Showing posts with label eatery. Show all posts
Showing posts with label eatery. Show all posts

Saturday, August 02, 2025

My birthday and Genting trip


Assalamualaikum and hey, peeps! :D




21 Jun hari tu time birthday sy,
kitorang ke getting skyworlds sebab harga tengah murah.
Yoshh, sekarang masih murah sebab ulang tahun Genting ke-60.
daripada RM150+ macam tu jadi RM65.

Yang tak pernah jejak, skyworlds ni outdoor themepark kat Genting.
Macam-macam rides ada kat sini.

Time tu macam last minute jugak la decide nak pergi.
Kalau tak de hotel pun, plan nak balik hari je.
Bila check, memang banyak hotel dah tak available.
Tapiii ada last room kat seri Malaysia. Hahahaha
Memang dah rizab untuk kitorang tu 😋 (alhamdulillah).



Macam biasa, kitorang akan naik cable car instead of kereta.
Lebih convenient.

Ni kali ketiga kitorang ke Genting Skyworlds.
Tapi favourite ride tetaplah kat 'Independence Day'.
Dia macam 180 degree punya VR.
Atas, bawah, depan, kanan dan kiri.
Tapi kali ni tak dapat pakai VQ (virtual queue.. macam quick pass jugak la).. sebab slot VQ untuk hari tu dah penuh.
Kena la beratur dalam sejam lebih.

Ni la ride kat independence day!




Kat bawah kaki ni pun ada skrin! Basically kita tergantung kat tempat duduk kita.
And dia macam pengembaraan naik space ride, something like that.
Lawan aliens and whatsnot. Kiranya kerusi kita akan gerak-gerak la gitu.




Yeah it's my birthday! :D




Family photo kat luar. Berkabus time ni.


Kali ni sy bawak tripod.
Senang la sikit nak gambar berempat.

Kalau korang tak bawak tripod,
Genting ada sediakan khidmat jurufoto di spot-spot menarik.
Dah siap-siap ada photographer dengan tripod kat situ.
Just bayar untuk pakej gambar tu, kita akan dapat the whole album punya softcopy.
Tak silapnya konsep dia begitulah.
Tapi sy suka je snap gambar sendiri pakai tripod ni.. hihi

Ride yang trek panjang-panjang melingkar tu kami tak naik.
May be I'm too old for this.. lolx.
Or may be malas nak queue panjang-panjang.




Hahahaha.
Ni lepas boat ride. Salah satu ride kegemaran jugak ni.
Tapi kena standby baju hujan. Beli siap-siap kat speedmart, baru RM2+.
Kalau beli kat Genting, dalam RM15 kot.




Disebabkan haritu birthday sy, sy redeemed boost juice kat GPO.
Free je weh. Kena download app and beli at least sekali boost juice.
Lepas tu pilihlah air yang paling mahal for free. Hahahaha *tqq, boost juice!*




And malam tu before masuk hotel,
macam biasa kitorang dinner kat restoran makanan enak (Chinese Muslim).
Memang enak forever. hahaha

 

Haritu kitorang pilih menu ikan siakap masak sambal, ayam marmite (menu wajib), kacang panjang salted egg (menu wajib jugak), nasi goreng daging (menu wajib babahnya) and buttered chicken.

So that's all about it.
Tak de la nak post banyak gambar, sebab kat Facebook dah siap satu album HAHA

Happiest birthday to me!
Walaupun sy hanya sempat habiskan menaip tentang ni pada bulan ogos.
Yes, ogos! :DD
Jun Julai Ogos. 2 months gap. Lolx

I'll talk to you later, readers!
Till then! :)

Friday, January 10, 2025

campur-campur; makan 2024

assalamualaikum and hey! :)

ok entry kali ni campur-campur sikit.
semua pasal makanan. haha

sebab kita nak dump kan semua gambar makanan sini.

sambil-sambil berkongsi cerita.

ni gambar tahun 2024 la, apa lagi.
tahun 2025 tak banyak lagi gambar makanan. hahaha


makan-makan kat serai.


asal-usul tujuan nak makan kat serai seksyen 3, shah alam..
adalah untuk celebrate isz (my husb) baru lepas konvo.
tapi orangnya tengah oustation 😂
maka kami je la yang makan bagi pihak. kihkih


semua ada, kecuali yang diraikan 😂
mama kata tak pe, nanti kita celebrate yang lain.





lepas tu kitorang ada jugak makan kat ikea..
husb, AAs and i.
ye la dah lama tak pergi ikea.
idk either ikea ni masuk ke list boikot??

tapi kami tak de la boikot ikea.
kami mai je makan.

lauk-pauk ikea.. ahaks.



banano makan lasagne.



ada meatballs ikea, chicken wings dan salad ayam.
salad tu husb makan.



sy ambil big breakfast and mushroom soup + garlic bread. yums!



nahh terserempak pulak dengan datuk Dr. shahrazat!


datuk dr. ni adalah my ex-boss yang super baik.
ditakdirkan sebelum jumpa doc tu, sy dok ckp dengan sahabat2 lama..
rindu, lama tak jumpa geng2 BPO.
lepas cakap tu tetiba husb ternampak doc! haha.


ni pulak time cuti sekolah hujung tahun haritu, angkut AAs pi ofis.
bawak pi breakfast bawah pokok.



tengah hari, bawak diorg makan kat food court alamanda.



my usuals, chicken dumplings. now dah ada kat food court alamanda.
food court IOI pun dua2 ada kedai chinese muslim ni. bahagiaaa. ahaha~



ini, masak western sendiri kat rumah.


ye, sy ni masak kat rumah.
but recently tak berapa rajin dah, bukan hari2 la masak.
may be sebab balik kerja tu kemalasan menjelma.
then banyak benda lain nak kena buat.
time2 nak masak, maka masaklah kita.



ayam bakar dalam oven. sayur stim dan grill atas pan. kentang hiris nipis dan goreng dalam air fryer. bapaklahh rajin betholll 😂






ni pulak time rehat jugak, bawak AAs makan kat texas.


 
husb belanja kat restoran vietnam, myviets. sini sedap!



this was my plate from myviet.



me @ myviets. cantik sebab ada pokok2 kat luar.



me, meniru ariana senyum. dia suka laaa senyum gini, tak tahu kenapa.
bukan dia je, kawan2 dia semua senyum macam ni.



hahaha kan dah cakapp.



ni time husb belanja ikan bakar kat zam ikan bakar, cyber.



cer teka kat mana??


yesza, ni restoran nama cubee, kat cyber jugak.
time datang tu, aircond rosak.
panas ye.
so kitorang cari tempat duduk bawah kipas.





ordered cheesy loaded fries for AAs.



husb and i ambik hidangan yang sihat sikit. kikiki






us, at cubee.


dah, habis dah kisah makanan tahun 2024 😁

Friday, November 08, 2024

Restoran nasi beriani buluh penang & Niase Street Food, Ipoh

Assalamualaikum and hi! :)

hari tu time balik dari Penang ke Selangor,
Singgah makan nasi beriani kat Restoran nasi beriani buluh.
Located in kepala batas, Penang, restoran ni tak la besar mana,
tapi selesa dan bersih. Makanan pun sedap.


Ni nasi beriani buluh dengan ayam masak merah.
Ayam saiz suku, so makan 2 orang pun boleh buat mereka yang jenis tak makan portion banyak macam kami.



Saya order nasi beriani buluh dengan ayam beriani.
Memang sedap, secukup rasa. Ayam pun lembut.


Kari kambing. Pun lembut.


Kat situ pun ada jual lamb shank, tapi kitorang tak ambik.
Yang sedia ada pun makan kekenyangan.. hahah.

Suasana dalam Restoran.
Dia berada di area kedai-kedai yang banyak.




Set dulang pun ada, kalau nak makan ramai-ramai.




Harga kat kaunter. Gambar ni kecik.
Kalau nak tengok jelas, boleh klik untuk besarkan.


Lepas gendang gendut tali kecapi,
kenyang perut senang hati,
kitorang pun gerak la balik.

Dari start datang ke Penang haritu dah btau kat husband,
sy teringin nak try kat kedai makan viral, Niase Street Food.
Sebab lalu Ipoh kan.
Tapi time pergi tu tak sempat, sebab rushing.

So waktu balik ni kita tanya sekali lagi.
Check-check, kedai bukak pukul 4.30 petang.
So tak de la mengharap mana sebab ingatkan lalu Ipoh awal and kedai belum bukak.

Tiba-tiba kan, nak sampai simpang Ipoh tu,
jam dah menunjukkan pukul 4.20 petang.
Ngam! Tetiba husband pun belok masuk Ipoh.. yah hahaa.
Ni yang saying lebih ni 😁

Rupanya Niase Street Food ni terletak kat area Uptown Ipoh.
Patutlah bukak petang.

Sampai-sampai je ngam 4.30 lebih sikit..
Nah kau, Rokiah! Orang dah start queue ye. Panjang pulak tu 😂



Walaupun queue panjang,
sistem dia agak cekap ye.
Bangku disediakan untuk yang beratur.
Lepas tu ada staff akan passkan menu dan ambik order siap-siap.

Boleh klik gambar kalau nak tengok gambar lebih besar
and tengok harga.



Kalau ikutkan nafsu ni,
semua menu nak cuba.. hahaa.
Ye la, alang-alang datang dari jauh ni kan.
So kita order satu-satu, and yang the best.
Contoh telur Thai omelette dia yang viral tu,
ada macam-macam jenis rupanya.
Ada yang plain, ada yang dengan sayur, ada yang dengan udang kecik, and udang besar.
So kita order yang udang besar terus.
Next time datang kita try order menu udang kecik pulak. hahaha


Setelah jauh queue, akhirnya sampai jugak acik Wani ke depan. haha








Yang dine-in pun ramai ye. Kerusi meja agak limited,
jadinya pandai-pandai la tunggu meja kosong.


Untuk air dan lain-lain,
jangan risau sebab kedai air semua dekat-dekat situ je.
Sebelah nyebelah.
Uptown ni banyak kedai.
Kedai makanan lain pun ada.


Duduk tunggu turn. Ni Anaqi, kalau orang tak kenal.
Say hi! Haha.


Setelah hampir sejam beratur,
akhirnya dapat jenguk kaunter.
Order, bayar then dapat buzzer.
Staff jaga kaunter peramah and borak-borak jugak dengan customer.
So tunggu buzzer berbunyi, baru pi kaunter sebelah untuk ambik makanan.
Ai is tapau je.
Kenyang lagi makan nasi beriani buluh tengah hari tadi, hui!
Lagipun tak sempat la nak duduk makan.
Dah nak malam nanti nak balik rumah pukul berapa pulak.


Tunggu buzzer berbunyi and vibrate, baru ambik makanan.


Sapa-sapa nak datang duduk makan, sy suggest
korang bawak la kipas USB.
Lagi kalau bawak anak-anak kecik.
Sebab situ panas berbahang. Berpoloh-poloh ye. Hahahh

So lepas tu dah dapat la my tapaued food.
Sat lagi share beli apa.

Kitorang pun meneruskan perjalanan pulang ke sarang. lolx

masya Allah, majestic view.



Nasib baikkk tapau makanan.
Sampai rumah pukul 9 ke camtu.
Memang tak larat dah la nak masak-memasak.

Ha, ni lah antara yang sy beli kat Niase:

The viral (prawn) Thai Omelette, set tomyam goong dengan nasi putih, nasi khamok dengan golden chicken dan daging harimau menangis.


Satu sy nak puji Niase ni,
walaupun harga dia mahal daripada kedai biasa,
Pada sy still affordable dengan kualiti bahan-bahan yang digunakan.

Adik kaunter tu siap bagi sy dipping sauce free lagi.
(Asalnya sy nak + order, tapi dia bagi je. Semoga makin maju bisnes Niase ni, tak berkira dengan customer dari jauh).


Ni namanya crying tiger beef.. hihi.
Dagingnya lembut dan sedap dicicah dengan sos. Ada sayur-mayur salad jugak untuk balanced out.




Ya Rabbi sedapnya tomyam bangkok!!
Bolehlah kata setara dengan tomyam kat Thailand sana.
Pekat, masam pedas semua cukup.




Nasi khamok dengan golden chicken.
Ayam dia bagi suku, ada bawang goreng Niase (sedapp), yang penting dia guna ayam Bismi ye. Produk local yang halal toyyiban tidak bersuntik semua tu.



Nasi khamok dia pun sedap wehh.
Buat yang tak pernah try, nasi khamok ni adalah nasi beriani versi Thailand.
Sy pernah makan sekali je dulu masa kat sempadan balik dari Hatyai.
Yang Khairul Aming pergi makan tu.
This one Niase punya, setaraf la or boleh kata nasi dia lebih sedap ye.
So tak pergi Thailand pun tak pe, pi cari je kat Niase Ipoh :D

Haha ni la dia star yang kita nanti-nantikan..
Thai omelette dengan udang super besoo. Dan togeh Ipoh tu yang special, jangan lupa.



Bila tapau ni, telur dadar pun dah sejuk sikit.
Tapi still sedap.
Sy ada rasa sikit dalam kereta masa masih panas. Lagii sedap ye.
Togeh Ipoh pun lebih manis daripada togeh biasa.
Ni kali kedua sy makan togeh Ipoh.

Dipping sauce sedap.

 

Overall verdict semua sedap 10/10 and insyaAllah sy nak repeat!
Hahaha.
Lagipun ada misi nak pergi Ipoh lagi ni, nak cari pizza pulak.
So tunggu la next time kita set cuti-cuti Ipoh pulak ye :D

Till then!!