Thursday, December 26, 2013

Monday, December 16, 2013

i miss blogging

yes i do.
but i couldn't find the right time to blog.
and my laptop's adaptor is damaged (read prev entries). boohoo

now tgh blog guna handphone.
dan broadband husband.
broadband sy baru je terminate hari tu.
bila sy bitau celcom sy nak terminate, depa tanya awat.
diorg siap offer rebate kalau sy sambung pakai broadband ni.
jawapannya sebab kat ofis ada free wifi.
rumah shah alam ada free wifi.
rumah ni ada broadband husband.
and tak lama lagi sy fikir nak subscribe unifi kat rumah putrajaya ni.
jadi tak perlu dah broadband.
bukan sebab celcom tak bagus ye.
celcom adalah superb.

minggu ni (sejak khamis lepas) ariana demam dan ceret beret.
husband pun menyusul demam dari semalam.
hari ni husband muntah-muntah.
pergi klinik government, jangan harap nak dibagi MC.
walhal teruk sangat dah husband, sampaikan sy yang kena drivekan dia pergi klinik.
jadi hari ni dah kali kedua sy ambik EL.
last week EL sekali.
dua-dua sebab menjaga ariana yang sakit.
kesian kat ariana :'(

at the same time ofis ada macam-macam hal.
nak cuti selalu pun tak boleh time-time crucial macam ni.
even hari ni ada meeting, tapi sy terpaksa skip sebab tak sampai hati tinggalkan ariana.
lagipun taska tak boleh ambik budak demam.
nanti berjangkit kat budak-budak lain.
esok kena jugak pergi ofis.. settle kerja.
macam berbelah bagi je ni.
badan sy pun dah mula sakit-sakit sebab tak cukup rehat.
last night pun bukannya sy tidur sangat.
i'm too tired even to think.
ya Allah permudahkanlah.

but on a good side of story;
hari tu berjaya ke the big bad wolf book sale!! xD
bagi yg tak tau, BBW adalah jualan buku supermurah and ada setahun sekali je.
tahun ni first time sy pergi.
ajak husband singgah on the way balik dari kenduri kat rumah nenek mertua, sabtu lepas.
i was there till 2a.m.
superhebat membeli buku! hoyeah!!
buku yg paling best hof koz buku-buku pop up kegemaran sy! haha
aim sy adalah beli buku-buku grafik, bergambar, ada facts menarik dannn buku untuk ariana.

tapi tak jumpa banyak soft book, beli satu je.
mungkin tempat tu terlalu besar and sy tak berjaya menemuinya.
mungkin jugak mak bapak adalah ganas-ganas lantas semua softbook dan buku baby dirembat mereka awal-awal.. hahah
bayangkan la jam 1-2pagi macam tu parents masih di BBW dengan baby dalam stroller, baby dikendong etc etc.
kesian ok kat anak.
penat tunggu melayan parents nak beli buku haha
sebab tu kami pergi BBW berdua je.
but seriously harga buku memang murah gile!
buku harga ratus-ratus boleh dapat dengan harga RM15 je macam tu.
i'm talking about 95% of discounted price!! xD
my total spending di BBW.. dalam RM120 sahaja dengan buku yg macam-macam jenis.
husband pulak beli sudoku. nak main di ofis bila lapang, katanya.
i bought him a cat book too. sebab dia suka kucing ^^
and a book for my mom. :)
ok next time kalau ada BBW harus la pergi lagi! sangat murah!!

anddd satu lagi cerita!
(ye sy nak beritahu semua dalam satu entry. bear with me :P)
hari ni kitorang dah ada siaran astro di rumah putrajaya! jyeah!
tapi ambik yang basic plus 2 mini packages. HD tak ambik.
bukan sempat sangat pun nak tengok banyak-banyak channel dengan kebizian macam ni T_T
ahhh yang penting dah ada astro!
buahahaha *gelak buah-buahan*

ok lah nak rest.
before i myself getting a fever.
bye!! :)

Sunday, December 08, 2013

ya Allah, busynya sy. hee

happy ahad!

sementara belum beli adaptor laptop yg baru, mungkin sy tak dapat blogging dengan decent (dengan gambar yg banyak, cerita yg macam2).
ye yang kes adaptor laptop sy meletup hari tu. haha
ni pun blogging guna handphone.
memang tak sama la feel dia dengan blogging guna laptop kan.

nak curi masa blog kat ofis waktu rehat ke, pun macam tak sempat.
bos sibuk nak siapkan macam2 kerja so rasanya minggu ni akan jadi super sibuk.
sometimes i miss my old boss. uhuk

minggu ni kitorang akan pindah masuk rumah kat putrajaya.
so dengan nak pindahnya.
dengan nak hantar ariana ke taskanya.
dengan tengah baru nak explore resipi solid food untuk ariana,
dengan husband baru nk dapat tempat kerja barunya.
dengan plan nak kemas rumah, pasang astro, unifi (gas dapur pun tak beli lagi!),
dengan kerja berderet siap bos cakap awal minggu ni no one boleh cuti kecuali kecemasan or hal family.
mana tak pening and letih.
letih tau tak.
semalam sibuk berkemas barang je sebab nak pindah putrajaya hari ni.
sibuk sibuk sibuk.

harap kesibukan ni akan berlalu cepat.
nak kemas-kemas melengkapkan rumah putrajaya hoih.
tapi tak nak stress sangat.
sebab nanti tambah pening. haha

so hecticness, bring it on.
i'm not afraid of you.

oklah sat lagi nak balik banting dengan ariana.
husband dah balik sana malam semalam.
kitorang menyusul pagi ni.

have a great sunday, semua!! :)

Wednesday, December 04, 2013

ariana on her six month

happy six months young, ariana! :)

ariana on her six month
yays hari ni ariana dah enam bulan.
orang cakap macam sekejap je masa berlalu.
tapi tak lah. masa berlalu normal dan kami enjoy every bit of it. xD

6 bulan adalah masa utk start makan solid food. wish us luck on that. wahaha (semoga dia tak cerewet makan macam ai time kecik dulu).

next week jugak dah daftar ariana masuk taska.
nursery kat presint 15. 
oklah environment dia.
bdk2 tak ramai/sesak and owner dia memang tak nak ramai2 pun.
owner dia kenal semua bdk dlm taska tu (bonding adalah bagus!)
dan dia jgk mengamalkan konsep yg life baby tak sepatutnya tidur mandi makan/minum semata.
baby kena ada aktiviti2 lain jugak.
pemikiran yang bagus.
plus, bdk 2-4 tahun kat sana pun diajar ABC 123. awesome punya tempat la.
yuran bulanan RM350.
cuma tadi ada orang msg tanya if sy nak pengasuh.
dia duduk area rumah putrajaya kami.
uish. lagi dkt tu.
nak pergi balik kerja senang.
oklah nanti akan difikirkan sama ada ariana stays at nursery atau ke rumah pengasuh yang super dekat itu :P
doakan decision yang terbaik! jyeah!!

okeh that's all for now.

later la blog lagi.
tadi tengah blogging, tiba2 adaptor PUP! meletup. aiyo.
ni yang malas ni.
ok cya around!!! toodles!

Sunday, December 01, 2013

baby shop, baby playpen, baby cot yadayada

heyyo!
sy tahu sy suka bershopping.
walaupun duit tak la berkepuk mana. hahah
kalau tak shopping betul, window shopping la apa lagi.

but most of my shopping items bukan untuk diri sendiri pun.
sy enjoy belikan barang-barang untuk ariana, atau hadiah birthday/hadiah kahwin sedara/kawan-kawan. jugak groceries.
untuk diri sendiri tu kadang-kadang je la.
nampak ke sy pakai banyak baju baru kat ofis?
tak ada, kan. biasa sy mengulang baju sama je. haha

(tengoklah kalau ada mood untuk beli barang diri sendiri nanti)

well.
sebut pasal shopping,
semalam ariana, my mom and i pergi ke marissa shoppe.
ini adalah kedai yang jual barang baby.
belakang rumah je pun.
dan tengah ada sale.
kitorang pun tengah mencari barang. so let's! xD

hey, ya'll. i'm at marissa shoppe, seksyen 20, shah alam!! :)

masa datang tu ada beberapa customers kat sana.
meriah la.
mostly yang tengah pregnant and expecting their first child kot.
agak-agak first child sebab banyak barang diorang beli.
biasanya first child kan excited sikit so beli macam-macam.
bedung, tungku baby, bantal berlekuk, siap beli toys, mobile semua. haha
(sama la kita, tapi dulu time pregnant tak ada la sy laju-laju pergi beli babycot.. hihi)
tak apa la, perasaan excited nak dapat first child tu hanya parents yang mengalaminya je yang tau.

so sambung.
my mom cakap nak belanja playpen.
babycot dah beli hari tu.
letak dalam bilik.
now playpen nak letak kat bawah. buat main/tidur.
dah orang nak belanja kan. ai setuju saja. hah haha
playpen kat kedai ni tengah sale.
daripada RM359 turun ke RM340.
ada mosquito net semua la.

sampai sana nampak babycot (katil) comelness.
my mom stress sebab harga lebih kurang dengan yang kitorang beli kat kedai perabot, siap dapat tilam free. malah lebih comel. hah haha
tak apa lah, yang beli kat kedai perabot tu pun comel jugak :P


deretan playpen. siapa-siapa yang nak beli bolehlah datang sini. ada 4-5 jenis.


yang bestnya pasal kedai ni adalah diorang letak baby playmat tu di banyak tempat.
(bukak kasut di dalam ye!)
so boleh letak baby korang kat situ.
sambil tengok barang, ariana duduk kat playmat la.
cuma kena tengok-tengok sebab ada customer tak perasan ada baby tengah lepak kat lantai. haha

tu. relax je ariana baring kat situ.


so untuk playpen yang tengah sale ni,
ada 4 pilihan warna / design.
ada pink, biru, brown dan hijau.
tak nak ambik pink la sebab nak warna yang unisex sikit.
last-last ambik hijau.
vibrant. cantik. joyful. gitu. hahaha

owner kedai siap bentang tunjuk and beritahu cara pasang. manual pun disertakan. and playpen ni boleh lipat letak dalam beg (macam yang warna pink kat dalam gambar ni). so boleh bawak travel and jimat ruang.


lepas tu terjumpa dengan baby chair!! ahahaa
sebelum ni ada la nampak kat internet, baby mat salleh la duduk atas baby chair ni.
macam cool je and muat-muat duduk.
so sy terfikir.. kat mana boleh dapatkan baby chair ni.
ada kat sini rupanya!
and display kat situ, terus letak ariana kat atas kerusi.
nak tengok muat ke tak.
muat-muat je. ahaha.
terus cancel beli :P
nanti ariana besar sikit mesti tak dapat duduk dah.


baby chair ni sesuai untuk duduk dan makan. ada tray makan disekalikan.
harga?
dia ada 3 jenis.
yang paling murah dalam RM170. harga exact tak ingat la.
tapi ada diskaun ni rasanya.


rembat beanie kat kedai, bagi ariana pakai kejap, tangkap gambar. hah haha. lepas tu letak balik :P



gangster habis la posing. lolx!

so kitorang beli playpen, mobile, bekas makan, puting botol susu dengan balm afiat.

petang tu pergi pasar malam kejap.

harith and i, at pasar malam. muka sememeh habis masa tu.


dan ni lah dia mobile yang sy beli.
pun ada diskaun.
harga asal RM199.90. dapat RM159.90.
mobile ni best sebab ada lampu dan lagu-lagu.
siap ada bunyi serangga apa bagai.
sangat comel.

kalau nak yang lebih murah pun ada.
tanya kat owner kedai. :)
yang tu comel jugak.
tapi ariana berkenan kat yang ini la. so sy grab. xD



balik tu, macam babycot yang sebelum ni,
playpen ni pun faliq yang pasangkan.
hahaha
thank you, faliq/uncle mid.

ariana in her brand new playpen ;)
mobile tu tak boleh sangkut kat playpen..
untuk babycot je sebenarnya.
tapi sy selit je kat poket hujung corner tu ahaha.
ariana tengah ralit tengok.
bukan tengok je.
harus la dia nak capai sekali kan. lolx


tengah target lock nak mencapai tu. tau dahh tau dahhhh


lepas tu makcik-makcik datang, nak lawat abah.
lawat abah tapi orang sakit dipinggirkan di belakang. kihkih

family shot. tu yang di depan dua orang tu makcik sy. :) oh bukan yang baju putih itu. haha



ariana yang suka main dengan uncle mid nya.



lepaking.


dan nah!
gambar babycot yang baru jugak dibeli ni.
beli kat kedai perabot biasa.
orang kedai cakap memang fast selling.
tilam, mosquito net and stand beli asing kat kedai baby.

harga babycot ni RM280 after less daripada harga asal RM299.

tilam beli yang foam, murah sikit tapi tak panas. RM99.90
nak beli coconut fibre, mahal sangat RM399. tak sanggup den tengok duit terbang. lolx
mosquito net dalam RM50+.
cadar RM30+.

total ada la dalam RM450 lebih kurang.
tapi tak pe sebab memang dah put aside bajet beli babycot.
jadi tak de kacau duit sedia ada la.
(itu la gunanya menabung! kikiki)

maaf la bilik sy ni kecik. kecik pun sumbat jugakk babycot sebuah. ahaha



letak di tepi katil. pengadang dia tak pasang sebab connect terus dengan katil besar.



one thing ariana ni tak boleh tengok benda-benda macam ni..



..harus dia nak capai, nak tarik. wuah ganasnya. rofl!



nampak tu tangan dia masih pegang lagi kat kelambu. warkh. buat muka tak bersalah.



ariana in her babycot. :)

ok sekian update.
jumpa lagilah bila-bila sy free.
(bilaaaa la tu).

kbai! xD

december, here we go!

orang selalu cakap; december, please be nice.
i hope this december will be awesome.
harapnyalah, walaupun awal-awal dah tau yang kerja melambak-lambak.
so works, please be nice.

ini cerita lepas.

wedding my cous, syazana.
ada photo booth.
apa lagi... muahaha

one of my favourite words; awesome.



my bro, harith. he's 20.



klik klik! si wizard menangkap gambar.



sy suka tempat menconteng! xD



ni time entah bila-bila, keluar dengan my mom. :)



the dad buat fisio.



ye, fisio dibuat di gym. cermin besar, bebeh!! xD spot faliq back there, on a wheelchair. suka betul dia. haha



durian time!!
ni durian kampung RM10 dapat 2 biji.
kalau nasib baik, dapat la yang isi kuning.


obviously stress at work. what is stress? entah. apa tu??
haha.
daa!!