Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Thursday, July 17, 2014

ejaan masa kini yang wani e tak boleh terima

hahah hari ni kita santai2 sikit
(blog ni memang selalunya santai pun.) :P

disclaimer : hiburan semata. tapi tak bermakna tak betul. gambar semua ambik from google. thanks, google!

kita kan selalu main internet.
hari-hari bukak facebook, instag, twitter.. apa lagi.. blog. dan segeng dengannya.
dan bila kita baca status, post, tweet, entry semua tu,
kadang ada perkataan yang dieja memang tak boleh brain.
may b sy dah tua untuk baca benda-benda macam ni. hahah
so ni la ejaan masa kini yang wani e tak boleh terima :

1. ngeee
sy pun tak faham kekdahnya ngee ni untuk apa.
gelak ke? sengih ke?
tapi bila baca je ngee, sy terbayang orang tu tengah menyeringai.

ngeeee

2. aq
aq ni agaknya ejaan untuk 'aku'.
dipendekkan jadi 'ak'. dikomersialkan jadilah 'aq'.
bila baca aq, sy selalu terbayang dia cakap aq berkolkolah. aQrkh!!
"hari ni aq mls nk pegi skool." AQ

aq. help!

3. kittew
aaaaaaa kekdahnya nak sebut 'kita' jadi 'kittew' ni kenapa?!
dia seangkatan dengan 'lew' 'jew' 'yew' 'taw'
yang semuanya sy akan baca dengan menyebut -ew tu dia belakang.
macam gedik pun ada
"kittew nak selfie dulu yew. yew. yewww."

"mari la sini kat kiteww"

4. KeCiK BeSaR KeCiK BeSaR YaNg DiEjA oLeH OrAnG DeWaSa
ok kalau teenagers, sekolah lagi, student lagi
nak eja-eja macam ni kita faham la
dia fikir itu style kan
tapi kalau orang dah dewasa
"eh banyak pulak masa ko gigih nak menaip kecik besar kecik besar macam ni."
eloklah kembali ke pangkal lengan.
wah haha


5. saia ta kuad (saya tak kuat)
ni satu lagi.
perkataan tu elok-elok dalam kamus macam tu
ditukar-tukarnya dengan ejaan yang sukar difahami
kuat diejanya kuad.
adoi.
adoi doi.
(same goes to other words with intentional misspell)



6. encik hati. encik boyfriend. encik semua encik.
fine la korang nak tulis encik suami pun apa ada hal.
hak masing-masing.
cuma secara jujurnya,
sy kalau baca encik hati encik boyfriend semua ni memang akan membacanya dengan nada pelik.
kalau orang eja boyfie ke, hubby ke, mr. X mr. Y sy tak pelik apa.
yang ini rasa pelik sikit.
sy akan membayangkan novel malaya setebal 500 muka bila nampak phrase ni.
'tabahlah encik hati.'
hati pun ada encik ok. jangan main-main.




mungkin ada lagi.
tapi dah lah.
nanti sambung lagi.
sat lagi nak meeting.
waktu rehat pun dah nak abis. haha
ok bye! :)

2 comments:

kaizenDaGreat says:
at: July 20, 2014 at 10:37 PM said...

Kelakar kott!!! Gelak sorang2... tahniah atas observation yang bagus. Kipidap... get it? Keep it up! Hahahaha

wani ezryl * says:
at: July 21, 2014 at 9:44 AM said...

ai jujur menyampaikan hasrat hati ni.. wahaha