Tuesday, July 31, 2018

july's life update

assalamualaikum and hi!

julai pun dah nak sampai ke penghujung.
entry ni tak de gambar sebenar sebab tak transfer lagi. hahaha

so here goes update kehidupan dalam ringkasan :P



  • orang lain tengah kegilaan tengok drama jangan benci cintaku (husna di sana, husna di sini), tapi sy dok tengok my kitchen rules season 9. AHAHA
  • tak pindah rumah baru lagi. kerja-kerja masih berjalan. cat rumah pun belum :DD
  • hajat di hati nak tukar rumput karpet japanese, tapi harga dah RM5,700.00. *menangis tepi bucu seketika. HAHA*
  • ikea tu dah macam rumah kedua. asyik pergi ikea je back and forth. belinya tak :P
  • tapi weekend baru ni, akhirnya berjaya beli perabot! kebetulan tengah sale. belilah sofa seketul dan katil budak-budak. asalnya nak beli Busunge 2x. untuk ariana 1, anaqi 1.

busunge. ada juga warna soft pink.

  • tapi sampai-sampai kat ikea, budak-budak berkenan dengan Kura pulakkk. fuh jimat duit! 1 katil, 2 orang.

kura bed.
so untuk deco-deco, tak habis fikir lagi nak buat macam mana.
fikir camne nak cat je ni.
upah cat dah la mahal. haha
tepi terpaksa cat jugak sebab orang yang buat kerja tu pegang-pegang dinding, memang dah kotor jadinya.

eh macam malas nak menaip la pulak. kikiki
sambung nanti ok!

bye byeee!!

(eh pendek pulak entry! lolx)

Wednesday, July 18, 2018

hari ini hari rabu

assalamualaikum and hi!

kahh apakah punya tajuk :DDD
layankan je lah sebab ni entry cerita hari rabu! *hari ini*

tetiba teringin nak makan burger,
tapi sebab dah berazam nak kurangkan processed food,
terfikirlah nak buat burger sandwich sendiri.
sedap jugak! lolx

my grilled chicken burger sandwich. bawak bekal ke ofis.

sy tak diet ye. itu bukan lunch.
itu untuk breakfast. bahaha

burgernya sama macam biasa.
roti ban, timun jepun..
cuma untuk ayam grillnya, ni sy share recipe:

sebab tak snap gambar ayam, nah ambik gambar daripada IGstory haha.


BAHAN-BAHAN:

  • sikit minyak untuk tumis
  • 1 ulas bawang putih - cincang halus
  • hampir setengah bawang holland - potong bulat macam nak buat onion rings, tapi nipis
  • dada ayam - hiris kecil dan nipis
  • sos tiram
  • serbuk paprika
  • serbuk lada hitam
  • garam / gula as seasonings
  • air sikiiit
CARA-CARA:
ko tumis je bawang putih, bawang besar tu sampai separa layu.
masukkan ayam. air sikit kalau kering.
then campur semua tu.. sos tiram sikit je, serbuk paprika pun jangan sampai melampau merah ayam tu.
then lada hitam, gula sikiiiit je. garam.
bila dah siap, angkat dan letakkan atas roti ban burger yang dah disapu planta dan dibakar atas pan.
SIAP! hoahaha.
serius sedap.
resipi ni sy reka sendiri. tak de hak paten, bolehlah korang cuba. HAHA
(credits jangan lupa :'DD)



tengah hari pulak ajak husband makan kat luar.
tetiba teringan nak makan selain daripada kat ofis kan. lolx
so ke serabei ayer @ 8 lah kita.

i ordered penang's char kwey teow. boleh tahan la sedap. udang ada 5 ekor tergolek dalam tu.



husband kata teringin nak makan laksam.







ok kita settle la cerita hari ni, sampai tengah hari je haha.
malam ni tak tau lagi nak makan apa.
makanlah apa je yang terfikir nanti :D

k daa!

musim durian malaysia yang havoc



assalamualaikum and hi!

haha adakah anda salah sorang yang berlumba-lumba mengejar lori durian,
tatkala lori itu muncul di sekitar kawasan perumahan anda? :P

yup, sekarang musim durian tengah menggila.
kalau tahun lepas,
frust sebab nak beli durian pun kena fikir 2-300 kali since harga mahal gile!
tapi tahun ni.. nah ambik ko, rakyat malaysia! jemputlah makan durian itu berbakul-bakul! haha

yang mengidam nak makan musang king,
inilah jua masanya. kihkih
musang king's price dropped to as low as RM20 now.
mungkin ada lagi murah? idk.

tapi sy ni kalau makan durian D13 pun dah rasa heaven sedapnya hoih.
kaler dia kuning, rasa lemak. harga pun ok.
banyak jenis durian, so korang boleh pilih ikut kesukaan.
kalau durian kampung, harga RM5, RM7 sekilo pun boleh dapat sekarang.
yang jual longgok pun ada kot.

so entry ni semata-mata pasal durian HAHAHA
setahun hanya sekali kan katanya :P
ni adalah few photos yang sy snap masa kitorang berjimba makan durian. LOL
dipersilakan tengok! :'D

time ni masa awal-awal minggu, musim durian dah bermula.

dimulakan dengan durian batu kurau kat seksyen 19, shah alam.
ma hometown. haha
durian ni jual kat area SALAM medical centre.
sy and husband pernah makan durian batu kurau masa kat perak dulu.
yang tu memang fresh dari kebun kot..
orang kampung jual tepi jalan je.
rasa sedap tak ingat.
so terkenang-kenang.
tetiba jumpa pulak durian batu kurau kat shah alam. haa apa lagi!
time ni tak ingat berapa ringgit sekilo.
(tu nampak dalam gambar beli sikit, mesti time ni harga tak turun lagi. kikiki)


ramai betul pesaing makan durian dalam family kitorang ni. lolx!



ni pun!

kalau adalah kucing peliharaan sy dulu.. si carpet.. harus join sekaki.
ye kucing pun makan durian ye.
sudah kubilang family kitorang semua pencinta durian.. termasuklah kucing HAHA
*tetiba rindu kat carpet. abah pun suka durian. rindulah kat semua. hee*


makan tak pandang kiri kanan dah budak-budak ni.



hahaha tu tengah nak ambik lagilah tu :P



lawak laa anaqiii tak tengok mana-mana dah!

ahha gambar kat bawah ni,
contoh durian gred D13.
isi kuning ok.
rasa sedap gile.
beli kat pasar malam putrajaya time pesta durian pasar tani. haha

model yang sama lagi!



glorious gile isi dia!

kemudian kitorang balik lagi ke shah alam.
singgah kat belakang.. seksyen 20 dekat-dekat stesen minyak petronas.
situ menggila jugak orang jual durian.
ada 2 lori jual.
musang king ada kat sini.. murah jugak.
tapi sebab orang ramai gile, kitorang singgah tengok je la.
yang tukang jual, tukang belah durian tu pun dah tak terlayan, customers ramai sangat.


walaupun tak beli, saja ambik bau. lolx



asalnya memang la nak beli, tapi tengok super ramai orang, kitorang pun bergegas ke tempat lain.



lagi gambar durian yang dijual kat tepi jalan besar seksyen 20, shah alam.

kitorang ke seksyen 19 pulak.. kat SALAM medical centre lagi.
tunggu durian batu kurau LAGI. haha
hari tu durian sampai agak lambat, jem sebab ada accident on the way kat rawang katanya.
sejam kot kitorang tunggu.
tapi dah dasar gigih kan, haruslah cekal menanti :D
time ni harga dah jadi RM10 sekilo.
time ni juga kitorang baru balik daripada kenduri cousin ai, izrul & ummu di rawang.
sebab tu masing-masing berbaju melayu berkurung bagai :DD

time lori sampai, punyalah bahagia muka kami. muka makcik-pakcik lain juga sama.



ni! kalau ada sesiapa nak contact.

100% eco means tak de racun serangga ke apa ye.
organik bak hang.
ada la 2 kali jumpa ulat dalam tu.
menunjukkan betapa organiknya durian ni.. ahax.
tapi kebarangkalian durian dalam condition baik tu lebih tinggi daripada jumpa ulat.
cuma ulat tu menjadi bukti, durian tu organik.
bagus la kan.
siapa nak makan durian yang dicelup bahan kimia? tak nak kite :P





ada disediakan kerusi, meja dan air mineral. kitorang dok berkampung kat sini la tunggu lori durian sampai.



ramai orang serbu ye. memang sedap durian batu kurau ni!

batu kurau ni sy beli banyak, dalam 10 biji.
malam tu pulak my bro harith beli lagi durian.. musang king dengan IOI pulak.
ok banyak gile makan durian, sampai mata ada bentuk durian ye. haha melawak je.

lepas tu sy demam (bukan sebab durian, sebab makan benda manis.. sakit tekak-demam-selsema-batuk last).
lepas demam tu, pulun durian.
langsung hilang suara. HAHAHA
ni tengah recover la ni.
doakan sisthur :P

so lepas tu ada lagi pembelian durian.
iaitu kat dengkil. semalam ni makan.
sy buat rasa icip-icip je.
sebab sedar diri, tekak dah sakit tak de suara. HAHA
selebihnya simpan dalam tupperware kat dalam fridge.
petang-petang sikit ni bolehlah makan :DD

macam mana pulak dengan cerita durian korang? ;)

last batch. mungkin ada lagi pembelian lepas ni?

pisang goreng sedap putrajaya

assalamualaikum and hi!

yosh, sy mendedikasikan entry ni untuk pencinta pisang goreng sekalian :DD

sebab dok google cari mana laa kedai jual pisang goreng sedap kat putrajaya ni.
terlupa yang kat ofis sendiri ada jual kan. HAHA

yelah kat sini susah nak jumpa goreng-gorengan tepi jalan.
mana ada gerai semua tu.
yang ada, cuma restoran, kiosk atau kedai makan berpusat.

so kalau sesiapa yang mencari pisang goreng berhampiran presint 2, putrajaya.. bolehlah singgah.
cafeteria dalam bangunan menara seri wilayah (kementerian wilayah), kedai hujung sekali.
orang awam boleh masuk ikut pintu cafe di bahagian belakang, area tasik.

harga : RM1, 3 ketul (saiz sedang)
rasa : crunchy & manis.

ALAMAT :
kedai nasi ayam bambam
aras CA, blok 2
menara seri wilayah
62100 WP Putrajaya.

waktu operasi :
tengah hari - 2.30 ke 3 petang macam tu.




serius crunchy. sedap weh.

Saturday, July 14, 2018

resipi macaroni bakar (malaysian style)

assalamualaikum and hi!



untuk jamuan raya ofis semalam,
husband ada request sy buatkan macaroni bakar.
menu ni jugak sy bawa ke jamuan raya ofis sy,
together with cucur udang + sayur, hari tu.

resipi asal adalah daripada resipi macaroni bakar puan norly.. tapi diimprovisedkan dari segi kuantiti bahan.

i would love to share this recipe with you guys.. kot ada yang nak try buat.
rasanya memang sedap dan tak muak.
more to malaysian taste, berbanding macaroni western style yang ada banyak tomato puree di dalamnya.
selamat mencuba!


photo macaroni yang husband snap kat ofis dia semalam.

MACARONI BAKAR
- Kuantiti untuk ramai-ramai makan. Kalau nak makan sendiri, kurangkan macaroni kepada 1 cup saja. 1 cup boleh makan untuk 5-6 orang dengan portion yang banyak untuk seorang. Untuk potluck, 2 cup dah mencukupi.

Bahan-bahan:

A) MACARONI

  • 2 cawan MACARONI - rebus sampai empuk

    (Saya pakai jenama Kimball, jenis 'Elbow')

1 paket biasa dah cukup.. boleh buat bercup-cup kalau 1 paket ni.

  • 500 gram AYAM CINCANG

    (Saya pakai jenama Ayamas / beli dada ayam kat pasar dan blend sampai jadi minched chicken. Hati-hati pakai jenama lain sebab kadang rasa ayam bekunya kuat sangat. Saya memang cadangkan Ayamas saja)
    *400 gram adalah untuk macaroni, 100 gram lagi untuk topping. kalau rasa tak nak letak topping ayam, beli 1 tiub 400 gram macam kat bawah ni pun dah cukup. daripada 400 gram daging ayam cincang ni pun boleh diasingkan sikit untuk topping.
1 tube ni 400gram.

  • 1 biji BAWANG BESAR HOLLAND - potong dadu / kalau tak rajin, blend kasar ala-ala potong dadu haha.
  • 4 ulas BAWANG PUTIH - cincang halus
  • 2 tangkai CILI MERAH - belah dan buang biji, cincang kasar / blend kasar
    (kalau untuk budak-budak, kurangkan kepada 1 atau setengah tangkai cili. tak nak pakai cili pun boleh, tapi tak bestlah)
  • 4 sudu besar SERBUK KARI DAGING
    (saya pakai jenama Babas)
  • Sepaket KEJU
    (tapi tak habispun sepaket ni.. haha. boleh guna jenis keju kegemaran. saya pakai mozarella. kalau tak ada keju kat rumah, tak letak pun tak apa)
  • GARAM
  • BAWANG GORENG
  • DAUN SUP - cincang. optional.
  • MINYAK - untuk menumis
  • AIR - dalam beberapa sudu kalau kering

B) KASTARD

*sy masih dalam trial untuk buat kastard yang perfect. amount kat bawah ni dah ok untuk kastard yang lembut, tapi memang akan ada berlebih sikit nanti. later sy buat experiment lagi dengan kastard ni.. dan akan update resipi baru kalau ada. HAHA

  • 7 biji TELUR AYAM
  • 7 sudu besar TEPUNG GANDUM
  • 2.5 cawan SUSU CAIR + suku cawan AIR (beli 2 tin susu cair dah mencukupi)
  • GARAM
  • LADA SULAH

C) BEKAS

alamak tak tau saiz.. tapi hari tu untuk 2 cup macaroni bakar, saya beli bekas aluminium pakai buang bersaiz separuh bantal kepala yang buat tidur tu hahaa.
saiz macam tu dah ok.
atau boleh ambil bekas bersaiz kecil, tapi buat 2 bekas.
haihs ikut suka koranglah :P
recommended pakai bekas pakai-buang dan kalau rajin, letak butter sikit kat dalam biar tak melekat.
boleh je nak pakai bekas acuan biasa untuk kek tu,
tapi nanti kena rajin sikit nak menyental. lolx



Cara-cara :

  1. Panaskan minyak sementara tunggu macaroni yang direbus tu empuk.
  2. Tumis bawang besar dan bawang putih.
  3. Bila nampak bawang dah layu, dah golden, masukkan kari sampai naik minyak.
  4. Tambah air sikit jika perlu.
  5. Masukkan ayam, gaul sehingga masak.
  6. Masukkan cili merah. Gaul lagi.
  7. Perasakan dengan garam. Nak letak gula sikit pun boleh.
  8. Tutup api. Time panas-panas tu, masukkan macaroni ke dalam kuali dan gaulkan sekata.
  9. Tuangkan campuran ke dalam bekas acuan / mangkuk casserole. ratakan dia.
  10. Tapis adunan kastard terus ke adunan macaroni dan daging ayam tadi.
  11. Taburkan 100 gram lebihan daging ayam ke atas adunan, bawang goreng (optional), daun sup dan tabur jugak cheese.
  12. Masak di dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 30 minit.
  13. Selepas 30 minit, buka oven sekejap, tabur bawang goreng (kalau nak tabur last. If nak tabur awal, ikut step kat nombor 11 tadi). Bakar lagi selama 10 minit. Siap!

kalau nak masak awal dan panaskan kemudian, bakar 30 minit je.. simpan dalam fridge.
bila nak makan, baru keluarkan dan panaskan 10 minit dalam oven (dengan tabur bawang goreng tu).


aight.
selamat makan macaroni bakar! lolx.

Friday, July 13, 2018

unwell time



do not panic seeing this photo; i'm totally fine :)
ni gambar dua hari lepas.
first time ever i'm on a nebulizer.
biasanya sy share kisah-kisah kesihatan dalam ni sebagai rekod sendiri.
sebab senang nanti in the future nak refer.. bila kita sakit ni, bila sakit tu.

alkisahnya bila sy tarik nafas dalam-dalam dalam 2-3 hari time tu,
dalam dada macam ada bunyi.
macam bila kita batuk and kahak sangkut kat dalam.
haa macam tu.
and sy perasan benda ni berlaku bila keadaan terlalu sejuk dan sy minum air berais.
first time kena like a month ago.
tapi macam sehari je.. lepas tu dah ok.
ni tiba-tiba kembali selepas suhu ofis sangat sejuk sehingga ke 21degree.
peliknya tak ada sakit dada atau sesak nafas pun.
just rasa dada tu macam berbunyi/sangkut/ah tak tau nak explain LOL

so risau apa-apa berlaku kat paru-paru hamba :P,
i went to the clinic.
doc gave me a neb, a med and a puff.
puff yang macam orang asma pakai tu.
sy pun pelik sebab sy tak pernah-pernah asma.
tapi layankan je, 3 kali sy pakai puff tu.
alhamdulillah sekarang dah tak berbunyi dah dada.
tapi cuaca masih sejuk.
so. harap tak berulang la.
just because i don't like to take meds or puff or whatsoever :D


semalam pulak sy termakan biskut peanut butter.
tak de la rasa manis mana.
tapi mungkin sebab dia memang manis pun *lolx* dan berminyak,
tetiba sy sakit tekak.
sakit tekak yang macam sakit tekak sebab salah makan tu *allergik*
tekak sy ni memang.
kalau sy makan benda manis melampau, memang jadi macam ni.
lepas tu akan disertai oleh selsema, then demam, then batuk tak ingat dunia.
now tengah selsema tapi light.
harap tak menuju kepada demam sebab dah nak weekend ni oi!
siapa pulak nak demam time weekend.
tak bestlah :P

boleh kata recently badan sy kemain reject benda-benda tak betul yang masuk dalam badan.
esp benda manis melampau, benda sejuk melampau, seafood yang banyak lagi la, jangan cakap.
macam, badan ni terima makanan-makanan yang baik-baik je *over kau haha*
kalau makan tak ok, dia akan jadi macam allergik tu la.
so accept je la dengan harapan dia tak serius.
sebab sekali lagi ditekankan, i don't like meds.
dah berapa kali demam ni sy memang tak ambil meds,
tapi makan antibiotik semulajadi je macam bawang putih & makanan semulajadi lain macam air asam jawa, madu, etc.
mungkin bila badan sy terbiasa makan yang semulajadi,
once nak makan benda lain yang pelik-pelik, dia reject.
sakit jugak penghapus dosa. semoga diampunkan dosa-dosaku ini hihi.


gambar hiasan, masak macaroni bakar malam semalam. husband request, sebab nak bawa ke ofis sempena jamuan raya.

since kastad dia agak menjadi setelah beberapa kali trial,
nantilah sy share kat entry lain, resipi macaroni bakar yang sy dah improvised ni :P

till then. toodles!

Wednesday, July 11, 2018

kontraktor oh kontraktor

assalamualaikum.

here. listen to my ramblings today.
lolx

disebabkan malas nak upload gambar,
entry ni tak de gambar (alasan biasa) :'D

hari ni nak cerita pasal progress rumah.
those who didn't have a clue,
we bought a home and on reno work now.
we're still staying at kuarters putrajaya,
perhaps until the reno is done.

sy kepeningan disebabkan kontraktor ni.
may be they have a PR problem, miscom problem, assumption problem? well idk.
tapi kebanyakan kerja yang diorang buat,
semua main ikut suka diorang je.
apa yang kami request, diorang tak ikut pun.
we're not even a fussy client yang minta pelik-pelik
atau nak ubah struktur tiba-tiba ke apa.
tak ada.
tapi apa yang kita discussed di peringkat awal,
memang tak sama dengan apa yang diterima.

exhibit one. kitchen cabinet.
i specified the cabinet height;
so we can reach to our kitchen items/utensils easily.
tapi punya tinggi kabinet dia buat.
do we need to buy a stool now?
ruang kabinet bawah, tak smart storage langsung.
bayangkan ruang yang luas bawah stove.. diorang letak tray sudu garfu yang panjang.
sementara ruang lain kat tepi-tepi tu sempit betul, tak tahu la muat tak nak letak periuk kuali dan barang lain.
dish rack, pendek betul.
minta ubah balik, semua tak boleh, dengan alasan dah siap order pintu kabinet kat kilang.
tapi masa ubah design, diorang tak refer langsung dengan kami untuk persetujuan atau apa-apa.
menurut supplier kabinet, diorang ada design dalam pelan semua.
kontraktor pun tahu.
tapi kontraktor tak tunjuk pelan pada kami as their client.
terus main buat je.
baru-baru ni, table top quartz pun salah pasang design lain.
yang tu dah cabut balik.
kalau terima je, harus diorang extra charge sebab tukar dengan item yang lebih mahal.

exhibit two. pagar rumah.
lain gambar contoh yang husband hantar,
lain design pagar yang dipasang.
tetiba ada jaring-jaring kat atas pagar.
what da.
alasan kontraktor, tak perasan.
lepas tu minta maaf.
senang je kan.
lepas tu terus pasang tak inform kami.
tau-tau dah ada.
husband minta tutupkan jaring-jaring atas tu.
now tak tahu apa cerita.
tak tutup lagi tu.

exhibit three.
grille. haha yang ni i told husband awal-awal.
better pergi sana cepat tengok diorang pasang.
i have a hunch that they will do it again.
dan betul tepat jitu jangkaan saya :P
lain kitorang mintak, design lain yang sampai.
minta grille lurus (sebab kitorang nak yang simple, plus lurus ni senang bersihkan)..
tetiba sampai grille ada bentuk S.
tah apa-apa.
kontraktor rayu minta kami accept grille tu.
alasan dia, design ni lagi lawa.
the heck apa kata awak pasang je la grille ni kat rumah sendiri?!
time ni sy dah malas nak layan dan konsep redo je lah.
husband accept pemasangan, tapi bagi syarat diorang kena tolak 30% daripada harga grille sebab silap diorang.

exhibit four.
wardrobe.
mentang-mentang kami bagi kebebasan 'berkarya',
dibaginya wardrobe sempit saiz budak-budak.
handle pun gile kecil macam muat tangan budak-budak je pegang.
(handle dah minta tukar lain, tapi tak minta kelulusan kami, terus je beli).
kemasan? senget-benget.. laci pun sama dan kecil je ruangannya.
patut boleh dibesarkan ruang tu tapi diorang design macam letak seperator tengah, jadi la sempit.
how to store our garments macam tu?
bolehlah store, tapi i kept comparing dengan almari kat kuarters.
almari kuarters tak de la panjang mana pun, tapi dalamnya luas, banyak baju boleh letak.
kotak besar untuk simpan tudung-tudung pun boleh masuk situ.
but our wardrobe kat rumah baru ni? haihs sedih T_T

mungkin kontraktor ni satu bentuk ujian untuk kitorang.
ujian sabarunnah banyak-banyak.
husband kata dia pilih kontraktor melayu,
sebab nak tolong melayu.
i'm not being racist, pilihlah melayu cina india iban ke i don't mind;
asalkan kerja ok, tak bertangguh dan pelik-pelik.
ini apa yang kita discuss, semua jadi lain.
satu dua defect ok lagi, ni terlalu banyak defect.

mujurlah pasang tinted dengan orang lain.
express; hari pertama datang ukur waktu malam.
hari kedua dah siap pasang satu rumah.
tint berkualiti, harga pun munasabah.
sebab bagus, sy share sini contact dia:
tinted express HQ. 013-9339911.

so based on this experience,
my advice to all yang nak reno rumah,
dapatkan contact daripada kawan-kawan/kenalan yang pernah deal dengan kontraktor yang akan dipilih..
only go for kontraktor yang boleh dibawa berbincang, hasil kerja kemas dan tak bertangguh-tangguh.
JANGAN pilih kontraktor yang semua benda kita nak, dia tak boleh nak buat.
kalau kontraktor bagi kita turun site, tengok kerja-kerja yang diorang tengah buat, lagi bagus.
JANGAN SETAKAT TENGOK GAMBAR JE.
untuk kes kami ni, awal-awal diorang claim semua boleh buat.
last-last diorang biarkan pekerja dia bangla/indo/supplier datang buat/pasang tanpa diorang ada pun untuk monitor.
may be diorang ambik job banyak sangat, tak terlayan.
choice untuk design yang diorang ada pun tak banyak.
lepas tu pilihlah kontraktor yang dekat, so tak de extra charge untuk perjalanan.
since kami pun dah tersalah pilih kontraktor,
tak dapat nak buat apa la.
harap korang-korang kat luar sana yang belum lagi tu,
will make a right choice.
jangan lupa juga doa supaya dapat kontraktor yang ok.


sekianlah rambling sy pada hari ini.
lolx

Monday, July 02, 2018

ketuk-ketuk dapur


assalamualaikum.
hola semua!
macam mana raya korang?
syawal masih di tengah-tengah,
banyak open houses telah dan akan berlaku. lolx

bab raya tu kita cerita di entry lain ye.
kali ni entry (macam biasa), ketuk-ketuk dapur kita.

pernah ternampak kawan share pasal challenge makan;
boleh tak dalam sebulan kita tak makan coklat, makan ais krim, minum air manis etc.
sy rasa sy boleh.. bahaha. sebab sy bukan sweet tooth.
yang sy tak boleh, adalah kalau tak dapat makan lauk-pauk ni :P
orang asia kan, nak kena makan nasi HAHA (alasan sangat).
tapi nasi pun kebanyakan masa kalau kat rumah, sy makan nasi beras perang.
ke arah makanan yang lebih sihat kekdahnya.. kihkih.

lagipun kebetulan pagi tadi ada tonton rancangan berkaitan pemakanan.
sy suka quote tetamu jemputan; "biar makanan jadi ubat, jangan ubat jadi makanan."
betul jugak tu kan.
biar makanan yang kita makan sehari-hari tu adalah daripada yang baik-baik,
yang boleh jadi penawar dan penguat tubuh badan kita. wallahu a'lam.

dah dah,
jom kita tengok photo makanan!
haha. tak de kerja lain wani ni.
photo makanan aje :P



ni time beraya seminggu rumah mama. masak singgang tulang, main dish. AAs pun suka makan singgang, tak kira la ikan ke daging. mesti banyak nasi diorang makan.



singgang tulang close up. kasi drool diri sendiri. lolx



ni hari berikutnya. teringin nak makan ikan tiga rasa. cari ikan bawal kat kedai pasar basah belakang, ada ikan kembung dengan selar je. jadilah tu :P singgang tulang semalam, kita reheatkan balik.



masak 3 rasa thai style.. samrot.

gigih tu tengok youtube, macam mana laa orang masak samrot ni.
kalau resipi asal, pakai bawang putih je, cili, gula palm, asam kot macam tu.
tapi kita letak jugak bawang besar holland. daun limau purut semua.
adjust sikit haha
tak de la sama macam kat serai restaurant, tapi oklah buat makan kat rumah :D


kangkung! kegemaran semua. haha



sotong goreng kunyit.

sotong ni trickynya sebab berair.
kalau masak sotong, kena keringkan airnya dulu.
samalah dengan sotong goreng kunyit ni.
kena goreng dulu tanpa minyak.
bila dah keluar air, baru dia kering dan bolehlah kita gorengkan dengan bawang dan bahan-bahan lain.
kalau tak, kemungkinan besar akan jadi sotong berkuah. hihi


ni tak ingat bila masak. bawal masak kicap, sayur bayam, mi goreng untuk AAs.



nasi goreng cili api yang light-light saja pedasnya.



ayam goreng kunyit. yang version sy buat ni serius sedap, sebab lebihkan bawang putih (chopped).



entah bila buat ni, tapi ikan goreng tetap di hati :P



ayam goreng. biasanya masak untuk budak-budak sebab takut budak-budak tak makan lauk lain yang pedas. time ni kawan-kawan datang rumah. masak nasi je la sebab tengah hari. hihi



sayur campur. ^^



ikan goreng rangup! sy undi ini! kahh.



kerutub ayam kampung by mama. sy request mama buat ni sebab sy ni bukanlah reti sangat masak kerutub. kadang jadi, kadang tak.

ni pun kerutub ada masalah pecah minyak sebab rupanya terbeli santan yang tak ori. haha
beli kat kedai sayur.
mama kata mungkin ada campur benda lain.
tepung ke apa.
sebab kalau santan ori, cepat pecah minyak.
so korang kalau nak beli santan, tanyalah dulu ni santan ori ke santan campur.


ni semalam masakkan mi hun tomyam ayam untuk husband. ada la sayur carrot dengan cendawan sikit. pedas gile kot sebab macam terlebih letak chilli flakes. dengan cili api lagi. husb cakap macam makan cili. ahaks. ampunnn.



hasilnya lepas letak mi hun di dalam. HAHA


sekian photos daripada ketuk-ketuk dapur.
kita jumpa di lain kali!
*lompat bintang ke arah tv* bye!