Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Thursday, June 30, 2011

mari sign cek-cek

heloness!
hari ni hari khamis. esok hari jumaat sy nak balik shah alam yays (tapi tiket flight sy beli yang malammmm sy tak faham kenapaaaaaa -- mode lupa)
adakah sebab tiket pagi mahal? *confuse*
eckt tak pe lah. balik je lah malam esok. haihs :P

breakfast pagi tadi kat kafe. masin gile ok mee goreng tu. habis separuh je.




syiro sedang makan nasi minyak.



lepas tu kerja harini kebanyakannya adalah sign cek-cek.
sebagai hiburan, jumpa macam-macam nama tempat yang pelik-pelik.. pastu gelak sorang-sorang lah kan kat dalam bilik ofis tu.. fuah haha.

mula-mula nampak nama tempat ni.. SK Kuala Dura.
durra ni nama gf adik i.. okoko. terus sy mms kat durra tunjuk kat dia rofl.




ni kampung jepun.. kampung shendo. tapi kat terengganu :P





anak ikan dalam! xD dalam mana??




kuiz, di manakah terletaknya kampung anak ikan? bahaha





kat tempat ni ada banyak PATI, okeh!!



sebelum-sebelum ni pun ada banyak nama-nama tempat yang pelik-pelik.. tapi lupa nak share. haha.

tengah hari tu balik rumah kejap, sebab ah teh ada kat rumah kan.
bawak dia keluar sangkar, main kat living room. kesian la pulak dia tinggal seekor-seekor kan. dia kalau orang tak de di sekitar, dia jadi pasif. so balik rumah tadi tengok dia tido dalam sangkar tu. kesian je. kalau kitorang balik ni dia aktif balik, main-main bagai dengan kitorang.


lunch tapau sate RFC, makan kat rumah sambil menyaksikan ah teh bermain-main. sate RFC ni macam hot rod kfc. lolx



tapi daddynya ah teh sudah ambik anak kucing comel itu petang tadi (waaa ah teh. farewell dearrr) *peluk ah teh* makcik akan merindui kaoooo *dan dan jadi makcik! AHAHA*

till then.
Wednesday, June 29, 2011

kisah si ah teh.

cangg!! ini bukan grill tingkap! :P




ohha rupanya sangkar kucing berwarna purple!! xD
(ni baru siap pasang petang tadi.. dengan bekas-bekas semua tu. beli secara emergency)




ye! sebab si comelness ni datang singgah rumah kitorang..
introducing.. ah teh! :P *kucing isz yang supercomel!!*
datang-datang terus makan. lolx



lepas isz hantar ah teh, sy balik semula ke ofis. he went outstation.
balik-balik ofis tu..

awwwwww. dia dah tertido dalam sangkar!!




ni dia tengah kacau sy sidai baju. hahaha comel je.




suka gigit-gigit orang *squeeze*




dia suka main celah-celah kabinet ^_____^




saat-saat sebelum nak tido. rofl.




pek! tertidur dah :)




ni dua orang ni balik ofis terus main dengan ah teh.
ye, rumah kami penuh dengan kasih-sayang.. ahahaaaa *muntah* :DD




ah teh sedang makan. makanan khusus untuk mengembangkan bulu dan mengelakkan selsema di kalangan kucing-kucing :P




keadaan kabinet tv kami yang meriah. HAHA
eh apakah itu?? (yang di koordinat kiri-bawah itu??) :P




awwwwwwwhhh tidur lagi. kali ni kat bawah kabinet.





good nyte, peeps! :)



p/s : selamat menyambut isra' & mikraj! ^^
Monday, June 27, 2011

from my daily routines.

hai. tiba-tiba kerja kat ofis macam banyak hari ni.
tapi tak de perasaan lah nak kerja bagai. tunggu masa nak balik shah alam je ni. wah haha


hari tu khalida masak ikan cencaru bakar. ikat pakai tali seluar jeans katanya bahaha
marvellous. thanks, kak ida!




siap buat sambal kicap lagi.
rasa macam makan ikan bakar kat umbai dah. lolx
(khalida adalah orang melaka :P)




semalam. syiro dan kak ija dalam rancangan nak buat macaroon.
ni lah rupanya macaroon yang orang dok sebut-sebut tu. macam biskot burger. macam-macam jenis makanan je la atas planet ni kan. haha




hari ni pergi makan nasi putih dengan ayam goreng gong kapas.




sempat snapping lagi time makan. what the baldi. haha


tengah plan-plan nak tukar plan internet ke p1 4g. nampak macam lagi murah. tengoklah macam mana. can i bear saying goodbye to celco*m? tsk.

shout out sikittt. to my family, i miss you guys!! fiancé, you too!!
oklah. tido mari. zzz.
Saturday, June 25, 2011

hari sabtu hari berjalan-jalan

ye! selamat bersiaran!!
kita bersama sekali lagi di old town white coffee!


sebenarnya nak try breakfast kat uncle chua kopitiam sebab situ pun ada wifi (ohok dah terbongkar niat sebenar :P), tapi apsal ntah kedai tu tutup pulak harini.


iced chocolate & teh tarik. teh tarik itu sy punya.




buih-buih teh tarik (jangan laaa dia buat buih-buih ni pakai straw.. erk!) lolx
*sila jangan berfikir di luar kotak jus, wani!!*




isz punya nasi lemak. yang dibiarkan terabai selama beberapa minit kerana khusyuk bermain wireless internet :P




sy punya garlic bread.. yang kena tunggu 15 minit baru sampai.
(polisi old town WC.. kalau makanan sampai lambat lebih 15 minit, pelanggan akan dapat baucer makan free. tapi yang ni tepat-tepat sampai 15 minit. keji je kan haha)




wifi-ing. tu je la kerja kami.




isz installed angry birds dalam phone dia.
ni tengah test main. (nasi lemak terabai masih ada di tepi. HAHAHA)




haa kan dah cakap.. nasi lemak terabai! wahaha
(er. sebenarnya dia tunggu makanan sy sampai. sy memang suka tuduh-tuduh dia rofl)



lepas tu kitorang pergi jalan-jalan.
sy pergi cari power cable untuk adaptor laptop yang rosak. selalu rosak ok benda tu. banyak kali dah beli T_Tv hari tu pergi ke kedai komputer yang selalu pergi.. tapi stok dah habis. sy pergi kedai lain hari ni.. murah lagi, ok!! lain kali pergi kedai ni je lah. kat depan kedai tu ada tulis 'ingin membaiki komputer di syurga' lebih kurang gitu. tak, serius! memang dia tulis macam tu! haha

kitorang pergi pet shop. sebab isz ada beli anak kucing kan. petang nanti dapat kot. maka laju-laju nak pergi cari sangkar semua.

at the pet shop.




ferrets.
kalau nak buat hiasan ala-ala kot bulu, bolehlah sangkut di leher. hahah




kucing-kucing. meow.




kucing kelabu ni manja ok. dan bersaiz besar.
harap ada orang akan beli & bawa balik ke rumah & mencurahkan kasih sayang kepadanya. ecehh




burung yang sedang tidur di tepi.
(ataupun sedang bertafakur??)




apakah nama binatang ini?? ai don no. tapi dia duduk begitu macam kelakar je hahaha
(duduk di atas perut) :P




"woih, ko tangkap gambar aku kenapa??"
tengok tu kawan dia panjat atas kepala dia & bergayut di sangkar. ko ingat akrobatik ke hape :P




cangg!! akhirnya sangkar kucing berjaya dibeli! ^^
beli jugak dengan bekas toilet, bekas makanan, makanan, pasir, penyedok & syampu kucing. gigih ok tunang i. lolx




bersama barang-barang yang dibeli.
makanan kucing dia mahal ok, jenama royal canine. pasni nak beli yang biasa-biasa je, kata isz.




ni kasut yang dihadiahkan oleh isz sempena birthday sy haritu :)
kitorang pergi beli sama-sama. kaler almond.. lawa whoah.




thanks so much, hun! ♥
semoga Allah murahkan rezeki awak lagi :)




oh. selingan.
ni gambar anak ayam yang dibela di dalam rumah oleh nenek (tok) sy.
khamis-jumaat haritu sy & mak sy balik kampung kejap. sempat la tangkap gambar anak ayam ni dah 19 hari umurnya. kerjanya adalah berak setiap beberapa minit. hahaha




tadaahh!! sangkar kucing yang dah siap dipasang dengan bekas-bekas semua sekali dah siap letak. baru dapat mms tadi. lolx. selamat menjaga anak kucing baru la ye, encik isz :P



kenapa lahh weekend bukan 3 hari!

maharaja lawak final

semalam kan final maharaja lawak.
so isz and i went to 'taita' for makan-makan and menonton sekali x)
kalau family sy kat shah alam, tiap-tiap minggu pergi 'night circle', seksyen 11, shah alam untuk tengok maharaja lawak.. lolx. gigih ok family i :D *cakap orang gigih, dia pun sama HOHO* tapi semalam my mom cakap seats kat 'night circle' penuh, jadi diorang balik je la. tunggu download kat internet je nanti kalau nak tengok pun.


sy pun tak tau rupabentuk night circle tu macam mana.
ni lah hasil google-an i :PP oo camni rupanya..
(memang famous dish bubur nasi sekarang ni)




ni pulak suasana kat taita semalam.
seat penuh jugak, ok!! nasib baik kitorang sampai 10 minit awal. haha




ahha ada orang tu baru beli handphone baru.
samsung ok, baru geng dengan sy! haha




tengok kat skrin besar. skrin ni diorang pasang kat tempat parking.
tapi memang nampak la dari meja makan tu.




itu dia.. gelak tidak ingatkan dunia. hahaha (semua orang pun, including me :P)




gaya apakah ini?? gaya samseng??!




new phone! woot woot!




golap golito gambar. ni pun kena tambah brightness effect. malam katanya. lolx




tang! habis dah makanannya :)




hah! ni lah dia pemenang maharaja lawak. sepah!!
ingatkan jozan la semalam. tapi part yang lawak semanis kurma tu memang kelakar la HAHAHA. sakit porut den.



wani e : looking forward for this weekend ^^v