Monday, June 01, 2026

Aidiladha 2026

assalamualaikum and hi! :)

Selamat hari raya aidiladha, people! 😸

Tahun ni kita beraya di Shah Alam, membuat korban di India (ezQurban).
Tapi tetaplah nak meriah-meriah tengok lembu-lembu korban di tepi masjid.


Anak ai, banano sudah setinggiku πŸ˜πŸ‘΅


Raya tahun ni jatuh pada hari Rabu, 27 Mei 2026.
Lepas solat raya tu kitorang queue untuk dapatkan kupon daging korban.

Sistem tulis nama & info satu-satu ni agak ambik masa sikit.
Tapi kita ikut je la ye.



Terjumpa awin, our ex-jiran (far left). Azreen, adik awin pun ada tengah queue kupon.



Our humble eid al-adha dish.
Yang sy masak, rendang ayam dan sambal goreng jawa.
Ada bawak daging dendeng nyet berapi (khairulaming) jugak.



Dishes lain disediakan by mama and harith (ma bro)..
nasi himpit kuah kacang dan sate.

Sadly petang, rendang tu dah basi πŸ˜… mungkin sebab tak cukup kering.
Memang hari Selasa tu nak masak cepat kat rumah sebelum balik Shah Alam, sebab ai is working separuh hari.. WFH.
lepas lunch break baru sempat start masak.
Tu pun start lewat sebab tetiba Dengkil tak de air.. duhh.
Tak pe tak pe, next time kita masak lagi 😁

Photo with daughter.



Photo with son.


Macam tahun-tahun sebelum,
solat raya Aidiladha awal sikit, jam 8 pagi.
Maka berlarianlan kami ke Masjid al-Ubudiah sebab dah lambat.

Lepas solat dan ambik kupon daging,
kitorang balik rumah kejap untuk makan.
Lepas tu baru datang masjid semula untuk tengok lembu korban.


Team lapah.



Team lapar πŸ˜šπŸ˜†



Lilin-lilin di bawah khemah, tengok lembu qurban disembelih.



Kerjasama merentas gen, untuk menumbangkan lembu 😁



Lembu-lembu qurban ni lembu sado ye.
Sihat, gemuk-gemuk semuanya, alhamdulillah.


Tahun ni harith and durra (bro and SIL) buat korban kat masjid rumah.
My mom and I je oversea.
May be cuz i'm old already, tak rajin nak memotong dan mengurus daging.
May be cuz oversea lebih affordable.
Saban tahun plan nak menabung untuk korban, tapi tak bukak-bukak tabungnya.. hihi

The last cow.



Gambar raya sefamily.







Babahnya tu sehari je raya.
Esoknya 3 hari pi program korban kat kampung angkat MADANI.
Lepas tu jadi penanggah kenduri kahwin anak bos.


Lama jugak urusan melapah ni.
Sebab tu kot solat sunat kena buat awal pagi.



Ni lembu nombor 8, lembu harith and durra.
Seorang satu bahagian.



sukarelawan yang pakai baju purple.



Balik dari masjid, main Meta Quest.
Baju raya tu ngam je sampai rumah hari Selasa.
Belinya hari Isnin.. hahaha. Mantap, Shopee!



Tengah hari, masjid dah siap masak lauk qurban.
Ada gulai daging, daging masak kicap dan sayur kobis tumis. Yums.
Ni my mom ambik, kitorang bawak balik makan kat rumah.
Lembut dagingnya.



Gambar throwback solat raya.
Walaupun lambat, kitorang menyelit kat sof depan sekali. Mihmih.



Ni gambar selingan kat rumah my mom.
My niece, Naim tengah solat. Ai rakam dia.
Ada satu time tu, dia jeling kamera ye. Bahaha.



Daging qurban. Sy masak daging goreng kunyit.
Alhamdulillah lembut dan sedap.



Dapat tulang-temulang besar πŸ˜‚
Sampai harith kena pi kedai hardware, beli kapak. Hahaha.
Menu kedua, singgang tulang 🩷



Makan dengan ikan goreng pun sedapp.


Sekian cerita hari raya.