Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Saturday, September 28, 2013

friends and office

hola!
ni kisah pasal ofis. dan kawan-kawan.
iaitu sy jarang sangat cerita pasal hal ofis kan.
sebab ofis=kerja=tak ada yang menarik pun. kahkah

hari tu ofis kitorang membuat major upgrade untuk komputer;
desktop lama berbunyi enjin motobot ditukarkan  kepada laptop kecil yang menyebabkan meja kubikelku kelihatan luas :D

nah. perkenalkan.



nampak kan tu, meja kubikel nampak luas tiba-tiba. haha


tiba-tiba, raja tiba. *apakah ayat?!*
beliau membawa perkhabaran gembira. ecewah.
majlis kenduri kahwin beliau bulan oktober ini.
sama-sama kita nantikan! xD

 
hari mengedar kad jemputan. hehe

lepas tu,
sebab tak lama lagi raja nak kahwin,
harus la ada perjumpaan ahli kelab KGMA.
kitorang pergi lunch sama-sama kat restoran padi, galleria.
nah gambar.

adi and atol.



raja and i.
korum sorang lagi tak cukup,
iaitu lin.
lin kerja kat KB, so tak dapat turun join.
tak pe, lin.. oktober nanti kita berjumpa!! :)


sy try ini.. spaghetti yang ada eggplant. eh. terung. hehe
memang delish.
sebab sy suka terung!! xD
vegetarian sangat ai hari tu.. kikiki.



snap gambar kat parking sebelum beredar.


dan sempat tapau pavlova strawberi from padi.
harga pavlova dia RM11.
ye. boleh 2 kali makan hidangan nasi. haha


later on..
ke bangi biryani house.
bos, en. naza nak belanja.
right on, bos! HAHA

gambar depan kedai.



ambik beriyani ayam rempah. mintak kuah beriyani extra. kalau tak dapat kuah dalca biasa tu je.
verdict : sedap!
ayam rempah dia garingnyaaa sedapppp.
sama sedap la dengan JM beriyani.


kami kami yang makan pada hari itu.
thanks en. naza sebab belanja!!



kereta en. naza yang canggih.

kenapakah canggih?
sebab bila reverse, kat rear mirror dia akan muncul skrin pandangan kamera dari belakang.
kira nak nampak view masa reverse tu la.
kalau tak reverse, gambar tu hilang. jadi cermin semula. hahaha

semalam jumaat.
tengah hari free.
let's ke karnival usahawan desa, KUD, putrajaya.

memang best la.
kerja hari tu adalah pergi dari booth ke booth, rasa sampel makanan.
kerepek, kek, kuih, sate, macam-macam.


beli puyuh goreng rempah kat KUD. memang sedappppp!!

datanglah beramai-ramai ke KUD.
habis ahad ni. esok la tu kan. haha
sekian iklan :P

sekian juga entry. haha
bye!!

family outing

behold.. sy mengumpulkan photos dalam satu entry lagi. bahaha

tapi tak banyak mana, sikit je :P

tahukah anda wani e adalah pencinta hot&roll? :)
hot&roll adalah kedai yang menjual snack dalam bentuk folded crepe, paratha, roti pita dan kalau ada lagi, sy dah lupa :D intinya ikut suka kau. haha. ada sweet dan savoury.
sy suka savoury.

so hari tu bila pergi plaza shah alam, seksyen 9, shah alam, sy order crispy wrap bbq chicken.

bergambar dengan bunting kedai kegemaran :D



my love!



my mom and ariana, melepak di meja sebelah. sy tengah duduk kat stool.



ariana si bulat.

teringat bila kat rumah MIL hari tu.
MIL kan jaga budak. ada sorang budak ni, nama dia mia.
dia suka mengadu-ngadu kat ai. hahaha
kalau anak BIL, syaza menangis, nanti mia cakap, "eh baby ni suka menangis kan." begitulah.
"muka baby ni macam cina." kata mia, looking at ariana.
budak-budak kan terus-terang je cakap. lolx i was like.. "korea, ok! gwiyomi!" fuahaha.
"kenapa pulak macam cina?" sy tanya.
"yelah muka dia macam cina, putih." balas mia.
"la e la, baby yang sorang lagi tu lagi putih kot." sy kata (referring to syaza).
nanti la sy letak gambar syaza kat sini.. hihi. comel budaknya.
tapi syaza ni tua 3 bulan daripada ariana. dia jenis yang slim. ariana bulat lat lat :DD

then ada one time, kami sekeluarga pergi makan kat serai seksyen 3.
ramai jugak orang time tu, despite of belum hari gaji.
hah orang sekarang ni, tak hari gaji pun keluar je makan. yang penting kenyang ^^
kihkih tengok siapa yang mukanya ada separuh saja dalam ini gambar :P



nasi goreng thai yang dah lama tak order. sebab rindu, hari tu order. kalau tak, manjang order ikan.



dishes of the day.


dan entry diakhiri dengan tiga keping gambar ariana yang latest, which are my favourites. :)

pandangan sharp.
nampak tu hidung dia.
mencakar muka, kuku tak potong. haha
luka dalam bentuk dot. :B


getting used being on a baby car seat.
perlukan ini sebab hari-hari bekerja nak kena hantar ariana kat rumah pengasuh.
rumah dekat je, kat seksyen sebelah, on the way sy nak pergi kerja.
kuarters polis. penduduk kat sana nice semuanya.
kalau ada kereta pun, mesti diorang bagi laluan. tak de yang pandu macam orang gile.
prolly sebab kawasan polis, jadi penduduk adalah berdisiplin dan berhemah :)
rumah pengasuh kat tingkat tiga.
memang fit la sy lepas ni memanjat hari-hari.. haha.


tata!! ('standing' on her tummy! lolx)
Sunday, September 22, 2013

with my honeybun

happy ahad, gais!

hari ni plan nak pergi merata.
but before kita proceed dengan plan-plan itu,
mari update blog kejap. huahaha :D

khamis malam yang lepas,
husband balik sini.
jealous tak kau jah, budak-budak DP*A kali ni selalu dapat free & easy time.
zaman kitorang dulu, sabtu ahad je mesti ada event.
tak pun kalau tak de event, disuruhnya main sukan sampai tengah hari, lepas tu baru boleh balik.
berapa sangat la masa yang tinggal untuk spend dengan family.
(nasib baik time tu ai belum kahwin lagi. lolx)

jumaat sabtu tu lepak banting, rumah in laws.
sabtu petang baru kitorang balik shah alam.

so ngedate la kita.
kejap pun tak pe.
melepas batuk di tangga rindu di dada :B

husband menangkap gambar kucing terkini, shinshin.

shinshin ni kak anis bagi.
sebab dia bela berbelas ekor kucing. banyak kucing bulu kembang macam ni la.
so dia bagi untuk dicouplekan dengan bubu (kucing kembang kelabu, ada dalam sangkar tu tapi tersorok).

kenapa bubu duduk je kat atas tak turun bawah?
sebab shinshin garang gile, ok!
macam mana nak couple kalau ko garang sangat, shinshin? ikiki.

bubu pun tak sabar-sabar.
shinshin baru masuk dalam sangkar first day tu dah nak dirogolnya.
tau la selama ni tak de kawan. ishish. :P
tapi bubu memang kucing baik. dia tak melawan. dia diam je. be cool je.

pagi sabtu tu ajak husband teman pergi servis kereta.
dah jalan jauh sangat kereta ni.


we ols berdua. kehkeh



sambil husband drive, sambil sy camwhore. berkerut menahan silau mentari pagi.

berjanggut kot tunggu kereta servis.
ok tak de la super lama, ada la dalam sejam lebih.
hantar pukul 9+, 11++ dapat.

sambil-sambil tu kitorang jalan kaki pergi shopping barang.
siap beli durian makan sambil jalan balik ke pusat servis kereta.
(berjalan kaki baik untuk kesihatan! lolx)

orang tak ready dia dah snap laju-laju. haha



kami tengah makan durian!! ni durian kahwin D24.

husband dah balik ke kemaman.
sakit tekak katanya.
kalau balik sini mesti ada sakitnya; demam ke selsema ke, batuk atau sakit tekak.
DP*A, what you have done to him??
mesti sebab tak cukup rehat tu. -_-"

get well soon, husband!

gambar yang husband tangkap time sy drive balik.

tetiba ok.
dia angkat phonecam, sy terus posing macam tu HAHAHA
fotegenik tak fotogenik tak? *sudahlah ko, wani!*

fuahahahahaha

kbai!

kenduri anak jiran


huish
kalau nampak lampu gantung-gantung macam ni, sah ada kenduri! ;)

nak dijadikan cerita, semalam masa tengah sidai baju kat belakang,
sy terbau.. waa jiran belakang ni macam tengah masak. bau macam lauk kenduri. sedap gile bauu. macam bau nasi beriyani pun ada.

terus meluru kat my mom (di living room).
tanya kat dia, bau tak sedap ni yadayada. jiran jemput tak. yadayada.
my mom cakap tak de pun jemput.
sebab petang semalam tu masa sy buat u-turn kat belakang, nampak ada khemah dalam 2 ketul (rupanya 3).

tup tup lepas-lepas tu jiran kitorang, auntie peah panggil my mom kat belakang tru dapur.
jemput kitorang datang ke majlis tunang anaknya.
wahahah rejeki rejeki.



with my parents.

memang meriah kan? ramai gile orang, kot!
jemput sekali orang masjid lepas solat isyak.
so pakcik-pakcik berkopiah pun memang ramai la.
jiran tetangga lain. best woah.




tak sempat tangkap gambar makanan lain.. especially main dishes.
nasi putih dengan lauk-pauk.
sy ambik kuah asam pedas, ayam rempah, sayur sambal jawa, kentang daripada daging kicap, timun dengan tembikai. lain tak ambik.
kat belah kuih-muih pun ada macam-macam.





the ultimate kambing golek! lolx

 memang beratur la umat manusia.
sy turut sama beratur, sebab nak ambikkkan kambing untuk adik-adik sy.
lepas-lepas tu, harith tiba-tiba datang.
dia pun beratur sekali. haha

with harith, my adik :)



besar apinya. menarik!



tadaa ni la hasilnya lepas dibawa balik ke rumah. kambing golek bakar :)

oklah dah mengantuk sangat ni.
nak sambung tidur.
kbai!!

makan selepas yasin

ofis kami, on most jumaats, pagi-pagi ada aktiviti bacaan yasin.
jumaat lepas akak-akak ofis baik hati bawak makanan + masak kat pantry.
thanks, akak-akak yang rajin!

hasilnya.. taraah!!
*depang tangan*

pagi-pagi kitorang dah makan nasi! ;)

ikan bakar, air asam, ikan masak asam, sayur campur, ulam, yang kaler hitam coklat tu tak tau apa sebab tak ambik. tak campur lagi makanan bekal kat pantry. tee hee.

Thursday, September 19, 2013

baca buku


ini ada tiga buah buku 'cune' yang baru dibeli..

hlovate's back with anthem!!
tak baca lagi, masih berbalut kemas dalam plastik.
tapi kalau hlovate tulis memang tak mengecewakanlah.
sebab tu walaupun tak check isi di dalam (kat kedai buku), masih yakin boleh yang ceritanya best.

kedua cerita tentang awekchucktaylor.
percintaan hipster tiga bucu.

tiga, aku rindu 90's.
haa yang ni sy selak bukunya kat kedai buku.
cerita pasal kuih 20sen, WWF, sekolah.. semua tu zaman childhood/teenagehood sy!
(MESTI BACAAAAA)


ok dah tu je.

jemput beli semua buku ni sebab insyaAllah best! :)



p/s : sekarang gila dengar lagu infiniti cinta - zizan razak feat. kaka (lagu diorang memang best ah! after lagu bawaku pergi kan. jemput dengar!)
Wednesday, September 18, 2013

photos speak a million words

this is a pending stories punya entry.

lebih seminggu tak blogging, lotsa things happened.
jadi sy sum up semua dengan beberapa keping gambar.
tak sempat nak buat dedicated entries.
masa mencemburui. ikiki



mari mulakan dengan jamuan hari raya PT*P.
jamuan ni kira macam jamuan sektor.
kecik sikit daripada jamuan dalam entry sebelum ni.

but still, makanan meriah. xD

serbuan!!



bergambar dengan rajaness di papan tanda majlis.

ye, pakai batik sebab hari khamis.

now next event!



wedding favour.

huahh tak ingat wedding siapa punya favour ni.
yang pasti sebelum ni banyak attend weddings.

salah satunya macam di bawah ni.
wedding kawan kat KL.
sampai sana dah pukul 3p.m.

ariana si tukang teman. :)


ariana juga telah mendapat car seat baru!
(ok tak la super baru, kami beli second hand punya tapi berbaloi-baloi)

muka serius bila duduk di atas car seat.


perjalanan pulang ke rumah dari ofis pulak,
kadang-kadang jam teruk.

itu ofisku! yang berkubah itu! x)


kemudian kami ada pergi makan pizza sekeluarga.
branch seksyen 7 menjadi pilihan sebab roti doh dia lebih lembut daripada pizza hut cawangan lain.


with mom and dad.



my siblings and i.



mintak pizza extra cheese. yoms!






tuuu dia cheese!

then last saturday adalah wedding ammar (cousin)di KL.
kami sekeluarga masing-masing ada task kat sana.

sy jadi tukang bagi bunga telur kat mak pak, pakcik makcik pengantin yang naik ke pentas untuk salam restu.
(tak ada upacara renjis, just naik and salam)
sebelum bertolak.



AJK semua makan duluuu.



Pemandangan pelamin and the tables.



mi familia. :)



ada kambing bakar.

makanan ni semua diterbangkan (ok tak de la terbang hehe) dari penang.
sebab katerer pakcik kat penang.

first time sy try kambing bakar ni.
selama ni tak suka.
tapi yang ni memang sedap.
dagingnya lembut and tak de bau langsung.


dah nak habis majlis baru sempat bergambar kat photo booth. tu pun banyak props yang dah kena cilok. lolx


baru-baru ni pulak, sy & husband ke putrajaya untuk tengok kucing-kucing.



banyak tangkap gambar kucing, tapi letak sikit je la kat sini.
nah!

my favourite. kaler lawa!



stripes yang gorgeous!



sphinx, kucing mahal yang tak ada bulu.



super gile ramai orang. yang tu judge mat salleh tu.






ariana says bye!! :)


ok dah. tata!!

lepas ni pending stories lagi la kot.
asal malam je mengantuk.
nak bukak laptop pun tak sempat. zzzzzzzzz.