Showing posts with label husband. Show all posts
Showing posts with label husband. Show all posts

Friday, January 03, 2025

Hari konvokesyen isz

Assalamualaikum & hey, awesome people!! :D


Seperti biasa, kita akan recap event-event 2024 yang belum diupload.

26 Nov 2024, selasa, hari konvokesyen Isz. ๐ŸŽ“
Isz tu sapa? Yoshh husb ai la, sapa lagi ๐Ÿ˜‚
Tahun2 lepas (2023-2024) husb ambik masters Sains Pembangunan.
Tesis dia.. pasal homestay kat Cameron highlands. Menarik kan.
So lepas belajar, husb lapor diri masuk kerja balik around Feb 2024.

Ni bulan nov baru konvo nya.
So being a supportive family member,
Apa jugak event family, sy akan cuba la ambik cuti/menghadirkan diri.
And I did.

Konvonya sesi pagi, so pagi-pagi buta tu la dengan jalan jemnya,
kitorang gerak ke UKM.

The kiddos pergi sekolah macam biasa,
So mintak tolong jiran la, tumpang tunggu van sekolah kat rumah jiran.
Sebab kitorang gerak around 6.30 pagi macam tu.


Muka masing-masing fresh lagi, awal pagi katakan. hahah



Sebelum majlis mula, kita snap gambar siap-siap.
Ada pulak Encik yang baik hati tolong volunteer snapkan gambar *tq!*



Disebabkan jubah fakulti diorg warna hijau,
Jadinya sy pun pakai la hijau, nak bagi sedondon tu *macam raya pulak.. ahaks*
Tempah bunga pun kena kertas yang compliment warna hijau.
In this case, sy pilih warna brown sikit. Florist tu jugak yang suggest warna terbabit..  hahaha.

Selebihnya, tengok je la gambar-gambar kat bawah ni.







Lepas tu, petugas panggil penerima semua untuk beratur.
Yang tetamu-tetamu macam sy dah boleh masuk dewan.
Nak masuk, bunga kena tinggal luar.
So banyaklah bouquets kat tepi-tepi dinding situ.
Kita tawakal je la letak, tapi sorok sikit bawah meja. haha




Alhamdulillah, walaupun masuk lambat sikit,
Dapat la jugak seat belah-belah tepi atas.
Seats tepi-tepi tu bertangga macam kat auditorium, jadi memang nampak semua la.

Spot Mr. Isz.






Ni time ambik skrol daripada nasib canselor.






Nak dekat-dekat tengah hari, selesailah sudah majlis konvo sesi pagi.


Congrats & happy grad!!



Teringat time study dulu, diorg banyak kelas online. Lepas tu husb selalu kena gi library UKM. Drive pergi pahang untuk interview tesis. So ni la hasilnya selepas setahun. Alhamdulillah.





Oh, lupa nak cakap.
Kitorang ke dewan konvo tu naik bas.
Parking tempat lain.
So balik pun naik bas la.
Sempat singgah kat jualan konvo.
Ada makanan, bunga semua la.
Tetiba teringat kat UPM dulu meriah, ada bukit ekspo.
Skang masih ada lagi, kan?

Balik tu lapar.
Ikut yang diraikan, nak makan ala2 steak.
So kita ke Jahhet Bangi. Mari belanja orang baru lepas konvo.. haha.




Ni yang sy makan, vege sungguh la. lolx

 

Ok tu lah kisah sy ke UKM.
Happy grad buat husbandku!! ๐ŸŽ“

Monday, October 28, 2024

Isz's 39th birthday


Assalamualaikum and hi! :)

Kembali lagi kita di blog ni,
Selepas  hampir 4 bulan berlalu.. yah haha.

Kali ni sy nak mereport tentang birthday hubster,
tak lain tak bukan, Mr. Isz.
So memandangkan kami masing-masing tak berapa nak muda,
celebration kita pun yang simple-simple je, janji best.

Nampak ha, kek pun atas bekas keropok kita letak ๐Ÿ˜
Function ye bekas keropok ni.
(Lukisan kat belakang tu Ariana yang lukis)



Tema kek kali ni ialah langit nan biru di malam hari.. aicewah.
Bawah tu ombak-ombak di lautan (alam semulajadi sangat).



Keknya sy book kat baker yang biasa buat..
This time choc moist cake. Bento je.. saiz kecik.
Tu pun kitorg berempat makan, tak habis ye.
Adalah kek birthday dah terlalu overrated zaman ni?
Mungkin sy kena gantikan dengan pizza lepas ni :P

Malam tu kita pi makan-makan kat Restoran Malee belah-belah Segi, Tealive Dengkil.
Sebab makan situ sedap je kan,
and dekat je dengan rumah. So let's.
 
Hidangan selebrasi hari lahir yang affordable dan sedap ^^
Birthday boylah belanja. hahaa




Gambar bukti kehadiran ๐Ÿ˜‚




Alhamdulillah.


Didoakan Isz sihat sejahtera, happy dengan kitorang (hahah), happy dengan life, success and berbahagia dunia akhirat. HAPPY BIRTHDAY!! ๐Ÿ’œ
 

Thursday, April 13, 2023

ramadan days

assalamualaikum and hi! :)

ohaha sambungan kisah bulan ni.
macam-macam nak cerita, tapi tak tercapai jari2 nak menaip semua ๐Ÿ˜‚
so kita rangkum la semua gambar setakat yang ada.
masih ada a few photos and cerita queueing up.
ni ada masa free sikit, bolehlah post blog entry.

gambar kenangan team tadarus. ketua tak de time ni, lawatan rasanya.



gambar kenangan jugak, mala is leaving (ke johor).


bulan puasa ni ada tak makan kat luar lepas kat cyber haritu?
jawapannya ye ada. haha
cuma makan kat luar ni, awal-awal ramadan tak kerap sangat.
prefer memasak di rumah.
bazar pun tak jejak awal-awal ni.

kitorang ada la sekali berbuka puasa kat restoran gula & gulai dekat2 area rumah je.
dekat sungguh. haha. senang nak balik rumah lepas tu.


ada ikan siakap woots. ikan siakap 3 rasa dia sedapp.



tomyam pun ok.



kari ke gulai.. kambing 40 hari.



siakap goreng 3 rasa close up.



memang tak ramai orang. ada la 2 family, termasuk kitorang.
lepas2 azan maghrib tu baru datang satu lagi family lain. tenang je kitorang makan.
kira ramadan kali ni memang tenang sungguh la. hihi


sebenarnya may be orang fikir-fikir nak makan dan membeli di luar.
for me, satu sebab harga bahan, food semakin naik.
lepas tu anak-anak baru masuk sekolah. banyak dibelanjakan.
then nak prepare raya, kena menyimpan jugak.
jadinya orang ramai lebih berhati-hati dalam membeli.

ai pun prefer masak and makan kat rumah.
sebabnya, sah2 tak de MSG, atau garam gula berlebihan.
so tak de la dahaga lebih, sakit tekak, sakit perut la macam-macam. haha
cuma sesekali je kita keluar.
ada time tu nak jugak rehat gantung kuali daripada memasak.


haa ni masak sendiri. kari ketam nipah.
sy jual jugak ketam nipah ni.. 1kg, 3 ekor RM40 saja. mur kan. haha
ni tukang jual masak sendiri makan sendiri. memang sedapp.



shah alam's dining table.
berbuka puasa di rumah mama pada 1 april. tido sekali. haha



terawih di masjid ubudiyah seksyen 19 with mama.


masjid ubudiyah ni besar dan luas. alhamdulillah.
jemaah pun ramai. saf dia memanjang.
bila masuk, teringat arwah abah suka ke sini semasa hidupnya.
hari-hari suka ke sini. al-Fatihah untuk abah.

apapun sy prefer surau kecil kami di dengkil.
walau kecil, sejuk dan selesa. hihi


ziarah kubur abah. ni kat seksyen 21, shah alam.







tuah, anaqi, faliq. naik motor naik parking. haha



salah satu menu sahur kami. repeat goreng kwey teow.
mi shabu-shabu goreng. chicken fingers.



menu buka puasa di rumah.
singgang daging, ikan selar beso goreng. ikan rebus goreng tu beli daripada cc aina kat ofis.



ada sekali tu sesaja le try masak nasi beriani express, pakai perencah segera maggi.
eh jadi pulak. senang lagi. hahahaa (nasi je la lembut sangat. terlebih air kot)


al-kisahnya teringin makan sik beriani.
tapi tengok grab, mahalll.
so beli 1 je ayam beriani.
balik rumah, masak nasi sendiri.
goreng ayam berempah jugak.


ayam goreng berempah. serai dengan daun kari daripada pokok kat rumah.



papadom pun goreng sendiri. tu diaa menu special tapi tak dak sayur. haha



disebabkan bulan puasa ni rancak berniaga sesuka-suka (tak de untung besar pun, tapi seronok lebih. haha).. ni time gi hantar daging dendeng kat cik mah di KPKT. cik mah ex-JWP. ceria2 orangnya.



ada sekali tu jugak berbuka luar di restoran 4fingers, d'pulze cyber.
time ni babahnya tak de sebab berbuka di luar. so kitorang pun sama la.
sy pulak cuti puasa, tapi meneman la dak2 ni berbuka. so tak rushing la nak ke masjid/surau lepas tu.



nah tu diaa. tarik cheese tuuu. hahaha

 

setakat hari ni pengalaman berbuka puasa kami, alhamdulillah dalam kategori selesa dan seadanya.

contoh time makan kat d'pulze ni,
kitorang keluar lambat tau haha.
tapi Allah mudahkan perjalanan, lampu hijau di sepanjang perjalanan.
sampai-sampai parking, confirm2 penuh and orang queue cari parking.
tapi kitorang terus dijumpakan dengan parking tu.
betul-betul depan boom gate keluar and dekat dengan pintu mall, terus ke lif, terus ke 4fingers.
bila dapat kemudahan2 macam ni, memang bersyukur sangat.
kita ni macam serba kurang kan, tapi Allah selalu la tolong.
this is just part of the stories.
tapi nak kata syukur sangat tu la.

dah, nanti sambung lagi.
nak pi meeting. haha. byeee.

Monday, February 13, 2023

cuti-cuti di awana resort, genting highlands dan makan di restoran makanan enak

assalamualaikum and hi! :)

rasa nak tepuk bahu sendiri la. hahahahahaa
sebabnya jarang2 dapat update event yang betul2 baru berlangsung ๐Ÿคฃ
biasanya sebelum ni banyak throwback je. kihkih
yelah, musim-musim ni dah tenang sikit.. boleh la update banyak2.
kerja ni pun ada musim sibuk dia, ada musim tenang. now tengah tak sibuk. LOL

fyi 10 feb haritu wedding anniv kitorang (husband dan sy) yang ke-11.
so plan la ke lokasi cuti2 yang berdekatan dan indah permai; i.e genting highlands.

kitorang memang suka pergi GH. pergi sabtu-ahad je, tak payah apply2 cuti tambahan.
time2 bukan waktu puncak ni, tak ramai sangat orang. ok la.
kali ni kitorang menginap di awana resort, genting. *ye, suka duduk area bawah sebab dekat dengan tempat makan*

gerak awal, so sampai GH tengah hari.
since awal lagi nak check in hotel, kitorang lunch dulu kat restoran makanan cina muslim tersedap di GH; restoran makanan enak.
kedai dia ada papan tanda besar warna hijau.
located kat area genting permai, kat deretan lot2 kedai belah2 dalam stesen minyak petron.

sebelum ni memang pernah makan kat makanan enak, hasil baca review orang ramai.
so kitorang repeat lagi ni, sebab memang sangat enak, sangat sedap. wahhaha



order simple je 2 lauk; ayam kam heong (atas) dan ayam marmite (bawah).
marmite tu rasa macam kicap karamel. sedap la, tak pedas langsung. dak2 memang suka la. saya pun suka. ahaha. habis licin pinggan kitorang makan. alhamdulillah.


kalau kam heong tu sebenarnya masakan yang bahannya ada mengandungi udang kering.
so alert dulu kepada yang allergik seafood. nama masakan ayam, tapi ada bahan udang kat dalam.
semua sedap kat sini. korang bolehlah try.

dalam pukul 2 petang tu gerak ke awana resort.
waktu check in pukul 3 petang.
tapi husband cakap, kalau ada bilik kosong, biasanya boleh je masuk awal.
time tu pun bukan waktu puncak, so kitorang dapatlah check in awal. jyeah.


apa2 hal kita bergambar dulu kat cermin besar awana ni :P


apa yang sy suka tentang awana resort ni, bilik dia katil besar.
dah la besar, tinggi, bantal pun empuk gils.

the downside pulak.. yang masih sama adalah parking.
parking yang tersedia di blok bertingkat seberang hotel, bukanlah under hotel management.
jadi ko kena bayar max RM18 sehari/entry. mahal kott.

sekarang ni hotel tengah buat construction depan2 lobi.
jadi ada hoarding (pagar construction) sikit depan tu.
tapi tak ganggu apapun. bunyi pun tak de bising2 ke apa.


bilik kami yang humble. comel, putih, suci, homey, hotelly, dan sebagainya. haha





bilik air dia ada shower, tak de bath tub. kalau nak bath tub, boleh ambik suite.



overall room view. suka pulak ai pakai panoramic view ni. hihi 



siap dapat room survival kit. haha. comelnessss~
dapat soft cookie (rasa macam pistachio, tak terlalu manis, just nice and nuttery. sedap weh).
dapat berus gigi 2 set.


selain tu kitorang jugak dapat tiket cable car percuma. *huntong aa~* ๐Ÿ˜‚
tapi simpan dulu la, sebab tak naik atas pun kali ni.
just nak lepak2 hotel je. tiket free tu valid sampai bulan julai.
maknanya kena repeat datang balik ke camne ni? hahahaa


awana resort mengamalkan sustainability practise.
maknanya jaga alam sekitar, kurangkan penggunaan plastik, tanam pokok2.. macam tu la.
jadi botol air minuman tak de dalam bilik hotel.
yang ada adalah jugs macam ni. boleh masak air, ataupun ambik daripada mesin water cooler di aras G hotel.



dalam bilik air juga, sabun dan syampu tersedia di dalam bekas picit2 macam ni/dispenser.
sy nak puji water heater system dia.. memang pantas tuntas!
ko pusing je sikit, terus suam airnya. kadang tu ada hotel yang berjinggut nak kena menunggu air bertukar suam. haha



kasi selfie satu kali kat cermin bilik air. HAHA



cuaca di genting sejuk2 nyaman. kabus pun ada petang2 ni.



balkoni luar.



pool besar, air tak terlampau sejuk, ada pool kecik ala jacuzzi yang juga lebih suam airnya (tak suam sangat, tapi just nice, sesuai untuk berenang di tempat yang sejuk macam GH).


selebihnya adalah gambar depa2 ni swimming sana sini kat pool. hahah


donat pelampung dia dah kena gigit ๐Ÿ˜‚



ni anaqi dengan kawan pool dia.
2 hari main kat pool, dengan budak ni aje. haha









bahagia weh swimmm. satu jenis terapi jugak daripada kekalutan kerja.



ada tempat lepak2 jugak. baju ai longgar dan sopan ye, tapi tetap nak letak kotak pink.. in case la nampak slim sangat ke apa. kahkahh



kemain chillex lagi dua olang ini. ๐Ÿ˜‚



pool yang luas.. cantik, mode resort *memang ni resort pun HAHA*
ada banyak beanbags jugak kat tepi pool. biasanya muzik 90s dimainkan kat sini. ada la lagu westlife, BSB tu semua. nice~



hahaha anaqi nak gi mana tu ๐Ÿ˜‚



setakat ni banano boleh berenang di air lebih dalam. sy suh dia berenang jugak. hahah



dua budak comel di depan jacuzzi. lolx
slide ditutup buat sementara waktu *alahhhh*



balik2 swim, beli kek pulak diorang.
sy suka la baju pekerja resort ni.. kaler dia.. orange pink. warna vacation ye. and it's kinda like batik *ke memang batik?* lawa la.


so lepas balik pool,
relax2 dalam bilik hotel, bersihkan diri, solat maghrib semua..
lepas tu kitorang sambung pergi dinner kat.. restoran makanan enak lagi ๐Ÿคฃ

ni pilihan husbandku ye yang memang dah jatuh cinta dengan makanan kat sini. HAHA
i'ols ikut je sebab as a foodie, i also recommend this restaurant. makan la 10 kali pun tak pe.
yang jadi isu cuma nanti duit ko terbang melayang sikit la... hahahahaa
sebab satu dish tu dalam rm18-25.. or more. so bajet2 la before mengorder tu ye.


restoran makanan cina muslim, kedai dia simple2 je. yang penting sedapp. dan bersih. bersih tu penting ye. pekerja2 pun baik dan ceria.


restoran ni bila malam,
memang ramai ye umat manusia. penuh ye.
so malam tu kitorang dapat meja kat luar.
satu2nya meja yang tinggal. bahaha
nampak tak kesedapan makanan kat sini. sampai meja semua penuh.


bergambar la segulung dua ๐Ÿคฃ anaqi tu memang aneh2 je bila orang suh bergambar (sila rujuk gambar pertama terlebih dahulu, di atas)



mujurlah anakanda yang ini, ariana tertib bergambar. HAHA



ai pun layankan je dia buat muka macam tu.
bukannya dia tengah sedih ke apa, tapi dia PURPOSELY buat gitu bila ai angkat kamera ye. dasarrr. hahahahaa *buruknya muka kite. layankan je HAHA*



hahahaa bila layankan muka kat atas tadi, baru dia nak senyum.
tau pun mama ko ni adaptive orangnya ๐Ÿคฃ




cangg!! ni yang kami order. 3 lauk;
ikan siakap goreng 3 rasa (RM58 sebab ikan besar), ayam marmite repeat andd terung masak ikan masin. serius sedappp.




3 lauk ni je dengan air, dah seRAT lebih. maknanya tak boleh makan hari2 kat sini ๐Ÿคฃ
tapi sebab kita ni dalam mode celebrative, haa makanlah kalau mampu.
berkira sangat pun nak gi mana ye dok. kihkih


keesokan paginya.. *bunyi burung berciap*

masyaAllah the view!




cantik kan. marilah memuji ciptaan Allah dan keagunganNya.
manusia mana boleh create macam ni. lawaaa ๐Ÿ˜




can't get enough of it ^^ pemandangan ni dari balkoni.


sebenarnya time check in tu, hotel ada tanya..
nak bilik ngadap genting ke, ngadap hutan ke orr ngadap mana ntah satu lagi.. lupa.
so husband cakap nak ngadap hutan. so ni la view hutannya.
bawah tu if tanpa kabus, boleh nampak beberapa kawasan dah gondol ye, bersedia untuk pembangunan.
sedih jugak tengok.
takut nanti lama2 banyak sangat pembangunan, hilang dah kabus yang cantik ni.
jadi panas pulak nanti. harapnya tak lah.


second day kita berenang-renang lagi.. yiehha! ai je dah malas nak berenang, so ai dok tepi edit video :P




anaqi dah freezing hahah




diorang nak main mesin pinball ni, tapi tengah nak repair pulak.




bergambar kenang-kenangan di lobi sebelum naik ke bilik.
sambil tunggu babahnya beli kek lagi. makan kek je diorang ni haha.




ok dah habis. lolx

 

sampai ke next percutian!!
#healing