Friday, July 18, 2014

ramadhan ke-16 dan 17 wani ezryl

ni entry sekali cerita hari selasa dengan rabu lepas.

selasa adalah hari nuzul Quran.
for the first time, wilayah persekutuan cuti. *yay, cuti!*
jadi bolehlah rest sekejap kat rumah.
pagi-pagi tu ariana dah bangun. biasalah dia.
lepas tu mana kita pergi, situlah dia nak ikut.
macam kat bawah ni.

orang tengah baring kat katil, dia datang join kat tepi.



susah nak snap, budak ni banyak geraknya. haha

plan asal nak keluar rumah 10.30 pagi,
nak pergi shopping baju kat alamanda.
tapi pagi tu mengantuknyaaa.
sebab bangun super awal kan.
so lepas zohor baru pergi shopping.
ajak ariana sekali.
walaupun dia budak kecik,
tapi best shopping bawak dia.
ada lah yang meneman.
husband tamao ikut shopping mopping orang perempuan ni hahaha


meh try topi.



tau dah, letak apa pun atas kepala tu mesti nak tanggalkan :P



bawak stroller sebab kadang tak larat nak dukung dia.

bawak stroller jugak sebab budak kecik ni gigih lari.
so kalau nampak dia dah boring dalam stroller,
baru letak dia jejak lantai.
tu pun dia akan ke sana ke mari.
jenuh mengejar. haha

berjaya beli baju-baju lagi untuk ariana
and satu blouse untuk diri sendiri.

petang tu pergi rumah mertua kat banting.
ada makan-makan.
biasanya ramadhan macam ni,
orang jawa memang rajin sediakan berkat (makanan) yang akan diagih-agih kepada keluarga dan jiran tetangga.
so hari tu mak buat berkat.
dengan yang lain-lain la kat rumah tu.
kitorang datang bawak perut je. hihi



selain daripada yang dimasak sendiri, ada banyak makanan daripada family dan jiran yang berhampiran.. yum yum.


esoknya pulak hari rabu,
hari kembali ke ofis. haha
pagi tu ada ceramah sempena ramadhan.
penceramah jemputan.. ustaz elyas ismail.
memang best ceramah dia.
ustaz cakap kalau nak buat perkara baik and amal ibadah tu,
buat je.
jangan nak ditunggu-tunggu.
betul jugak kata ustaz tu.
ajal maut tak menunggu.
sebelum depa sampai baiklah kita yang serba kekurangan ni siap-siap apa yang patut.

best!

tak ingatlah sahur hari rabu tu makan apa.
tak tangkap gambar pun. lolx
makan nasi kot.

petang tu masa kat ofis,
tayar kereta terlanggar dinding tepi.
terus dia bocor. ahaha
call husband, lepas tu husband and kawannya zaim datang tolong tukarkan tayar.
tu pun tayar spare sy pancit, sebab tak pernah guna bertahun :P
pinjam tayar husband.
sy balik rumah naik kereta husband,
diorang tolong settlekan tayar kereta sy kat parking ofis.
so balik pun dah lambat sikit.
sempatlah masak sikit ni ha.


sotong goreng kunyit.



ikan cencaru bakar. ada jugak sambal kerang daripada rumah mertua semalam.

hah baru ingat!
sahur makan lauk yang mertua bekalkan! ihihi

ok habis cerita hari rabu.
hari khamis tu husband bawak kereta sy ke ofis.
balik ofis dia tolong tukar and belikan tayar baru.
thank youuu hun!

sekian. harap maklum. :P

2 comments:

Anonymous said...

Ceramah ustaz yang bersahaja.
Ayat "memang tak ah..." is my all time feveret. Hahahaha

wani ezryl * said...

kan. sempoi betul ustaz tu. hahaha