Showing posts with label adulthood. Show all posts
Showing posts with label adulthood. Show all posts

Wednesday, August 10, 2016

augusto

baru terfikir nak berjimat cermat bulan ni.
rupanya bulan ni nak tamat road tax kereta ha ha haa haruuu T_T

tu pun tak perasan road tax mati bulan ni.
next week to be exact.
lepas tu kelmarin tetiba kena saman sebab parking tepi jalan HAHA *jangan contohi*
tang kena saman tu la terbeliak biji mata tengok tarikh road tax kat resit saman.
bukan terbeliak sebab kena saman kahkah
sebab dah tau consequence dia; kalau parking merata, saman la mendapatnya.
mungkin jugak kena saman ni adalah salah satu cara reminder suh renew road tax. :P

so pagi semalam dengan pantas terus bayar insurans and road tak kat myeg.
cepat gile service dia ok.
pagi submit, petang tu orang myeg dah datang hantar road tax.
ni 2nd time la renew roadtax kat myeg.
1st time tahun lepas la.
memang mudah gile. dan cepat.

so berjimatlah dikau wani e sehingga hujung bulan ogos.
ketepikan jualan merdeka ke jualan kebangsaan ke apa.
tiada perkara seumpama itu. kikiki

nak kena setup tabung road tax lepas ni nampaknya.

Friday, October 03, 2014

minyak yang positif

wuhouu jumaat dah kita.
jumaat means; weekend & public hol raya haji!! teehee.

as the oil price hikes like there's no tomorrow,
and everyone's talking about it *including me*,
i was thinking about my usual oil tank fillin'.
biasanya kalau harga minyak naik dalam 20sen ni,
sekali isi tank penuh akan up RM10 daripada biasa.
means if sebelum ni RM60+ full tank,
lepas ni RM70+.
and it's true, husband cakap semalam dia isi minyak full tank kena RM70+.

while we may survive this for a while,
kadang terfikir jugak macam mana orang yang hidupnya supersusah.
yang kerja membanting tulang empat kerat.
yang ada anak-anak kecik ramai.
contohnya nelayan yang turun ke laut naik bot tu pun pakai minyak kan.
tak payah nelayan la, yang kerja gaji seribu lebih pun dah boleh fikir macam mana.
it's not all about the minyak.
sebab dia bersekali dengan naiknya kos sara hidup.
bersekali dengan kuasa membeli pengguna yang tak berapa nak powerful.
bersekali dengan kemungkinan berlakunya inflasi.

dalam whatsapp group kan everyone was giving their opinion.
then ada la my friend ni dia bengang dengan sorang lagi of our friend *you know who you are if you read this hehe*
yang memang tak de sensitiviti pasal ni.
kira tipikal punya jawapan yang kita pun kadang selalu dengar dan lihat kat tv.
"kalau harga naik, tak yah la komplen, kena usaha lebih cari pendapatan sampingan."
lebih kurang macam tu la.
agaknya orang-orang yang kerja mengejar duit ni macam tu je la sama je pemikiran dia.
duit duit duit.
agaknya tak terfikir dia ni ada orang yang kerja sampai ke malam cari duit but still sesak nak tanggung family.
tu pun kena consider, if dah kerja banyak-banyak tu, ada ke tidak masa nak spend dengan family?
sebab benda ni sikit tak sikit akan affect social life.
ko cari duit bagai nak rak, anak-anak terabai pun susah.
tapi kawan kami ni tak kisahlah kot, sebab dia single.
kita respect la pandangan dia sebab semua orang boleh bagi pandangan masing-masing.

it's just that,
memetik kata-kata sorang lagi kawan;
kita ni bukan nak compare dengan negara lain, kita nak taraf hidup yang lebih baik. tu je.
as days passed by,
sy tak nampak itu pun sangat.
gaji ye naik every year.
tapi kuasa membeli tetap rendah. barang apapun semua mahal and semua naik naik.
rumah apatah lagi.
dok kuarters je la ai nampaknya. together forever. *faint*
tu tak pelah, ada jugak tempat berteduh.
just harapan as a citizen,
semoga hasrat ke arah nak menjadi negara maju berpendapatan tinggi tu selari dengan taraf hidup yang lebih baik untuk semua.
100% semua tu mungkin mustahil, but at least everyone has a better life and not worsen.
nak tarik balik subsidi untuk perbelanjaan lain tu ok.
but better kaji semula la br1m bram.
gantikan dengan kad subsidi ke apa.
supaya yang betul-betul memerlukan dapat manfaat
(kalau betul nak sangat bantu orang susah).
improve public transportations.
well di putrajaya memang nampak dah ok.
kat tempat lain pulak kena improve. esp tempat yang forever jam.. HAHA.
budget 2015 pun dah nak dekat ni.

just my 2cents.

Thursday, April 24, 2014

decisions dan perkara yang si pekerja kena buat

sebelum tu mari menjamu mata dengan gambar tomyam campur yang dimasak semalam :D





sebenarnya ada ayam dalam tu tapi udangnya je yang terapung lebih.. lolx

hujung bulan ni (april) adalah tarikh last untuk submit borang income tax.
and wani si pemalas lipas ni dah isi online, tapi separuh jalan.
selebihnya dia malas :P
part yang malas tu adalah untuk check resit-resit yang boleh dibuat claim potongan income tax.
i dunno how my parents do it all these years.
with the rest of the working adults.. korang memang hebat!! *tepukan*
ok mungkin sy akan siapkan semua hujung minggu ni.
harapnya tak lupa hehe 

dan sy kena isi borang pilihan penempatan tempat kerja baru
(kalau sy berminat nak tukar ke tempat lain)
semua kawan-kawan yang tak lama lagi nak naik gred, semua kena isi.
tapi sy still berbelah bagi nak mintak tukar ke tak.
tapi macamlah ofis nak bagi tukar kan.
kalau dibagi tukar, bagus juga tu. tukar angin katanya. xD
(harapnya angin yang nyaman la. hahaha)

dan satu lagi decision adalah NAK ATAU TAK beli smartphone baru.
bukan saja-saja nak beli or sebab ikut peredaran telefon.
tak ye, tak.
smartphone sy dah bengong,
asyik restart.
dengan slownya satu hal.
tapi yang paling stress adalah part asyik kena restart. waaa gwe stress dengan kerestartan ituuuuu *bang head to the wall*

doakan yang terbaik untuk sy dan smartphone sy ye..
baru atau lama.
tak kisahlah apa-apa.

nah photo ariana petang tadi. orang tarik jarinya, dia masukkan balik ke mulut. brilliant, ariana. brilliant. lolx

sekian sahaja.
esok ada jualan puspanita kat ofis.
sy mengharapkan makanan-makanan yang sedap. HAHAHA

till then!