Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Saturday, February 27, 2016

kenduri 1wilayah putrajaya


simpan gambar dalam blogger, tapi baru sempat nak publish.

ni time kenduri 1wilayah putrajaya, ahad lepas.

every year hadiah lumayan (cabutan bertuah).
seluruh masyarakat putrajaya datang ramai-ramai bawak family.

papan putih tempat ditulis nombor mykad yang dapat cabutan,
habis dikerumun semua orang.
pentas hadiah utama, pun penuh dengan orang dari mula sampai habis.
macam orang bertumpu kat situ tak nak pergi tempat lain.
bayangkan nak lalu situ langsung tak de celah ko boleh lalu.
pening jugak, dengan panasnya lagi.
(not literally pening, tapi kepala pusing tengok orang ramai sangat)

oh. sy bertugas je hari tu.
hihi

sambut anniv di sharin low

selamat bersiaran! xD
kenapa rasa macam dah 2 minggu baru sempat update ni? haha.
maafkan daku, kesibukan membatasi. aicewah.

10.2 yang lepas kan wedding anniversary kami yang keempat *fantastic four!*
tapi celebratenya lambat sikit sebab time tu husband outstation ke KK.
maka lepas-lepas tu baru pergi makan kat sharin low.
kitorang ni kalau dah suka ke satu-satu tempat makan tu, tempat tu je lah.
sebab dah confirm sedap ikut selera tekak kita kan. ahax.

bergambar dengan anaqi menaqi dulu.

haha anaqi ni macam-macam nicknames dia dapat.
anaqi menaqi, naqinaqi AND grandpa anaqi.
'grandpa' tu sebab kekadang dia ada buat muka grandpa.
hahaha susahlah nak explain muka grandpa tu macam mana :'DDD

ariana punya nick; ariana bariana.

and both of my kids memang ada lagu masing-masing yang di'compose' *gile kau siap ada compose lagu!* secara sendirian berhad oleh diri sendiri. ekeke

lagu ariana macam mengalun sikit.
lagu anaqi macam pop catchy pulak.
nasiblah korang dapat mama cenggini yang siap ada compose lagu. HAHA


husband melayan ariana yang nak makan sayur.

sayur??!
ye itu agak pelik sekali. haha
makan sayur ratah.
budak-budak mana suka sayur.
tapi tetiba ariana suka pulak sebab sayur kacang ni bersalut tepung rangup.
oooo so tu la cheat foodnya!
lenkali nak bagi anak-anak makan sayur, bolehlah digoreng crispy.
macam keropok kot, tu yang dia suka.


anaqi duduk elok-elok je di dalam stroller.



hidangan kami. ha nampak tu sayur! tempting kot!!

sikit je lauknya sebab makan berdua (plus one).
kang order banyak-banyak, tak habis pulak.
tu pun sy nak ikan, sayur dengan sup tu je.
husband tambah order ayam lemon.

HAPPY ANNIVERSARY, HUN! tq belanja! ahax.

Monday, February 15, 2016

satu family makan di seoul garden, ioi city mall

hai hai!

bersiaran lagi dari telefon.
sebab masa ni je lah sempat nak post entry.
jadi mungkin cerita tak panjang mana sebab malas nak menaip.. kihkih

sabtu lepas kitorang lunch kat seoul garden.
yoshh seoul garden AGAIN sebab sy suka makan steamboat & grill.
boleh ambik apa yang kita nak makan banyak mana pun.
boleh makan sampai seluar dah tak muat (eh ye ke??)

selebihnya silakan tengok gambar. hahah

masa ni kat parkson dengan anaqi. cari hadiah birthday MIL & FIL.

sy syak telefon sy ni kamera dia ada auto beautificationlah.
tetiba kulit licin.. apahal?? lolx
(ni bukan humble brag, ni memang betul2 telefon ni dia auto clearkan zits ko. tak payah pakai 360 pun. haha!)

kat parkson tu anaqi u'uk ok.
dengan muka selambanya :'DDD
so pergi tukar kat toilet parkson.
lepas tu ariana datang.
seronok dia tengok ada toilet kecik saiz dia kat situ.
dan dan nak cuba đŸ˜‚

comel kot yang di kiri tu!!

nak cuba kenapa ntah.
awak tu bukannya membuang pakai toilet.
pampers masih di hati. haha
but seriously memang kagum, sebijik macam toilet biasa but in a mini size.
ariana suka la sebab boleh flush semua.

semua ni my favourites :D

gambar kat seoul garden pulak :

ariana and i. ramai jugak orang time tu.

kitorang datang dalam tengah hari pukul 12.
ada lagi la meja.
kalau pukul 1 dah start penuh.

kadang suka datang check out anaqi tengah buat apa.

nasib baik anaqi elok je duduk dalam tu.
mula-mula tu tidur dari rumah.
tengah makan tu tetiba bangun.
kebil-kebil je dia.

ariana ni sayang betul kat adik dia.
yang tu nantilah cerita.
sambung cerita makan. xD

us. dua2 muka flawless hasil kamera auto beautification. ahahah



tempat membakar dan merebus. kitorang ambik kuah thai tomyam tak pedas.

sy tengah musim BF anaqi,
jadi ada jugak la makanan minuman yang kena pantang.
macam makanan pedas, pedas sangat pun tak boleh makan.
dan kena makan banyak makanan berkhasiat.
sebab tu suka steamboat.
sebab boleh rebus sayur banyak-banyak.
i love veggies ahaha.

tiada gambar veggies di sini (kecuali cendawan bakar tu. yang lain semua dah masuk perut) :D

cendawan bakar adalah sangat sedap ok!!
rasanya.. tak dapat dibayangkan dengan kata-kata!

lagi sayur yang dibakar adalah terung.
pun sedap!
brokoli.. takes time to grill sebab besar & keras kot.

yang hijau-hijau lain semua rebus.
seafood langsung tak ambik.
kecuali husband la.
last2 dia ambik udang sebab terpesona dengan saiznya yang besar walhal dah kenyang. lolx
so lepas dia rebus udang tu, sy tak rebus apa2 dah sebab dah siap bakar and rebus semua makanan sy.
so selamatlah daripada kena hirup sup tomyam rebusan udang :B



lain kali boleh pergi lagi.
yumminess!!
Friday, February 12, 2016

friday rant

salam jumaat, everyone.

tetiba sempat blogging pulak kan sebab hari ni macam kehabisan kerja *is there such term?*
i brought in my ultrabook at the office, jadi blogging kat ultrabook sendiri (tak guna barang ofis pun hahaha. 'masa' ye guna, tapi memang kerja dah siap. so how?) :P

memandangkan free hari ni,
lepas jumpa big boss tadi sy sambung kemas-kemas bilik.
semalam dah kemas meja. macro kemas.
hari ni kemas laci pulak. micro kemas. haha

ada bawak cermin dan tray ikea untuk digunakan kat ofis.
boleh ke gradually menukarkan bilik ni jadi ikea-ish?
sy kenal sorang kawan yang buat macam tu.
kerusi ikea, rug ikea, lampu ikea.. dalam bilik ofis! and he's a guy!
gile kagum.

in conjunction of the wedding anniversary,
macam nak share cerita best kitorang dulu-dulu.
cerita best tu banyak, tapi banyak bab.
mungkin tahun ni cerita sikit, tahun depan cerita lagi.
kena tunggu februari je la baru dapat cerita. haha gila malas kan wani ni.

bab hari ni adalah pasal flight.
kitorang dan flight memang ngam.
sebab dulu kerja jauh, nak balik kena naik flight.
nak pergi meeting naik flight.
nak kursus ke apa pun naik flight. mostly la. bukan la hari-hari.


1. before kahwin, before couple, husband and i; were friends. ada sekali tu gaduh hebat sebab apa ye.. lupa. hahaha. naik flight sama-sama. duduk 1 row, seat sebelah-sebelah. sambung gaduh ye dalam tu. then ada sorang adik ni duduk sebaris dengan kitorang, seat tepi tingkap. kesian dia menadah telinga dengar kitorang gaduh dalam flight :'DDD

2. flight jugak adalah alasan supaya diambik dari airport. walaupun naik cab airport tu ko boleh claim, baiklah mintak kawan datang ambik kan. boleh borak-borak on the way balik.

3. lepas kahwin pulak, dekat setahun kot we're in long distanced. sy balik selangor dulu. jadinya masih tak dapat dipisahkan dengan flight. selalu jugak balik jenguk husband and vice versa. dalam flight jumpa sorang uncle yang duduk sebelah. dia pun weekend husband. tapi dia balik jumpa wife dia every week. kaya tak pe la, pakcik. sy sebulan sekali je kalau rajin. haha

4. kitorang berdua jugak ada pengalaman tertinggal flight sebab jalan jam menggila kat subang. ramai jugak passengers yang sama-sama tertinggal flight dengan kitorang hari tu. tapi tak kuasa nak beli next ticket. mahal gile. pulanglah kami, berholiday kat selangor je. uhuhu :P


so tu lah empat points kitorang dan flight.
now jarang naik flight sebab ofis baru, tak pergi outstation merata sangat.
pergi bercuti pun tak kerap sebab ada budak-budak kecik ni.
next time cerita pasal lain pulak. haha
ke nak tunggu februari tahun depan? :DDD

ok lah ada benda lain nak buat pulak ni.
till then!
Wednesday, February 10, 2016

our 4th year anniversary




Monday, February 08, 2016

meeting mar

steamboat and grill at seoul garden, IOI city mall.

tak, hari ni bukan nak review pasal seoul garden :D
ni cerita jumaat lepas.
azra and i were meeting mardia, our close buddy before she's getting hitched! hihi
she came all the way from klang to send over her wedding invitation.
it's sort of like a mini gath and a mini bachelorette party, too :)
too bad some of our group members *yes we have a group. who's not. lolx!* couldn't make it due to lotsa important matters.


ohhey, that's mardia! xD



and that's my bestie, azra!

it's my first time dine at seoul garden.
it was ok, i just need more sweet time eating because that day, we're meeting on a friday lunch hour.
if i get half of my day eating here, i will be more than pleased kot. haha
may be later on next dining ;)

my favourite ingredients on a steamboat/grill :
1. spinach - had lots of it!
2. instant-like noodle
3. chicken
4. mushrooms
5. prawns (love this but since i constraint myself from eating seafood for about 6 months.. i just had one prawn that day. HAHA)


catching up and ketekunan listening to mardia's story on how she met her man. awh sweetnya.



azra and her advices. orang dah berkahwin ni banyaklah advice and experience nak share. ^^



i'm not sharing anything, i just eat. haha



threepix!



selfshot with azra my bestie.


to mar, congratulations on your upcoming wedding.
may the ceremony blooms with happiness.
i will be there! insyaAllah.
she's telling us there will be sports cars, so, wouldn't miss that! xD

i end this entry with our sated and happy faces. haha

tataah!

habis licin, kau :P

my CNY doodle and wish!

doodle tak semenggah, tapi boleh lahh :'DDD
Sunday, February 07, 2016

seminggu sekali kah??

huahh ye lah, nampak macam sekarang ni dapat update seminggu sekali je hahaha.
i hope that a good sign of me being a mother while may be it shows that i'm a bad daily blogger. hah! :P
mujur tengah ada cuti panjang CNY ni.
and mujur dah malam; the kids dah tidur and i have some time for myself to blog.. kikiki

CNY ni tak ke mana,
just shah alam-putrajaya-banting-shah alam.
sementara orang lain meredah jam berjumpa sanak-saudara di kampung.. which is soo worth it (untuk mereka).
blood sweat and tears hui nak harung jam jumpa orang tersayang ni.
nak pergi toilet R&R pun beratur panjang.
sampai terpaksa 'mandikan' anak dalam kereta.
makanan habis di mana-mana.
trust me, i've experienced it once.
now ada anak baby kecik pulak lagi, may be pass dulu lah journey jauh secara serentak berjemaah ni.
mau tahan 10 jam atas jalan je. kesian kat yang kecik-kecik ni. haha

entry gambar makanan.. nah!! :D

last week pergi pasar dengan husband, ariana and anaqi.
kat kedai sayur ada cendawan kukur/kulat sisir ni.
serius sy first time tau pasal cendawan ni.
ingat macam cendawan-cendawan biasa.
rupa pun nampak macam oyster mushroom versi mini. ahaha
husband kata "sedap ni kalau buat masak lemak."
ting ting hint suruh beli and masak lemak balik kang.
terus wani e mengaut 2 genggam dan masuk ke dalam bakul
(tanpa mengetahui harga cendawan ni mahal! HAHAHA pengsan)
rupanya susah nak dapat, and tak semua tempat ada jual.
tetiba ada couple lain datang kedai sayur.
the husband was saying the same thing; "sedap ni kalau buat masak lemak." ahaha
what's with this cendawan and masak lemak??
ok let's masak lemak lah macam tu :P


tedious nak membuang kaki cendawan yang keras. kena kerat satu-satu rupanya. lepas tu rendam.



nah, dah dimasakkan lemak cili api!



masak dengan empat ekor udang jugak. buat bagi rasa-rasa je :) podeh (pedas)



dikawankan dengan ikan goreng garing dan tempe goreng haha


the next day masak simple la pulak;
ayam goreng garing.

husband makan macam tak cukup. ahah. sorry hun, mana nak tau tak cukup kan. lolx



sup petola. petola nampak over layu sebab masak ter-lama. kehkeh.

orait nanti sy update lagi.
cuti ni sempat kot update banyak sikit. hahaha
kbai!
Monday, February 01, 2016

back on february

hello, cyber people!

rasa macam berabad tak update.
(sebenarnya tak berabad mana pun, but the feeling itu ada. hahah!)

sy update ni via phone,
pagi2 buta hari wilayah,
sambil golek2 atas katil. lolx
tak seseronok update dengan ultrabook hoih.
ketik ketik satu satu kena taip.
boleh mengundang cramp dan carpal tunnel syndrom :B
lain kali pakai komputer je lah nak update pun.
ni sebab kes malas je ni. haha hampagas.

sebenarnya banyak benda nak cerita,
tapi tak de gambar.. how?
semalam transfer semua files gambar and video..
tertinggal pulakk thumbdrivenya kat shah alam
(ye, now sy kat putrajaya).
jadi tunggu ada gambar lah baru buat throwback entry.
senentara tu kita update cerita2 terkini.

semalam sabtu dah balik putrajaya.
few days dok shah alam sebab husband outstation.
anaqi pun tak hantar taska lagi,
so mama baik hati nak tolong jagakan for 4 days.
(thanks, mama. you're the best!)

sampai2 area rumah, tengok parking semua banyak penuh.
hari cuti kotttt.
orang kat putrajaya (to be specific; orang kat kuarters aku ni) tak keluar berjalan or balik kampung ke huiii.
manjang parking penuh.
suka dok rumah je agaknya. haha

kitorang rest2 je kat rumah.
lepas maghrib baru keluar pergi perbadanan putrajaya.
ada sales the store.
pergi sana, tapi tak banyak yang dibeli.
tak banyak yang berkenan.

lepas shopping, pergi padi house for dinner.
tempat mana lagi kan.
suka makan kat sini sebab cozy and sedap.
meja nan satu depan kaunter bayar tu dah jadi macam meja rizab kitorang pulak.. hahaha
boleh kata everytime datang memang akan duduk situ.
senang.. ala2 L-shaped sofa.
ada kusyen banyak.
ariana suka la lari sana sini sambil lambai2 orang sekeliling.
nasib la depa melayan dia.
hadoii mesra rakyat sangat.

tak banyak gambar sy snap sebab dok pegang atau entertain anaqi.


husband belanja kikiki



ariana enjoyed her soup.

tak sempat nak ucap awal kat blog..
but anaqi dah masuk 3 months, yaw!
happy 3 months young, anaqi!!

bersyukur sangat walaupun kadang waktu start tidur dia tak menentu,
but most of the time dia akan tidur straight sampai pagi. at least 4a.m. la.
tak de la makpak ko jadi zombie atau mata panda nak stay up all night ke apa. kekek
pandai 'cakap' dah anaqi.
kalau agah-agah memang dia punya responds tu non-stop ok.
banyak benda dia nak cerita agaknya.
peramah lebih. hahaha

asal sua kamera je, buat muka terkejut gini. patutlah kalau sepuluh shots baru dapat satu yang ok *cries* :DDD

(muka asal dia sebenarnya lagi handsome kalau tak buat aksi terkejut macam tu. but what to do. hahaha)

oklah nanti sambung lagi.
bye!!
happy holiday kepada yang bercuti!!