Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Thursday, March 31, 2016

anaqi in his 5th month

sebenarnya sy cuti hari ni.
jadi sempatlah nak mengupdate blog HAH HAHA

kalau time kerja tu memang tak sempat.
tetiba banyak pulak kerja.
tapi sebelum cuti ni sy dah settlekan kebanyakan daripada kerja yang ada.
so boleh cuti dengan tenang sikitlah.

today cuti sebab anaqi check up 5 bulan kat KK.
dia kan demam hari tu.
baru kebah.
tapi sambung selsema and batuk sikit.
bila timbang and ukur tinggi tadi, dua-dua border (means masih on milestone tapi dah nak terkurang daripada yang asal).
BMI jadi underweight la. kat border jugak.
sy suspect sebab dia demam tu.
hidung tersumbat lagi.
so dah 2 minggu kot tak banyak minum.
bekal bawak ke taska pun tak sebanyak dulu sebab cikgu minta kurangkan.
harap anaqi cepat sembuh daripada hidung sumbat dia tu supaya dapat minum dengan selesa.
hence bertambah la berat kan.
atau Allah nak mudahkan sy dukung dia,
tak nak bagi berat-berat sangat. teehee

now dah 6 kg.

untuk entry kali ni,
terimalah gambar and video anaqi yang aktifnya hui!
baru-baru ni dia tengah musim kaki tangan tergawang-gawang menendang-nendang.
sila tengoklah untuk visualizekan. hahaha


ariana yang sangat terhibur dengan anaqi. rofl.



GBS warehouse sale, PJ

recently i was looking for a new, affordable car seat for anaqi.
yang dia pakai tu dah 'mengecil' kot.. habis terjulur, terangkat kaki semua bila duduk.. ahaha

tapi bajet around RM300 je.. tak nak beli beribu.

last weekend ada GBS warehouse sale kat PJ.
since kitorang balik shah alam weekend lepas (sebab husband ada kursus kat luar),
so mengajak la family shah alam pergi sana.
nak tengok apa yang ada.

faliq&ain pergi baby expo kat midV.
sy tak larat nak pergi mengharung lautan manusia kalau bawak budak berdua ni.
kesian ke depa la nanti. haha

so let's ke PJ aje.


antara yang dijual kat sana.



banyak brand graco untuk stroller dan car seat.

tapi dah nama warehouse sale untuk barangan branded;
semua pakat harga ribu-ribu.. even dah after discount.
kalau toys tu may be la boleh dapat murah sikit.


ariana sempat main lagi.. haha

mainan hape ni memang best gile.
best dan berkualiti la.
tapi mahal kot.
kalau setakat tengok and main kat sana boleh la.
tapi kalau yang collector, puas hati beli.
sebab banyak mainan hape ni less RM100.
harga dia beratus kan.
so kalau mainan yang harga 599 boleh la dapat 499 camtu.





kat luar pun ada jugak.



tengok, boleh tahan best discount dia. mainan baby brand lamaze pun banyak.



barbie's.



ariana kemain ada gaya main mini grand piano tu hahaha



i want this! in my dreams! lolx

satu sebab harga dia mahal.
dua sebab i'm not a kid anymore.
beli pun buat hiasan je la. akaka

car seat?
dapat jugak la, tapi beli kat tempat lain. lolx

lepas kat warehouse sale tu, pergi memburu makanan di SACC mall.
makan kat de palma.



Wednesday, March 23, 2016

anaqi ke klinik kesihatan

haihs banyak sebenarnya pending stories,
tapi tak sempat-sempat nak bercerita (sebab tak ada masa. guu)
so kita update mana yang sempat je lah ye.

hari ni anaqi ke klinik,
sebab dah tiga hari demam panas.
kombo selsema hidung tersumbat and batuk sikit-sikit.

diorang suh ambik darah.
alhamdulillah tak ada denggi.
physically pun semua ok, doktor cakap.
paru-paru pun clear.
cuma sel darah putih banyak. bacaan 22.
doktor cakap yang normal, bacaan 8-11 je.
ataupun kalau bayi, yang normal boleh jadi 18 je.
so jumaat ni kena pergi balik repeat blood test.
nak check dan make sure menurun.


anaqi ambil darah. ala kesiannya.

memang tak sampai hati dengar dia menangis time cucuk ambik darah.
tapi kita ni mak yang kental. haha
so hulur je tangan dia.
nurse pun cakap "alaa halusnyaa (tangan anaqi)."

nasib baik je la tak kena nebuliser (sedut kahak/selsema).
sebab paru-paru dia clear kan.
kalau tak, sy dengar budak-budak kecik ambik nebuliser macam seksa je.
mintak dijauhkan.
setakat ni ariana dan anaqi dua-dua tak pernah selsema teruk sampai kena macam tu.


dengan babah.



menangis.

ni satu lagi.
tersepit kaki kat kerusi. haha
siapa suruh hulur-hulur kaki. haa
tersepitlah mendapatnya.
nampak celah kerusi tu kan. kat situ tersepit.
kaki montel dan comel. hahaha

sambil-sambil tu buat pemeriksaan kesihatan sendiri.
ada satu sudut tu boleh timbang sendiri dan ambik tekanan darah sendiri.
sy pun try la sementara lama nak tunggu nama dipanggil.
alhamdulillah semua ok.
BMI unggul dan tak hipertensi. lolx

sy punya bacaan.



petunjuk dalam buku dia.



mine is optimal. lolx

kalau orang yang ada hipertensi,
boleh isi slip yang ada situ dan masukkan dalam satu box.
tak silap sy, staff klinik akan hubungi kemudian untuk konsultasi.

lepas tu main MSQRD app.
kelakarnyaaa lahai.
yang ni face swap.

swap dengan ariana :'DDD

ariana ni memang lawak kalau kena kat MSQRD.
dia kalau mana-mana mask pun, kalau dia pakai mesti kelakar.
sebab dengan rambut kembang-kembang dia tu kan. hehe


face swap dengan husband. muslimah sangat.

mesti orang kat belakang tu sabarunnah aje dengan kitorang. hahaha

tu je lah.
tiga hari cuti jaga anaqi.
pengsan :B


till then!
Sunday, March 20, 2016

foodgasm fest @putrajaya international hot air balloon festival 2016

tengok tu!
berkurun baru nak update!
sopan sungguh sikap tersebut. wahaha

sebelum tu.
musim panas telah bermula.
tekak dah rasa nak sakit.
minumlah banyak-banyak air. (mesej kesihatan sekejap)

sambung pasal entry.
11-13 mac yang lepas, telah berlangsung PIHAB festival di area monumen alaf baru, putrajaya.
selain daripada belon udara panas, macam-macam program dan aktiviti lain ada kat sana.
salah satunya adalah foodgasm fest; ataupun pesta makanan anak-anak muda lagi hipster.
ahaha

sy tak termasuk dalam group 'anak-anak muda lagi hipster',
tapi sy adalah pencinta makanan.
dan kebetulan food fest kali ni dekat jugak dengan ofis.
dan sebab dia start hari jumaat,
jumaat tengah hari time lunch hour yang panjang itu kita manfaatkan ke sana :DD
time tu belum hujung minggu,
so tak ramai sangat orang.
hari bekerja pulak lagi.
bahagianyaaaa dapat pergi food fest yang tak ramai orang dan tak payah nak queue panjang-panjang.

food fest-date dengan raja.
sebab dah lama tak ngedate dengan dia. haha

selain food fest, ada juga bahagian bazar macam yang kitorang pergi ni.



kepada pencinta KFC, sy hadiahkan gambar trak KFC ini khas untuk anda ;)





















selepas berjalan-jalan kat bazar,
kitorang menapak pulak ke bahagian foodgasm fest.
panas terik time tu, matahari memancar-mancar di atas kepala.
tapi alang-alang dah sampai,
kita teruskan jugak pengembaraan membeli makanan ini! xD


tepi tu khemah 'bakarlah bbq'. ada kambing biri-biri ostrolia bakar kalau anda suka makan. hihi



gerai-gerai lain. food trucks pun ada.



art installation di foodgasm fest.

satu yang sy perasan tentang food fest hipster ni;
ia menggabungkan makanan dan seni.
so every festival mesti akan ada art installation.
bolehlah korang bergambar di situ.








comel kot yang ni. pekerja-pekerja dia siap pakai baju macam orang jap!


















sate lilit. yang ni sedap! terasa keenakan bumbu daripada serai tu.






hasil buruan yang berjaya dibawa balik di ofis.

lepas tu 'piknik' makan dengan raja kat ofis.
kenyang woih makan.
sy beli sate lilit, ayam ala korea (tak tau apa nama hahaha), churros dengan chocolate dip, wonder cheese dan lasagne ayam.
petang tu balik kerja, repeat pergi lagi HAHAHA
sempat tu singgah sebelum ke taska ambik ariana and anaqi.
lajuuu je sy jalan pi beli kambing bakar untuk husband and myself.
harith (my bro) and durra (his gf) pun ada sekali kat sana petang tu.
diorang gerak from shah alam lepas solat jumaat.
lepas-lepas tu diorang datang singgah rumah sy petang sehingga lepas maghrib.


with ma best mate, raja.

sekianlah kisah membeli makanan di pesta makanan. ahaha
nak cerita panjang, masa tak mengizinkan.
so tepek gambar je la yang lebih :P

jumpa lagi!!!

beli rumah

yang baca blog ni tau kot, a few months back (tahun lepas) kan kitorang sibuk house hunting, tapi tak jadinya nak beli pun.
sebab bila husband check, tak berdaftar dengan KPKT (kementerian perumahan).
yang developernya beritahu; sebab akan apply afterwards ke camne ntah.
so macam was-was.
tau-tau lepas tu, kalau lalu balik kampung husband kat banting tu..
ehh elok je dah naik rumahnya! ekeke
so everytime lalu akan cakap "eh tengok tu rumah kita dah naiklah." :P
memang tepi jalan betul so boleh nampak.
betullah developer tu. bukan tipu ke apa.
(ada lagi rumah tu tapi now harga intermediate dah 560k+ berbanding awal-awal time kitorang survey, masih 480k+ macam tu).

time tu tengok rumah contoh dia kat tempat lain.
projek developer yang sama jugak. rumah sama pattern.
area rumah contoh tu lebih strategik, kat tengah-tengah bandar yang dah sedia ada la.
dah ada KFC, sekolah, semua.
closer to putrajaya la.
tapi tak de la jauh sangat dengan rumah sebenar yang tengah nak naik tu.
kena lalu simpang je. 5 minit tak sampai.
tanya jugak rumah kat area tengah bandar tu berapa kat developer.
developer kata 700k+.
situ 780k macam tu dah rumah-rumah kat situ.
hancur berkecai harapan. hahaha
sebab area situ.. kat belah luar tepi jalan tu nampak macam rumah lama yang season-season.
masuk dalam tak tau banyak perumahan baru ok.
design moden semua tu.
husband macam suka la kawasan tu sebab sangat strategik.
awatnyaa tak reckee masuk dalam kawasan taman perumahan situ awal-awal kan.
kalau jumpa awal may be time tu dapat lagi rumah harga 400k ke 500k.
tak terfikir. haha
so kira tak pe la may be rezeki kat tempat lain.
sebelum ni pun dah terlepas projek cybersouth. habis dah rumah 400k yang tinggal 600k+ ke atas je.

sambil-sambil tu cari juga sana sini rumah.
tengok iklan, buka website property.
aim kami adalah rumah landed.
husband suka landed dan dia prefer corner lot.
tapi masalahnya semua mahal.
nak beli kat dalam putrajaya memang tak dapatlah, even CSRU (civil servant reserved unit.. yang harganya 25% off untuk pegawai kerajaan). teres biasa kat putrajaya dah cecah 750k ke atas. apartment 500k sampai 750k.
rumah mampu tengok.
tak tau apa faedahnya CSRU untuk penjawat awam kalau harga rumah macam tu penjawat awam tak mampu beli.
bukan salah urus setia CSRU pun. diorang tolong urus je.
developer and perancang kat situ la yang menyebabkan harga naik gila-gila.

sambil survey-survey tu nampaklah few projects yang masih mampu milik untuk kami rakyat marhaen ni. lawa-lawa pulaknya lahai.
design moden kan sekarang ni.
tapi macam biasa la, banyak kat area menuju ke nilai semua tu.
kajang south. (kajang south tu pun nak dekat dengan negeri sembilan kot)
semenyih, kota warisan, salak tinggi..
area-area hot spots la tu kalau nak beli rumah-rumah landed kepada orang yang kerja kat putrajaya.
kira masih reachable.
perjalanan ke putrajaya dari tempat-tempat tu around 20-30 minutes. most with tolls.
banting pun ada jugak. situ masih murah and surrounded with kampungs (kalau suka kedamaian kampung). 300k+, 400k+ boleh dapat lagi, tapi nampak dah semakin menaik sekarang.

contoh design moden rumah-rumah sekarang ni. mostly macam ni la. gambar credit to internet.

Photo
credit to internet.

lawa kan!
then tiba-tiba ada terbaca this iklan property rumah kat area 'bandar KFC' tu. lolx
harga bukan 600k, 700k.
so boleh tanya lah kan. kahaha
rupanya tinggal 1 unit tu je sebab pembeli asal tak lepas loan.
hoyeah kira ada peluang kami di situ :P
then pergi la tengok kat site.
tak de rumah contoh.. sebab tak banyak unit.
rumah dah halfway dibangunkan.. hujung tahun ni insyaAllah siap kalau tak de aral melintang.
saiz tak la besar, tapi cukuplah untuk kitorang berempat.
4 bilik, 4 bilik air.
harga dah naik sikit berbanding sebelum ni, tapi bolehlah tu dengan location and condition yang dah siap separuh.

paling penting, memenuhi ciri-ciri yang husband nak :

1. dekat dengan putrajaya
2. bukan gated and guarded (sekarang banyak konsep macam ni tapi later kena mengadap bayar bulan-bulan)
3. landed corner lot

kalau ada tanah sikit tepi tu bolehlah beliau menyambung hobi membela kucing-kucing. kikiki
memang pencinta kucing tegar :P
selain tu katanya untuk the kids bermain (atas tanah).

jadi semalam kitorang dah pre-officially beli rumah tu.
rumah nombor 1. lolx

inilah rumahnya yang sedang dalam pembinaan :


corner tu mengadap matahari pagi. itu ciri-ciri yang sy suka :D

so tahun depan tahun berjimat-cermat.
kena start dari sekarang.



till then!
Wednesday, March 16, 2016

mama's birthday

happy 56th birthday and happy retirement day to my mama!! :)

wani doakan semoga mama sihat-sihat selalu,
dipanjangkan usia,
dimurahkan rezeki,
dan sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah.

love you loads!!



p/s : ingat nak balik celebrate sabtu ni, tapi mama & abah nak balik terengganu. jadi kita tunda lagi seminggu. xD
Sunday, March 06, 2016

jujukan cerita dan gambar-gambar dalam satu entry

ni lah yang terjadi bila dikumpulkan semua gambar menjadi 'satu'. kihkih
(orang tak sempat nak mengupdate huii)

ai buat numbering lah ye,
biar korang senang nak membaca ;)


1. check up anaqi 3 bulan

hari tu ke KK untuk check up and vaksin 3 bulan.
estimate time di KK dengan orang yang ramai; 2 hours.
appointment time pukul 11.20 pagi.
habis around 1 pm.
lepas penat berlama-lama di KK,
kitorang balas dendam pi lunch kat seoul garden.
dua-dua cuti hari tu, so pergi makan pun tenang aman je tak ramai orang. haha

keluarga riang ria di KK.


diselangi dengan gambar-gambar sampingan :

anaqi in a stroller. dia suka berpegangan tangan sendiri macam tu :P



ariana yang comot di KFC.



ariana angkut selimut dan baring sebelah anaqi. rupanya dia menyorok sebab nak hisap jari!



anaqi agaknya nak bitau mama yang kakak dia tengah ada mission kat dalam selimut tu.. kohkoh



ha! busted! :D (anaqi tengah musim menyembur air liur, fyi)


2. wedding mardia

sabtu hari tu ke wedding mardia di one city, usj.

sampai pun dah lewat sebab sebelum tu ada kenduri pakcik husband di banting.
orang lain dah nak balik dah kot walaupun baru jam 3.
tak pe yang penting sempat jumpa dan bergambar dengan pengantin,
dan sempat jugak makan :D

bergambar di photo booth. lawa kan, garden concept.



sempat jugaklah berlari nak tangkap gambar dengan budak-budak batch. sampai-sampai je diorang ni dah tunggu turn nak ambik gambar dengan pengantin. nasib baik sempat! (what an awkward pose! haha)

alkisahnya cameraman suh semorang pose freestyle, tapi depa tak dengar.
so nampaknya di situ
pengantin, nad & sy je yang beria pose freestyle. AHAHA


gambar selingan lagi!! ;)

gambar anaqi tengah relax-relax siap bersilang kaki. haha



ariana kalau tak datang kat anaqi tu tak sah :P



time ni kitorang makan di johnny's. lama kot tak pergi johnny's sejak makan kat suki-ya & seoul garden. ahax



tiga beranak.

3. fiesta food truck putrajaya

tak silap tu la namanya :P

pergi last minute sebab baru terbaca iklan. hahaha
baca iklan pukul 6pm, 6.30 macam tu dah sampai kat monumen alaf baru.
langit pun dah gelap.
ended up membeli-belah dalam hujan.
habis basah kaki seluar, macam balik redah banjir. haha


tersenget-senget kepala ariana bariana, anaqi dan husband tu apahallll :P



nampak tu langit dah mendung menggila tapi orang tetap ramai. (selagi tak hujan lebatttt)



food truck yang jual korean food paling panjang beratur.



ni yang berjaya dibeli; pizza yang lembut rotinya alahai sedap kot DAN sate royale (mahal tapi sedap)

ah makanan-makanan hipster memang mahal.
sebab apa mahal sy pun tak tahu.
*jungkit bahu*


dan entry diakhiri dengan gambar anaqiku yang comelness!
haha





hoo suka ko ye. ;)

ok bye!
happy weekend, semua!! :)