Thursday, January 21, 2016

happy birthday to raja!

haha baru sempat nak menyentuh ultrabook ni.

ni pun nak masuk kejap je.
untuk mengucapkan...

a very happy birthday to my best mate,
raja!!! yay!! *tepukan halilintar sikitt!!!*

walaupun tak sempat lagi jumpa dia dan mengucapkan happy birthday secara live sebab sy tengah bercuti sekarang,
i hope this wish will go through the net wall and reach her.
if you read this, raja..

semoga panjang umur, murah rezeki, sihat walafiat dan happy selalu.

ok! nak gerak dah. ahaha

laterhh!!!

Wednesday, January 20, 2016

check up & injection vaksin 2 bulan anaqi

sebelum ni dah pergi check up anaqi 2 bulan kat SALAM specialist.
dengan ambik vaksin optional.
tapi sebab kes klinik/hospital swasta tak ada stok vaksin tertentu,
untuk vaksin yang compulsory kita ambik kat KK (klinik kesihatan).

maka semalam pergilah kitorang ke KK presint 18.
dekat je dengan rumah haha.
appointment pukul 11 pagi, habis around 1pm.
nurse pun cakap ramai orang hari tu.

ariana pulak lepas makan dengan babah dia,
dihantar ke taska setelah sekian lama tak pergi taska sebab dok rumah dengan ai. hihi

since dah ambik vaksin yang wajib kat KK,
kitorang continue je la check up kat sana untuk next appointments.
yang kat swasta kita just datang untuk ambik vaksin optional. jimat pitih kami. lolx

*pitih = duit

anaqi menunggu dengan penuh berhemah. haha

kalau kat KK ni dia check detail sikit la.
siap ambik ukur lilit kepala,
nak timbang pun bukak baju seluar semua.
nak jab (cucuk), kita as ibu yang kena pegangkan baby.
kalau kat swasta baringkan je pastu ada nurse pegang.
nurses kat KK semua baik-baik. mesra pelanggan sangat.

anaqi pulak alhamdulillah kat luar tak de meragam ke apa.
elok je duduk dalam stroller.
kalau angkat dukung, siap tertidur lagi.
time jab pun menangis sesaat je lepas tu diam.
gile behave.
tapi ariana dulu time kena jab lagi la.
langsung tak menangis.
sebab peha dia 'kusyen' sangat kot. hahaha. gebu kot :P

kat KK pun disediakan nursing room atau bilik menyusu.
beraircond ada sofa semua.
sangat selesa ok.
serius kat putrajaya ni kalau pergi klinik or hospital, dah macam pergi swasta.
facilities semua tip top la.
layanan pun baguih. haha

anaqi. ye muka dia lebih ke arah muka sy (versi nak tembam. lolx)

yang kelakar tu
baik mak-mak yang datang,
mahupun nurse yang check anaqi..
semua tanya ni baby girl ke.
awatnya tak cukup maskulin ke muka dia. kakaka
depa cakap sebab kening dia lawa terbentuk and bulu mata panjang.
oo lagu tu ka. :D

oh hai, anaqi!

ok next check up tunggu 3 bulan pulak.
jab yang ni tak de demam apa.
nurse pun kata tak demam. so tak de bagi ubat.

till then! :)

Saturday, January 16, 2016

bro sis on january


wahwahh kemain pandang kamera hui, son!


helo hai!

selected photos of the kids.

today; anaqi dah day-79.
ariana dah 2 years, 6 months and 12 days. :)
i'm blessed. alhamdulillah.



stop! don't take my picture! - penunggang basikal tersohor.



her favourite yang dijadikan favourite oleh mama (myself. ohok) who doesn't like sticker book kan! kikiki



somehow love this photo sebab gelaknya yang sincere. eh ada baby yang gelak tak sincere ke??! lolol



kadang dia boleh duduk diam je. tengok shah rukh khan sambil duduk diam like a boss :'D



captured this. kemain kaji tangan adik dia. hahaha



tengoklah cara dia pegang gitar. rare sangat! *gelak tangis*



thinking and sleeping at the same time. born a multitasker. aicehh.



bright.

siapa kata tak penat jaga budak-budak.
penat hoih.
tapi bila tengok diorang tidur, alahai peacefulnya.
hilang dah penat sebab bolehlah ai tidur sekali! kihkihkih
JK.
banyak lagi kerja nak buat.

the kids. awwwh.

hobby on past time

hey how's it going, guys?

hobby.

hobby that gets someone back to his insanity from his monotonous life. lolx

zaman schooling dulu rajinlah kita tulis hobi kat buku autograf.
ingat lagi tak apa hobi kita dulu-dulu?
hobi yang famous in 90s macam.. kumpul setem. yeah HAHA. spot on! :P

hobi sy dulu kini dan selamanya may be.. melukis.
walaupun sungguh ashamed nak mengaku tu hobi sekarang sebab jarang-jarang dah melukis dek kekangan masa.

so hobi sy yang sangat legit sekarang mungkinlah..

1. mendownload movies (sy download lebih banyak daripada menontonnya. haha! - again, sebab kekangan masa :P) now i have piles of em to be watched. great. just great.

2. blogging. yeah. go figure.

3. dan ni satu hobi ni yang win-win; memasak. sebab lepas masak, boleh makan. menjadikan hobi seterusnya.. mungkinlah MAKAN. haha. tak lah! makan tu fitrah. so yeah. hobi memasak tu mungkin.

sebut pasal masak dan makan, nah lah latest photos of my cooked meals.

macam tak biasa korang dengan photos makanan dalam blog ni. ahaha!


ikan gelama masin. merenung ke luar jendela.. bayu pagi meniup lembut.. lihat bintang di angkasa.. hahaha rap la pulakk.

oh yeah i also have this kesukaan terhadap rapping.
some hip hop/rap songs, kalau sy suka bait-bait liriknya, boleh jadi terhafal ok.
so is that considered a hobby too?
ntah. lolx
kembali ke photos makanan!!


sayur campur goreng ramai-ramai. sayur adalah bagus untuk kita!



kari daging bersama kentang. aku-tak-suka-kari-mamak-aku-suka-kari-melayu. LOL



padprik ayam tapi tak pedas sebab nak bagi ariana makan.

ok lah ariana makan.
misi berjaya. hahaha


sayur taruk lebih. suka sayur! suka suka suka. *unthonglah suka sayur! pft* :DDD

ok dah lah habis dah.

back to our routine. kihkih.

byes!!

Thursday, January 14, 2016

jadilah seperti rashid




2-3 hari ni kebanyakan fb-ian agak 'gila' dengan rashid.
ni semua gara-gara humor teladan yang dikongsi, together with a simple meme.

"ooo macam ni rupanya muka rashid." kataku ketika melihat expression sama untuk setiap humor.. haha
tapi kebanyakan humor dia tu betul lah, ada pengajaran dan refleks hampir semua orang.

dan untuk blog ni, sy share 3 posts daripada akaun 'jadilah seperti rashid' yang berkaitan dengan makanan/minuman. HAHAHA

jemput tengok!! :D

(credits : jadilah seperti rashid)



Tuesday, January 12, 2016

menonton dilwale di beanieplex @tgv

hai hai!

haha baca tajuk pun dah tau pasal apa kan.
hari tu tak dapat nak tengok dilwale sebab kebanyakan tiket dah sold out di mana-mana jua.. ohok.
gila hindustan rupanya semua orang ni :P

lambat sikit pun lambatlah.
at last dapat jugak tengok dilwale sabtu lepas.
tiket beli awal.
hari rabu beli ok.
memang semangat habis. haha
tapi nasib baik beli awal.
sabtu tu bila check balik.. yang tinggal seats tepi dengan depan je.

kali ni pergi tengok kat tgv, sunway pyramid.

husband beli popcorn.

punyalah lama tak pergi tgv sini.
siap dah ada kafe tgv yang jual burgers, meatballs bagai.
dahlah tak sempat nak lunch kan.
so beli la nuggets dengan fries kat situ.
harga mahal sikit la tapi. RM7 fries.

ni jugak first time kitorang try tengok wayang kat beanieplex @tgv.
beanieplex ni panggung yang kerusinya bukan kerusi biasa, tapi bean bags.
kat tgv je ada, tu pun selected tgvs. bukan semua tempat.
excited habis sebab sy memang pencinta bean bag *walaupun kat rumah satu bean bag pun tak ada hahaha*


bergambar kat depan pintu masuk beanieplex. boleh? haha

harga tiket adalah RM50 sahaja for two.
dia semua memang couple/twin seats.

selain beanie, kat tgv ada jugak panggung special lain macam imax, indulge & luxe.
lain kali bolehlah try yang lain pulak kan.
kikiki


wani e tengah tunggu dilwale start. bestnya bestnyaaa!!










macam man dilwale?
alah korang pun dah tengok kan,
of course lah sangat best ok!
ni sambil taip ni pun tengah tengok lagi yang downloaded version punya.. ahax.

sy perasan ada 2 scenes dalam movie ni yang menyerupai scene kat filem hollywood.
satu scene kereta berpusing kat tebing.
satu lagi scene veer (adik raj, watak shah rukh khan) keluarkan kad-kad besar untuk luahkan perasaan.
tak tau la sama ada kebetulan ataupun memang director influenced by hollywood movies :)

yang tak tengok lagi bolehlah tengok nanti bila free.
sy tak de nak letak spoiler sini. haha
cuma nak cakap, shah rukh dengan kajol semakin hot.
makin berusia makin hot. haa.


pemandangan di dalam beanieplex. semua bean bags je.

kerusi tak sebanyak macam dalam panggung biasa.
sebab bean bags besar-besar kan.
verdict menonton di beanieplex?
sangat selesa, macam menonton kat rumah!
even lagi selesa lah sebab kat rumah sy tak de bean bag! haha


teman menonton wayang sy.




selfshot gembira satu! ;)

terima kasih kepada nenek yang tolong jagakan ariana & anaqi sementara kitorang tengok dilwale.
jasamu dikenang sepanjang zaman. ahax

dah lepas habis tengok tu,
pergi shopping baju ariana & anaqi.
then balik rumah.

tamat :D

Friday, January 08, 2016

wani e review : LÍLLÉbaby airflow carrier

apa-apa pun, first sekali kita tepek photo anaqi tengah senyum.
haha.
kemain lebar senyum.
dividen baru masuk ke, son? :P
*hashtag dividen* *hashtag serbu bank* lolx




tak de apa mana nak cerita.
life's been great.
now tengok drama baru kat tv; sha & shah.
kelakarnya lahai kamal adli tu. heroin yang jadi sha pun lawa gile woahh.

hari ni pulak ariana ada minat nak makan nasi, tengah hari tadi.
dia kan selalu tak nak nasi.
ingat dia tak nak makan.
sekali dia rembat nasi dengan ayam padprik aiiiiii.
sebbaik cukup je untuk kami berdua. haha *tiup sudu - ganti tiup kuku*

dan baru-baru ni sy ada beli baby carrier untuk meng-carry anaqi, especially ke tempat-tempat yang susah nak bawak stroller.
ai kan noob bab-bab barang baby ni.
dulu pernah beli carrier time ariana baby.. pastu sakit tengkuk kalau guna.
last-last tak pakai sebab tak convenient.

dah sampai! yay!

this time sy beli carrier daripada LÍLLÉbaby..
yang airflow punya.
dia ada banyak jenis. yang original, organic, all seasons..
sy asalnya nak beli original. pastu kaler hitam tak de stok.
seller tu cadangkan ambik airflow.
airflow pun ok. so ambik.

beli carrier ni sy tengok 2 benda :
1.function
2.design

lawa kot carrier dia! *wani dasar rupalistik*
ada yang siap designer punya design.
tapi mahal lah yang tu.
beli yang biasa punya sudahlah.

ni contoh kalau pakai :



depan boleh, belakang boleh.
6 positions boleh.
ada hood bagai.
and yang bestnya, boleh dipakai dari usia infant (baby) sampai 3-4 tahun. max 20kg.
ariana pun boleh masuk ni haa.
tapi tak payahlah. biar dia jalan. exercise. lolx

yang bawah ni contoh designer punya design.. tokidoki ke apa ntah namanya.
tapi smart kan!!

superduper smart.

semalam dah try pakai dengan anaqi.
tak sampai 5 minit,
boleh dia tertidur dalam tu!

oklah.
cakap pasal tidur,
sy pun nak nap kejap.
sebab anaqi pun tengah nap. HAHA

kbai!!

Tuesday, January 05, 2016

adik-beradik kegemaran ramai (di rumah ni)

hahah.
macamlah ramai sangat orang kat rumah ni pun :P

tahun 2016.
tetiba ariana dah 3 tahun.
anaqi pulak baru lahir dah jadi setahun. ekkiki
(birthday diorang lambat lagi. tapi kalau masuk sekolah, itulah sepatutnya umur mereka tahun ni. kan. betul!! :D)



despite of sangat agresif bermain sehingga mencampak item ke sana sini sehingga ada potensi melayang mengenai adiknya yang sedang berisitrehat di kerusi bouncernya (tapi tak kena lagi. fuh!),
ariana adalah seorang kakak yang sangat menyayangi adiknya, anaqi.
lolx ayat karangan sangat! :P
kalau nampak anaqi menangis and mama tetiba hilang dari radar (ai pergi dapur kejap, tak pun toilet),
kang ada la tu ariana duduk tepi adik dia pegang-pegang tangan la apa suh bertenang.

"bertenang dik! bertenang!" (ok fine tak de la dia cakap macam tu. haha)

anaqi malas ambik port. while ariana excited bergambar.


(hujan hujan, muka sedih)

nah ini gambar anaqi menangis yang sempat dirakam.
mama sy cakap jangan dibiar nangis lama, nanti kembung perut.
nenek sy pulak cakap kalau sibuk nak berangkat, bila nak siap kerja (rumah).

sy pulak cakap; baby menangis ni ada sisi yang comel sebenarnya. HAHA

see? comel gile kot! penuh perasaan muka tu menangis. lolx



ok ni dah nak menuju kepada tenang.
sebenarnya anaqi ni tak banyak ragam mana.
dia menangis kalau :
1. lapar
2. bosan dah lama duduk
3. nak tidur tapi tak dapat tidur

kalau tak, baik je dia duduk tengok kipas kat siling.
tu je la hobi ko ye nak.
selagi tak boleh berlari.
kalau dah boleh lari, tukar hobi jadi berlari pulak.
ha ha not funny. not funny sebab nanti mama lah yang kena kejar. hahh

(btw hari ni anaqi dah 68 hari - untuk rekod)

budak baik, tak banyak ragam. nangis pun light light tak annoying langsung. lolx






husband cakap anaqi mata bulat dan besar sebab time pregnant dulu sy suka tengok cerita tembak-tembak, bunuh-bunuh haha
nak buat camne, dah memang sy suka tengok time tu :P

manakala ariana, bermata agak almond (tak la super sepet, tapi tak bulat juga)
sebab masa preganntkan dia, sy suka tengok gwiyomi.
berulang-ulang kot tengok. obses gile. hahaa

so korang tau la tips dia nak anak mata besar, tengok cerita tembak-tembak, bunuh-bunuh.
nak mata kecik, tengok gwiyomi banyak-banyak.
moga-moga tersangkut.
hahahaa
ye ye je kan.
padahal dah memang ikut gene.
kalau tak daripada parents, daripada grandparents.
kalau tak grandparents, grand grand parents. begitulah. :DDD


sayang dia tight-tight. ahaha

time ni bawak ariana main kat tesco.
banyak gile kot bendalah ni.
berderet satu baris tu semua kereta budak-budak je.
good thing nak main 50sen je sekali ride.
kalau kat alamanda tu dah RM2. cekik darah sungguh.
time ni nampak ada sorang budak, besar sikit je daripada ariana.
duduk je kat kereta tu muka bosan.
tunggu mak dia kot.
abang dia ada duduk kat kerusi.
sy pun belanja la dia naik 1 ride.
suka dia. haha

yang ini pun suka jugak. kemahen. pas satu satu dia nak naik.

sekian kisah adik-beradik kegemaran ramai.
tata! xD

Monday, January 04, 2016

it's all about foodsie

haha.
makan dan makan dan makan. apa lagi :P

sebelum tu.
hari ni adalah first day of working and schooling in 2016 untuk kebanyakan orang.
jadi selamat bekerja dan masuk ke sekolah diucapkan!
acik cuti lagi ni. kikiki

seperti tajuk kat atas,
entry ni banyak gambar makanan je lah.
silakan!

ayam masak merah dan sayur bayam goreng.

hidangan pertama yang dimasak pada 2016.
ayam masak merah favouriteku *banyak favouriteku sebenarnya ni! HAHA*


ayam masak merah close up.

then hari tu ada keluar dinner dengan husband.
dekat je, kat nasi ayam tam kat seksyen 23.
tak pergi jauh sebab tinggal anak-anak kat rumah. kang lama sangat pulak. hihi
tempat ni terkenal dengan pelbagai jenis makanan sebab ada stalls.
kedai dia jual nasi ayam and goreng-goreng masakan panas.
yang stalls pulak macam-macam ada;
daripada western, takoyaki, putu bambu, roti bakar, kwey teow, tandoori dan banyak lagi ai tak ingat. lolx

my nasi ayam golek.



portion nasi dia memang banyak! tak habis pong.

yang gambar bawah ni pulak,
lunch semalam.
bawak ariana sekali.
makan last la before husband balik putrajaya semalam.
harini dia dah gerak pergi outstation naik flight ke seberang laut.
pun makan dekat belakang rumah tu je sebab anaqi tinggal kat rumah.


haha gambar ni macam kelakar sebab ariana punya muka tak puas hati tengok ABC tu :DDD




ini dua olang yang kamceng.

sy order wantan mee aje.
tak rasa nak makan nasi petang-petang camtu.
dengan air milo suam.




ok la wantan mee dia. not bad.

ok tu je lah cerita pasal makanan untuk harini.
hingga bertemu lagi. ahax