Showing posts with label hometown. Show all posts
Showing posts with label hometown. Show all posts

Tuesday, March 22, 2022

tok ki dalam kenangan

assalamualaikum.

innalillahi wainna ilaihi rajiu'n.
dukacita diberitakan, pemergian tok ki kesayangan kami ke negeri abadi.
this is a belated entry.
hj ali bin embong.
a kind grandfather figure.
tempat kitorang bermanja dari kecik sampai la besar.
seorang yang gemar mengaji al-Quran. pagi, petang, siang, malam.
wani doakan tok ki happy di sana, dalam rahmat Allah di sana.
tunggu kami pula, tok ki.. yang entah bila masanya ini.

tarikh 'kepulangan' tok ki pada 9 mac 2022 = 16 sya'aban 1443H, bersamaan hari rabu.
meninggal semasa berehat di atas katilnya.
meninggal pada usia 93 (or 94.. wani lupa pula).
alhamdulillah Allah panjangkan usia tok ki sehingga 90s, tak de lupa2, cuma biasa la sakit tua.
you will dearly missed, tok ki.
atuk yang sy ada kenangan dari kecil, sebab atuk ismail belah abah dah pergi time sy kecik lagi.. jadi sy tak banyak yang dapat ingat. tapi dengan tok ki, dari kecik sampai besar kita manja2 dengan tok ki kita kan. walaupun kampung jauh, tok ki tetap dalam ingatan. so. sobs.


tok ki di waktu sihatnya. ceria dan berisi sikit. ada muscle siap. haha



tok ki time2 dah uzur sikit.. tapi tetap gagoh.
semoga Allah masukkan tok ki ke syurga tanpa hisab dengan rahmatNya jua. aamiin.

 

beberapa gambar time balik kampung hari tu (saja simpan buat kenang2an):


ni pintu gerbang felda jerangau, kampung toks kami.




tok ki dikebumikan pada hari khamis selepas solat zohor di masjid FJ.




mama and kitorang yang lain dok kat belakang ni.




cik su and pak su. belakang2 lagi ada makcik2 dan pakcik2 yang lain. cousins jugak.








ni cik lek (malik), pak cik kami. cik lek tinggal dengan tok yam tok ki kat FJ.
pakcik kesayangan kami juga (semualah kesayangan).




akhir kali menghantar arwah tok ki. semoga tok ki baik2 di sana, insyaAllah.




















ni izzat, cousin kami. chef masak2.











faliq tengah siram pusara tok ki.
saja kita snap gambar tanah perkuburan banyak2, bagi peringatan untuk diri sendiri.








mama tengah borak2 dengan tok yam sambil duduk atas kerusi roda arwah abah den. hihi




sempat snap gambar cik long (makcik sulung).
cik long tak berapa sihat time ni.. demam.




lastly, gambar bersama tok yam.
semoga tok yam sabar dan tabah dengan pemergian tok ki.
semoga tok yam sihat2 selalu. aamiin.

Friday, April 05, 2019

balik kampunggg oho ho hoi balik kampungg

hahahaa kemain kan tajuk :P

yelah, cucunda ni dah lama kot tak balik.
bukan derhaka ye, tapi kekangan masa, kerja dan komitmen lain.
kampung pulak jauh beribu baru, hilang di mata di hati jangan, gitu :D

so bila dapat balik sekejap pun dah over-excited di situ. lolx

sebenarnya kitorang ni, sambil-sambil nak pergi bawak budak-budak bercuti jalan-jalan kat KTcity.
sebelum tu singgah metar di kampung tok ambe. tido situ dulu.
mama pun ikut sekali.
tapi mama kata tak join la holiday kat KTcity, sebab nak duduk lama sikit kat kampung.
insyaAllah raya tahun ni kita balik lagi nanti. dalam 2 months lagi je.

best kot terengganu.
siapa yang kata terengganu tak best, kita lempang dia laju-laju.
mat salleh pun suka pergi terengganu ok :D

(entry kat KTcity, kita cerita later)

alhamdulillah tok-tok kita dipanjangkan usia dimurahkan rezeki, umur dah 90s (92, 93 macam tu).
sakit-sakit tu memang ada, tapi semoga diorang diberikan kesihatan yang tip top selalu.


ni tangga depan rumah tok. ariana, anaqi dan tok yam.



haha anaqi ni memang bikin geram. banyak akal budak ni. hati-hati ye :PP



ni tok ki sy. happy je. ubat berkepuk, nampak tu :P

sekali telan, 6 biji ubat katanya.
haritu kena serangan stroke. mild stroke tak silap.
alhamdulillah ni dah ok. tetiba ok, tak pergi hospital pun lagi.
semorang suh pi hospital. hihi


tok yam kat dapur. dapur tu baru renovate ye.. haa :D

yosh ada la reno sikit-sikit area belakang rumah tok.
ada bilik air tambahan satu (now ada 3 bilik air umum HAHA untunglah raya kang tak payah berebut),
dapur pun dah upgrade konkrit. before this kayu.
duit kumpul-kumpul sesama kita, makcik pakcik and cucu-cucu untuk reno.
ni katanya nak tambah kabinet untuk simpan barang.
barang banyak, tok yam sayang nak buang. hihi


my beloved tok ki. anak-anak panggil nyang (moyang). sy suh panggil nyang ki. aneh tak aneh nama tu :P



bergambar sebelum gerak balik ke selangor. i will miss this home and of course, my toks.


time datang tu,
mama sy cakap; kenapaa masak banyak makanan niii dengan yang beli bawak balik kampung lagi. hahaha
sebab beliau pun balik nak masakkan untuk toks.
tengok-tengok kemain banyak makanan bekal-bekal dibawa balik kampung :P

pagi tu pulak, sy nak makan nasi kabu kampung tok (skang dah harga RM2 kot.. RM3 kalau dengan ayam).
beli kat pasar pagi.
tapi masak jugaklah untuk kat rumah tu (walaupun tak ramai orang, kita-kita je).
masak kwey teow goreng dengan nasi goreng.
memang kenyang habis kalau balik kampung ni.
tu belum lagi makan singgang ikang aya yang forever ada masak kat dapur tu.
almost everyday kot ada  (if you're a pure terengganu-ians).
sedapnyaaa balik ganu makan singgang. haha


kwey teow nipis. sy suka masak jenis nipis, lagi sedap & ada feeling-feeling kwey teow kat penang hihi



nasi gorengggg.



ni ha nasi kerabu RM3 dengan ayam berempah. husb belikan at pasar. nasi dagang pun ada, tapi tak snap gambar.


aight tu la saja entry kita untuk kali ni.
nanti sambung dengan entry lain pulak.
banyak betul cerita pending ni nak diupdate. HAHA

k till then! ciao!

Sunday, July 05, 2015

the 17th ramadhan

perasan tak tengah bulan haritu bulan adalah bulat and cantik? xD
ah nvm.

anyways,
dah 17 hari kita berpuasa ok!!
i've so much things to do woahh.
be it work or personal life.
may Allah eases my urusan :)

so.
gaji bulan 7 belum keluar lagi tapi kita dah berjoget bershopping sakan. kihkih

today ai pi shopping (mostly beli baju la) kat OU.
mama, harith and ariana ikut sekali.
husband tak de sebab dia pergi bengkel 3 hari.


tu diaa 3 serangkai. ahahah



kat depan zara.

thought zara ada baju toddler yang best-best tahun ni.
tapi macam tak banyak choice and size.

H&M pulak tak sempat nak pergi.
kalau shopping ni 1 hari memang tak cukup.
merata nak pergi. lolx


ariana and her uncle (she calls her ayish. just a name like that. HAHA)



inside zara.



dia pun sibuk sama nak berposing depan cermin. hahahaa hartamas



360 cam all the wayyyy. jyeah!!



supersayang dia ni walaupun mama always garang-garang dengan dia haha.



that's one manja girl.



OU has this tempat duduk-duduk yang ko boleh dok berpusing 360 degree atas kerusi dia macam ni. coolio!



the rumah kampung OU sempena hari raya tahun ni :) nice, isn't it?

bagi yang tak de kampung tu bolehlah bergambar kat sini.
boleh konon-konon kacau rendang dan sebagainya ahahah

best shopping kat OU ni.
mall besar, banyak kedai, tak habis explore pun.
and i got some hunted items for raya. so. no complaint. hoho


balik tu rush,
nak singgah restoran jaring kat subang (my fam's daily routine untuk membeli ayam percik kat sana haha)
tapi tutup pulaklah restorannya hari ni.
ended up kitorang ke bazar seksyen 13, shah alam or a.k.a. bazar stadium.

this is my first time of the year singgah sini.
tempat-tempat ramai orang macam ni memang jarang singgah.
tapi alang-alang dah sampai ni, jalanlah sekejap :D


selesalah jugak jalan. tak sampai berlaga-laga bahu.
walaupun kat area parking tu kereta jammed,
tapi kat area dalam bazar ok je tak sesak.


selfshot satuu! ;)








then singgah ke restoran syed seksyen 9,
ai nak menapau nasi beriyani bukhara.
tetiba teringin.
nak pergi yang kat alam sentral, for sure jam petang-petang camni.
so pergi seksyen 9 je lah.

photo selingan; sahur nasi dengan daging goreng kunyit yumyum. masak kat putrajaya, bawak ke shah alam. lolx


so ni la dia hidangan berbuka tadi :

my beriyani ayam bukahara. yiehha!



the beriyani box.

sy dah beli and makan nasi beriyani kat syed ni sejak berzaman ok.
sejak nasi beriyani biasa dia harga RM6.
sejak time tu tak de pakai kotak-kotak ni.
sebab dulu kedai syed ni kat seksyen 19, belakang rumah je.
but now yang kat situ dah tutup sebab tak de pekerja katanya.
yang ada kat seksyen 9 and lepas tu bukak syed bistro kat alam sentral.
al-kisahnya.
betapa seasonnya ai kat shah alam ni. kihkih

how i miss shah alam those days.
before it becomes so heavily crowded dengan orang and kereta yang entah datang dari mana.
rofl.


cucur udang dan air jus mangga,



harith kat dapur, buat jus tembikai dia.



jiran sebelah bagi macaroni bakar. hihi



air tembikai hasil tangan harith. jug punyalah tinggi, airnya sikit aje. bahaha



roti jalaaaa.



kebab ayam di skewer.


kesimpulannya shopping masih belum tamat.
tak jumpa lagi baju kurung untuk ariana.

k till then!