canggih-canggih sikit.
tapi mostly kita pakai je tiket yang kita beli tu je and main games yang disediakan.
dengan gelang yang kita pakai,
boleh keluar masuk sampai 2 kali.
tiket dia daily and tamat sehingga jam 10 malam.

kat playground. jadi guardian of the galaxy budak-budak ni.



aiyoh bergayutan dari sana ke mari :P



anaqi's hiding in the basket.

tak lama pun main.
dalam 6.30 petang macam tu kitorang dah nak gerak ke kampong bharu.
dinner la, apa lagi.
kita ni dah la lama gile tak makan kat kg bharu.
rindu ok. haha
ingatkan lepas balik dari makan,
nak masuklah balik theme park.
tapi ariana dok merajuk sebab kitorang nak keluar pi makan tu.
dia bukak gelang tangan dia and dah tak dapat diselamatkan lagi.
sabo je le. lolx
pergi sana naik grab je. tu pun kena hadap jem jugak.

kalau korang yang nak naik public lain,
boleh try monorail imbi ke bukit nenas,
tukar LRT bukit nenas ke kg. bharu (tak ingat nama stesen kg bharu ke atau stesen nama lain. google lah dikau :DD)
jalan dalam 200+meter je ke tempat makan dari stesen LRT kat kg bharu tu.

ya Allahhhhh bahagianya rasaaaa. ahhahahaa

seperti biasa, akan ke restoran fave ai.
iaitu suraya seafood. hahaa
dan akan order benda sama :P
ada beza sikit la rasa daripada yang pernah makan bertahun lepas.
rasa macam yang bertahun lepas tu lagi sedap. haha
tapi yang ni pun sedap jugak.

entah, banyak tempat sy pi,
kenapa makanan tak sama rasa macam dulu-dulu.
may be tukang masak dah pindah.


kitorang order ikan siakap goreng 3 rasa, tomyam ayam, sup ayam untuk AAs, kangkung goreng biasa dengan telur dadar. yums! berbaloi la naik grab redah jem pergi kg. bharu ni. hahaa

babai diet #roadtoringan kalau dah sampai kat suraya seafood ni.. hahah.
kita bayangkan berjalan merata kat timesquare, sampai ke kg bharu tu sebagai pembakaran kalori la ye :P

lepas tu balik hotel,
time budak-budak tu dok main mandi dalam bilik air,
kita pi mall kejap beli skirt kat kedai.
yang bestnya time square ni, baju skirt semua murah-murah.


esoknya. nak ke lif, nampak limpahan air kat satu bilik ni.

agak drama jugaklah pagi tu.
lepas husband call bitau hotel ada limpahan,
lepas kitorang balik dari breakfast tu tengok ramai gile orang berkumpul depan bilik ni.
ada sorang lady ni marah-marah apa ntah.
dia cakap kenapa semua orang cuti, and susah nak contact.
dia nyaris jatuh.
tak sure dia owner ke atau apa.
tapi masa kitorang lalu tengah melimpah air tu,
dengar bunyi paip bukak besar and kuat gile dari dalam.
masa orang berkumpul tu, ada la pihak hotel datang bersihkan karpet yang dah basah.


ni kat restoran tempat breakfast kat hotel.

dari segi pilihan makanan untuk breakfast, heaven la.
banyak gile choice.
sampaikan oatmeal dengan honey pun ada.


ruang makan pun besar. so tak berebut meja walaupun orang ramai.



husband ai yang juga sedang berdiet on off. hihi

then budak-budak pi swimming.
sy dok tunggu, sementara husband gi sauna kejap.




dok pusing, pusing kolam ni sambil gendong adik dia :'D

hari ni and semalam ada terbaca cerita budak meninggal dunia sebab lemas kat hotel.
innalillahi wainnailaihi rajiu'n.
salam takziah untuk keluarga.
Allah lagi sayang.
kalau tengok pattern mana-mana pool kat hotel,
memang pool budak-budak dekat betul dengan pool dewasa.
so kita yang dewasa ni,
sambil tengok anak-anak sendiri, sama-sama la tengokkan budak-budak lain.
sy kalau tengok budak kecik 2 tahun time tu, dok celur-celur kaki kat kolam dewasa,
sy dok peratiiii je.
kot la parents dia tak nampak ke apa. sempat jugak kita tarik kalau jadi apa-apa.
pernah jugak tarik budak kecik yang nak lari pi kolam dalam.
yang kes budak meninggal ni, bapaknya ke toilet kejap.
jangan blame sesapa, sebab Allah dah tetapkan time tu bapaknya nak ke toilet.
terdetik kat hati bapaknya macam tu.
peringatan bersama kalau kita yang sama-sama dok kat pool ni,
main phone pun, jangan lupa pandang-pandang.
anak sendiri, and budak-budak kecik lain.
kalau pool tak de lifeguard macam kat hotel berjaya time square ni lagi lah.
pool dewasa dah la sebesar alam.
so memang kena alert.
ko jerit macam singa pun tak pe demi nak semua orang selamat.
ha gitu :)
usaha, tawakal, yang selebihnya kita berserah pada Allah.


habis dah short vacay kita untuk kali ni..
menandakan habis jugak cuti hari isnin 3 minggu berturut-turut.. hahaha.
babah kata no more bercuti hotel sebab dah habis KPI :DDD
tapi mana nak tau kan.
kot Allah bagi lagi rezeki kita melancong melencong *aamiin* :D

Tuesday, September 17, 2019

musim mi goreng

assalamualaikum and hi!

percaya tak, sekarang ni musim mi goreng?
haha.
dia macam contagious.
i was seeing everyone's cooking mi goreng everywhere,
lepas tu up dekat instagram.
hari ni baca blog orang, ada lagi yang masak mi goreng.
musim mi goreng. HAHA

ya entry ni entry random je pasal mi goreng :P

mi goreng sedap yang beli kat jualan KPLB. ada la sikit rasa kapur tu. kalau tukar mi tak de kapur lagi cun. sedap tu dah sedap. lolx

Wednesday, September 11, 2019

cuti merdeka di awana hotel, genting highlands

assalamualaikum and hi!

ni cerita percutian merdeka pada dua weekend yang lepas.
ke mana lagi kita kalau bukan tempat fave husband ai, genting. wah haha
beliau suka betul genting, sebab tempat sejuk katanya.
bukit tinggi pun keluar list okey sebab tak berapa sejuk sangat (dengan line telefon tak ada :P)

but that's the perks of bercuti kat tempat tinggi-tinggi ni.
view of course lawa, breeze of course nyaman.
tapi hat nak dapat line tu yang hazabedah sedikit. lolx

fefeeling bergambar kat balkoni dengan latar belakang pokok pine. ahaks

percutian kali ni, kitorang berjaya membeli bilik deluxe kat awana. hahaa
last time pergi genting, bilik deluxe awana semua sold out.
terpaksa beli bilik suite. terpaksa ok. kahkah
this time beli awal, so price boleh tahan la.. 200 lebih instead of 300 lebih.
agaknya sebab 31 ogos - 2 sept (isnin).. yang 2 sept tu orang tak perasan hari cuti.
so harga masa kitorang beli tu masih tak sampai 300.. alhamdulillah *sebut gaya tok adi tanah kubur* :P

walaupun bilik suite awana best, luas and dekat dengan receptionist,
tapi tak de bath tub. katil king pun sebijik je.
kalau bilik deluxe, ada bath tub.
katil queen 2x pulak tu.
budak-budak tu suka la main air.
tapi yang kali ni, bath tubnya tak de penutup pulak.. doink.
mandi shower hujan-hujan dalam bath tub je la, anak-anak :D (nak request kat hotel, tak rajin. haha)



disebabkan time kitorang sampai tu adalah pada 31 ogos 2019, maka kenalah semangat pakai baju merdeka.

time ni ada bawa tripod.
so bolehlah guna. hehe
tapi nak cari tripod yang flexible tu la
tripod yang stand panjang ni ambik masa sikit nak tegakkan, nak panjangkan kaki semua.
tapi oklah.


siap bawa props bendera lagi. haa

so tahun ni memang tak pergilah perarakan merdeka kat putrajaya macam tahun lepas.
sebab dok bercuti ni.
insyaAllah may be next time kita pergi kalau free.







kitorang kalau cuti dalam negara ni, kejap je.
3 hari 2 malam.
ambik betul-betul masa cuti yang ada.
genting ni best sebab banyaklah jugak aktiviti yang boleh dibuat.
kat awana pun banyak pool.. especially untuk budak-budak ni jugak yang suka swim sana sini.


alkisahnya pelampung yang ariana bawak, bocor. nasib baik ada pam letrik hebat ni haha. *ampunn* :D

bayangkan, pelampung ariana beli RM10 ke, 15 macam tu.
sampai awana, kena beli pelampung baru, standard sama je.. harga RM25. huaa


ariana dan pelampung baru beliau :P



anaqi pun bawa life jacket spiderman, tapi tak nak pakai. haha. dia lagi suka pakai pelampung bulat rupanya.



haa yang bergegar blur-blur dalam gambar tu, ariana :PP

fyi time-time bulan ogos ni sy dah start #roadtoringan
iaitu plan pendietan yang bukan catu makan ye.
ni kadang ramai salah faham,
diet = bukan tak makan.
tapi pilih makanan yang lagi sihat and start to exercise.
ramai kot sy tengok, mula berazam untuk ke arah lebih sihat pada bulan september ni.
i guess semua orang pun insaf lepas raya haji hari tu.
ramai yang naik berat agaknya makan daging, kenduri dan lain-lain lagi. haha

termasuk sy sendiri la tu yang insof :DDD
cerita sy ni, berat naik this year daripada 49kg to 53 point berapa ntah lupa .. kg.
kurasakan diriku sungguh gems.
ramai yang tanya, ko nak road to ringan apa lagi.. dah ringan sangat tu.
banyaklah korang.. haha.
kita sendiri perasan la perubahan-perubahan dia.
nak pakai seluar pun struggle, nak berjalan dah laga peha weh what is thisss.
lagi haru, tanda-tanda double chin sudah mula muncul! *ternganga sebab terkejut*

jadinya kita-kita ni kalau berat naik,
bukan tukar saiz seluar ye.
tapi kena make sure seluar tu muat balik dengan kita.
nak membazir apa beli saiz baru.. hahaha.
sy pun berfikir, ni kalau tak ambik langkah-langkah pencegahan,
mesti naik lagi berat, berkadaran dengan usia and metabolisme yang dah merendah. lolx

punyalah panjang mukadimah,
padahal sebab berkait dengan gambar kat bawah ni je.


kemain suku lagi nasi diambil :P sayur kena mega.

tu pun dah fikir-fikir,
#roadtoringan ni, nasi kena ambik at least sekali sehari je.
kalau dah makan lunch nasi, malam makan buah. vice versa.
pagi tak yah fikir apa, sebab biasanya makan honey oat je.
road to ringan ni nantilah ai cerita kat entry lain.
menyibuk pulak kat entry genting ni HAHA


with the bunch.

kitorang kan check in hotel hari sabtu.
sabtu tu rehat-rehat je.
dinner pun tapau kat rajawali restaurant (awana) je.
kalau duduk bilik deluxe, in-room dining tak de.
kena pi tapau sendiri kat restoran :P
kalau ko dok suite baru dia hantarkan (sebab bilik deluxe kat hotel tower yang jauh sikit).
cumanya kalau duduk deluxe,
boleh call dulu restoran sebelum mai ambik tapau.
tak yah la tunggu lama-lama kat restoran tu.

tu hari first.
second day baru pergi berjalan.
ke GPO dulu sebab nak beli kasut ariana dah tercabut.
naik bas shuttle dari hotel ke awana skycentral.
lintas jalan je, terus sampai GPO.
nak lalu bridge kat level atas dari skycentral ke GPO pun boleh. your choice.

kat sana sy banyakk ambik selfshot.
bukanlah sebab vain mahupun mental-selfie HAHA
sy ni jarang selfshot.
tapi sebab tengah mode bercuti, ai gila bergambar la sikit. akkaka
lagipun tak buka tripod sebab kemalasan nak bukak tutup kaki tripod tu.
selfshot je la senang.

contohnya ni ha, tengah selfshot depan kedai typo.

kali ni pergi GPO tak ada aim nak beli apapun.
just jalan, beli mainan untuk ariana and anaqi.
diorang ni pah ceroh nak mainan je. pening ai. haha
nak beli nike sneakers pun macam tak de yang berkenan.
kalau ada design cantik, tak de saiz pulak. deng :P


bergambar dengan pokok pulakkk.



time ni anaqi follow ai, ariana follow husband cari kasut.

kitorang memang buat ala-ala explorace.
sorang team A, sorang team B.
senang seperate sebab jimat masa.
kita pi jalan kedai dia, depa pi cari kasut.
sebab lepas tu nak naik genting.
taknak lah berlama-lama kat GPO.


jumpa fountain pun nak bergambar jugakk.



love this photo sebab air tengah 'menari' cantik.

then kitorang balik ke skycentral tingkat atas,
sebab nak catch kereta kabel untuk naik ke genting.
budak-budak dah mode layu mata.
anaqi la.
ariana masih bertahan lagi.

bergilir dukung dengan husband.

queue adalah super duper extra and ultra panjangggg ok.
dia punya tempat queue tu kan macam zig zag.
ko bayangkan dari sini, jalan sampai hujung.
lepas tu dah sampai hujung, pusing pulak balik ke hujung sini.
lorong dia adalah dalam 20 zig zag macam tu *ke.. lebih??*
dekat sejam je berdiri queue.
jadi bayangkan la.
sejam pergi, sejam balik.
next time kalau peak time macam ni,
kitorang ambik express lane je la.
bayar lebih pun tak pe.
masa itu platinum. haila.

nampak ha selautan manusia di belakang. selfshot ni memang saja nak tunjuk gambar orang yang ramai tu.



masih tak jemu beratur. jemu sebenarnya.. ahaha. tapi nak buat macam mana. dah sangkut kat tengah-tengah ni :D



anaqi memang dah pengsan awal. lolx



trying the low angle.



minilove on a cable car.

selepas beberapa ketika,
sampailah kitorang kat resort world genting kat belah atas.. alhamdulillah.
orang memang ramai la.
dengan tak makan lunch lagi.
dok pergi turun tengok food court dia yang kat bawah shopping mall tu.
sikit je kedainya.
dah tu yang kedai nasi berlauk punn orang queue panjang.
kedai nasi ayam tak de pulak.
tengok macam tak de yang menarik,
naik balik pergi skytropolis.
part makan tu nanti-nanti je lah. haha

kat depan pintu masuk skytropolis.

ni second time ke skytropolis.
first time, masih ada beberapa permainan yang belum siap.
yang kali ni, punn ada mainan yang tutup.
even yang kitorang dok main masa 1st time datang dulu pun ada yang tutup.. apakah.


ferris wheel.



ni kalau nak check ketinggian anak-anak dengan game yang boleh main.

game untuk budak-budak ni.. ada yang kena ditemani orang dewasa (so kena beli tiket jugak untuk dewasa tu).
RM60 untuk all-day-pass.. harga sama dewasa/kanak-kanak.
kalau nak beli 1 game pun boleh.. RM15 per game.
kalau rasa-rasa tak boleh main semua game, belilah yang per game tu je.
lagi-lagi yang melibatkan ketinggian ni.
pulak tu, ada few game tutup.
so memang berbaloi (sikit la) beli yang per game instead of 60.
sebab kalau 60 darab 4 orang tak ke naya.
hahaha. beli tu boleh, tapi rugi sebab tak main.


ai banyak bergambar je. main game seketul je, teman ariana. lain, AAs main sendiri.



marry-go-round dengan lampu-lampu. woots!



main game cawan dengan ariana. pengsan acik, satu game RM15.



lepak dengan anaqi sambil tunggu ariana queue main.



sorrylah, dah cakap awal tadi, sy banyak ambik gambar selfshot HAHA

dan selepas main sana-sini,
kitorang ingat nak pi makan kat GPO je lah.
walaupun tahu harga makanan kat sana, harga zionis. lolx
sebelum naik cable car tu, berlaku la drama kat sky avenue mall tu.
kereta hot wheels yang anaqi beli, ntah macam mana termasuk kat pengadang kaca yang mengadap ke bawah.
benda tu macam tersangkut kat tengah-tengah antara kaca dengan bahagian luar ok.
so gigih kuis dari luar, pakai kayu tripod, pakai wayar kabel charger yang kebetulan bawa dalam beg.
mama to the rescue sangat.
babah pun ada tolong kuis jugak. haha

sampai kat GPO, cari nasi ayam satu set RM16.

set tu pun.. ada tambahan sayur je.
air beli asing.
sabarkan je la. set la sangat :DD
mahal kan harga makanan kat genting.
haa angguk laju-laju, cepat! lolx

balik hotel tu collapse. haha
malam pun tak makan apa sangat, just makan buah.
agaknya sebab over-exhausted,
lepas tu tak makan malam,
dengan dukung anaqi siangnya..
esoknya bangun, badan sakit-sakit.
badan masuk angin.
2 hari jugaklah nak ok kan balik daripada angin ni.
memang horror.
nasib baik dah siap-siap ambik cuti hari selasa. huu T_T
nak basuh baju apa pun tak larat bila balik rumah, sebab rasa berangin je. lolx

ni pinggan breakfast hari ketiga.. hari nak check out. ada nasi lemak.. yums. nasi masih suku, sayur lebih.



genting peeps *tibe* :D nampak tu, budak berdua siap-siap nak pergi swimming. haha



you know why i want to start my #roadtoringan?  see that upper arm??! lolx



kids were busy playing, sebelum pulang ke sarang tengah hari tu.

all in all, we had a terrific 3-day hol.
nak pergi vacation lagi, tapi kena pi carik duit dulu.
hahaha

bye!