Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Tuesday, April 30, 2013

pening

sy pun tak tau macam mana sy boleh terbuat semua kerja serentak ni.
kemudian dengan macam-macam events akan berlaku. mainly yang terdekat ni, pilihanraya la kan.

itu event negara.
events family pulak :

1.jumaat petang - akad nikah BIL 2, hantar ke rumah pengantin perempuan. (mintak pelepasan ofis, petang)
2.sabtu pagi - medical check up (shah alam)
3.sabtu siang - akikah anak BIL 1 (banting)
4.sabtu malam - doa selamat (banting)
5.ahad - kenduri BIL 2 belah pengantin perempuan.
6.jumaat sampai ahad depan - rewang (gotong-royong) kenduri kahwin BIL 2 sebelah lelaki.
7.ahad depan - kenduri BIL

sy tambahkan satu lagi, minggu ni nak jumpa tok ki (atuk) sy yang semalam kena mild stroke.
prolly rabu ni (esok lah tu).

events ofis :
1.minggu ni dan depan - preparation untuk kursus OC (bahagian sy kat ofis yang anjur)
2.khamis sampai ahad depan - kursus OC (sy tak dapat join sebab ada kenduri walaupun dying to join)
3.bila-bila - perancangan untuk satu lagi kursus on june.

tu baru list tu. pengisian dia tak letak pun. hahaha

events diri sendiri pun sibuk nak chipped in dengan hal rumahnya, husband nak DPA, nak bersalin, kenduri kahwin kawan-kawan yang mungkin pun tak dapat attend sebab punya la banyak events lain muncul. *tetiba mengasihani diri sendiri yang tak de time sangat untuk diri sendiri, even rehat T_T*

fyi sy tak sempat pun masuk ke rumah baru lagi sebab nak menguruskan ada paip leaking, electric short.. gas masak tak beli lagi....

sy nak satu hari yang sy boleh bangun lambat dan bergolek-golek dan bermalas-malas.

manakah satu hari itu?

plus kerja ofis pun ada macam-macam. nak buat ni, nak buat tu. now ai terconfuse nak buat mana satu dulu HAHA. serius tengah pening sekarang ni.

(bila pening biasanya wani e pause kerja dulu sebab tak boleh nak fokus. petang nanti sambung)

ni lunch hour sy nak landing kepala kat kusyen. at least ada la few minutes untuk berehat. ZZZ~

bai.
Saturday, April 27, 2013

pagi sabtu

good morning, peeps!!

hari ni misi adalah nk pergi shopping barang DPA, a few barang rumah AND tengok ironman 3. siap dah beli tiket twin seat lagi nak feeling2 duduk atas sofa boleh lentok2 kan HAHAHA

dulu pernah la tengok movie dengan husband kan, pastu macam biasa mesti menjadikan bahu dia sebagai kusyen empukku. (sebab tu pun selalu tertidur kat panggung!)
then kerusi kitorang kena sepak banyak kali dari belakang.
hangin. biasa budak-budak je rajin menyepak ni sebab kaki tak duduk diam.
habis movie time keluar tu baru perasan ada mamat dewasa rupanya duduk belakang kitorang yang sepak banyak kali tu.
agaknya dia ingatkan kitorang couple remaja tak kahwin lagi kan, nak elakkan kemungkaran gamaknya dengan menyepak kerusi. hailaa.
niat dah bagus, cara je yang tak betul.
salah kitorang jugak sebab berwajah remaja. wawawa :'D

sambung.

jadi b4 shopping hari ni (shopping mall pun belum bukak gamaknya), nak pergi breakfast kat kedai belakang.
then nak beli ikan kembung untuk husband.
kesian dia, dari last week mengidam nak makan ikan kembung goreng.
ai pun nak goreng bayam kot malam ni, lama tak makan bayam.
dan jugak beli ikan untuk keju the cat.
sebab nampak macam keju pun dah lama tak makan ikan rebus.
semuanya tengah craving kan. ahaha

but but sebelum semua itu berlaku,
mari kita mandi dulu. haip haip!

Friday, April 26, 2013

self portrait

hoii hari jumaat time lunch hour ofis sy memang senyap sunyi.
nak nak pulak time gaji baru keluar ni. hihi

sy terasa malas nak ke mana-mana.
sebab tau dah weekend ni (especially tomorrow) mesti sibuk pergi sini sana uruskan hal-hal sendiri.
petang ni nak ke rumah baru tunggu orang repair shower, orang perabot semua datang.

sy suka main-main dengan precious (baby).
dalam erti kata lain, sy suka kacau dia. HAHA
there's a part of my tummy yang kalau pegang akan rasa keras.
haa tu belah kaki dia.
so kalau sy tau dia bangun, sy tekan belah kaki tu kan,
nanti dia gerak-gerak la macam tengah buat stretching ke apantah dalam tu :P
nanti nampak macam ada wave kat perut. kihihi so cute.

despite of macam sejam sekali je kan kena singgah toilet sebab asyik nak terkenchhh saja.

tu belum masuk malam-malam time tidur. memang frequent visit la ke toilet tu. bangun tidur bangun tidur.
tapi lama-lama dah biasa.
cuma malas nak bangun menapak tu.
rasa nak membuang tu macam membuang setangki air. tapi yang keluarnya tak la banyak pun HAHA
normal pregnant thing.

nah tetiba ada gambar diri sendiri kan.
saja tepek sini sebab jarang letak gambar self portrait.

ini muka saya harini.



haritu time photoshoot untuk direktori website ofis. kena pakai biru. sebab background merah gelap.


oklah tu je.
selamat hari jumaat!
Thursday, April 25, 2013

gaji is out!

gaji dah keluar kan.

tapi time ni la rasa, 'banyaknyaa duit aku nak pakai.'

nak kena renew road tax,
nak kena reserve duit untuk potongan rumah kuarters (sebab may be diorang akan potong lagi 2-3 bulan.. so kena bayar langsam la),
nak beli barang baby,
nak beli barang bersalin,
nak beli barang DP*A husband (top up sikit dia beli barang, sebab banyak benda kena beli ni),
dan barang-barang rumah baru yang belum habis dibeli.

kena beli macam-macam pun,

tiket wayang ironman 3 juga harus diutamakan. keh keh.

ironman 3, tunggu kami datang sabtu ni ;)
Tuesday, April 23, 2013

panggilan DP*A

macam dah panggilan pulau dah bunyinya kan. hahaha

siapa yang tak tahu,
DP*A ni adalah kursus 6 bulan yang kami kami PT*D ni kena attend.
wajib attend, untuk disahkan dalam perkhidmatan. orang lain pergi BTN je, kami kena pergi DP*A.
macam tu la.

DP*A sangat mencabar dan menguji kesabaran.
bukan setakat modul-modul dalam kursus ni je, tapi bila time masuk DP*A ni ko kena berkorban macam-macam.
salah satunya adalah tak dapat balik jumpa family,
or tak dapat balik puasa dengan family,
kadang tak dapat attend kenduri penting family/kawan rapat dan sebagainya.

macam saya dulu,
time saya kahwin (akad nikah) adalah time sy tengah kursus DP*A.
nak lebih hebat, betul-betul lepas habis modul wataniah.
bukanlah sy & family tak plan,
thing is, kami dah plan majlis kahwin lebih awal daripada sy dapat offer ke DP*A.
nak tolak DP*A tak boleh, nanti lambat sah dalam perkhidmatan. lambat naik pangkat. lambat segalanya.
so proceed je la kahwin and DP*A at the same time.
memang berkorban masa la time tu.

dan sekarang,
sekali lagi panggilan DP*A tiba.
tapi bukan untuk sy. untuk husband.
hujung bulan mei ni dia dah kena pergi.
dan due sy giving birth adalah dalam pertengahan bulan jun.
HAHAHAAAAAA *pengsan*
nak dijadikan cerita,
husband dapat kat IKWAS (johor),
pastu dia pergi mintak tukar ke INTIM (terengganu) pulak sebab suka kat sana.
punyalah orang lain berebut-rebut nak ke IKWAS, dia nak pergi INTIM.
ok tak pe lah sebab terengganu tu dah macam 2nd home kan.
tapi of course nanti kalau dah jauh, susah nak balik.
and kalau dapat balik pun, berapa jam sangat la dapat jumpa.
penat travel je nanti.

then tadi husband pergi taklimat ke DP*A kat kiara.
then dia cerita, ada budak tu tanya boleh tak mintak pelepasan masa kursus.. sebab wife budak tu pun due bersalin jugak.
jawapannya TAK BOLEH ok.
i was like.. eh dulu boleh je kalau pelepasan sehari.
especially kes keluarga la macam kematian, anak lahir, perkahwinan etc.
sebab diorang nak 80% kehadiran kan dalam seminggu tu (1 modul).
so patutnya kalau cuti sehari tu masih kekal 80% kehadiran.
tapi sy positif and bitau husband,
tak pe nanti kita cuba tanya diorang untuk pelepasan lagi. by budi bicara.
tapi dah kalau diorang tak nak bagi balik, nak buat macam mana.
tak jumpa la dengan anak 6 bulan kan. kihkih (sampai hati) T_Tv

tu lah.
nanti nak tolong husband buat checklist barang. apa yang kena beli and bawak.
hopefully dia happy la dengan decision bertukar ke INTIM.
sebab nak tarik balik tak boleh dah.
it may be the best for him.
by the meantime,
kita enjoy je masa masa lebihan yang ada ni. hihi
Saturday, April 20, 2013

check up & hari penamaan calon

lepas 3 minggu check up pregnancy progress kat salam medical,
hari ni masanya untuk kembali berjumpa doktor siti.

appointment pukul 9.30 pagi.
keluar rumah pukul 8.45 pagi.
belum breakfast lagi ni. niat nak breakfast kat area kedai makan dekat dengan hospital.

fyi salam medical ni dengan rumah sy dekat je. satu seksyen.
tapi hari ni nak pergi sana kan,
macam merentas 3 seksyen! sebab apa. sebab jam.
jam sebab hari ni hari penamaan calon. haha
salah timing la doktor bagi appointment tarikh ni :DD

penamaan calon buat kat sekolah menengah (former school sy).
sekolah memang dekat pun dengan hospital tu. so bayangkan kesesakannya.
dengan nak cari parking.
parking kosong ada la sikit,
tapi kena menapak.

iaitu malam sebelumnya kaki sy adalah cramp yang teramat sakit.
normal bagi pregnant mom (mengikut pembacaan sy la). tapi tu pun tanda tak cukup kalsium hahaha.
dan mungkin jugak sebab sepanjang weekdays minggu lepas sy aktif berjalan ke sini sana.
tetiba cramp malam semalam. hah dengan kaki crampnya, berjalanlah kao ke kedai makan bersebelahan salam medical :D

nak check up pun tunggu queue walaupun ada appointment.
pukul 11 lebih jugak la habis check. sebab menunggu dekat sejam lebih. orang ramai kan.

me at week 31.

bagi yang malas mengira *haha* nah ambik sempoa :P
week 31 ni lebih kurang 7 bulan setengah.

so sy rancang masuk bulan ke-8 mesti dah start minum air kelapa.
baca surah maryam lebih kerap.
ada kawan cakap makan minyak selusuh *minyak apa tu? kelapa?*
my mom pulak dah kirim kat makcik belikan sanggul fatimah kat mekah.
ni semua untuk memudahkan bersalin.
ai pun bukan arif sangat, ai baru first time mengandung ni. hahaha.


huiyo chubbynya sy!

setakat ni berat dah naik ke 56.6kg.
baby berat 1.6kg sudahhh. membesar bagaikan johan. lolx

tadi doktor siti scan lagi and nampaklah precious (baby) tengah tidurrr.
dia ni kalau jumpa doktor je mesti tidur.
lepas habis jumpa, bangun pulak dia tendang sini sana. HAHA
doktor bagi kalsium sebab sy mengadu kaki cramp. padahal baru sekali tu cramp kan.
tak pe. i need it.
nanti nak bersalin susah kalau kaki cramp.



ye. kitorang lagi. muka siapa lagi nak ditempek di sini kan *gelak berjujukan*

habis check up singgah kedai homeware + hardware.
beli lagi barang rumah.
balik shopping tengok no plat depan kereta dah hilanggggg.


keji.

husband cakap mesti ada orang ambik ni sebab skru dia ada situ.
kalau tertanggal/tercicir, for sure skru tertanggal sekali.

so sy yang dramatik ni buatlah spekulasi..

"hah ni mesti sebab hari penamaan calon, so ada orang ambik no plat kita menyamar pakai kat kereta dia and buat macam-macam!!"

tapi kereta orang len relax je tak kena rompak pun plat kereta mereka T_Tv
cobaaannnn.

sale AEON

ok ni cerita yang agak terlewat sikit,
sebab berlaku pada hari khamis lepas.

2-3 hari ni memang busy, jadi tak sempat nak update blog sangat.

sebenarnya khamis lepas, iaitu pada 18 april 2013 adalah hari SALE untuk members AEON kat jusco AEON bukit raja, klang.
ye, kat situ je.
tempat lain tak de.
dan ye, diorang buat sehari je, pada hari bekerja.
kejiness kott. penat berlari-lari balik ofis dengan tak mandinya sebab nak pergi membeli-belah barang murah (dengan harapan). hahaha

lepas tu sampai-sampai sana...
hambik kau! kereta sangat banyak dan parking sangat penuh.
walhal nak dekat maghrib dah time tu.

kitorang shopping pun bersambung.
beli barang, pastu gi surau, pastu sambung beli barang balik.

tapi bila sampai-sampai tu kan,
turun escalator, nampak pemandangan super ramai manusia tengah beratur kat luar. bukan dalam AEON ni. kat luar AEON.

ada 2 sides yang beratur. yang satu is this one, yang sy snap ni. ada lagi satu barisan panjang kat hujung sana.

sebenarnya diorang ni beratur sebab nak redeem baucer.
setiap pembelian RM100 (boleh campur resit), akan dapat baucer RM10  dan boleh redeem bila-bila, tak de tarikh luput.
punyalah ramai tu.

kitorang (husband and i) pun masuk AEON.
niatnya nak cari barang macam rak sidai pinggan, barang DP*A (ye husband sy akan ke DP*A. yang tu nanti kita cerita di lain entry), barang baby kalau ada yang murah.

gamat ok. gamat.
sebab ada happy hour kat beberapa seksyen di dalam AEON.
happy hour ni macam.. dalam tempoh masa sekian-sekian, diorang buat promosi.
contohnya beli comforter 1 percuma satu dengan harga RM100 sahaja.
tapi dengan syarat kena beli dalam tempoh happy hour tu je la.
mungkin dalam setengah jam kot.
lepas habis tempoh, tawaran supermurah ditutup.

but still, barang adalah masih murah.


ni contoh happy hour. dengan pakai pembesar suara, kad tanda bagai. macam kat pasar. memang meriah la.



ni pulak kat bahagian luar, yang jual bantal, cadar, comforter.. traffic jam sini hoih.

tu belum tengok bahagian barang baby / budak kecik.
super ramai parents beli baju and macam-macam lagi untuk anak-anak diorang.
dah namanya area budak kecik kan, dengan strollers, bunyi budak bising and everything. memang sesak. hahaha


husband dengan raut wajah kepenatan bershopping. nampak tu masih berbaju batik. kitorang balik kerja terus pergi sini ok! :P

bayangkan selama-lama ni (bukan kat AEON sahaja)
kitorang kena shopping untuk 3 benda;
barang baby/keperluan bersalin, rumah baru dan persiapan husband nak ke DP*A.
bayangkanlahhhhhhh. *pengsan tergolek*
tiga benda penting. yang setiap satunya memerlukan ongkos yang banyak.
tu belum cerita lagi bulan 5 ni ada kenduri kahwin adik-beradik husband.
doakan kami berjaya! hiyahh!!


ok lepas habis shopping tu sy pergi redeem baucer, sementara husband ke farmasi terdekat.

lepas tu balik rumah, penat penat. dalam pukul 10+.
nasib baik ada makanan kat rumah ok.
my mom dah siap masak ikan masak lemak dengan sayur.
kitorang time tu belum makan lagi. lepas mandi solat semua, terus ngap. haha
alhamdulillah.
thanks, ma sebab masak! :)


nah ni gambar nasi kukus ayam repah sedap kat presint 15 yang sy makan semasa lunch hour semalam (jumaat).



lepas makan nasi kukus, pergi balun ais krim pulak. HAHAHA hartamas.

sekian.
sakit kaki ai jalan sini sana.
:P

perkakasan di dapur

hari ni membeli lagi barang-barang untuk dapur lepas maternity check up pagi tadi.

tapi barang-barang yang tu lain kali kita review.

setakat ni, dah beli few things untuk dapur.
hohh i LOVELOVE kitchen sebab situlah tempat kita menghasilkan cook sketch. ekeke

sy bukanlah orang kaya yang beli kitchen ware mahal-mahal,
tapi bila beli tu kena beli yang harga berpatutan, kualiti ok dan nampak cantik.
tak cantik out you go :DD *orang artistik kena cakap macam tu. kahkah*

nahlah gambar.


tray untuk cutleries.. perkakasan basic macam sudu, garfu, pisau, peeler, can opener, gunting mesti ada.



ni set pisau ni sy tak beli, sy dapat hadiah daripada sorang dato' masa lawatan kat china dulu. dia suka belanja orang HAHA *thank youu*

yang set pisau dalam gambar kat atas ni adalah pisau-pisau saiz besar.
so pisau kecik dengan chef knife yang kat dalam tray hijau tu kitorang (husband and i) beli. murah saja, ringgit ringgit. tak sampai puluh.

yang kat hujung dalam gambar tu kalau korang nampak,
adalah set sudip-sudipan, jugak hadiah kahwin.
dan ada kuali 2 bijik dalam plastik. beli satu kecik, satu besar.


ni semua kitorang tak beli. air mineral tu je kot beli. haha

periuk nasi dengan hot water dispenser adalah hadiah kahwin.
microwave pulak adalah hadiah daripada my mom yang mendapatnya semasa cabutan bertuah beberapa tahun lepas. lolx
microwave ni sy pakai sejak zaman di rumah sewa kat KTcity lagi. selama ni dia berkerak je dalam stor lepas sy pindah balik shah alam. now boleh guna balik! xD


yang ni tak de pengharapan la nak tunggu orang bagi hadiah haha

ye ye ada orang yang baru kahwin dapat hadiah peti ais.
kitorang tak de orang bagi hadiah peti ais, so kitorang beli :P
beli yang samsung sebab design cantik dan save energy. go green katanya *walaupun tak la 'green' sangat. buahaha*
peti ais macam ni kitorang dapat dengan harga RM1000 tepat tepat.
kedai lain harga RM1000 lebih. yang ni dapat murah sikit.



dapur. gas tak beli lagi.

nantilah bila dah pindah masuk rumah betul-betul,
baru kita hubungi pihak pembekal gas.
tunggu nak beli perabot pulak. dan langsir.
hoh kain langsir, di manakah kauuuu.
Thursday, April 18, 2013

cerita harga rumah mahal

hari ni PPA1M (perumahan penjawat awam 1malaysia) dirasmikan oleh YAB PM.
and sy try la bukak website PPj harini, nak tengok apa syarat-syarat dia, nak download borang kalau rumah tu tempting sangat.
ye la, rumah RM150k-RM300k kat putrajaya.. siapa tak nak! lolx
alih alih 2-3 kali taip URL, websitenya tak dapat bukak.
busy ok. jam. hihi
guess everyone pun beria-ia macam sy nak tengok :P

harus la rumah murah di kawasan bernilai tinggi menjadi rebutan ramai kan.
katanya projek ni kat presint 11 and 17 (17 tu kat kuarters baru kitorang! haha)

sebab sebenarnya semorang bukanlah superkaya nak beli rumah atas 400k.
mampu beli 400k tu pun sebab bank bukak loan.
jangan kata 400k, rumah 1juta pun orang nak beli sekarang. kegilaan membeli rumah, i dunno why.
demand is too high, bank bukak loan sesuka hati, menjadikan harga hartanah ridiculously melambung tinggi. agree?

my boss tunjukkan gambar rumah kawan dia, kontraktor, buat sendiri.. banglo 7 bilik.
harga bahan binaan baru 300k, menurutnya.
kalau rumah banglo macam tu kat putrajaya may be dah cecah RM2juta.
maksudnya pemaju bagi alasan harga bahan binaan tinggi ni cumalah tahi lembu semata (bullsh**) ahaha. nampak sangat nak mengaut untung atas demand yang tinggi.
say if semorang buat bolayan je rumah harga mahal mahal ni, prolly one day harga rumah akan turun.
my boss suggested bank jangan luluskan loan yang terlampau tinggi, jadi orang tak demand nak beli rumah mahal, hence drop the property value. (ada yang mengamuk jugak ni nanti lolx)

sy tengok pun ramai yang membeli sebab investment, bukan nak duduk.
beli, sewakan. beli, jual balik. sebab diorang mampu.
ada la jugak golongan yang baru membina keluarga macam sy ni mencari rumah sendiri. last-last people like us tersepit sebab harga terlampau mahal just because orang lain nak kaut untung.
contohnya tengok ada projek apartment kat area rumah sy.
semua unit habis dibeli kalau tak silap. yet, nampak banyak yang kosong tak diisi.
so mungkin ramai yang membeli dengan tujuan investment saja.. tapi kalau dah banyak-banyak gitu, pastu letak sewa mahal, or jual balik dengan harga mahal, siapa takers dia??

hopefully one day sy akan jumpa rumah yang affordable, atas tanah, di kawasan yang harmoni (haha) untuk didiami.
but for the meantime, kita duduk kuarters dulu.
dan mungkin cuba lagi untuk bukak website PPj yang tak dapat bukak ni.
due 9 may ni. haha
Wednesday, April 17, 2013

haters. why they exist.

sekarang ni bila baca few blogs,
sy terserempak dengan topik haters.

iaitu ada golongan yang membenci/menyampah pada particular blogger(s).
haters ni tak kenal pun blogger(s) tu, just baca entries boleh jadi benci benci. kan. cute sangat ko nak benci benci orang tak kenal. rofl. (ataupun kenal, dan benci. hm boleh jadi) *wani sedang mengkaji*

based on my own theory, antara sebab-sebab yang memungkinkan haters ni tertarik untuk membenci blogger(s) tersebut adalah :

1. blogger tu terlalu famous, ramai readers. (sy yakin dan pasti sebab sy tak de ciri-ciri no. 1 ni, tak pernah merasa ada haters kahkah. woih nauzubillah). teorinya, bila famous, memang ada je yang tetiba muncul rasa jealous, envious, tak puas hati dsb. sebab musabab adalah bisikan evillll bahaha. kidding. sebab musabab ai xtau.

2. blogger tu jual barang, untung banyak, ramai pelanggan. biasa la dunia bisnes, ada yang tak puas hati kalau orang len lebih daripada mereka. selain daripada cara positif iaitu bersaing secara sihat, ada juga yang guna cara negatif seperti menabur fitnah produk blogger ni tak bagus dsb. si penabur ni la yang jadi haters tu.

3. blogger brags too much about him/herself. memang. memang blog ni medium si blog owner nak express apa je pun yang dia rasa. tapi dia lupa yang blognya dibaca oleh orang lain jugak. orang lain yang mungkin jenis menyampah bila baca pasal bragging. bragging ni macam mana? oh, contohnya puji diri sendiri melebih-lebih, eksyen eksyen beli benda mewah etc. may be blogger ni tak de niat pun nak brag, may be dia memang camtu sejak azali. cumanya other people read. and they judge.

4. sikap blogger yang ditonjolkan di blog. pembaca blog boleh jadi haters sebab tak berkenan dengan sikap blogger tu. even if the readers tak kenal pun blogger ni, hanya kenal melalui penulisan blog di alam maya.. but still, contohnya kalau blogger membuat entries berunsur gedik gedik, juga akan dikecam hebat. tangkap gambar over acting, kena kutuk jugak. mengada-ngada terlalu dependant / anak manja, pun dikutuk. ala manusia susah nak jumpa yang love about everything. mesti akan ada yang berperasaan hatred macam ni. mesti ada punya.

5. blogger tu dapat pasangan yang hot. haha. ni kes jealous. kemungkinan jugak reader/hater ni menyimpan perasaan pada boyfriend/girlfriend si blogger. blogger pulak selalu laa post entries pasal boyfriend/girlfriend dia (entry entry yang sweet pulak tu), menyebabkan si hater semakin menyampah. tu salah satu sebab. jealousy.


dah.
sebenarnya ye banyak lagi sebab musabab. tapi tak habis kaji lagi. (haha)
kalau korang rasa ada sebab-sebab tambahan kenapa wujudnya haters ni, silakan berkongsi.
ye, hatred adalah perasaan negatif.
tak patut ada but terimalah kenyataan, ia memang ada.
may be komuniti alam maya kita ni tak ready lagi untuk jadi komuniti minda kelas satu.
bak kata my boss, konsep rumah tak de pagar kat putrajaya ni dah bagus, cumanya masyarakat je yang belum bersedia untuk berada dalam konsep rumah tak de pagar. sebab kecurian2 basikal berlaku di kejiranan tak berpagar ni. lolx
ok tak de la kaitan dengan haters but you get what i mean. pasal minda dan mentaliti :P
nak ubah orang ni susah, maka mari sama-sama muhasabah dan ubah diri kita dulu.

till then.
nytes! :)

outstation

eh sempat rupanya berblogging time tengah outstation.. tu pun tengah-tengah malam ni blogging. haha

sy outstation 3 hari kat awana, genting.
so apa-apa hal sila contact no handphone ye.
kalau call no ofis, kemungkinan besar syida *jiran kubikel* yang akan angkat :P

so today i left husband *i know he's gonna be fine. dia kan awesome. tee hee*
husband ke rumah baru hari ni sebab orang kedai letrik datang pasang water heater. now we can have warm water for mandi manda! kehkeh
(tapi apa la gunanya jugak sebab kitorang belum move in lagi ke rumah baru tu. katil pun tak masuk lagi)
then petang tadi called husband, dia cakap diorang hantar dapur sekali.
yosh, sikit sikit kitorang masukkan barang ke dalam rumah tu.


ni adalah gambar semalam, time sy berpindah ke kubikel baru (tempat lama min). itu antara yang menolong sy di kubikel baru. tengah cucuk wire.



ini raja yang datang terkemudian sebab ada urusan kerja perlu diselesaikan dulu, katanya xP



syida. sebelum ni dia jiran kubikel jugak, but now sy boleh nampak dia tanpa penghadang tu :D (before this sy duduk di kubikel kanan syida)



lunch hari ni, makan roti jala dengan kari ayam.


nah ada 2 keping je gambar kat hotel awana.
malas nak tangkap gambar kan.. buahaha.



katil sampai dua gini memang merugikan kalau tak ajak husband. ekekes
so huge biliknya!
(rasa nak rompak je satu katil bawak balik rumah. rumah kitorang kan tak de katil!)


tv mivi.

sekarang rasa lapar macam melebih-lebih.
kalau lepas makan pun rasa macam tak cukup lagi.
tapi sy tak de lah makan non stop.
if rasa tak cukup pun, stop la jugak.
prolly perut membesar lagi ni. sebab boleh rasa.
and semakin mengah. confirm perut membesar dan menolak peparuku. lolx

dah.
jom golek2 kat katil dua ni. boleh pilih :DD
Monday, April 15, 2013

letting go

tadi min datang singgah ofis,
nak ambik barang.
oh, min ni colleague sy yang baru balik DP*A.
tapi batch kali ni, lepas habis DP*A, majoriti kena tukar kementerian.
so min dapat kat KD*N.
banyak la jugak dengar, kawan ni pergi ke sana, kawan tu pergi ke sini.
ada yang happy dapat tukar, ada yang tak.
sebab ada yang sebelum ni dah kerja kat negeri sendiri kan.. dah ada family kat sana.
tiba-tiba kena tukar tempat lain. tak ke havoc.
time batch sy dulu beria-ia kitorang mintak tukar, tapi tak dapat. haha
jadi pertukaran semua ni ikut batch la.
ada batch yang dapat tukar, ada yang tak.

so bila min pindah ke kementerian lain,
tempatnya akan diambil oleh budak baru dari kementerian yang lain itu.
siapa?
tak tahu lagi. hari ni baru lapor diri.. ntah-ntah ada orientasi.
so nanti-nanti budak baru ganti min akan masuk la.
of course akan rindu min.
tapi sy ambik chance ni untuk tukar kubikel.
i took min's and biar kubikel lama sy tu bagi kat budak baru.. tee hee.
sebab kubikel lama sy tu terbuka sangat.. kat laluan orang lalu-lalang. kurang privacy la.

tadi aktiviti pindah randah pun berlangsung..
mintak tolong raja, kak la, kak nor.. mereka sangat la helpful.
raja je jadi mandur sebab dia ada kerja pagi tadi, so dia datang lambat sikit and barang semua dah siap pindah. tak sempat dia nak tolong. hahaha
lebih kurang sejam kot pindahkan barang. ok la.
sekarang tengah duduk kat kubikel baru HAHA

sy pindahkan cepat ni pun sebab esok tak de kat ofis, nak pergi outstation.
jadi sebelum budak baru masuk (which i dunno when),
baiklah kita kemas-kemaskan dulu tempat beliau ;)

oklah. nak balik fetch husband.
ada banyak benda nak buat balik ni.
mungkin tak sempat blog masa outstation, sebab jadual packed sampai malam.

cya then. bai!
Sunday, April 14, 2013

mother baby kids expo, here we go!

punyalah banyak ekspo baby sekarang ni kan.
tapi sy sempat pergi yang ni je. hahaha
tu pun hari ni, last day baru sempat nak pergi.
semalam busy uruskan rumah baru. tunggu orang datang hantar barang letrik.
pagi semalam pulak servis kereta. gile hectic, tak sempat nak rehat pun T_Tv

ekspo ni bertempat di stadium malawati, shah alam.
ala yang sebelah tapak pasar tani seksyen 13 tu.
memang jam la. dengan orang nak pergi pasarnya. dengan eksponya. haha

i brought along husband, my mom and faliq.
faliq tolong carik parking lepas drop kitorang kat pintu masuk.

ok kitorang baru sampai niiii.


eksponya tak lah besar sangat.
tak besar macam kat midvalley la (tak pergi pun, tapi orang yang pergi cakap besar. haha)
then kitorang pusing-pusing la cari barang. dalam kurang 2 jam kot jalan kat situ.

baby diapers. macam-macam corak ada.



my mom, penasihat nak beli barang mana yang elok.



me. sudah gemuk. okoko



hahaha yang ni macam kelakar je tengok. model baby yang dikendong.



kenapa stroller semua bapak mahal?! tu dah siap diskaun tu.



booth anakku la yang paling ramai orang.

sebab anakku kan biasa mahal.
hari ni baju dia half price. ada barang lain pun half price.
so semua pakat serbu.
ai yang perut ke depan ni tak dapat nak selit pun kauuu.
mak bapak yang perut slim tu semua berebut kat situ.
ok fine. jemput la berebut. ai pergi booth lain. hahaha


inovasi.. bedung baby pakai zip dan bercorak. lolx



siap ada orang buat demo (yang pakai kain ikat merah tu).

hasil daripada ekspo ni,
sy berjaya la jugak beli few things.
macam pampers (borong banyak jugak la sebab 50%), changing mat, wet tissues.. ntah apa lagi tak ingat dah lolx.
tak habis beli lagi ni. list masih panjang.
tak pe, kita beli slow slow.
selagi kudrat masih ada.
tapi my mom cakap jangan aktif sangat.
takut terberanak cepat. haha
(tapi sy rasa bulan ni sy terlampau banyak berjalan. so many things to do. guu)

kesimpulan,
nak beli barang murah sila ke ekspo.


nah gambar tambahan yang tak de kait-mengait :


hari khamis tu teman husband pergi gunting rambut. siap urut kepala lain. urut kepala extra RM8. sedap katanya. kepala jadi ringan, boleh hilang headache. (kedai kosong sebab dah nak tutup pukul 10 malam).



ni siang tadi breakfast dengan husband.

oklah sy kepenatan dah ni.
sy nak rest.
toodles!! xD

kedai perabot murah di shah alam

kitorang masih dalam pencarian perabot untuk diisi di dalam rumah baru.

asalnya nak cari sofa murah la kan.
merata pergi.
harini we stumbled upon this kedai perabot kat seksyen 9..
99 home design.
diorang ada jualan stock clearance.
memang murah la perabot-perabot yang ada compared to kedai lain. cantik pun cantik.
so kepada sesapa yang nak cari perabot baru murah, boleh la try kat sini.


meja makan 4 seats RM339 je.



meja makan 6 seats pulak RM669. huahaha



kabinet tv.



half leather L-shaped sofa.. RM449. harga asal lagi mahal, tapi sebab stock clearance kan.



meja kopi ni pun baru RM149.



another meja makan.. RM559.



suasana di dalam kedai.

time kitorang datang tu ada sorang je yang jaga.. manager dia kot, nama micheal (ye memang ejaan macam tu). dia bukan orang sini.. tak tau la bangladesh ke nepal ke negara mana haha. tapi dia nice la.
tapi kedai dia aircond rosak, so mengipas la kita :P

husband cakap nak survey lagi kedai lain.
tak pe nanti kita tengok macam mana.
siapa yang interested, boleh ke kedai perabot 99 home design di seksyen 9, shah alam.
area blok-blok kedai kat plaza masalam tu. belah-belah belakag sikit. belakang daripada mc d.
HQ dia pulak kat klang. kampung batu belah.

ok till then.
Thursday, April 11, 2013

musim hujan is back?

oishh sekarang ni tengah berlaku pra pensijilan 5S kat ofis *sapu-sapu habuk*
ye, time lunch hour ni! ekeke
(tak lapar ke panel? :P)

oh sy bukan nak cerita pasal 5S.
ni cerita semalam.
hujan lebat okeh.
bukan saja di putrajaya, di KL juga. sampai banjir. sampai masuk paper.
lama dah tak hujan gini.
sebelum ni musim panas berdenting je kan.
sy suka je hujan. sejuk. haha
tapi yang tak suka adalah bila kena drive time hujan. hujan lebat to be exact.
gile tak nampak jalan, kau!

ni time baru nak keluar dari ofis. dalam pukul 6 camtu. belum keluar pagar lagi.



ni odw nak ke ofis husband untuk fetch beliau. dah semakin gelap.



sampai ke jambatan putra. hambik ko effect wiper :DD



hujannn. best woahh.



time ni dah odw nak balik rumah in laws. kat area dengkil.

yosh bagi yang baru tau,
husband & i tinggal dengan in laws mostly on weekdays.
sebab tak la berapa jam nak ke ofis banding dengan jalan dari shah alam (my parents' home).
sekarang ni pulak tengah gigih mensurvey barang untuk our new home.
nanti rumah tu dah diisi, kita move in la kan. hehe

mesti ada yang tertanya kan, how's living at in laws' house.
haha ok je. in laws adalah baik.
pagi-pagi mak mertua ai selalu buatkan kitorang breakfast.
kadang kalau sy basuh baju dalam washing machine, datang-datang tengok dah tersidai. MIL la tu yang sidai. baik betul. hihi
FIL pun ok, boleh borak-borak kosong.
tapi sy tak la sempat nak borak banyak hari-hari sebab balik rumah dari ofis pun dah maghrib, kadang malam. cumanya wani e kat rumah in laws tak ada kontrol sopan. ai hu ha macam biasa je :D

ok excited sungguh husband makan burger mc d. katanya lapar semalam, so ke mc d kita.









yes, i'm my husband's ultimate stalker. HAHAHA (comel weh tengok dia makan!)


oh. berita berita!
kucing oren ekor pendek (ada sekor lagi ekor panjang) kat rumah in laws dah selamat melahirkan! wee.
ada 4 ekor anak dia. 3 kaler oren macam dia, seekor kaler hitam (ada putih sikit) tetibe.

semalam balik dari keluar malam,
husband & i jenguk dalam kotak. lama jugaklah menengok diorang. so cuteee.
tapi lama lagi husband ai.
sy dah siap masuk bilik, dia dok lagi kat tepi kotak tu main dengan anak-anak kucing ahahah.
tunggu anak-anak kucing besar sikit, dah nampak rupa, dah boleh bukak mata, mesti lagi cute kan.

husband tengah tengok anak-anak kucing.

ok tu je kot.
hari ni plan nak beli barang letrik.
may be mesin basuh, peti sejuk.. yadayada.
nanti sy update lagi. kbai!