Showing posts with label toys. Show all posts
Showing posts with label toys. Show all posts

Tuesday, June 18, 2019

Premium Toys - kedai mainan murah di shah alam



assalamualaikum and hi!

kembali lagi kita dalam siri kedai-kedai murah di sekitar shah alam :P
ha, kemain besar billboard kedai premium toys.
dari jauh boleh nampak.
sebelum tu, mohon maaf kat owner kalau sy snap gambar sana sini.
sy snap gambar sebab nak dimasukkan dalam entry kedai mainan ni.
sebab sebelum ni bila sy dok cari kedai-kedai murah,
susah nak jumpa blogs.
banyak orang dah tak update blogs sekarang.
jadi kita kena meneruskan usaha blogging tu supaya senang orang nak buat rujukan, jika kebetulan tengah nak cari kedai mainan murah ke. contoh.

kedai premium toys bertempat di seksyen 19, shah alam.
di deretan lot-lot kedai area de palma hotel.
nampak de palma hotel shah alam, korang masuk je ke dalam kat deretan kedai-kedai tu.
jalan terussss ke depan.
sampai nampak billboard besar ni. haha
kedai mainan ni dok sebelah kedai rojak subang.

kedai ni banyak gile mainan ok.
kalau nak buat birthday party,
pun ada macam-macam item dalam ni.
kedai ni sebenarnya milik mendiang bekas cikgu geografi sy.
sekarang kedai diuruskan oleh family beliau, kalau tak silap.

jom kita jalan-jalan virtual dalam kedai!


ha seperti yang sy cakap tadi, sini ada beberapa barang-barang kalau korang nak buat majlis harijadi. belon memang banyak sangat kat sini. harga standard, tidaklah super murah tapi masih dikira murah. dalam beberapa ringgit untuk 1 pek belon saiz kecil.


kedainya dibahagikan dalam bentuk lorong-lorong mainan yang agak sempit, tapi mainan mewah (banyak). ni ariana tengah dok tunjuk pam angin belon.



masih lagi di barang-barang harijadi. lilin pun banyak choice kat sini.



sesiapa nak bermasquerade, berhalloween, sini banyak jugak masks.

yang hat-hat topeng halloween, scream, rambut plasu semua ada.
baju-baju beragam pun ada.. nampak untuk budak-budak.
orang besar punya tak sure.
harga puluh-puluh.
ada tengok haritu baju frozen RM60.
kalau nak cepat bolehlah beli kat sini.
kalau sanggup menunggu, beli kat shopee dapatlah RM25-30 lebih.


ada masks, deco-deco party.



ni barang-barang untuk halloween, termasuklah make up, gigi, jari, semua ada. haha. yang selempang untuk bride-to-be, happy birthday pun ada. crown-crown pun ada.



ni cekak beragam. cekak unicorn pun cantik-cantik.



close-up sikit barang-barang halloween.



yang nak buat party, party bags untuk buat goody pun ada. harga murmur (murah).



party hats! bawah tu baju beragam.



haa ni la dia baju beragam. banyak kot.



wigs untuk yang feeling2 drag. atau clown. haha



di side lain, ada juga mainan-mainan yang pelbagai untuk budak-budak. beyblade semua tu memang ada. tapi tak snap semua gambar.


clay, lego imitate, robot, ultraman, spiderman, pembalut hadiah, greeting cards, paperbags semua ada. haa datanglah sendiri nanti tengok.
most of the toys ada sini.
kereta elektrik ada, tapi tak super banyak.
pelampung ada.
eggs gile banyak.
dinosaurs, kereta dll.


syurga mainan!!



nak tunjuk kereta hot wheels dia harga RM6.90 je.


selamat membeli belah mainan untuk korang!! :D
*macam tu je penutup dia HAHA*

MyToys - kedai mainan murah di shah alam

assalamualaikum and hi!

selamat datang ke siri kedai-kedai murah di sekitar shah alam. haha
sy akan post entries kedai yang biasanya sy pergi kalau balik shah alam.
(kedai kat dengkil, next time pulak. masih dalam mode meng-explore).

kepada rakyat shah alam dan berhampiran,
kalau cari kedai mainan yang murah,
boleh try ke MyToys bertempat di tingkat atas tesco extra, seksyen 13, shah alam.



kedai ni agak besar jugaklah.
macam-macam jenis mainan ada kat sini.
tapi sebenarnya last time sy ke kedai ni, murah sikit.
ni sy pergi lagi, macam dah naik harga.
especially motor letrik mainan.
dulu ada motor minion harga bawah 100 tak silapnya.
ni dah naik harga atas 100.
tapi masih murahlah compared to toys r us. wah haha

jom kita tengok apa yang ada kat kedai ni.


memandangkan sekarang tengah musim beyblade, banyak gile la beyblade untuk pembelian berjemaah daripada korang :P

harga standard kedai mainan murah.. dalam belas-belas ringgit bagi 1 kotak saiz biasa.
dia punya trek ke stadium ke, apantah korang panggil.. ha yang tu pun ada dijual juga.


ni la bahagian basikal, motor dan kereta mainan elektrik.

motor elektrik harga 100, 200 ke atas.
kereta elektrik 400, 500 anggaran.
basikal tak check la pulak.
tapi ada banyak pilihan kalau datang ke sini.



ni area clay, slime, bubbles.



besar tempat ni. setiap satu lorong ada mainan ikut jenis.

yang dalam gambar kat atas ni kalau korang nampak..
tong untuk gas helium *dalam kotak*
tong kecik macam ni harga tak silap dalam RM270+.
sebelah tu pam belon elektrik. harga puluh2 jugak la.
tapi jimat tenaga la tak lenguh nak meniup pakai mulut. haha


sesiapa yang suka frozen, banyak jugak anak patung elsa, anna kat sini. gambar model kita purplekan sebab tak termasuk dalam kontrak kedai :D



educational wooden toys untuk anak-anak, babies, toddler.



ni area barang-barang ke pool/pantai, tent budak-budak pun ada.



ada jugak mainan lain yang sy tak sempat snap.
macam lego (imitate), kereta-kereta, slide, buai, ultraman, spiderman, yang eggs semua ada kat belah kaunter, belon pun ada.

so kalau korang singgah ke tesco extra,
bolehlah tengok-tengok kedai mainan ni.
kot nak beli hadiah birthday yang besar tapi murah,
ha sinilah salah satu tempatnya.

mytoys
aras 1, tesco extra shah alam
3, jalan aerobik 13/43
seksyen 13, shah alam

Wednesday, March 29, 2017

kedai mainan murah di nilai 3 - lotus century

hari tu masa on the way balik ke putrajaya dari port dickson,
kitorang singgah ke nilai 3 kejap.
nilai 3 ni bukan setakat ada kedai baju, kedai kain, kedai barang kahwin, kedai karpet..
tapi juga ada kedai mainan murah-murah :D

kedai mainan yang kitorang singgah ni namanya kedai lotus century.

memang banyak mainan dalam ni,
jauh lebih murah daripada kedai-kedai mainan kat tempat lain.

ariana pun rambang matalah tengok banyak 'car' dan 'motor' hahaha.
nak beli basikal, skuter basikal pun ada sini.
ada yang harganya on sale.



sy dok pusing-pusing tengok mainan lain,
ariana dok mengekor sambil tak putus-putus sebut,
"nak motor, nak motor."
selagi tak dapat, dia tak berhenti ok! lolx

akhirnya babahnya decide, oklah belilah satu untuk dia.
tengok muka penuh pengharapan kan. haha
tapi beli yang on sale je lah.
yang motor panda tu harga RM200 lebih..
yang minion dengan mickey mouse (2 warna pilihan).. ada sale harga RM119.
tu pun masa bayar dapat diskaun lagi.


"berapa yang ni?" tanya husband.



mana tak rambang mata si ariana ni!

nasib baik la anaqi tak mengerti sangat benda-benda material macam ni.. bahaha.
tu pun dia dok tunjuk-tunjuk nak mainan itu ini.
cuma choice dia tak lah nak motor letrik la, nak kereta letrik la.
choice dia lebih affordable.. kihkih.


haaaa comel sangat semua ni!!

tapi ariana tak heran sebab dia dok sibuk sebut motor, motor kan.
kita tanya nak tak ni, nak tak tu (mainan lain).. dia tak nak ye.
dia determined sungguh nak motor.


comelllllll

banyak pilihan la.
kalau nak beli mainan untuk anak-anak,
atau nak belikan hadiah birthday ke, boleh singgah sini.
harga pun ok.

kalau set macam ni pun tak silap sy below RM50.



bahagian mainan untuk baby.

tapi janganlah expect nak mainan jenama macam leapfrog ke, fisher price ke, lamaze ke.. macam kat toys r us yang agak mahal nun.
memang tak de la kat sini.
walaupun begitu, masih best dan banyak choice seperti yang sy bitau tadi.

nak lego (bricks jenama lain), kereta remote, robot, ultraman, drone pun ada.
roller blade ada, playmat ada, kids' tent, safety gate untuk baby, few barang baby ada jugak.
yang berdekatan tu bolehlah datang check it out :D
kalau dok putrajaya, kira dekat dah tu.


sy snap ni sebab tengokkan rocking horse/animals kat belakang tu.

harga rocking horse tu seratus lebih jugak.. RM119 rasanya.
oklah harga tu.
lenkali boleh datang beli. haha
(anaqi suka naik ni)


wajah keceriaan lepas dapat motor. aicehh. haha

Sunday, March 19, 2017

ahad hari mengemas

haha sebenarnya ahad adalah hari bermalas-malasan.
i didn't go out anywhere today.
the weather was cloudy and rainy.. and it's good to stay inside.

disclaimer; sy ni bukan seorang pengemas, rajin kemas-kemas or whatsoeva.
but once in a while bila dah sepah sangat, it irks me.
hari tu kan dah make over play room AAs.
tapi biasalah kalau namanya bilik budak-budak;
takkan kekal lama kemas tu. fuahaha

the sandy fell of the kinetic sand they played previously was everywhere on the floor.. walaupun everytime lepas main pasir, sy akan kemas dan sapu.

so this time i have to vacuum and lap lantai dengan dettol balik.
cuci semua barang yang terkena pasir.
lap semua.
buang barang yang dah rosak, patah atau sebahagian partsnya hilang.

and here's the result:



nampak lagi clear kan?
sebab sy buang banyak mainan.
and all the plushies went into the big box.

ready to go.



tempat parking basikal, kereta dan skuter. HAHA



play tent pun sy lap dengan dettol.. bola-bola semua cuci.



mat also on dettol. mainan kat luar ni tinggal sikit je.

saja sy letak mainan yang tak perlu pengemasan banyak macam photo di atas.
at least bila main kalau sepah, boleh letak balik macam tu je.
bayangkan kalau barang mainan masak-memasak ke apa.. yang banyak parts.
jenuh woih nak kemas.


barang lain letak dalam kotak/bekas, bawah meja.



atas meja pun dah clear.

alhamdulillah berjaya kemas hari ni.
lepas-lepas ni kalau sepah balik tu, tak tau lah :P

ni pulak si ariana buat rumah/tent guna kerusi, cadar, tilamlah bagai. haha
entah mana dapat idea.






so tu je la cerita hari ahad kita.
tengah tengok ANTM streaming ni.. sebab astro ai dah di-unsubscribe channel starworld.. lolx.
nasib baik ada streaming video kan ;)


till then!

Tuesday, October 13, 2015

polly pocket

eh tetiba rindu pulak kat polly pocket.
siapa yang tak pernah main/nampak/pegang,
it's one of the 90s toys. xD

rumah super kecik yang boleh dimuatkan dalam poket!

memang suka gile benda ni.

even dah besar ni pun, kalau pi toys r us mesti check ada ke tidak polly pocket ni.
last-last bila google baru la tau yang production dah dihentikan sebab ada kes budak-budak tertelan bendalah ni.. sebab kecik sangat kan.
yang tinggal sekarang cumalah polly yang dah dimodified.. besar sikit.
tapi rumah yang boleh dimuatkan dalam poket ni dah tak ada :(

yang tinggal hanyalah kenangan.. aicewah.

gila punya collection!

so kalau suka sesuatu permainan tu,
simpanlah baik-baik.
in next 20 years may be benda tu dah tak ada and korang akan merinduinya.

:)
cheers.