Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Monday, October 24, 2016

mee bandung abu bakar hanipah, mee bandung muar yang sedap

hai hai!
sambung entry tentang trip ke muar.
orang muar ni makan sate pagi-pagi.
so by the time dah pukul 1pm macam tu,
tak nampak dah pemandangan orang bakar sate semeriah di waktu pagi.
ada yang dah siap kemas-kemas basuh kedai dah. haha

kitorang mula-mula lost tak tau nak makan kat mana.
mula-mula berhenti kat kedai satay warisan.
ada la sate sikit.. tapau bawak balik rumah.

lepas tu google mana tempat makan yang sedap kat muar ni.
to be precise; tempat yang jual mee bandung sedap.
then terjumpalah pasal mee bandung abu bakar hanipah.
famous kedai ni.
location kat tengah-tengah bandar.
kitorang pun masih dalam bandar masa tu.
terus pusing cari.


aha! jumpa dah kedainya. papan tanda dah pudar-pudar sikit.

kat kedai ni ada 3 bahagian; yang jual mee bandung, yang jual sate and air.
bayar semua asing-asing.
tapi mereka semua hidup dalam harmoni. ecewah :)
semuanya pun nampak friendly dan baik.

bila masuk kedai,
barulah teringat yang dulu pernah sampai ke kedai ni masa kerja kat IC*U.
IC*U dulu kalau kat negeri manapun,
if sampai kat particular state tu, diorang akan bawa ke tempat makan paling famous/sedap.
best kan. tinggal memori semua tu. haha

ok back to our kedai mee bandung abu hanipah yang superfamous.


time ni dekat pukul 2 kot. masih penuh dengan customers.

nasib baik la ada meja kosong.
mungkin sebab hari kerja dan dah nak dekat pukul 2.
so dapatlah meja.
kitorang order mee bandung dengan sate.
walaupun sebelum ni dah tapau sate kat kedai satay warisan,
ni duduk makan pun nak order satelah jugak. hahaha


the kids and i.

redah pakai tudung semalam je,
sebab kat hotel tu tak ada iron. bahaha
ada la bilik menggosok kat luar,
tapi nak gosok macam mananya dengan budak-budak kat bilik.
takkan nak tinggalkan.
alangkan anaqi tu kalau kita dok dalam bilik air mandikan kakak dia,
punya pilu menangis, cari-cari mama.
bila buka pintu bilik air,
nampak dia tengah ketuk-ketuk pintu bilik hotel kitorang,
mesti dia ingatkan kitorang keluar tinggalkan dia. haha
sayu wo dengar.


kat dinding-dinding penuh dengan gambar-gambar mereka yang pernah datang makan di sini. wall of fame.



kedainya tak besar sangat, tapi ramai jugak customers kalau nak ikutkan time-time bukan peak hour macam ni.

dan.. nah!
ni lah dia semangkuk/pinggan mee bandung yang sedap daripada kedai mee bandung abu bakar hanipah.

mee bandung abu bakar hanipah.

kuahnya pekat, udangnya kecil-kecil dan banyak *generous*, ada telur dan sayur.
spotted sedikit daging jugak.
rasanya sedap-sedap manis.
supersedap lah.
lain kali datang muar memang kena singgah lagi ni.
tak pernah jumpa meee bandung sesedap ni kat lembah klang. haha
RM5 semangkuk/pinggan.


sate yang dijual sekali. ambik 10 cucuk buat rasa.

verdict; sate pun sedap.
saiz kecil sikit daripada sate kajang yang biasa kita makan.
*because this is satay muar, yaw!* :D
dagingnya nipis-nipis, juicy dan rasa perapannya. manis. sedaplah.
harga 70 sen secucuk.

lepas habis makan tu,
kitorang pun gerak balik ke putrajaya.

kalau yang nak beli nenas tu (atau buah lain),
sepanjang jalan tu banyak jugak gerai buah-buahan.

sekianlah trip ringkas kami ke muor.
muar bandar di-Raja.
till we meet again! :)

short trip to muar

sabtu lepas kitorang ke muar, johor.
alkisahnya jumaat tu husband cakap nak ke johor, outstation.
ingatkan lama, so oklah, kitorang tinggal kat rumah pun tak pe.
rupanya sampai ahad je. duduk bilik single.
maka kitorang pun menyibuklah sekali.. ekkiki.

muar ni bahagian di johor yang paling dekat, dekat dengan melaka.
so tak lama sangatlah perjalanan.

dah lama tak sampai muar.
last time datang sini masa trip kerja dengan team kat IC*U untuk kajian di pagoh.
now dah tak kerja IC*U dah pun. hihi

kitorang menginap kat muar traders hotel.
tak ada apa pun sini, ada la secret recipe dengan domino's pizza kat bawah tu. haha
kitorang pun just lepak kat bilik hotel je tunggu babahnya siap kerja.
malam tu kirim husband tapaukan nasi goreng kicap dengan tomyam ayam.
sebelum tu ada beli kek, pizza dengan lasagna untuk ariana.

masa mula-mula sampai. kemain happy ariana.



bilik di muar traders hotel. simple je biliknya, tapi bersih dan kemas. luar tu ada balkoni.



muka sememeh dah time ni.. sampai dekat time maghrib.

esoknya tu ahad. ahad orang johor kerja.
so sementara tunggu husband kerja, kitorang lepak bilik.
budak-budak tu main je la, then tidur balik pukul 10pagi.
diorang bangun awal, mandi awal semua.
by the time nak tengah hari, pack barang and check out.

tunggu husband habis kerja sambil makan kat secret recipe kat bawah.
ingatkan dia lambat lagi habis, so pulun order nasi goreng thai SR.
boleh tahan sedap. tomyam sedap. ada udang harimau 2 ekor yang besar.
dalam nasi tu ada lagi udang kecik. udang kering ke apa, tak sure sebab tak makan. haha
ariana pulak kemain pilih kek red velvet.
kek red velvet dia harga 11 ringgit lebih woh.

my plate of nasi goreng thai at secret recipe. yums.



ni diaaa kek red velvet.

time ni bersilat dengan anaqi yang tak nak dok diam kat baby chair.
pangku atas riba pun dok pusing-pusing nak turun sofa.
haha.

tetiba husband habis awal.
katanya nak pergi makan mee bandung muar.
nasib baik ada ruang lagi ni untuk makan mee bandung pulak.
selera dinosaur sungguh. hahaha

so sebelum balik tu kitorang pun pergilah mencari mee bandung muar.

ok sambung di next entry! xD

ariana and telekung

GAMBAR HIASAN: budak berdua main 'basketball'. hahaha

kejadian malam semalam.
time baru masuk isyak.
i always wanted to buy ariana a mini telekung or a telekung of her size.
sampai ke sudah tak beli-beli. haha
sebab kadang-kadang datang mood dia nak join solat tu kan.
usually she will slip herself inside my telekung.
macam main khemah-khemah gitu. lolx

so semalam ariana dok punggah almari, cari telekung yang diclaim as telekung dia.
padahal telekung sy jugak tu.
tapi sebab dia ambik, so jadi telekung dia. get it? kahkah.

dia pun pakailah telekung sebesar alam yang tak padan dengan badan dia yang kecik tu.

once i started my solat,
dia berdiri kat sebelah, following each and every steps.
orang rukuk dia rukuk, orang tomakninah dia tomakninah.
mulut cut cit cut cit entah apa dibacanya. imitate kan. hahah
(yes there goes my khusyukness :DD)

so lepas tu anaqi datang ye.
walaupun ahkak tengah solat, ahkak dengar bunyi tapak kaki dan tangan anaqi yang laju melangkah tu.
dia tu walaupun merangkak, dah serupa macam orang lumba lari.

lepas tu dengar ariana cakap ke adik dia (yes there goes again my khusyukness. LOL)
"aaa.na.qi! nak solat lahhh." macam marah ke apa kena kacau dek adik, kononnya.
dia macam suruh anaqi pergi depan (ruang tamu) kat babah dia.

"babahhh. ambik anaqi." tak menyahut.

"babahhh. ambik anaqi." dia ni selagi orang tak respond, selagi tu dia dok mengulang.

hahahaa macam nak tergelak ok, sebab dia kan tengah solat.
boleh dia pause-pause bercakap dengan adik dia, lepas tu sambung solat.
then pause lagi panggil babah dia. lepas tu sambung solat.

budak-budak baya ni memang rajin nak join apa je yang kita buat.

so tunggulah nanti bila free nak kena pi cari telekung kecik untuk ariana.
dia sungguh ke-kakak-an ok.
dok marah anaqi pun lebih-lebih daripada kita haha.

till then!


walaupun anaqi selalu kena marah, dia sangat sayangkan kakak dia. lolx

Wednesday, October 19, 2016

morning celebration

hai hui :D

just have some time to post about my husband's birthday celebration last sunday.

tahun ni sy decided nak (cuba) buat kek sendiri untuk birthday husband.
despite of sy ni sungguh noob membuat kek. HAHA
then i found this 'easy' recipe on fb. my friend shared it.
i call it 'easy' because you don't need an oven to bake it.
cuz it's a no-bake cake.
you just need a refrigerator. and cooled it.
huahaha.. sesuai untuk orang yang pemalas dan noob buat kek macam sy :P

i tried my best,
but it turned out not looking like the one in the step-by-step video. haha
kek yang sy buat tu terlalu lembut,
bila potong boleh runtuh. *pengsan*
i guess not having a penimbang and peralatan memasak yang sepatutnya telah mengakibatkan kek tu tak jadi macam bentuk yang sepatutnya. lolx
even hiasan ala latte art yang sy buat kat atas kek tu pun bertukar jadi macam kaler putih-putih tompok-tompok.
huaaaaa am i that bad in making cake?
further more, it's a no-bake cake for heaven sake! hahaha

but then the taste was there.
it tasted good.
tak de nak puji diri sendiri..
but it did taste good.

it's a mango cheese cake.
and i used harum manis. sebiji harga lebih RM15. RM18 kot. lupa harga *pengsan lagi*
jadi kalau tak sedap keknya, itu salah mangga. wahaha
tetiba nak salahkan mangga :'D

bought these cute candles too!

we even made handmade cards; me and ariana.
tapi lupa pulak nak tangkap gambar.
ada 2 kad untuk birthday babah.
ariana la excited,
sebab kat taska dia kan selalu ada birthday celebrations kawan-kawan.
seronoklah dia nak nyanyi lagu happy birthday.




nasib baik tiup tak runtuh. ha ha. ok not funny. T_T





kami celebrate super awal pagi.
tu yang anaqi's still in his PJs. mandi pun belum. lolx
ariana dah mandi.
betapa hazabunnahnya, pisau potong kek pun tak de.
pakai pisau dapur je.. yang selalu buat potong buah. hahaha


anaqi pun suka makan kek!



berebut kek. yoshhh.

i left the present in my car.
so turun ke parking kejap, ambik hadiah.


with the prezzie.



ariana pulak yang bersungguh nak bukak.



tak bagi adik dia dekat pun. hamboiiiii


yes, it's a drone! :D

ariana memanggilnya helicopter. heli pun heli lahh :P

happy birthday to my husband.
long live and good health, and always blessed by Him.
Sunday, October 16, 2016

31

happy birthday to the most wonderful person in the world.



no diapers

sy percaya 'there's no too late' bagi perkembangan baby/toddler.
because each baby has his/her own pace.
kitorang pun tak pernah paksa ariana untuk tak pakai diapers dan buang air kat toilet.

but one day she said "tak nak pakai pampers." voluntarily.

and that day was yesterday.
i'm so proud of you, baby :)

yesterday night: tengah sapu sampah lepas buat handmade birthday card untuk babah dia.

Saturday, October 15, 2016

makan-makan, masak-masak

eh, dah weekend! :D

macam biasa, ni siri gambar-gambar masakan bila-bila yang sempat kita masak.
sy suka memasak, suka jugak ke pasar (sebab kat pasar bahan-bahan semua fresh).
kalau boleh, everytime nak masak tu baru keluar pergi beli bahan.
tapi apakan daya, kedai bukanlah kat sebelah rumah.. haha.
pasar tani putrajaya pun ada 2 kali seminggu je.
(pasar harian is jauh sikit).

and kadang kalau dah penat sangat tu, memang tak masak pun.
kang balik rumah ada je benda nak buat.
now anaqi kan dah makan, so sy memang akan masak untuk dia.
so kalau sibuk sikit tu lebih mudah makan kat luar. atau tapau.
bila free baru kita masak. typical working mom with two kids *alasang! hahaa*


ayam masak kicap. kegemaran rakyat malaysia. haha



spaghetti aglio olio sayur-sayuran. cendawan dengan terung.



kari ayam berkhasiat. sebab guna blended oil dengan susu untuk gantikan santan. (santan habis! kehkeh)



tempe berkhasiat.

recently selalu jugaklah makan tempe.
sedap ok kalau ko pandai bumbukan dia. tak la rasa plain. hahah
tempe ni kaya dengan anti oksidan dan high in protein.
orang cakap awet muda jugak? bahaha.
alah tak kisahlah nak tua pun, kan berkadaran dengan waktu.
kang ko muda je manjang, tak tele la dengan usia. :P
but seriously, tempe is good.


once in a while akan masak ini; singgang tulang.

tulang ni beli 400 gram boleh sekali masak untuk 2 orang.
habis tang-tang tu jugak.
tak sempat nak simpan.


ayam masak cili.



sayur campur.

sy suka sayur campur ni,
tapi malas nak masak.. camne? hahaha.
sebab nak kena potong satu-satu.
ko fikir wani e banyak masa nk potong sayur? kihkih
oklah fine kalau sempat sy potonglah.
tak sempat, tak potong.
kalau tak dan tu biasanya sy masak masakan yang bersekali dengan sayur dalam 1 kuali/periuk.


again.. pada hari yang berlainan. spaghetti aglio olio lagi.



ikan goreng masak kicap. extended.

ada yang tanya.. apa yang extendednya ikan kicap ni?
sebab ni masak dengan detail.
ikan tu belah belakang.
dibumbu dengan rempahan.
goreng, angkat.
lepas tu buat kicap, tumbuk bahan tumis termasuk cili kering.
ada serai, ada blackpepper.
bukan kicap saja. tu yang jadi extended kot. hahaha


tengah malam yang kelaparan, kita buat cheese toast. sedap woih!



ikan masak lemak cili api.



ikan goreng dengan tempe. tempe lagi! ahaha


ok habis dahhhh.
haha
Thursday, October 13, 2016

updates ariana & anaqi (the AAs)

hai hui!
bersiaran lagi kita. haha

tak sangka, nak dekat setahun dah budak kecik mutup pomel nama anaqi ni.
and he grows quite a personality.
contohnya dia pandai main hembus kat perut kau sambil buat bunyi protprotprott.
lepas tu dia gelak-gelak ye.
lepas tu dia buat lagi. hahah
i suspect ni hasil didikan babah dia yang suka hembus perut anak-anak beliau.
last time i heard from the kitchen, babah diorang ni tengah ajar ariana lagu 'pen pineapple apple pen (PPAP)'. amboi sangat!

kegemaran : tembikai. nampak tembikai je mata bercahaya. serius!



konsentrasi.

husband pernah tanya, kenapa bagi tembikai besar-besar macam tu.
kenapa tak potong.
jawapannya supaya nak dia asah gusi.
untuk galakkan pertumbuhan gigi yang tak keluar-keluar lagi hahaha
and sebab nak ajar dia makan suap sendiri.
budak-budak ni manja lebih, biasanya nak suruh sy suapkan.
tak ada ye. kalau buah macam ni sila makan sendiri.
kalau bubur dengan nasi, ye sy suapkan. hihi


ariana punya tembikai portion besar sikit. "nak besar!" demanding ye. lolx



ni gambar time hantar ariana pergi taska. anaqi stayed sebab nak ke hospital.

hospital?
biasalah, check telinga dia yang kemasukan hingus dari hidung tu.
solution dia adalah makan ubat selsema sampai next check up bulan 12.
sebab kalau dah tak selsema, lubang dalam telinga tu biasanya akan tutup balik.
kecik gile je lubang tu.. sy tengok daripada kamera doktor.
kecik macam 1 dot lubang jarum.
tapi kesianlah, sebab anaqi tak selesa kan.


kat klinik pakar ENT, hospital putrajaya.

gambar kat bawah ni pulak adalah semasa hari sukan negara, sabtu lepas.
hangkut ariana ke ofis.
ofis kitorang ada la buat senamrobik dengan jalan pusing tasik.

ariana nak bawak basikal dia. memandangkan hari sukan, ye lah. bawaklah basikalmu itu. haha



geng BPSE dengan dudukan separa bulatan. hahaha macam ayat dalam buku maths.



the office peeps. nak senamrobik ni.



while orang lain gigih bersukan, dia ni sibuk berbasikal ke sana sini. mama la yang mengejar, siapa lagi. :P



lepas diorang-diorang pergi pusing tasik, bawak ariana naik berbasikal kat pavement luar ofis.

kitorang tak join pusing tasik sebab sy kerisauan nanti ariana penat naik basikal, dia suh sy angkut basikal dia AHAHA.
so bawak main kat tepi-tepi je sebelum ke masjid putra pulak untuk main kat situ.
lagipun memang meriah jalan-jalan kat pusat bandar putrajaya.
tak de kereta sangat sebab semuanya penuh dengan orang yang berjalan kaki atau berbasikal.


hari lain; makan di luar. bapa mithali, as i call him. haha

nampak tu budak-budak kat tepi cermin tu.
hahaa diorang dok main-main dengan AAs sebelum makanan sampai.
dok tepek-tepek muka kat cermin.
si AAs melayan pulak. kelakar je tengok diorang ni.


hamboi kemain banyak sumbat mee. muat ke masuk dalam mulut tu? wah haha.



makanan sy paling lewat sampai. so sementara tu kasi anaqi makan timun supaya distracted tak panjat-panjat meja.



the AAs. nampak tu anaqi hobinya bersilang kaki.

i think he follows me.
sebab sy kalau berdiri ke, tanpa sedar akan tersilang kaki ye.
tetiba anaqi pun macam tu.
duduk silang kaki, tidur silang kaki. hahaha
tang bangun awal pagi pun menurun kat dia.
tang kurus pun menurun kat dia. (janganlah underweight wuii)
hahaha

ariana tu tengah makan ais krim durian.
gila bapak besar ais krimnya.


dah panggil-panggil nak minum susu kot time ni. tak duduk diam dah.



four of us.

ok on other days pulak..
anaqi now tengah explore sana sini.
tengah sibuk nak bukak tutup bekas, botol susu dan lain-lain.




usaha tangga kejayaan, nak!



hari-hari menyepah bersama ariana dan anaqi.



lepas sepah, kemas, lepas tu sepahkan balik. memang tak de kerja budak-budak ni. rofl.

sekian saja.
lain kali update lagi.