Showing posts with label selfie. Show all posts
Showing posts with label selfie. Show all posts

Thursday, September 14, 2023

barang branded atau tak

assalamualaikum and hi! :)

blog entry kali ni nak borak-borak la sikit.
sy ni suka je barang cantik, aesthetic, artsy, tapi saya tak suka barang mahal 😂
kebanyakan barang mahal ni jatuh atas brand.
bukanlah tak beli barang mahal langsung, tapi pastikan beli yang hanya betul-betul berbaloi.

walaupun tak suka barang mahal melampau, sy juga tak suka barang tak de kualiti tapi murah. haha

so formula dia just sederhana and moderate, tapi ada kualiti.

contohhhh ha ai bagi contoh 😆
kalau beli speaker, jika tak mampu yang high quality ribu-riban, beli la yang sound dia masih sedap didengar, dengan harga tak murah dan tak juga supermahal. harga sedang-sedang.
my choice is always edifier. bluetooth speaker bar kecil dia range 100-200 lebih. pada sy tu harga moderate untuk speaker yang bagus. bertahun sy beli, sampai skang tahan.

baju. haa baju cepat lusuh, lagi kalau dipakai selalu.
baju saya biasanya daripada kedai-kedai made in malaysia (kot? macam M&B) sebab baju kan nak beli banyak, so don't waste our money to buy ratus-ratus punya harga baju, unless ada event istimewa nak dipakai. baju M&B standard range dari 30 ke 70 gitu.
hanya seluar sy akan invest beli mahal sikit kat uniqlo. sebab selesa dan tahan lama.
seluar kita tak banyak, jadi beli yang mahal sikit tak pe. bahaha

kasut ofis? bata. sandal? bata.
pada saya bata ni tak la murah sangat, tapi belum sampai tahap supermahal macam hush puppies, sketchers dan brand kasut lain.
sy pernah beli sandal yang cun tapi harga murah. tapi gam dia cepat tanggal, gais.
so sy balik beli bata 😂
tapii bata tahan lama jugak dan comfy (suka beli jenis comfit).

kesimpulannya tepuk dada tanya selera and tanya poket.

kalau korang memang suka barang branded untuk kepuasan, silakan.
selagi mampu, beli je la.
cuma untuk sy, sy lebih suka barang berkualiti, harga sedang-sedang, brand apa pun tak pe, asalkan ngam dengan hati sy. HAHA. hah gitu.

so hari tu kitorang try la this new kedai makan kat area rumah.
sebab asyik lalu je, singgahnya tak.


banano mimpi nak keluar pakai tudung haritu. hahah.
baguslah tu, banano. (tudung ai diciloknya)



tuan tanah. HAHA. seleksi kedai makan kami jugak tak kisah restoran mahal atau warung tepi jalan begini, asalkan sedap.



tak ramai orang pun malam tu. sini boleh kata kawasan kampung. so sunyi-sunyi tenang camtu.



sorrylah owner blog ni suka bergambar. korang layankan je 😂



nahh ni la dia menu pilihanku. nasi ayam bakar. RM7 rasanya harga dia.. sekali dengan air.
ayam suku tau. sedap pulak tu. the perks of makan kat warung kampung. pada sy harga dia sangat la affordable. dah la sedap.

 

so kesimpulannya; jangan berjimat sangat, jangan juga terlalu kedekut dalam berbelanja.
biarlah secukupnya dan sesyukurnya.
asalkan happy dan bahagia dengan pembelian tersebut.

toodles!

Wednesday, September 02, 2020

laungan merdeka!

gambar merdeka kat ofis hari tu.


assalamualaikum and hi! :)

hari kebangsaan malaysia tahun ni disambut serba sederhana.
ye lah, sebab covid kan.
jadi tak ada perarakan meriah-meriah macam selalu.
cuma ada perarakan berkuda je, tak silap.

kitorang pun dok pakai baju dan tudung merdeka tahun-tahun lepas punya.
apa yang ada, kita pakai semula.
tiada pembaziran di situ.
pergi hotel ke, mana ke, pun tak de.
duduk kat rumah je atau keluar dekat-dekat je macam tu.

memang serba sederhanalah konsepnya tahun ni.


bergambar untuk kenangan merdeka di musim covid. ni pada 30 ogos.


yoshh. 30 dan 31 ogos dua hari kita pakai tudung merdeka ye.
tudung lain-lain la, bukan tudung sama tak basuh. HAHA
tapi macam tak snap gambar diri sendiri pada 31 ogos.


dengan ariana di belakang.



anaqi dengan babahnya pun ada tu ha :P


30 ogos tu, kitorang berjalan ke IOI city mall.
manusia, meriah la jugak.
SOP masih diamalkan di setiap kedai.
cuma kalau tengok kat tempat lapang tu,
orang masih bersesak tak kira dekat ke jauh.
yang tu SOP ke laut jugaklah.
escalator pun sama.
yang berjarak, jaraklah.
yang tak berjarak pun ada.
ikut suka hati kau konsepnya gitu. haha *sabar je ye* :P


anaqi dan hasil buruannya daripada dunkin donuts.



dekat cermin toilet IOI pun boleh jadi tempat penggambaran. lololx
(apa boleh buat, cermin sebesar alam)



3 beranak, sorang nak kena rotan tu sebab lurut mask ke leher. KKM tak lepas tu!



laparunnah. brunch terus. tak tau nak makan apa, pergi ke food court tingkat atas je.



kiranya masing-masing nak berlagak dengan busana merdeka la ni. HAHA



memang nak spam gambar, sebab kitorang jarang snap gambar berdua. on general occasion. haha



depan sport's direct ada dinding yang dicat cantik ni.
gambar ni disnap oleh ariana.


seterusnyaaaa.

gambar pada 31 ogos! (tak banyak pun)
gambar budak-budak AAs ni je la.

kitorang gi makan sarapan pagi kat restoran makang, cyberjaya.

so pagi tu sempat bergambar.

anaqi. amboi sangat. geram tengok budak ni, banyak akal. haha



ariana pun berbaju merdeka. muat lagi ni dari tahun lepas.



anaqi yang sebati dengan kereta cooper merah di belakang beliau. haha.
sedondon, kan!


ok tu lah cerita merdeka 2020 kitorang.

tak de la pergi KLCC tengok bunga api ke apa *eh ada ke tahun ni?*

mostly duduk rumah, tengok tv je la.

dengar cerita yang pergi bercuti dll pun, jem sakan kat jalan raya.
itu pun kira meriah jugak kan. teehee.

 k bye!! sampai jumpa lagi, insyaAllah ^^

Thursday, May 28, 2020

our raya aidilfitri 2020




assalamualaikum and hi, pretty people! :)

dah masuk raya kelima,
rasanya tak lambat sangat untuk wish semuaaaa HAPPY AIDILFITRI!
or eid mubarak! or the classic selamat hari raya aidilfitri.
mohon ampun dan maaf atas kekhilafan diri ni.
scoreboard 0-0 okeh! :D

raya tahun ni dikenali sebagai #coveid.
iaitu covid + eid?
iaitu raya sambil-sambil menghadapi pandemik covid-19.

PM pun dah beritahu,
korang-korang ni raya sehari je.
tu pun kalau nak berkunjung,
just dalam negeri yang sama saja (or in our case, dalam klang valley saja).
lepas tu tak boleh bermalam.
max 20 orang je dalam sehari yang ada dalam satu rumah.
aight kitorang pun follow je la.

walaupun husb & myself, dua-dua 'kampung' kat selangor,
sejak MCO start 18 mac hari tu, tak pernah gerak ke mana-mana ye (except ofis)
tak balik 'kampung' pun. just video call family.
tang raya ni baru laa berkesempatan nak balik.
skema jugak kitorang ni follow rules tak rentas sana sini,
tak bawak budak-budak keluar rumah. haha
yosh, demi keselamatan sejagat.
ya kalau dah nak kena, kena juga.
tapi at least kita dah ambik precautions, so tak la ralit sangat (mintak dijauhkannn).

walaupun raya ala 'kad' ini tahun,
baju raya beli jugak,
and juadah raya masak jugak. lololx

bulan ramadan hari tu sy rajin ambik gambar langit.
so here's gambar langit 1st of syawal ;


cantik kaler langit time raya hari tu *love*


lauk-pauk macam ayam dengan ketupat tu,
kita masak malam raya eve.
esoknya tinggal panaskan je.


juadah di atas meja, raya pertama.



sy memang suka gila-gila dengan raya dishes. the rendang, lemang, ketupat palas semua. awesomeness.



lemang beli, ketupat palas beli lepas tu re-rebus and goreng, nasi himpit mini nona, rebus jugak.



juadah baharu; ayam kicap berempah berkerisek.


ahha tahun ni masak ayam kicap berempah ni.
memang marvellous rasa dia-bukan-nak-puji-masakan-sendiri-tapi-resipi-ni-memang-sedap. bahaha
biasanya on hari raya biasa (bukan MCO),
bila kita berjalan-jalan raya dengan family husb kat banting,
akan sampai satu rumah sedara husb ni.
diorang punya menu every year is ayam kicap berempah dengan lemang.
memang ngam makan dua-dua ni.
biasanya kitorang datang ramai-ramai, makan siap bertambah.
sebab sedap sangat.
so tahun ni tak dapek nak makan, kita pun pi cari resipi.
tak tau la sama ke tak exactly, tapi dapatlah menghilangkan kempunan HAHA
nanti-nanti bila rajin, sy share resipi kat blog ok.

then ada satu rumah ni pulak,
akan hidang lauk dengan nasi putih. fuhhh
biasa akan ada la lauk macam masak lemak, ikan bawal kecik-kecik goreng garing, sayur campur semuaaaa.
aaaa i cannottt. haha

kalau kat ganu pulak, kampung tok ai,
pagi-pagi raya, menu kitorang is sateeeee.
malam raya eve tu dah berkumpul cucuk sate ramai-ramai.
then ada kari ayam cik mah masak.. yum2.
sy akan bawak rendang dari rumah.
pastu rumah sebelah tok pulak akan hidang nasi minyak sedap super sedap, ayam dia lembut mak aih.
tertelan-telan ailio cerita pasal makanan yang tak kesampaian on raya coveid ni. ahaha

tu belum kat nismilan. kampung arwah abah den.
mak lang punya rondang.. fuhh jangan cakap la.
tiada tandingan. ikiki

sebut pasal rendang, ni ha rendang ayam kampung yang sy masak tahun ni. harus pakai resipi mak lang. tapi 1st day raya tak kering sangat lagi. lepas-lepas tu baru berjaya dikeringkan. haha



kuah kacang express. cap jamilah mansor. sedapp! beli kat shopee.



fruits platter. mengenangkan asal raya je tak de sayur, so kali ni kita letak buah banyak sikit.



air ribena laici ni husband yang buat. time raya je sy minum ais. hari lain tak minum. lolx. sedap betul air ni woih.



ni ayam kicap berempah time masak malam sebelum raya. sedap betul, memang akan repeat lagi masak ni insyaAllah.



raya eve tu dah rasmikan dulu ayam kicap dengan lemang. wahhaha



ketupat ni beli dengan budak ofis, tapi sy suka goreng punya version. macam kat ganu.



gambar raya pun tak de la beria sangat tahun ni ye.
mana boleh je. haha
baju theme mint green.

kat rumah sendiri tak sempat bergambar, kita snap snap kat kampung banting je. jyeahh. with ariana.



tang posing tu kita cover belakang ariana lah, sebab kegemukan melanda. haha


time puasa turun 2kilo,
lepas tu menstrual, makan balik, naik balik 2kilo *tepek dahi*
macam tak de artinya diet HAHA


saranghaeeee. biskut sarang semuttthaee.



yeobo and myself. kemain korean panggilan yeobo bagai. hahah


*yeobo = honey in korean

petang tu, gerak ke shah alam pulak.
on the way, singgah rumah zaim kat sijangkang, sebab husb nak pi beraya sana.

lepas tu zaim bawak kitorang jalan ke casa rabiah.
syahma, wife zaim kerja kat casa rabiah ni. kira macam homestay resort gitu.

anaqi and pool. ariana tido ternganga dalam kereta time ni. haha



disebabkan ariana tertidur, kitorang bertiga je la ferfeeling gambar raya kat casa rabiah ni :P


then sampai shah alam, rumah mama pun dekat pukul 6 petang.
kenapa raya boleh sehari jeeee waaa.
mana sempat ni. rushing ok.

kat shah alam ada macam-macam juadah jugak.
yang penting ada nasi minyak ye, gulai daging, ayam masak merah, acar timun wahhhh sedap!
dan pelbagai lagi hidangan tapi macam tak de gambar je dalam kamera ni.
sempat tangkap igstory je haritu kot.
gambar tak snap. sibuk makan je. lolx

kad raya untuk family.



gambar raya sempoi bak ang dengan family ai. tu pun time nak balik baru bergambar hahaha


mama cakap dah tunggu nak bergambar sesama, tapi kitorang tak sampai-sampai, lolx
so diorang dah tukar baju semua.
jadilah ada gambar sekeping ni daripada tak de :P

then malam tu baliklah ke dengkil semula.
kemain ekspress raya kali ni.

sebelum entry berakhir,
ada jugak ni snap gambar juadah hari raya kedua.
walaupun beraya kat rumah sendiri je,
meriah tu tetap kena ada.
walaupun pakai tshirt je kita. haha

meja makan kecik je, tapi makanan banyak. guane tu?



raya kedua, husb request daging salai masak lomak cili api.



ni ha rupa bentuk rendang ayam kampung yang dah semakin kering. makin kering, makin sedap, seriously.

rendang ni memang jenis lagi lama lagi sedap.
jenis yang ko makan berkali-kali pun takkan muak.
rendang lain ai is tak tahu, tapi resipi mak lang memang tak lapuk dek hujan. haha


rendang kerang, bawak daripada banting. sodapp.



eh tetiba tersesat lauk ikan siakap goreng tiga rasa. ni makan buat berbuka semasa raya ketiga.


alkisahnya bahan basah banyak dah habis dalam fridge.
ayam habis terus. kedai pulak tutup lagi.
tinggal ikan je. ada siakap seekor ni, kita pun masaklah.
kat rumah ni memang suka makan ikan. haha

ok tu lah cerita raya MCO 2020 kitorang.
serba sederhana, apa adanya gitu.
sederhana tapi raya vibes tu ada la.

ha korang jangan lupa sambung puasa 6 ok,
banyak ganjarannya, insyaAllah.

till then, peeps!!
ciao cincau!

Friday, October 11, 2019

bila kau menang swafoto merdeka

assalamualaikum and hi!


ahhahaa tajuk tak boleh blah, kan :D
menang hadiah saguhati lahhhh which memang sy aim saguhati. hihi
alhamdulillah, from 22 participations, 8 were selected for winners.
hence, i put em here for good memory :)

tq kat my husb and AAs for being part of it :)

oklah tu je.
nak tepek gambar ambik hadiah je. hahaa
kbye!

DATE : 10.10.2019 (khamis)

with our secretary general (KSU). KSU last dah 10.10. beliau akan cuti dan bersara.



with em winners, KSU, secretariat and sponsor (KESWIP). tq all!

Tuesday, August 20, 2019

skin care outcome

assalamualaikum and hi!

just posting photos from recent days (tak ingat bila.. haha)

only post most of my selfshots in my blog, sebab tak ramai pun yang baca lolx.

so for the record,
i've been using korean's somebymi skin care for a while now.
i used to have issue with zits sana sini.
after using the skin care, it is quite improved i could say.
bahan-bahan pun semua natural,
hence it takes time for our skin to absorb.
tapi most of scars dah berkurangan la, alhamdulillah.
zit kadang tu ada, tapi tak teruk macam dulu.
it actually depends on what i eat.
zits sy ni macam sejenis allergy jugak.
if i eat something that i shouldn't eat, then zits akan keluar.
so nak tak nak, kena tengok-tengok dulu makanan yang nak dimakan tu.
sikit boleh kot, makan banyak tak mampu.
contoh seafood or super spicy food.
biasalah i'm getting old(er),
so my body cannot accept everything macam dulu.
kalau dulu, telan je la seafood berhari-hari.
hari ni udang goreng kunyit, esok udang padprik, lusa tomyam udang.
semua udang (cuz i love udang!)
sekarang jangan harap la nak makan.
kalau tak zits, demam allergik. haha
ntah mana dapat allergik tu pun tak tau :P


with my beautiful ariana.




with my handsome anaqi.

entry ni diakhiri dengan ayat 'makanlah berpada-pada'.
ahaks.