Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Tuesday, July 31, 2012

serai seksyen 3

hari ni kitorang satu family berbuka kat restoran favourite kitorang; serai, seksyen 3, shah alam, selangor darul ehsan. heh he.

memang hari ni penuh la, kalau hari biasa dia bukak satu floor je.. bulan puasa ni sampai ke tingkat atas dia bukak. nah ambik photos sebagai cenderahati :P


tidbits & jeruk betik. buat kunyah-kunyah. haha



kurma. ada lima biji sebab lima orang yang datang makan. bagus betul :P



mine; air laici.



kerapu samrot.. ataupun dalam bahasa laymannya; kerapu masak tiga rasa. hah haha.



besar, RM48. sedap. puas makan :D



seperti biasa.. cangg! tomyam goong!! (goong=udang). rasa dia tak sama dah macam tomyam serai yang dulu-dulu. sekarang rasa lebih kelimauan *kelimauan??!* ye serius. i wish it tasted like before. but then, kitorang pulun la jugak. HAHA



letak di dalam mangkuk-mangkuk yang kecil macam ni.



new dish yang kitorang try; ayam pandan. RM15 untuk small (ada empat semua sekali).



nah! beginilah rupanya ayam pandan tersebut. rasanya sedap, ayam rempah. tapi dah keras dan sejuk, mungkin sebab ayam ni diserve awal-awal sebelum waktu berbuka lagi.



ayam black pepper. RM25 sahaja untuk pinggan medium :)


sotong deep fried. sy rasa seketul je ni. lolx



terung deep fried. my favourite! xD



mi hun phat thai. faliq punya.













gendang gendut tali kecapi. haih lepas makan mengantuk la pulak :DD


lepas tu dapat diskaun 10%. bayar then balik.
then marilah kita tido. lolx

celcom first wifi!!

short sharing (sebab malas nak menaip banyak HAHA)

celcom comes out with this new wifi plan (no strings attached!! :P). means tak ada kontrak, tak ada apa. just subscribe melalui sms :



means korang boleh berinternet di mana-mana area yang ada celcom first wifi dengan memilih jenis-jenis subscription dan harga seperti di bawah :


hot tak hot tak xD
RM10 sebulan je weh, mana nak dapat!!

tapi since benda ni baru, ada few areas je yang ada liputan wifi ni. so go check website celcom first wifi untuk tengok kawasan liputan, and more more more :) i know celcom is forever awesome. teehee.


credits : http://www.eyriqazz.com

open at house (berbuka kat rumah)

oh my english! betul tajuk entry T_Tv

tapi direct translation memang kelakar, ok!! haha

now. hari ni membeli nasi goreng ayam kunyit kat laman perdana, putrajaya.
yosh, bulan puasa pun dia bukak. jadi korang boleh try ke sini sebab tak ramai orang pun. orang lain busy pergi bazar ramadhan kat presint 2 agaknya :P

tapi makanan kat sini memang boleh tahan sedap laa.. yang goreng-goreng ni memang sedap. harga pun standard je. siap boleh melihat penorama air pancut lagi.. wah haha


hah ni gerai tempat sy menapau. ye, tajuk gerainya 'roti canai', tapi ada masakan panas jugak.



balik rumah. keju melunjur macam biasa. budaya senanng-lenang memang diamalkan oleh kucing-kucing zaman sekarang agaknya. tapi keju ni ganas. suka main kejar-kejar. gigit-gigit. sy hidop dalam kecemasan!! *hidup dalam perasaan cemas LAHH* haha



meh tangkap gambar passport sikit kejuu. say cheese!! eh. itu nama ko kalau ditranslate, kan?? HAHA. ome!! (oh my english!) muka macam nak kena sepak. hahaha ( i lap yu, keju!)



ni yang sy beli kat laman perdana tadi.. nasi goreng ayam kunyit. marvelous!! sedap banget! kenyang yang tidak berpenghujung! haha (penghujung sebenarnya.. sampai tengah malam :P)



ayam kunyit close up. ni yang super sedap.



kuih-muih jangan dilupa. pergi tanya nama kuih ni kat orang kedai.. dia cakap namanya 'cucur'. ye ke? sebab sy suka kuih ni, tapi tak tau nama selama ni. but this one liat sikitlah. yang biasa beli untuk breakfast kat belakang masjid tu lagi best. ni macam kunyah getah HAHA. popia tu mencekik sangat, sebab harga 70sen. agak-agak la nak jual tu.. bukannya ko pasang aircond kat gerai sampai nak charge 70sen seketul.. ish ish peniaga zaman sekarang ni T_T



cucur udang. harith punya.



ayam percik jaring.. mama singgah balik kerja petang tadi. untuk faliq dan untuk lauk sahur sy :) *thanks, ma. you're the best!*



ayam percik jaring.. different angle.



kurma dalam bekas kecik :)



ayam bakar jaring. ye, kat jaring macam-macam ada. go check them out ;)



nasi kerabu mama. beli kat bazar seksyen 20, shah alam.



bubur pulut hitam abah.



harith meneliti kuah perciknya. baru balik OU budak ni.. tu yang baju meriah sikit tu. haha



adik-adik kegemaranku *ye la dua orang ni je. memang kegemaran la kan. lolx*


selamat berbuka, bersahur, bertwitter, berfb and whatsnot.

eh.
selamat beribadah juga! :)
Monday, July 30, 2012

majlis berbuka puasa : first of the year

baguslah tahun ni ramadhan, rasanya lebih bersederhana and lauk berbuka pun yang cukup makan je ^^

contohnya kat majlis berbuka puasa former pengarah sy semalam, buat kat rumah beliau (i.e rumah yang husband duduk sekarang). rasanya tahun lepas ada jugak buat makan-makan, tapi kitorang satu ofis gotong-royong masak-masak sendiri.. makanan sangat banyak time tu.. bagus gotong-royong ni tapi penat sikit sebab bulan puasa kan. tahun ni pakai catering, jadi simple sikit :) kira sy ni langkah kanan la, datang cuti-cuti then dapat makan sekali.. hihi. sekali la dapat jumpa kawan-kawan lama ofis.


simple je ada dua lauk; singgang ikan dengan ayam goreng rempah. pastu ada ulam-ulam. kuih. buah. dah.



jumpa kawan-kawan lama. hihu






the crowd. pukul 6.30 dah datang :)



bersiap-sedia untuk berbuka. ambik air dulu. ada bandung cendol.. tapi sy ambik air masak je.

oh. nak cerita pasal air masak dan bulan puasa.
tahun ni sy selalunya minum air masak (atau mineral, atau air tapis) time berbuka/sahur. and i figure out that sy tak dahaga sangat pun masa puasa. serius! malam-malam pun minum air masak jugak untuk cover air di dalam badan yang tak cukup. kalau tak, tahun sebelum ni banyak minum air manis time berbuka. ada jugaklah tahun ni minum air manis sikit untuk balance gula, biasanya minum ribena HAHA *oh dan hari tu minum air laici husband buat* tapi mostly memang air masak je la. jimat pun duit ai tak payah beli air kat bazar. foahaha


sambung! xD ada ikan bakar jugak. sedapp. ni ikan pari. share dengan syira.



suasana berbuka puasa yang meriah. so family-ish.



ada yang berbuka kat luar, ada yang bawa masuk ke dalam.



cangg! my plate; nasi putih, kuah singgang, ayam rempah, ulam.



jugak ambik popia goreng. sorang satu. share pinggan :P tapi sos dia manisnyaaaa. jadi cicah sekali je. lepas tu makan kosong. lolx



syira kebahagiaan minum air. ahaha. yang sebelah syira tu anak pengarah, baru start kerja kat KTcity.



mi besties kat KTcity.. kak ija & syira.



mi besties lagi.. fifa, syira lagi, kak ida. syira ko nak buat apa tu.. cuba kesopanan sikit macam mereka berdua. AHAHA

oh yang telekung tu sebab sekali solat jemaah dengan terawih kot.
'kot' tu sebab pukul 8.40pm sy dah bertolak ke airport nak kejar flight balik. haha
husband hantar. eh tak snap pulak gambar husband lolx. tak pe nanti nanti kita snap :P

hari ni tahu dah nak explore bazar mana. hah haha
(apakah. tengah hari pun belum T_Tv)

ok tata!
Sunday, July 29, 2012

sila la baca lepas waktu berbuka

bersiaran kita pada hari yang kesembilan!! *my fave number! woots!*
am still in KTcity.
hari ni husband kerja, so duduk sorang kat rumah je la. tengok tv, tengok tv. haha. malam ni insyaAllah flight balik ke subang. so while the while kita enjoy dulu KTcity punya breath kan xD

oh. semalam tak masak. kitorang pergi bazar je.
perasaan ke bazar adalah tak excited pun entah kenapa. kalau pusing-pusing pun still buntu nak beli apa haha. (presentations kasi menarik sikit kitorang nak beli ni hoii <--demanding :DD). but still, berjaya jugaklah membeli secara minimalistiknya. sebab berdua je kan. beli banyak pun nanti tak habis. lolx


my nasi kerabu. ayam rempah. rasa tak umph. haha. beli kat shah alam lagi sedap ni apa kes :P



beli keropok lekor jugak.. makan dengan nasi kerabu (sebab tak ada keropok keping. nasi kerabu sedap makan dengan keropok keping. yoshh)



husband berbuka makan donat je. donat gergasi. haha



kan. gigantic betul xD



sata. lain kali nak beli sata silalah ke kemaman ataupun batu rakit, etc. kat kuala biasa-biasa je rasanya.

oh. rancangan ketuk-ketuk ramadhan kembali!! :D
tapi sebab sy bekerja *doink* maka dapat tengok time weekend je la *alaa <--nada mengada* :DD
selain daripada tu, rancangan 'the food truck' jugak adalah best!!


oh ni gambar extra.. i found this food truck sketch at urbansketchers. sangat cantik, kan!! more sketches by clicking on that link ;)

basically food truck ni adalah rancangan tentang making the unhealthy food, healthy. macam mana chef mike ni (michael van de elzen) buat ayam goreng sesedap KFC tapi tak perlu digoreng.. fish&chips yang dibakar etc etc. tapi memandangkan sy ni jenis yang jarang dah sangat tengok tv sekarang ni (tak tahu sibuk buat apa HAHA) jadi bila terbukak channel, kebetulan ada rancangan ni.. sy tengok je. kalau tak terserempak, tak tengok. tapi bestlah tengok! xD haha



contoh makanan yang dihasilkan : burger daging & sayur. cute, kan? ^^


lepas tu ironinya, lepas tengok rancangan pasal healthy food, sy tengok pulak rancangan ni..







hahaha. guess i am that fair, huh ;P