Showing posts with label gadget. Show all posts
Showing posts with label gadget. Show all posts

Friday, January 20, 2017

phone

hey hey!

am taking a day off today.. will be going somewhere *will update about it later*

semalam pi beli phone baru *mengimbau kejadian note5 yang dah kong. uhuk*
love my old phone; i do.
sebab sy suka lukis-lukis and note5 ada s-pen :D
tapi move on lah, this time i bought an s7 edge.. let's see how it rolls.
have issue dengan tempered glass dia, macam susah nak tekan at some point.
tak tau la glass tu tebal sangat ke, tak pasang kemas ke atau macam mana.
tapi nanti nak tukar glass lain la kot.
cover belakang pun too thick, i may consider to change it to a new one :D
nak ikutkan, sy tak suka pakai cover telefon.
biarlah dia bare macam tu je.
tapi the phone needs 'protection', especially daripada orang yang ganas dan suka buat jatuh telefon macam sy ni.. fuahaha. T_T *mintak simpang la jatuh lagi hoii*

bought the gold platinum one.

balik daripada beli phone tu, singgah masuk kedai 'switch' (kedai apple yang namanya 'switch').
mengkagum-kagum tengok imac, macbook, iphone dan seangkatan dengannya.
kagum tengok harganya jugak.. :D
with the iphone's price, i may prolly buy a 60" tv instead.. idk. heheh
tapi tak adil la nak compare macam tu kan.
kalau nak beli, you just beli.
i'm sure if i have so much money; like a mountain much, or a galaxy much,
i will splurge it on tech stuff like those.
handbags, shoes, make-ups tolak tepi. haha

oh sebelum menutup kata,
semalam i had been a temporary 'datuk'. hahaha
literally got a bintang darjah kebesaran; pinned on the no. 1 uniform that i wore.
hahahh nahh, sebenarnya ai is jadi model contoh pemakaian pingat.
so merasalah kau pakai selempang dengan bintang P.M.W. lolx (it's panglima mahkota wilayah from the acronym)
apa tandanya tu?
tu tandanya tak lama lagi ofis nak sambut federal territory day dan bertungkus-lumuslah office peeps semua untuk menjayakannya.
let make this happen.

Monday, June 22, 2015

asus zenbook ux305 saya

lolx ingat tak punca-punca blog ni lambat ber-update (selain daripada owner dia ni pemalas lipas? kihkih)
satu, sebab laptop and notebook sy dah rosak.
dua, sebab kat ofis, depa dah block blogger so tak dapat nak blog kat ofis.
tiga, desktop kat rumah diconquer ariana bariana yang nak tengok nursery rhymes / husband nak main games. (walaupun kalau nak pakai, husband stop je game dia tu. tapi main conquest by bariana tu lah! hooo)

tapi ni tiba-tiba ada 2-3 entries pulak muncul kan.
apakah rajin sangat.
yeee satu, sebab hari ni sy cuti wah haha (nothing beats a break on monday!)
dua, sebab sy dah ada baby baru woih.
at lasttttt berjaya jugak membeli ultrabook setelah sekian lama plan! haha

kebetulan beli time birthday sendiri,
so kira hadiah birthday untuk diri sendiri la kot plus memang nak beli kalau tak birthday sekalipun.
duit dah lama standby, cuma berura-ura nak beli yang mana satu.
sebelum ni aim nak beli xps13.
tapi bila tengok, lepas GST harga semakin mahal.
dah naik sampai 5k lebih hadoii.
daripada beli ultrabook mahal-mahal baik guna untuk lain ye tak.

lepas tu aim model dell yang lain pulak.
yang boleh lipat and ada stylus semua.
so semalam pergi sunway pyramid, kedai komputer yang pernah pergi dulu time xps 13 harga murah (tapi tak de stok. now ada stok tapi dah mahal. guu)
ada la model dell dengan stylus tu. styleee.
tapi orang kedai introduce pulak asus zenbook ux305 ni.
katany sangat baru kat market.. baru 2 bulan.
patut pun sy survery-survey tak jumpa! (sy suka survey dulu, baca specs semua baru beli)


asus zenbook ux305 yang dah selamat dibeli. hoho

apa yang menyebabkan sy attracted untuk beli zenbook ni berbanding model-model lain yang orang kedai tu deretkan depan sy *ahaha* adalah sebab harga dia yang affordable, design dia yang nipis and lawa gile macam macbook kotttt AND sebab ringan daripada yang lain.
more to design sebenarnya. hehe
tengoklah! lawa gile kot, yang sy beli ni warna rose gold.
ingatkan silver. stress orang kedai tu, dia beria cakap rose gold. ahaha
dia macam emas pinkish macam tu la.
tapi tak nampak emas over-over pun. nampak lawa je. kahkah


sleek design. nipis sungguh!

even time tu ada macbook sebelah dia, sy angkat and rasa yang zenbook ni lagi ringan daripada macbook tu!
(sy perlukan ultrabook yang ringan untuk angkut ke sana sini)


satu yang dia tak de adalah backlit light untuk keyboard. kalau ada mesti cun. oklah tu dengan harga yang tak sampai 3k pun.

yang ni paling high specs yang kedai tu offer.
harga below 3k ok.
kalau specs rendah sikit lagi murah harga dia.
yang ni dapat dengan harga RM2,789 kalau tak silap.
ok sangat kan, dengan nipisnya dengan ringannya, dengan anti-glare.. full HD lagi.
ok fine tak de la tahap retina display macam macbook tu tapi ai nak buat blogging je kot, bukan nak render 3d animation. hehe

jadi kepada yang mencari ultrabook murah, baru, ringan 1.2kg, specs best gile, laju, bateri tahan 10jam, anti-glare dan macam-macam lagi yang best (google lah nanti) boleh la consider untuk beli zenbook ni.
ada 2 kaler; rose gold and black.
cuma kalau nak kata keyboard dia tu, sy lebih prefer keyboard dell la.
perasaan menaip dengan keyboard dell tu tak tau nak cakap macam mana. lembutnya lahaiii
tapi keyboard zenbook ni pun ok je.
cuma ni pandangan wani e yang particular sikit bab keyboard and benda-benda yang berkait dengan touch, feel and sense.
tapi design part dia memang win la.

tapi kalau ko nak buat main game dengan grafik yang super power, this is not the ultrabook for you.
kalau nak guna macam sy buat blogging, facebooking dan benda-benda simple lain, boleh aje.


gorgeous!



tengok movie ok sangat ni. haha

oh. intel core m ni kata orang kedai tu adalah latest tech, sepesen la dengan i5, i7 semua.
tapi yang ni latest dan menjadikan pc ko lebih laju dan lebih cepat bila on.
tak payah tunggu lama.. within 5 seconds je dah on.





on mode.

if nak compare dengan dell, memang skrin dia tak nampak glossy dan terang bercahaya macam skrin dell.
tu sebab dia ni anti-glare sangat.
means bila guna tu tak sakit mata.
betul pun.
ni dah blogging entry ketiga ni tak rasa terang gemilang sangat and mata pun relax je haha.
sy pun jenis yang kalau bukak komputer, nak rendahkan brightness tu serendah-rendahnya. smartphone pun sama. sebab sakit mata weh tengok terang-terang ni.

harapan gwe semoga dengan adanya zenbook ni, gwe akan lebih rajin blogging. AHAHA
ye ye je kan.
tu tengok tahap kerajinan kemalasan pun sebenarnya :P
kalau sempat, sy blogginglah banyak-banyak.
kalau tak, kena la tengok entry yang sama berulang kali. lolx

till then.
have a productive monday!