Showing posts with label issue. Show all posts
Showing posts with label issue. Show all posts

Wednesday, August 26, 2020

hari-hari yang meriah dengan lembu

assalamualaikum and hi! :)

post ni yek yek sikit *haha* tapi nak letak jugak
sebagai bahan bukti.

alkisahnya kat kawasan perumahan kitorang ni (termasuk taman-taman kat sebelah),
ada segerombolan lembu/kerbau yang rajin lalu-lalang kat jalan raya.
lepas tu rajin juga melepaskan sisa perkumuhan diorang kat atas jalan tu.

jadi memang kotor jalan tu jadinya.
kereta-kereta yang tak perasan, akan terus lenyek je.
lepas tu najis tu akan terseret sepanjang-panjangnya.
yang perasan, mengelaklah.
tapi bahaya la pulak kan kalau ada kenderaan lain.


kesan najis dan seretan yang berlaku.


dari mana datangnya lembu/kerbau tu semua?

hm, prolly dari kampung berhampiran?
sebab belakang-belakang ni ada area kampung.
and berdepan rumah kitorang, ada padang rumput.
selalu nampak kerbau atau lembu berkubang kat paya atau makan rumput kat situ.

then diorang ni memang ada tuannya.
kenapalahhh dok bawak masuk lembu/kerbau dalam kawasan perumahan ni T_T


gambar-gambar adalah pada masa yang berbeza.


maknanya,
memang kerap lembu-lembu ni lalu lalang dan buang najisnya kat atas jalan.
sedihlah, habis kotor jalan.
harap majlis perbandaran sepang boleh ambil tindakan menasihati dan sebagainya.

tapi orang-orang kat area dengkil ni,
some of them buat suka hati je.
atau buat macam kawasan kampung.
bela ayam, lepas tu lepaskan ayam kat tengah-tengah simpang besar untuk cari makan,
hari-hari bakar sampah, ada time tu sampai ke malam bau kebakaran sampah yang menyengat (tak tau la bakar apa),
lembu berjalan-jalan sana sini..
ya Rabbi.
memang suka hati mak nenek diorang je kan. lolx


nah tuuu dia setepek depan pintu masuk taman kitorang, dekat-dekat post guard. hahah



ni ada lagi.

 

ni kalau ada lagi,
mau kita pi kedai cari signboard gambar lembu berpalang,
lepas tu gantung kat sepanjang jalan.
HAHA

Tuesday, March 17, 2020

kisah covid-19 penduduk dengkil

graphic credits to dreamstime.com

assalamualaikum and hi!

stats terkini covid-19 sehingga pagi ni:


malaysia's case dah naik sehingga 553.
beza dengan seminggu lepas yang seratus lebih kes.

lepas tu sampai malam semalam, orang panic buying.
panic buying = hangkut semua barang kat kedai, bawak balik rumah, hibernasi setahun. lolx

on a serious side, this is serious, peeps.
sy memang nak ke kedai sebab minyak masak dan few items kat rumah dah nak habis.
so i thought last night..
ni kalau keluar beli pagi esok (today), macam tak sedap hati pulak.
so i followed my instinct dan pergilah ke speedmart.
hambik kau di situ! (tak snap gambar pulak).
kemain panjang queue dan orang capai sana sini sana sini.
this happened before YAB prime minister buat pengumuman untuk perintah kawalan pergerakan, pukul 10malam pada 16 mac 2020 *masuk chapter sejarah ni!*

kawalan pergerakan = semua stay put, jangan ke mana-mana between 18 mac - 31 mac 2020.
kecuali pihak-pihak yang provide service kritikal.
good thing kedai-kedai yang menjual barangan keperluan harian masih dibuka.
kedai makan je la tak buka kot.

so sambung cerita kat speedmart tadi.
ai is pergi rak minyak masak.
huaaa dah kenapa tinggal minyak kacang je woihhh.
minyak masak buruh ada la dalam 5 botol, tu pun saiz yang kecik sikit harga 9ringgit tu.
so sy capai je la sebotol.
nanti tak de pulak minyak masak kat rumah.
lepas tu ambik sabun basuh baju pulak.
lepas tu sabun cuci pinggan pulak.
dah kenapa kebetulan semua barang kat rumah nak habis niiii.
beras je la tak ambik, sebab beras ada lagi.

lepas tu husband kirim indomee.
indomee tak de kat speedmart.
gerak ke pasaraya barakah (ni kedai runcit jual bahan basah kat area dengkil).
situ punnn orang queueeee.
nasib jumpa indomee.
jumpa jugak sos tiram yang dicari tapi tak jumpa kat speedmart tadi.
beli la jugak roti untuk budak-budak ni makan.
nak beli bawang, tinggal yang buruk-buruk.
yang cantik, sikitnyaaaa and kecik.
so tak beli.
nanti-nantilah beli kat pasar.
rupanya bila balik rumah...
bawang putih dah tinggal 3-4 ulas je wehhh tu pun yang halus-halus *faint*
petang ni memang kena ke pasar jugak kita.

kesimpulan, i didn't do panic buying but i also panic see other people panic.
nasib baik kedai bukak lagi hari ni dan hari-hari seterusnya.
harap peniaga tak ambik kesempatanlah naikkan harga barang.

my kindness rules message:

kalau kita tengah beratur kat pasaraya dan beli macam-macam barang,
kalau nampak orang tua, parents with child yang membeli barang sikitttt.
bagilah diorang bayar dulu.
tak luak pun masa tu sebab barang yang kita beli banyak gilee kan.

///

dannnn kenapa dengan masalah tisu habis kat rak?
betul ke semua orang hangkut tisu tandas?
is it non malay? or malay pun terlibat sama?
hanya tertanya-tanya. no prejudice.
ambiklah tapi jangan berlebih.
insyaAllah stok ada lagi tu.
yang tak de, stok face mask je. boo hoo.

stay safe everyone.

Sunday, September 25, 2016

gangguan bekalan air putrajaya

happy sunday.

sunday lah sangat, kejap lagi dah nak tengah malam.. haha.

sekarang ni putrajaya dan kawasan sekitar sedang menghadapi masalah bekalan air.
that's the first time here.
selama ni kalau tempat lain terputus bekalan air, putrajaya macam steady aje. :D

punca masalah bekalan air ni adalah disebabkan loji rawatan air sungai semenyih berhenti beroperasi sementara sebab ada pencemaran bau daripada air sungai semenyih.
one of my ex-colleague said benda ni berpunca daripada kawasan perindustrian hitech semenyih.

yang tinggal di bangi beritahu, dah tadah air, tapi air warna kekuningan dan berbau macam minyak.
yang dah 2 hari mengadap masalah bekalan air di rumah kat putrajaya ni pulak bitau, air ada, tapi tekanan sangat rendah *boleh bayangkan kot sebab tekanan air dalam main toilet rumah kitorang pun forever tekanan rendah. even semasa hari-hari biasa. haha*

dan kitorang-kitorang yang tinggal kat kuarters bertingkat (high rise) ni pulak,
alhamdulillah sehingga sekarang pakai air tangki blok dan masih bertahan.
hari ni kitorang dah tadah air se-tong dan sy dah cuci SEMUA baju kotor, takut air habis tiba-tiba.
*tetiba wani rajin. akaka*

not gonna type long,
just harapkan masalah ni akan berakhir segera.

tak kelakar kot rumah tak de air.

Saturday, November 28, 2015

ini bukan competition

tak faham betul la apsal makin over pulak (kat fb mostly) group mak-mak ni nak pertikaikan tahap kesakitan deliver baby secara normal or caesarean (c-sect = operation).
yang normal dengan 'oh seronok boleh rasa nikmat sakit bersalin normal.'
yang c-sect pulak dengan 'hoi c-sect lagi sakit ok.'
tu belum yang dua-dua pun dia kena 'hey aku atas sakit, bawah sakit. kau ada??'
then sampai ke sudah tak habis-habis.

recently sy ada baca jugak entry dalam blog green apple yang cakap pasal isu ni,
and sy sangat-sangat setuju dengan pendapat dia.
most of her entries, topik apa pun lah,
mostly i can get her points and pandangan sy pun biasanya lebih kurang sama atas isu-isu tu.

ni sebab semalam tang tengah buka fb lah,
adaaa pulak fb friends yang share wall post sorang fb user ni pasal c-sect.
ok la dia kata nak menyedarkan mak-mak pesalin normal (abaikan vocab, saja panggil 'pesalin'.. boleh? hoahaha), supaya tak memandang rendah pesalin c-sect.
sy sedar jugak ada golongan pesalin normal dalam fb yang bangga habis bersalin normal. tak de masalah ko bersalin normal, cuma kalau kita sendiri baca ayat diorang pun rasa nak puke.
'oh indahnya boleh merasa sakit contraction berjam-jam.. yang c-sect tak rasa tu semua.'
walaupun sy deliver normal, tapi sy tidaklah menyokong aktiviti-aktiviti lagha seperti ini. kahkah
mana yang tah apa-apa tu tetap tah apa-apa.
so back to our story;
panjang ok wall post yang sy baca tu.
diceritakan details kesakitan seorang pesalin c-sect (yang tukang tulis tu punya experience la tu).
tang kena bius, tang kena 'lapah' katanya.
tak boleh bersin, tak boleh baring sebarangan. macam-macam la.
ok fine. dia tulis macam tu supaya (again i repeat :P) supaya pesalin normal tak pandang rendah c-sect.
ok baca pulak komen. mostly yang komen tu ramai yang c-sect.
hamboiinya. sy rasa sama je diorang ni 2 kali 5.
marahkan orang bersalin normal bangga-bangga sakit normal,
yang c-sect pun samaa menegakkan fakta yang diorang lah lagi sakit. compare ok. COMPARE. jahitan lagi panjang la, sakit sepanjang zaman la. watdehell.
so apa motif nak cerita kesakitan-kesakitan yang diorang tanggung? nak bagi kesedaran kat semua?
rasa kalau diorang ni dapat deliver normal sekalipun instead of c-sect, jadi benda yang sama jugakk. bangga-bangga jugak pasal bersalin dia yang paling sakit di alam semesta.
aiyo. sape lagi sakit pun nak jadikan pertandingan ke?
pening aku macam ni. hahaha

truth is, apa cara pun deliver baby,
yang penting semua ok, semua selamat, semua happy.
dah. tu je pun.
sy tak kisahlah ko deliver normal ke c-sect ke.
ko hidup sihat walafiat tu dah kira nikmat lah tu.
perasan tak kalau kita deliver baby, tetiba akan ada (kalau tak banyak pun, sikit la) yang tanya.. 'bersalin normal ke operate?'
like apa relevance nak tanya kekdah bersalin? dia nak tolong bagi tips ke? macam tak de pulak. sekadar berbasa-basi? ok lah basa-basi lah kamu.
see. of how sesetengah orang terasa pentingnya sangat nak comparekan kaedah bersalin masing-masing and tahap endurance masing-masing menahan kesakitan. padahal tak perlu pun tu. lolx
setiap ibu yang go through the pregnancy experience; be it our mothers, our friends, siapa-siapa la pun, harus diraikan.
tak perlu gaduh-gaduh siapa paling sakit.
kadang rasa kelakar nak tergelak pun ada.

tu belum masuk bab breastfeed (bf) lagi.
hahaa don't get me start on that.
macam berdosa sangat kalau tak fully breastfeed or if totally guna formula milk.
tak semua, but yang fully bf ada pride sendiri. dia fully, jadi kalau boleh nak semua orang pun fully macam dia. kalau tak sama macam dia tu yang jadi 'berdosa'. lolx

hai macam-macam lah.
yes actually macam-macam perangai boleh jumpa kat fb and alam nyata ni.
patutnya endurance yang perlu ada dalam cerita ni is not about bragging siapa lagi sakit siapa lagi hebat dalam arena motherhood,
tapi endurance nak melayankan perangai sorang-sorang yang kita akan jumpa macam ni lah. hahaha

ok. till then! :)


Tuesday, October 27, 2015

stigma

assalamualaikum, morning everyone!
hari ni ambik cuti sebab nak rest kat rumah.
most of the time memang rasa nak baring je ni haha
tapi tak de la baring je selalu nanti lemau pulak.
cuma rasa tekanan kat bawah kalau duduk lama.
ended up asyik ke toilet je kita :P

tapi hari ni tak de la nak cerita pasal tu.
baru-baru ni ada terperasan pasal kartun kat fb.
kartun-kartun kat page pelukis ni mostly pasal stigma masyarakat la.
topik yang dah dibincang berkurun lama pun;
of masyarakat jangan nak menyibuk tanya soalan tak de jawapan, macam..
bila nak kahwin, bila nak ada anak, bila nak tambah anak etc etc.
as it will mengundang kemurungan dan kesentipan kepada pihak berkenaan.

for me, isu ni memang dah lama la.
and it should be evolved.
maksudnya generasi sekarang tak payah dah nak rasa sensitif kemain bila orang tanya.
soalan-soalan tu shouldn't affect you majorly.
don't let it get into your brain. take it lightly. nanti kau sendiri yang merana sebab stress.
orang yang tanya tu tak de apa-apa pun. kan.
(basic survival guide)

sy bukanlah jenis orang yang bertanya soalan-soalan macam tu, *as banyak lagi soalan penting atau menyeronokkan yang boleh sy tanya haha*
even pernah tergolong pun dalam group yang selalu ditanya.
ye lah zaman single dulu maunya tak de orang tanya "bila lagi bila lagi", "dah ada boyfriend ke?", "bila nak dapat kad?"etc.
tapi entahlah, tak ambik port pun, malah buat benda tu joke lagi. haha
for these single group of people, pergi ke weddings la yang paling menyampah sebab nanti mesti makcik pakcik tanya soalan tu kan.
(jangankan makcik pakcik, tang dulu sy pergi wedding kawan, kawan sebaya jugak yang tanya soalan macam tu. see, tak mengira usia ya! hahaha)
tapi sy suka ke wedding. sebab meriah, gembira, makanan kenduri yang lazat dan boleh cuci mata. rofl.
janganlah kita ke wedding dengan berfikiran stress "alahhh mesti orang tanya nanti 'ko bila lagi'.." memang la ended up nanti benda tu je yang dalam fikiran kita.. last-last tak enjoy langsung kat wedding tu. makan ayam masak merah lazat pun serupa telan pasir je rasa.
maksudnya sini, it's all within ourselves.
kita tak boleh nak halang masyarakat 'rajin bertanya' ni.. tak boleh nak ubah diorang pun.
(lagi tua lagi susah nak ubah. tapi harapan tu masih ada gahaha)
yang boleh kita ubah adalah perspektif dan responds kita terhadap pertanyaan diorang.
kita sendiri yang akan buat diri kita happy, not anyone else.

soalan pasal bila nak ada anak tu lagi la sentip kan.
sebab dan-dan and sah-sah tak de jawapan.
kita hanya merancang, Allah yang menentukan.
mananya sy tak pernah kena tanya soalan macam tu.
sesiapa pun, baru seminggu kahwin pun orang dah tanya. (gile betul orang ni lolx)
and sy pun bukanlah kahwin-kahwin terus conceive baby. tak ye.
dalam 8 months kot baru dapat news yang pregnant.
tu pun sepanjang 8 months tu ada yang dok menanya.
amboih tak sabar korang ye bagi chan la kami honeymoon dulu. ahaha
so i can imagine.
tu 8 months. kalau yang dah bertahun?
memang mengundang stress kat depa. tapi if couple jenis tak kisah, sebenarnya tak de apa pun.
may be ada yang memang plan nak honey moon lama sikit baru nak conceive. suka hati diorang la kan.
tak yah ambil port sangat. yang penting along the way, yang mana nak anak cepat, diorang dah berusaha. and nanti tau-tau je akan buat surprise kat orang yang rajin bertanya tu.
(dah rajin tanya, tapi kalau tak datang majlis aqiqah... awas! hahaha)

berbalik kepada kartun kita tadi.
memang betul la pasal stigma masyarakat tu.
tapi sy juga nampak yang pelukis tu is a bit defensive.
sampaikan dia cakap dia tak de hajat nak kahwin pun or even ada anak.
siap ada kartun pasal watak perempuan ni dapat baby, tapi dia bagi baby dia kat orang yang asyik tanya dia bila nak ada anak. watak tu cakap dia tak nak anak tu tapi dah orang asyik tanya.. "nah kau ambiklah anak ni, jaga. kau yang nak sangat kan!" dark humor may be.
fine la pilihan hidup masing-masing.
may be she's still young, it's not her priority.
or may be dia malas nak entertain pertanyaan orang with those cliché questions.
tapi sampaikan justify tak nak kahwin sebab better daripada dapat abusive husband, rumah tangga tunggang-langgang dll.
wahh mana ada orang yang kahwin berharapkan kahwin dengan orang yang abusive? atau kahwin untuk harapkan marriage tu tak bertahan lama?
tak boleh ke banding dengan perkara yang baik sikit?
kalau macam tu la pemikiran, memang sampai ke sudah pun negativity aje la.
itu je la yang sy kesal tentang pendirian pelukis tu.
ni bukan kempen suruh orang kahwin ke apa ye.
tapi please open up and tengok la apa saja benda dari sudut positif.

on the other side, as a person, as a friend, as a family member,
we should support everyone we know.
be gentle dan janganlah asakkan soalan-soalan macam tu.
walau macam mana tak ambik port pun seseorang tu,
dah kalau 3juta kali ko tanya dia soalan annoying yang sama,
haruslah dia block ko daripada friendlist dia. hahaha
dan ingatlah setiap orang tu ada kelebihan masing-masing and may be lebih mulia di sisi Allah berbanding kita.
so if there's a good news, it will come to you yourself.
tak yah nak tunggu orang tanya.
peace :)

Thursday, October 22, 2015

thursday.

happy thursday, guys!

masuk hari ni dah 4 hari berturut sekolah tutup (sebab jerebu) bahaha.
yet again ada je yang bermain di luar tanpa jemu.
orang yang sering berjogging tiap pagi di kawasan kuarters kitorang, tetap berjogging.
yang main futsal at night, tetap berfutsal.
budak-budak still main kat taman.
life goes on katanya. despite of. lolx

hari tu husband and i, kitorang lalu kat jalan ni..
di mana dah banyak pasang bunting pasal rumah yang kitorang pergi tengok hari tu.
i asked husband, bukan ke hari tu dah almost sold out rumah-rumahnya.
ni siap pasang iklan besar-besaran lagi.
husband kata may be sebab yang book rumah tu tak dapat nak beli sebab bank tak approve loan etc.
dia pun macam regret sebab tak sempat nak book haritu.
so i told him, why not try contact balik orang tu and tanya dia ada lagi tak available units.
tapi by now prolly dah mahal sikit la.

pedulikan nasihat daripada pakar-pakar ekonomi hidup.
katanya awal-awal sewa je rumah kecik.
or beli yang kecik, murah, asalkan ada pelaburan rumah.
later baru beli rumah yang diidamkan.
apakah, beli rumah tingkat-tingkat yang tinggi tu ke?
aaaa.. tak kot.
kita semua ada dream, or dream home.
and kitorang tak de plan nak beli rumah tingkat-tingkat harga dekat setengah juta tapi keciknya ya hamat.
plus we're not that young, nak fikir beli rumah kecik dulu, or menyewa rumah kecik.
dah tua esok baru beli landed ke apa.
time bila nak belinya tu?
(walaupun sekarang ni duduk kuarters. rela lagi duduk kuarters sebab dekat dengan ofis. lolx)

apapun sy ikut je husband.. dia yang nak membelinya kan haha.
ok sharing, tapi sy percaya yang dia memang tamao beli rumah tingkat :'DD
alangkan yang landed ni pun dia nak corner lot
(corner lot susah sikit la, biasa sold out cepat atau sangat mahal).
so bolehlah degrade daripada corner to intermediate pun tak pee.
asalkan tak high rise akaka

sekarang disenaraikan cons duduk rumah bertingkat. untuk sy, pengalaman duduk kat kuarters la :


  1. tekanan air super low semasa waktu puncak semorang tengah mandi (HAHAHA) - biasanya kena kat bilik air dalam master bedroom. bilik air kat luar laju sikit airnya. nak berak, better ko berak kat bilik air luar. hahaha *tersedak*
  2. lif yang ada pasang surutnya - kadang lepas hujan kena short, lif tu bengong. tak nak berhenti la, tak nak turun certain tingkat la. ikut main suka dia je.
  3. berebut parking - itu biasa.
  4. lif berbau sampah, tungkik dan seangkatan dengannya. - kadang berjejeran air sampah ewwww. bau ikan la apa. stress makcik.
  5. tiada laman kepada pencinta cucuk tanam atau yang suka main badminton dengan angin.

of course ada jugak kebaikannya macam dekat dengan ofis, ruang yang senang nak manage sebab tak besar sangat (senang nak vakum menyapu, tu pun seringkali malas), nyamuk dan serangga kurang (dulu tak de langsung sebab tinggi kan, tapi now sikit demi sikit diorang dah bermastautin. aaa stress lagi. diorang naik lif ke?!).. but again, nothing beats living in a landed home.
apatah lagi kalau orang tua, memang suka rumah atas tanah (one day i'll be tua too. so). takkan nak sambut raya dengan family berhimpit dalam kondo, apartment, kan. tapi apa jua keadaan rumah kami ketika tua esok, kami redha. ekeke

so what type of housing yang korang suka?
rasanya anak-anak muda tak kisah pun duduk kat studio apartment ke apa. kalau sy singleton pun sy prefer duduk rumah kecil macam tu. as to say, senang nak manage. tapi how about a family?

selamat mencari rumah, semua.

Tuesday, October 13, 2015

flash news : harga tol naik dan yuran taska tak naik

selamat hari selasa semua.
esok dah maal hijrah, jangan lupa baca doa akhir tahun and awal tahun. :D

jarang cerita pasal isu semasa kan.
sebab adakah wani e ni sorang yang ignorant? ahahah
tak lah, cuma malas nak bincang sangat sebab kat newspaper, social media banyak dah.
but this time kita masukkan jugak lah perubahan kadar tol yang akan bermula tak lama lagi (15.10)







banyak jugak tu naik kadar tol.
sy tak de terkesan sangat sebab memang duduk dalam putrajaya, kerja kat putrajaya.
sama macam dulu kerja kat terengganu. tak de tol. rumah dekat dengan ofis.
tapi yang terkesan tu adalah siapa-siapa yang tinggal jauh dari ofis and hari-hari ulang-alik lalu tol.
kalau sebelum ni dok shah alam, kerja putrajaya.. lalu jugaklah ELITE highway tu.
everyday ulang-alik RM7+ jugaklah haha *menangis*
tapi ELITE tak naik kan.
mau pengsan berjemaah kalau naik. sebab memang dah sedia mahal.

bila tengokkan fb posts orang lain,
memang tensi habis semorang bila kadar tol naik.
siap ada yang tak nak keluar rumah, yang nak lalu jalan lain (jauh) etc etc.
tu belum cerita yang upkan gambar manifesto BN suatu masa dulu untuk kurangkan kadar tol. lolx
macam-macam.

KKR pun ada keluarkan press release (malas nak tepek) berkenaan isu ni.
katanya hanya melibatkan lebuh raya dalam bandar dan tidak melibatkan antara bandar.
one more, kadar tol bagi bas kekal untuk  galakkan penggunaan pengangkutan awam.

have no problem with public transportation,
cuma kalau kemudahan tu efisien, rasanya memang orang tak naik kereta dah.
commute dengan public transport je hari-hari.

sy dulu pun pengguna public transport tegar. haha
time student la.
tu sebab ada interconnection antara tempat yang sy nak pergi.
so senang.
then dah terbiasa naik public.
dah biasa jalan jauh nak ke bus stop.
dah biasa tunggu bas lama.
kalau bas tak de langsung (ni yang tak efisien tu!) kalau emergency, ambik cab.
abes dah tu kalau orang tak biasa?
maunya dia nak naik public transport.
maunya dia jalan jauh.
lagi-lagi bas yang katanya ramai warga asing (fobia ke apa ai tak tau manusia ini)
so may be LRT MRT monorail semua tu boleh membantu.
cumanya kena efisien and interconnected. tu je la.

so far putrajaya punya kemudahan bas memang tip top.
50sen je tiket.
siapa yang rajin menunggu bas tu bolehlah naik bas ke tempat kerja dalam putrajaya.
kesian yang rumah jauh tu la. yang drive lalu tol.
tak pasal-pasal emosi lebih sebab harga semuanya naik. tabahlah ye.

//

ok habis kisah kenaikan kadar tol!

now satu lagi isu yang heboh diperkatakan baru-baru ni. huahahaaa *disertai kesedihan tak bertepi --- kononnya* :P

tetiba ada orang up gambar ni;
kenaikan kadar yuran taska untuk bayi tahun 2016.
oleh persatuan tadika and taska tak silapnya.

mau semua ibu bapa tak melompat tengok kadar macam ni.
lebih ramai yang tak setuju la daripada setuju.

kalau nak compare sekarang,
taska ariana la sebagai contoh. swasta. standard putrajaya (even tempat lain ada lagi mahal sampai RM500 pun ada)
tapi yang ni kira average la ye.
tahun lepas yuran baby RM350 sebulan.
tahun ni naik RM450 untuk baby sampai before 2 tahun.
yang 2 tahun ke atas, RM350.
OT lepas pukul 6 petang, tak silap RM6 setengah jam.

kalau kat taska kerajaan kat ofis ni RM300 je seorang, tak kira baby atau toddler.
cuma tu la, queuenya panjang.
walaupun taska macam hotel dah nampak. lawaaaa *mata ada bentuk love love* :D

bayangkan la kalau yuran naik sampai RM600-RM1,000..
bagi parents yang hidupnya and gajinya sederhana saja,
duit gaji bulan-bulan buat bayar yuran anak je.
and if every year naik naik,
dah ntah bila ibu bapa tu nak meningkatkan taraf hidup and kuasa membeli diorang?
sama je la macam tu.
lepas tu ada pulak bagi komen 'membina';
"mak-mak berhenti kerja je, jaga anak kat rumah."
yang komen and bagi idea tu, SAHM la kot.
if only semudah yang dikata. haha
ai is tak de nak condemn SAHM, cuma harap dapat bagi cadangan yang lebih kritis pada masa akan datang ye.
awak dah selesa macam tu, awak harap semua orang sama macam awak.
tak ye.
yang kerja, yang jadi suri rumah, dua-dua ada tanggungjawab and peranan masing-masing. and priorities masing-masing.
kalau semua mudah and pilihan mudah, semua ibu-ibu pun nak quit their job and dok rumah jaga anak ok.
tapi may be ada tanggungan and expenses yang perlu difikirkan secara realistik.

lepas tu,
menteri PWKM dah keluar statement mengatakan TIADA KENAIKAN YURAN TASKA/TADIKA untuk bayi seperti yang dihebah-hebahkan.
yezza.
jangan nak jadi kapitalis naikkan semua fees atau harga sesuka hati ye.
kesian kat pengguna.

so parents semua bolehlah bertenang seketika. hahaha

oklah nanti sambung lagi.
toodles!

Tuesday, October 06, 2015

jalan raya yang men-stressful-kan



everyday kalau lalu presint 15 hantar/ambik ariana kat taska, mesti nampak building ni kat tepi jalan.
dwiputra residence.
harga setengah juta seunit.
tau je la jalan kat p15 ni kalau peak hour dia macam mana.
yang dari bangi semua lalu situ untuk ke pejabat.
kalau keluar lambat sikit, alamatnya sesak berjemaah la ko kat sana.

ni dah dapat bayang kalau esok dwiputra residence ni siap,
tahap jam dia mesti menyakitkan hati.
ye lah jalan mana lagi diorang nak pakai selain main road tu.

alangkan yang kat lot-lot kedai presint diplomatik tu pun sedia ada jam sebab ramai pi mydin (kebanyakannya) and kedai-kedai lain.
depan mydin tu memang orang parking berlapis-lapis,
sebab parking terbuka kat belakang mydin dah diambil untuk buat pembangunan lot-lot kedai baru.
ha tu satu lagi.
parking tak de, tapi ada hati sambung projek buat lot-lot kedai baru. aaaaaaaaa.
sy bukan planner, tapi macam mana orang yang plan ni boleh buat kedai la, rumah apartment bertingkat-tingkat tanpa fikir tak de parking atau jalan akan jadi super sesak??
money?

sebab setahu sy,
kawasan p15 dinamakan presint diplomatik sebab menempatkan rumah-rumah untuk diplomat.
syarat pembangunan kat situ tak boleh ada bangunan yang tinggi sangat,
supaya pemandangan clear, tak terhalang oleh bangunan tinggi.
ni tiba-tiba ehh ada dwiputra pulak.
lepas tu kawasan kedai jadi bertambah tapi entah mana nak letak parking.
(fyi taska ariana kat dalam kawasan lot-lot kedai tu ye).
petang kalau ambik ariana, parking kat area taska dia tu penuh walaupun kawasan tu boleh kata lot kedai yang terpencil.
sebab even ada yang nak shopping kat mydin pun parking situ (dah, kat mydin tak de parking!).. then diorang berjalan kaki ke mydin.
susah sikit la parents nak bawak budak kecik melintas jalan semua jauh-jauh sebab parking penuh.
ni if kedai bertambah dan lot parking tak banyak, lagi teruklah agaknya jalan nak masuk ke taska tu.
huaaaaaaa.
sometimes development sucks big time kalau planning dia ntah macam mana.

sama je la kat mana-mana pun.
nak bina apartment, kondo.
tak de fikir jalan akan jadi semakin jam.
public transport pulak jauh.
yang dia tau, dia buat kondo, siap dengan parking semua cukup untuk residence.
yang menambah kenderaan kat jalan tu tak fikir pulak.
aaaaa geram.


ni on the way nak ambik ariana kat taska. nampak dwiputra ni je somehow rasa geram. ahahaaa boleh macam tu? :P

mana tak untung.
memang untung besar, wohh.
kalau bangunan tinggi, berblok-blok.
satu unit je dah setengah juta.
ko bina mencapai langit, bukan landed. memanglah untung besar.

ai is sakit hati sebab tak nak la jalan putrajaya ni jadi macam KL.
orang nak dok tenang-tenang sini.
tapi peak hour memang tak la.
sebab orang sini semua mostly kerja kerajaan, semua keluar kerja balik kerja serentak.
kalau keluar lambat sikit je, alamat jam teruklah.
so kena keluar awal.

lepas tu time peak hour ramai yang bawak gila-gila ntah apa dia kejar.
punch card kot. haha
especially pagi la.
kalau keluar awal memang tenang.
tapi kalau kita kat atas jalan dalam 10 minit before masa untuk punch card,
merasalah jumpa kereta-kereta gila ni. hahaha
*pening*

tu je la dapat mengadu nasib kat blog. lolx
ni la kesan pembangunan terlampau padat.
bukan kat sini je, rasanya kat bandar-bandar besar lain pun semuanya sama.
tabahlah.

bye!!

Tuesday, June 23, 2015

panggilan telefon

biasa kan orang call nak promote macam-macam via phone.
ni baru-baru ni dapat dua panggilan;
satu nak promote prudential (insurans).
satu lagi nak promote upgrading TM unifi.

sy memang tak faham kenapa yang tukang call tu kalau kita dah kata tak nak, dia tetap nak tanya "KENAPA?"
i mean usaha dan kesungguhan dia tu memang la harus dipuji.
tapi agak annoying la pulak.
ko promote barang/service, orang dah tak nak, tetap nak mintak orang tu justify.
ini bukan benda wajib kan.
kalau orang tak nak tu maknanya tak nak la.

yang jual insurans kalau kita dah kata tak nak.
"kenapa?"
"sebab sy dah ada insurans' plan lain." (dah bagi jawapan ni)
"boleh sy tau cik pakai insurans apa?"
sy memang tak nak jawablah ni sebab for sure diorang akan menceritakan keburukan insurans yang kita dah ambik tu.
ingat senang-senang ke nak terminate insurans sedia ada then nak ambik pulak insurans ko?
affect nilai insurans kita by time, ok!
ingat macam beli kasut agaknya boleh tukar-tukar macam tu je.

yang unifi ni dah 2x kot call. orang berlainan.
dah kita cakap tak nak upgrade (kena tambah lagi RM20 dan dapat speed lagi laju)
"kenapa?"
"sebab sy bukan pakai berat sangat pun internet ni. sy pakai biasa-biasa je." (means i tak download yang heavy-heavy.. tak perlu kot nak upgrade bagai)
lagipun hari biasa kita kerja kan. pakai wifi kat ofis. yang kat rumah tu malam je guna.
"tapi cik, satu hari nanti cik kena upgrade jugak. time tu cik tak akan dapat dah harga macam ni. rugi cik."
"maksud awak, nanti plan vip 5 ni dah tak de ke and ada vip 10 je?" (dia suh upgrade ke vip 10)
"tak cik. tapi pengguna semakin ramai. nanti line internet cik akan semakin slow. nak tak nak cik kena upgrade jugak nanti." (pandai-pandai je mamat ni)
"oo kalau macam tu tak pe la sy tak berminat."
still jugak dia nak pertahankan nanti line akan slow dan kena upgrade jugak.
adoii.
ko tau tak walaupun extra charge tu tambah RM20 sebulan je, itu dah menambah bil bulanan sedia ada.
banyak benda lagi nak guna untuk belanja weh selain nak internet laju sangat.
kalau sy kerja IT ke perisik ke nak connection laju-laju ni make sense la.
ni pakai pun waktu malam je on normal days.
nanti rugi sebab tak guna sangat tapi kena bayar lebih.
ngerti?
lepas sy dah cakap banyak kali tak nak tu, akhirnya tanpa ucap terima kasih ke apa terus dia "ok" and hung up phone.
tengok tu.
mentang-mentang kita tak nak.
hilang terus budi bahasa.
aiyo. nasib baik i tak upgrade.
kang sia-sia je bagi komisyen kat orang macam tu. lolx

apapun jangan nak terus grab promo-promo via phone ni.
anything, kena check dulu.
takut kena tipu atau tak menyebelahi kita sebagai pengguna.
aight.
jadilah pengguna bijak.

till then.

Tuesday, August 12, 2014

kotboi

haha tajuk tu.. terbalikkan je lah.
and that's what i'm gonna write today.

hari tu lalu depan mc d,
foh terkejut kau,
memang kosong.
ni bukan sebarang mc d.
ni mc d alamanda yang forever beratur tu ok.
rasa awkward la pulak bila nampak kosong macam tu. HAHA

so korang macam mana?
terlibat dalam gerakan boikot memboikot ni ke?

as untuk sy,
sy memang dah lama tak makan mc d.
bukan sebab boikot pun asalnya,
sebab tak rasa nak makan je. lolx
sticker kereta mc d pun sy ada.
cuma dah cabut sebab tak support tindakan keganasan.
ada lagi sticker tu dalam dashboard.. weewee

but bila tengok list produk barangan yang support isra*el hampeh tu,
ya Allah punyalah banyak!

antara barang yang sy selalu pakai pun..

banyak barang baby beli yang ni.. J&J.


maggi woiiii sedap woiiii

kadang baca kat internet ni,
diorang cakap
kalau makan makanan daripada pengeluar yang support isra*el ngokngek,
sama la macam ko beli peluru la apa.
waaa tak de pun kita nak beli peluru masa makan maggi weyyy

in fact kat dapur tu ada lagi 3 paket maggi kari.
lepas ni tak tau kehidupan tak de maggi. hihi
i mean untuk perisa kari la. ada ke brand lain yang sesedap maggi kari?
kalau tomyam tu memang beli ruski. ruski best!
kotex. guu.

memang pengguna kotex forever ever ok.
haha
tapi hari tu pergi kedai, try beli libresse pulak.
mana la tau ok.


wahh KFC pun?!!
tak sy tak de boikot KFC pun.
few times jugak la makan KFC.
cuma sebab jarang makan fast food sangat sekarang ni.
banyak masak kat rumah je atau beli makanan tempatan haha
sy prefer KFC la daripada mc d dari segi kesihatan.
makanan KFC ni nampak macam lagi healthy daripada mc d.
ko tengok ayam goreng pun dah cukup.
mc d punya ayam kaler oren terang ok.
(tapi sedap jugak. kehkeh)
tapi KFC nampaknya setakat ni ada pelanggan lagi.



make ups.
jarang bermake up,
tapi bila beli barang make up tu
biasanya maybelline dengan revlon je.
rupanya dua-dua ni pun belahkan si isra*el.
hailaa banyak jugak rupanya barang yang bagi sumber kewangan untuk peperangan ni. tah apa-apa tah kan.


but nak ikutkan,
banyak lagi.
ko nak boikot semua tak terkejar.
jadi kalau nak, silalah ambik pendekatan tun m tahun 1981;
boikot selagi boleh, tapi kalau penting sangat baru beli.
(yang boikot 1981 ni sy baru tau pagi tadi, kawan sy share newspaper cutting tun m boikot british sebab british sekat ekonomi malaysia. and boikot ni berjaya!)

sy tak de nak declare yang sy boikot barang-barang semua ni apa.
masih pakai fb,
masih guna komputer dengan processor intel,
masih makan kuih cornflakes...

cumanya walaupun sy tak boikot gila-gila macam sesetengah orang tu,
sy support keamanan dunia.
as untuk produk-produk di atas yang sy pakai,
kalau rasa keperluan, sy akan beli.
kalau tak, sy cari substitute je. hihi

cumanya sy nak tengok la boikot kat mc d ni forever ever ke
atau bermusim je macam dulu.
lepas beberapa weeks or months,
mc d penuh balik. same as starbucks, coke, pepsi semua.

makan mc d atau tak,
yang pentingnya jihad ni ada macam-macam bentuk.
ko boleh pilih bentuk apa yang ko nak.
tiada paksaan di situ.
and teruskan prayer untuk sedara Islam kita di seluruh dunia.

world peace.

Saturday, April 12, 2014

tudung stuff

dari semalam lagi bila baca timeline twitter,
ramai bercerita tentang tudung.
ingatkan pasal isu celeb buat statement kurang bijak kat tv pasal pemakaian tudung (ye berlaku semalam. lolx)
katanya jaga solat tu lebih penting.
ye. jaga solat. pakai tudung. pandai betul menyimpang cerita. haha

just ignore it.
statements macam tu selalu ada.
bila tanya soalan pasal tu kat celeb,
macam-macam jawapan keluar.
quite an entertainment,
tapi tah apa-apa tah jawapan depa.
baik diam je kan daripada cakap bukan-bukan.

rupanya kat twitter (or mana-mana media) sibuk bercerita tentang tudung..
hari ni baru sy tau cerita sebenar. HAHA ketinggalan sungguh.
sebab hari ni bukak facebook and terbaca.
pasal isu pemilik tudung fareeda yang superfamous *paling famous adalah layered tudung diorang*,
bila ada rampasan dibuat kat penjual-penjual tudung yang jual tudung sama pattern dengan fareeda.
so ada yang tanya kenapa nak rampas, tutup periuk nasi orang lain.
then ada pembeli yang cadangkan supaya fareeda turunkan harga tudung.
so kat facebook fareeda pun jawablah yang harga tudung takkan diturunkan. sila tengok kemampuan diri. (sebenarnya bukan pemilik yang reply pun, biasanya page ni ada admins yang replykan).
then semua orang dah salah faham ingatkan pemilik ni keluar statement angkuh sebab cakap macam tu.

the three layered tudung.

kalau the boys;
diorang selalu cakap tak faham kenapa perempuan suka beli belah tudung sampai beratus-ratus.
dan ye, tudung fareeda memang harga ratus-ratus.
tapi kualiti puas hati la kan.
sy bukanlah pembeli atau peminat tudung fareeda.
sy kalau tengok tudung harga RM79 pun dah terkejut.
i owned tudung from everywhere. pasar malam, kedai-kedai biasa, booths..
tudung fareeda ada la sehelai. itu pun mama hadiahkan :) *thanks, mama!*

point is,
kalau harga tudung fareeda ratus-ratus,
fahamilah yang target customers diorang adalah daripada golongan yang mampu beli ratus-ratus.
jenama yang hi-end.
macam chanel, LV semua tu la contohnya.
so sekarang tudung pun ada yang macam tu.
nak beli ke tak, pilihan masing-masing.
ikut kemampuan ke tak, pun masing-masing.
kalau ada yang sanggup buat OT kumpul duit nak beli tudung mahal, sila lah.
yang sanggup cut off bajet makan sebab berazam nak pakai tudung berkualiti + selesa + mahal, pun sila.
bab rampasan tudung,
tak boleh nak kata apa kalau fareeda dah dipatenkan.
bila dah ada hak paten, ketahuilah bahawa sebarang bentuk peniruan boleh didakwa.
they might pay some amount of money untuk patenkan produk diorang.
tu yang bila ada pihak lain tiru, tindakan terpaksa diambil.
sy bukan sokong diorang,
cuma kena faham konsep IP (intellectual property).
mungkin tak nampak dengan mata kasar IP ni.
tapi bila ada peniruan, sama la juga kekdahnya macam mencuri. kena diambil tindakan.
jadi kalau yang ngamuk-ngamuk kat media sosial mempersoalkan kenapa rampas tudung, kenapa tudung mahal sangat, kenapa page pemilik fareeda cakap sila ikut kemampuan..
tak payahlah nak mengamuk sangat.
banyak lagi benda penting boleh diamukkan. lolx

meanwhile, ada alternatif untuk yang nak tudung murah.
contohnya tudung cotton jenama kangaroo masih ada yang berharga RM5.
cantik pun cantik.
siap dual tone lagi. ;)

end.