Friday, November 30, 2012

country

got this from a friend's share at fb.. and dia dapat daripada link page Saya Sayang Tun Mahathir Mohammad.

finally! :)

"Gambar di bawah ialah negara-negara dunia yang memberikan undi "yes" kepada penyertaan Palestine ke dalam PBB dan juga bersetuju dengan penubuhan negara Palestine, di tanah Kanaan.

Hijau ialah mereka yang sehati sejiwa dengan kita, hitam ialah mereka yang berkecuali, mungkin kerana mereka mahu menjaga hubungan dengan Amerika tetapi dalam masa yang sama, mereka setuju dengan penubuhan Palestine.

Manakala yang merah ialah sahabat baik Zionis."


semoga palestin berjaya menjadi sebuah negara yang diiktiraf. let us hope and pray.

kuih yang menjadi persoalan

hahh.

dari dulu suka makan/beli kuih ni. tapi tak pernah tau namanya. dan sebab sy ni kan semangat inkuiri tinggi.. pernahlah tanya kat orang yang jual kuih kat bazar ramadhan tu.. "ni kuih apa?" pastu dia jawab apantah. tapi jawapan dia meragukan.

at lastttt. persoalanku terjawab hari ini!! terima kasih, surat khabar kerana mengeluarkan gambar dan nama kuih ini!! (terima kasih, ya Allah kerana menemukanku dengan nama kuih yang aku cari-cari selama ini *air mata bergenang*). hehe

inilah diaaa!! cangg!!

credits kepada blog yang memaparkan gambar kuih ini, searched from google image.

kuih penjaram ok nama dia. KUIH PENJARAM.

rasa dia lebih kurang macam kuih telinga keling/denderam. tapi yang ni tak de hole, kuihnya nipis sikit and tepi dia lebih garing. ada sikit-sikit biji bijan. sedap woih!!

kuih ni asal dari negeri mana, ye? (tengok, masih ada soalan!) :P


harus la korang jawab kan.. "tanya kat google."

haha. malas dah nak tanya orang nanti mesti diorang suh cari kat google. terpaksa discover sendiri. kalau orang len tanya, ai laju je jawab kalau tahu. ini tidak adil! (what tu du). hihi

Thursday, November 29, 2012

bajuness

just now..

dad : (angkat timbunan baju berlipat kat living room.. ura-ura nak bawak naik atas)
       : (tengok balik kat baju-baju tu) eh ni bukan baju abah ni. (letak balik kat atas sofa)

me : ala abah ni berkiraaaa. kalau wani, wani angkat je.. baju abah pun wani angkat sekali tau!

hahaha.


p/s: my mom's usually do the folding. thank you very much for that, ma!! love you loads!! (anak malas ini selalu kepenatan tertidur di sofa. haihs) T_Tv

p/p/s: love you too, abah! kehkeh.

lethargy

lama tak bagi my pregnancy update kan.

recently i feel pure fatigue. exhaustion yang tidak berpenghujung gitu.. haha. tak tau kenapa, balik kerja je dah terkelepek kat sofa and lepas dinner pulak boleh terus tidur.. pukul 9.00, 9.30pm pun dah berlayar naik kapal persiaran! zzz~


penat hoii! :P

tak pe lah, kugagahkan jua diriku ini. ecehh

semalam pergi check up kat shah alam. baru bukak buku ('bukak buku' is a term for buat buku rekod kesihatan ibu mengandung kat klinik). basically it's like your pregnancy ID, you cannot live without it. lolx

dan biasalah kalau klinik kesihatan kerajaan haruslah penuh sepenuh-penuhnya kalah konsert justin bieber! tapi dah kita ni government servant dan bagus jugak kalau ada rekod kesihatan kat government clinic ni, maka mari kita bergovernment saja lah. ubat pun free.. hoho santa claus.

so first time check, ambik darah twice; satu kat jari, satu kat lengan. nurse tanya biasa tak ambik darah? i said biasa.. walhal berapa kali je kot hahaha. tapi sy jenis tak takut ambik darah pun, siap tengok lagi dia tarik syringe tu dengan muka-si-wani-amaze. ambik urin. pergi sana sini jugak la keluar masuk bilik and lab. lepas tu last skali baru jumpa nurse yang check perut dengan tangan tu.

ai tak puas hati la sebab diorang tak scan ultrasound ke apa kan. sebab last time scan tu tak nampak. sy ni sejenis makhluk yang kerisauan. so tak pe lah nanti kita scan kat klinik swasta :)

but from the check up, so far everything is normal. weight is gaining normally, blood is normal, everything is. alhamdulillah. thanks to my mom yang ambik cuti meneman. love you, ma! lepas habis check up tu, report sama husband menggunakan teknologi.. haha. beginilah percintaan jarak jauh.. cough cough.

oh. to those who are wondering.. sy sudah 11 weeks pregnant! lebih kurang dua bulan lebih la. prolly will do the scanning this weekend. pray for me :)

nanti sy cerita lagi lah ye about the updates. kalau rajin. mah hahaha (oh kalau suka beli sayor sayor buah buah, jangan lupa singgah ke MAHA!) bye!!

Tuesday, November 27, 2012

randomized

aiyo prosperity dah keluar ke?!


haha makan isi biji mangga yang superbesar. ni biji dia je. korang bayangkan kalau dengan isi yang banyak tu. lagi huuge!

living room, tengah tengok tv..

me : abah, kalau abah potongkan mangga tu mesti sedap. (anak tidak berguna suruh bapak potongkan mangga HAHAHA)

mom : ha ada mangga lagi separuh dalam fridge. dalam bekas. pergilah potong (said to me. mangga tu memang superbesar sampaikan potong separuh sebelum tu pun dah dapat makan kenyang-kenyang)

me : abah potong la sedap.

dad : mangga ni tak bagus (untuk orang pregnant)

mom : (buat muka terkejut, pandang dad). hah! ye ke??

me : ehh semalam wani dah makan banyak dah mangga. sebelum tu pun ada beli mangga makan kat banting dua biji!

dad : tak bagus sebab abah yang kena potong. (pura-pura buat muka serius)

me+mom : T_T



ni adalah pemandangan dari tingkap tandas ofis. haha. baru semangat nak buang air cuci tangan ambik wudu' ye tak.. pemandangan begini punya cantik. subhanallah.



ofis ai sejukk!! kalau lalu kat koridor tu akan hulur tangan ke tingkap yang panas. *bestttt* tu pun nasib baik hari ni matahari memancar kan. biasanya mendung aje.



rasa bahagia je lalu kat koridor bila ada matahari ^^

walaupun zaman berwataniah dulu agak sengsara la jugak bergolek-golek, berkawad bawah terik mentari kan. ecehh. sekarang ni lebih menghargai matahari. hehe



so what should i do with the prosperity??

telatah si keju

ye walaupun kucingku keju kadangkala adalah annoying dengan perangai memanjat mejanya (meja makan, meja tepi, kabinet dapur, dapur!!) namun kami masih menyayanginya. heheh


dah start pukul 7.30pm.. 8.00pm macam tu mesti dia nak tidur. layu je mata.



merenung nasibnya sejak kehabisan stok ikan di rumah. 'makan makanan kering je la aku minggu ni..' kata keju.



dia ni memang bukan baka gemuk. tapi untuk jenis macam dia ni.. memang dah agak berisi la. dasar makan baring makan baring (mengata diri sendiri jugak ni wahah).. tu yang bulat je dagunya tu.



mata pun bulat jugak. rasa nak squeeze squeeze je kan. haha



lepas tu dia pun suka melepak kat timbunan baju. baju kotor tu kalau kita longgokkan untuk asingkan sebelum basuh, sibuklah dia nak menempek jugak kat situ. ni baju yang berlipat pun dia sibuk nak mengendeng.



alolo sedihnya tidur kat tangga.

dia ni jenis mengekor (most of cats memang macam tu!). so bila sy naik, dia sibuk la naik. tau-tau dia dah tertidur kat tangga.. haha. kadang kalau kita masuk tandas pun, buka-buka pintu tersembul muka dia depan pintu tandas. padahal sebelum tu tengah tido kat living room. sabar je la kau ni, keju.

haa ye. keju ni memang tak de sangkar. dia bebas je berlari-lari keluar masuk rumah. jangan risau, dia kucing pembersih. lolx

kbai, keju!

terlanjur cinta

ahha! minggu ni dah start siri drama baru kat tv9.. 'terlanjur cinta'. semalam baru episod 1. tapi yang tak bestnya cerita ni ada dua kali seminggu je; isnin dan selasa. cuba kalau masuk slot tv3 pukul 7petang tu. mesti dapat tengok isnin-khamis *bersyukurlah woii wani* :P korang boleh nonton di tv9, isnin-selasa, 8.30malam.


siri drama ni adalah karya erma fatima.. so kalau korang tengok, memang style dia macam cerita 'dejavu di kinabalu' dan 'kau yang terindah'. then pelakon harus la aqasha, pastu nazim othman dengan pelakon wanita yang selalu jadi kawan kepada heroin tu (alah tak tau nama. sorry. hehe). oh heroin dia adalah siti saleha.

cerita dia so far memang ok la. aqasha dalam cerita ni jadi sorang playa. suka kacau orang, suka main-main. siti saleha pulak minat kat dia, tapi dalam diam je la. daripada apa yang sy baca kat internet, nanti diorang ni akan terkahwin paksa sebab tertangkap khalwat (aqasha/fareth punya hal la ni). so nanti dia akan ignore wife dia and all. pastu ada marsha. marsha agaknya jadi watak penggoda la kot.. setakat episod 1 ni dia belum muncul tiba lagi. nazim othman pun belum muncul. katanya episod 5 karang baru dia ada.. haha

so tu je la sy nak iklankan (secara percuma HAHA) di sini. siapa yang stok-stok minat 'dejavu' or 'kau yang terindah' tu bolehlah try tengok. best.


p/s: tengok siri drama yang betul-betul best je.

Monday, November 26, 2012

property hunting

misi mencari rumah sudah bermula! haha

tapi harga rumah sekarang hokmaih (homaigard!!) mahal nak arwah. hari tu dengar kat radio ada pameran hartanah bumiputera kat midvalley. so why not pergi jalan-jalan sat.. walaupun tau mesti harga mahal jugak. kang tak beli sekarang, esok naik harga lagi. sobs.

ajak mom+dad teman. yoshh ai ni memang suka bermanja-manjaan dengan parents wah haha. lagipun baik bawak orang yang expert pasal tanah/rumah ke pameran hartanah kan. ye both of them orang teknikal.. haruslah pakar bab-bab ni kan. sy ni je.. apapun tak pakar. haha


di pintu masuk. dia share dengan pameran perkahwinan kat midvalley convention centre.

tapi pameran perkahwinan lagi besar. maklum la, mungkin orang yang nak berkahwin lebih ramai daripada orang yang nak membeli rumah. hihi


ni kat booth sime darby. gosh cantiknya rumahhh *tercampak ke dinding* tapi kalau tak de 400k sila jangan timbang dalam fikiran untuk membeli ye :P



sy suka design rumah sekarang yang moden.. kotak-kotak.. kalau jutawan boleh la beli, kan. ini ribuan je. jadi mari lupakan je lah sementara. dah naik jusa karang baru pertimbangkan balik. wakh kaka *ada rupa jusa ke masalahnya?!! lempang diri sendiri*

**jusa=pangkat tinggi dalam kerajaan.


view tapak pameran.

it was fun.. jalan-jalan, tengok model rumah. yang stress adalah ko tak mampu nak membelinya!! nak buat muka sayu kat parents mintak hadiahkan sebuah jangan harap la kan. "usaha sendiri!" begitulah kerlingan yang diberikan oleh mereka kepada sy.. hahaha. but my parents ada tolong tanya-tanyakan la. sy tak pandai nak tanya-tanya pasal rumah ni. nanti salah tanya, terus terbeli. ha kan dah susah tu :P

tapi sy ada register jugaklah kat seri pajam. sebab kiranya rumah diorang design lawa-lawa dan masih affordable. cumanya sekarang tak ada projek di kawasan yang sy nak. kalau ada, they may give me a ring or anything. register je la dulu. free je pun. dapat goodie bag lagi. dalam goodie bag ada pop up 2013 table calender lagi. coolio!

lepas dah habis tu kitorang jalan-jalan seketika kat midvalley.



nampak penimbang berderet-deret kat jusco. kejadah diorang letak penimbang banyak-banyak atas lantai gini kalau tidak mahu digunakan... har har har hartamas. tengoklah.. ibu bapa siapalah ini yang mencuba setiap penimbang itu sambil berkata, "eh tipu.. penimbang sebelah ni cakap 50kg, sini 56kg pulak!"
"terimalah kenyataan yang berat badan dah naik.." kataku dengan muka tulus ikhlas. hahaha

(comel je mereka) ^^


lepas tu beli hot & roll kan.. apa lagi. fave ai okeh!! tangkap gambar sambil jalan. boleh?



suasana midvalley yang selalu sibuk dan sesak.


semalam jugak sy telah membeli bedsheet untuk diri sendiri.
zaman belajar dulu kalau korang nak tau, sy gilakan bedsheets. biasanya akan beli bedsheets dan tukar seminggu sekali. hahah. ini gila kebersihan ke apa ni. orang len tukar setahun sekali kottt ko tukar seminggu sekali (sekarang tak de la macam tu.. kohkoh). tu pun sebab dulu pakai katil single.. jadi harga bedsheet saiz SS tidaklah mahal sangat berbanding Q.

sekarang ni pakai bedsheet orang hadiahkan time kahwin dulu je. dengan ada la seketul yang guna time kat rumah sewa di KTcity dulu.

dan ni lah reaksi my mom bila nampak sy pasang bedsheet baru..

mom : bentuk apa tu? tanglung?? (lepas tu dia kekekeh gelak. siap panggil my dad suh teka corak apa tu.)

(sejurus kemudian tik tik tik bapaku muncul di pintu)

dad : bola! (teka beliau dengan excited).

me : T_T


bentuk bawang la weh!! masterchef sangat! ahaha~


hari ini.

baru terperasan yang tapak kasut sy ada corak bunga. hahaha



kasut amori! woots!!


biasa pakai kasut peep-toe lewre yang tinggi tu. tapi sebab tamao bergolekan, tukar ke kasut flat. kasut ni boleh fold. tapi tak tau kenapa, belakang kiri tu rasa sakit bila pakai. ingatkan melecet.. tapi tengok tak de melecet pun.


syida pun membelikan sy lapik ini untuk keselesaan kakiku *aww syida.. so sweet!!* thank youuuuu. mmuahh!

letak tu pun.. rasa best. tapi belah kiri masih sakit. still tak tau kenapa. kalau belah belakang kasut tu sy pijakkan saja macam selipar (penyekkan dia).. tak sakit apa pun. teringat dulu masa wataniah kaki melecet kat belakang sampai luka-luka sebab but besar sangat. sebab itukah?? kakiku telah cedera selama-lamanya?! wakhhh $#@!


lunch hari ni; chicken chop dengan sos cendawan. coleslaw dia sedap!!

end end.

Sunday, November 25, 2012

kenduri kendara

yoshh musim perkahwinan telahpun tiba!!
coongrats kepada semua yang melangsungkan perkahwinan pada bulan ni dan bulan depan. be a nice husband/wife ok :)

so semalam ada tiga weddings yang telah dihadiri.
team jalan-jalan kenduri kendara : mom, dad and i. us against the world. mahaha.

ye biasanya kalau husband tak de kat sini, memang sy ajak family temankan gi wedding kawan-kawan. tapi semalam weddings semua campur. ada wedding kawan my mom, wedding kawan sy dan wedding jiran belakang rumah. jadi mari kita ke wedding yang pertama! xD

yeee itu dia ibu bapaku sedang makan dengan penuh semangat waja. haha.

wedding #1.
wedding anak kawan my mom bertempat di ampang jaya (kalau tak silap). weddingnya sempoi saja kerusinya, tak payah nak balut-balut reben bagai. may be pun sebab wedding anak lelaki. jadi buat simple sudah. tapi makanan memang sedap! ayam masak merahnya adalah yang terbaik untuk hari semalam.



sy dengan latar belakang pelamin.

kitorang datang awal dalam pukul 12.. so pengantinnya belum sampai lagi. terpaksa balik awal pun sebab nak pergi ke next wedding.


ini menu di wedding 1; ada ayam masak merah sedap, daging masak hitam, dalca, acar buah, papadom dan buah oren.



makanan special sampingan; laksa dan rojak buah. oh gambar rojak sy tak snap ;)



ini pula wedding favour dia.. i love the eco friendly paperbag!! isi di dalamnya adalah sejadah mini. so cute.


#wedding 2.
lepas tu bergeraklah kami ke cheras pulak. traffic boleh tahan slow la. tapi nasib baik datang awal. kalau pukul 2 ke atas mau lagi slow. hahaha.

sampai dalam pukul 1.15pm. ini wedding kawan DPA sy, izad. izad ni ada pangkat leftenan muda, so dia kahwin bawah pedang ok. siap ada peniup bagpipes hihi. tapi sy tak stay sampai upacara lalu bawah pedang tu. tapi sempat la jumpa dia and makan-makan. hehe

bunting di pintu depan.

guest book pun ada jugak. sy terperasan ada guest book masa nak balik. haruslah sy terus pergi tulis kan *sy suka tulis-tulis! HAHA*

tak sempat jumpa bride.. tapi jumpa la izad yang tengah berjalan-jalan di luar dewan. sempoi sungguh pengantin. orang datang dia dok sambut semua. dia cakap pengantin perempuan tengah make up. so kitorang masuk la dulu makan.


pelaminnya cantik.. tema riben warna pink.



menu beras basmathi panjang ;) lauk-lauk semua macam sama dengan wedding 1.



bergambar dengan pengantin lelaki. amboi nampak tu, siap ada pedang! hihi



wedding favours. dapat dua, ok. satu lagi yang besar tu VIP punya. mak dia bagi sebab ai kawan izad.. kehkeh. mak dia sangat nice ok ^^ di dalamnya ada kudapan termasuk balang kaca berisi kacang. my mom cakap boleh tambah koleksi balang rempah ratus dia (we get five!). lolx


dah lepas tu baru shoot ke
#wedding 3.
di shah alam. alah belakang rumah je haha. so park kereta kat rumah, then jalan kaki.
khemah dia tema peach putih.. baju pengantin pulak kaler macam light turquoise. ok yang ni sempatlah jumpa pengantin.. time tu dalam pukul 2.30pm.

sempat snap gambar pengantin. sampai-sampai nampak pengantin tengah jalan naik ke pelamin. good timing! haha



model sy sedang ambil nasi :P

kenduri yang meriah la. memang meriah.
dengan gerai-gerai kambing bakar, kwey teow, kuih (semua ni gerai!).. then ada durian lagi. serius meriah. sy nak snap gambar gerai kambing bakar tu sebab ramai yang beratur.. tapi time nak balik tu kamera handphone ai hang *macam biasa. duhh* tak dapat nak snap. grr.

nasi berlauk lebih kurang sama dengan weddings sebelum ni. cuma daging tu diganti dengan daging rendang. dan tak de acar buah yang ini. diganti dengan sayur tauhu+soohoon. tapi sayur yang tu sy tak ambik.

selonggok ayam masak merah sy ambik sebab nampak sedap.
last-last bila makan.. mak aihh podehhh!! *dapatkan air serta-merta* haha.


kwey teow goreng.



wedding favour; kuih bakar.


so sekian sahaja pengembaraan kenduri kendara kami. insyaAllah minggu depan ada lagi. haha
nak kena beli hadiah lagi ni. at least tiga hadiah. for now la.

ok. selamat berkenduri kendara di musim cuti sekolah! :)

Saturday, November 24, 2012

of being modest and likeable

semalam sy bumped into my friend kat parking. macam dah lama tak jumpa.. may be a few months. i just heard about her news from group of friends *yeah we're always being updated by a thing called 'whatsapp group chat' haha* so tanya khabar, tengah buat apa sekarang (i mean really soalan TENGAH BUAT APA bukan KERJA APA SEKARANG. and she told me dia tengah buat speech). and what i like about her is despite of her being someone's daughter (VIP) and is groomed to become a 'someone' (she will be big, i know it), with her impressive knowledge on things and all.. she is still smiling to me and greet me *yours truly ni kan rakyat jelata biasa je lolx* ..being the friendly and down-to-earth herself.

main point kat sini sy bukan nak bercerita pasal dia semata. no. as usual sy kan suka melakukan pemerhatian. hehe.

i've few friends yang seperti ini; being excellence in their jobs, high potential of being a big shot one day, anak VIP/VVIP.. (bukan artis ye. kami tidak memuja artis, kami hanya menonton saja haha), yet they are very humble and friendly and whatsyes :P

mungkin mereka sebetulnya ada karakter untuk jadi leaders yang baik. biasanya orang yang betul-betul hebat adalah orang yang modest dan melayan semua orang di sekeliling mereka dengan baik. ok fine ada la yang snob atau being egoistic tapi itu biasanya yang karakternya biasa-biasa saja HAHA (golongan ini tak layak crowned as 'a successful leader'. not yet.)

ada je orang yang sy jumpa tapi mak aihh snob nak mamP. ataupun riak nak mamP. dalam fb boleh bangga-bangga kerja dengan VIP.. letak kat wallpost semua. bagi tahu the whole world. let me tell you my friend, if you are that good, you don't need to tell people about it. the news will spread for itself. so i could say, orang seperti ini adalah masih dalam kalangan 'biasa-biasa saja'. you miss something. yeah, it's the modesty.

sy bangga ada kawan-kawan macam ni (humble). and of course i'll pray the best for their future. diorang akan jadi leaders yang baik, insyaAllah. the last thing we need is war. kan. and hey, even though we are not big shots, anak VIP/VVIP.. kita masih boleh jadi sorang yang kind-hearted and humble.. and likeable like them :) biarlah kita bukan VIP, but our heart is a VIP quality. tu yang penting. hihi

p/s :  teringat cerita semalam kat ofis. sorang officer tapau-ed a mc d and makan kat ofis. haha habis kena tegur dengan semua orang. i mean, i lintas mc d semalam pun masih beratur and penuh je meja :P

till then.

Thursday, November 22, 2012

offers

yay! done watching batman the dark knight rises!! *setelah tengok-sambung-tengok-sambung akibat tertidur :P* i really need a weekend rest, tapi weekend ni banyak weddings. and i have other plan to do. wish i have a weekend where i can rest and just watch the tv at home. haha

well. the "in" thing (for me. not talking about the world issue or anything) this week is we, the young (not so young really. lolx) officers received an offer if we want to try a new working environment and leave the department. i mean like to some officers.. inilah masanya!! you guys have no idea how hard it is to change to a new employment place.. i don't know either the department really sayang its officers or what, but finally it prolly has to let at least 30 officers go because of post-exceed issue.

and hey, we were given one day to think about it and give feedback to the HR.

only one day.

so the volunteers will be given back to JPA, and JPA will do the re-posting. new place.

and i think this is a good opportunity for my husband since he wants to move in back to selangor to be with me (again.. long distance sucks. haha). so he said 'yes' to the offer. but then today he just received an offer (another offer) for the same post but at a different ministry.. may be from the letter he sent before *hashtag succeed!* he may plead for a postpone since it's nearly end of the year and there are so much works to be done at the old office. but after that, he may move from there.

well that's the plan. i just pray the best for him :)


semalam dinner masak ikan cermin masak pedas. looked like a 3 rasa one, but tak letak nenas so tak jadi la 3 rasa. ahaha



and mom goreng kangkung wahhh sedappppp.


guess time for bed now.
nanti sambung lagi.
mengantuk dah. nights.

Monday, November 19, 2012

hari ini hari..

gaaaaaa hahahaha sakit perut sy gelak baca blog orang pasal handphone's typo. reminds me of masa praktikal dulu pun selalu y!m chat dengan kawan praktikal (padahal kawan tu dok kat sebelah je. duhh). bayangkan pakai keyboard pun tertypo-typo sebab type laju bagaikan halilintar! WAH HAHA *petir* lepas tu we made fun of each other's typo and giving new meanings for it. like it's a new word with a meaning. funnayh.

well that's not exactly what i want to talk about (sheesh easily distracted). sebenarnya lepas dengar radio pagi tadi baru tahu yang hari ni merupakan hari tandas sedunia dan hari lelaki sedunia!

zomg it's your day!!


hari lelaki sedunia. erk!




ahha! that's more like it ;)

sooo. selamat hari lelaki sedunia to all the guys!! especially to my beloved husband, beloved dad, beloved tok!! and sempena hari tandas ni, sila la jaga tandas dengan baik. jangan berak meletup, tahu. pernah nampak tak tandas yang kaler kuning-kuning merata tu? i guess itu terhasil daripada berak meletup?? wawawa *menangis* pernah encounter tandas sebegini dalam keadaan darurat (askar). muntah dalam hati ok. yikes!!

---------------*

hal kedua.
yeah, random entry. haha

siti situ sana sini orang sekarang tengah boikot produk israel. produk israel banyak, tapi yang jadi sasaran utama dengar-dengarnya... mc d. teringat la dulu kan masa kerja kat KTcity.. i have this mc d VIG drive through sticker on my car. pergi sabasun (some sort of a hypermarket). balik-balik shopping tu tetiba ada pamplet anti israel ok kat wiper kereta ai!! tengok kereta lain.. tak de pon!! memang bias betul letak kat cermin kereta ai je! haha. ni mesti sebab sticker mc d tu.

sekarang ni jarang sekali makan mc d. bukan la tak makan.. jarang. kebetulan la time orang boikot ni macam dah lama jugak tak makan. tak terasa nak makan. starbucks? pun tak minum kopi. facebook? err.. masih guna :P

tapi tak bermakna lah sy tak sensitif isu ni ok! berjihad adalah dengan bermacam cara. ada yang ambik cara boikot. ada yang ambik cara menderma. ada yang berdoa selepas solat. (prayer is power. kalau ramai-ramai doa dengan sungguh-sungguh.. insyaAllah). choose your ways.. tiada halangan. semoga Allah menunjukkan jalan :)

---------------*

 ok nanti sambung!

Sunday, November 18, 2012

hukum

sometimes bila terbaca ('ter'. haha) statements politicians, penyokong-penyokong politik, tak kisah la parti mana pun.. when they started to blame each other as part of their strategies to gain more votes (i think?) .. i feel uneasy. ye sy tak minat politik, tapi masih ada hak sebagai rakyat untuk mengundi, no? :)

recently ada isu berkenaan hukum hudud. ada yang nak execute, ada yang tak nak. ok fine. dah lepas tu keluarlah pulak pendapat masing-masing tentang isu ni. korang rasa macam mana? i mean sila jangan tengok parti politik, just pandangan korang sebagai sorang muslim (if you are one).

for me, tak ada masalah pun hukum hudud tu. then diorang sibuk dok bising-bising ada atau tak hukum tu dalam al-Quran. surah al-Baqarah ayat 229 dah state tentang hukum Allah dan orang yang melanggarnya. contohnya kalau hukum kepada penzina, ada state dalam surah an-Nur ayat 2 (yang kena 100 rotan tu). kalau orang tu tak buat salah dan jaga tata kelakuan, kenapa dia nak takut adanya hukum hudud, is it?

dan macam mana dengan keadilan nak laksanakan hukum hudud di negara yang masyarakat majmuk ni.. there's another issue. but itu pun sebenarnya tak ada masalah. pada sy, hukum hudud boleh dikenakan kepada pesalah yang beragama Islam. as far as we concern, seorang Islam tu sepatutnya dah tau dia tak boleh berzina, minum arak etc etc. dah kalau dia tak buat benda-benda tu, kalau laksana hukum hudud kat negara ni pun, tak ada lah dia kena sebat and everything. just berpegang kepada hukum Allah. itu je. yang mengada-ngada nak berzina, minum arak tu semua tu kenapa.. lepas tu kalau orang nak execute hukum hudud, mulalah takut. takut sebab buat salah. kan.

as a muslim, sy harap isu-isu macam ni tak dibuat main la just for the sake of election or anything. please. be a decent muslims. jangan sebab nak provekan ko betul, dengan ayat al-Quran or hadis nak dipertikai. sy bukanlah ilmuan yang pakar hal-hal macam ni, tapi secara logikal pun dah dapat tangkap something wrong somewhere bila people raised the issue. ala samalah macam U*S yang sampai sekarang menidakkan p*ale*stin sebagai sebuah negara, sampaikan tak dapat nak bawak kes perang diorang ke mahkamah dunia. bengong kan. semua orang pun aware but nothing else they could do.

berdebat ni bagus untuk penambahbaikan sistem (perhaps), tapi harapnya yang membawa kepada critical thinking la.. bukan yang niatnya semata-mata nak menjatuhkan orang. oryte. sorry kalau ada offend sesiapa. hope not. hee. selamat beramal! (bak kata ustaz izzy).

a date with isz

husbandku udah balik ke KTcity semalam.. sobsob (ok wani jangan nak drama sangat :P)
but had a five days of fun. yelah pagi-pagi ada orang tolong bancuhkan susu bagi kita minum (kalau tak, asyik nak skip minum susu je kan HAHA). eh tapi hari ni ai berjaya bancuh & minum susu! *pat bahu sendiri kebanggaan* ada yang meneman kita tengok movie dalam bilik (ye kami memang suka bermalas-malasan menonton movie kihkih). dan melayan kita nak makan itu ini. thanksthanks, husband!! you're the best!! ;)

soooooooo.
semalam kitorang gi jumpa zaim. zaim ni my husband's bestie since sekolah. dengan wife zaim pun bestie. kira tiga sekawan la. tapi semalam wifenya tak de sebab kerja.

kitorang nak pergi survey kereta (kereta apa usah ditanya. jangan nak joyah sangat ye. heheh). so kira mintak khidmat nasihat zaim la sebab dia pernah deal dengan agen tu. lepas habis urusan kat kedai kereta, zaim mintak hantar dia ke rumah mak mertua dia.. sana ada durian kampung, ok. sedap woahh tapi daku ditegah daripada makan durian huuuuuuu. tapi rasa jugaklah sikit. kang kempunan kena telan dengan batu belah pulak *soo kisah dongengan ko ni, wani :P*
 

husbandku berusaha bersungguh-sungguh membelah buah durian.



zaim pun belah jugak. belakang tu kat pintu yang sayup tu, anak zaim menonton dari jauh. hihi



ok dah boleh kopek!

specialnya durian ni adalah.. nampak je saiz kecik. tapi bila bukak, banyak gile ulas! boleh kata sekali bukak tu ada dalam 5-6 ulas. rasa pun sedap ya amat. ruginya aiii tak dapat makan durian. lolx (ended up makan kerepek pisang mak mertua zaim buat).

lepas-lepas tu, husband and i perrgi makan kat kenny rogers. asalnya nak tengok wayang, tapi macam tak de cerita best. so kita makan je la.

sy kalau gi 'kedai-kedai jual ayam sahaja' macam kenny rogers ke.. nandos ke.. serius tak tahu nak makan apa. last-last order dish biasa dia je la. sebab semua dish pun ayam. haha


muffins.



this is my muffin. kehkeh



gosh zits di mukaku akibat seafood!! *lempang seafood bertubi-tubi* tau tau, seafood tak bersalah. sy lah yang bersalah dalam hal inii *tunduk pandang lantai*



ayam dan coleslaw.



ayam dan mashed potato.

makan ayam je lah. nama pun kedai berasaskan masakan ayam. haha.

oh oh kitorang pergi menimbang semalam. kahhh sy dah naik lagi se-kg jadi 45kg! awesome punya weight. no more underweight hopefully yiehha. but i realize that i had lack of veggies recently. padahal tak de masalah pun nak makan sayur.. cumanya stok sayur tak berapa nak ada di sekitar. ye. salahkan diri sendiri sekali lagi T_T.

and malam semalam sent my husband to the airport. beliau selamat tiba di KTcity dalam pukul 9.30pm macam tu. sy pun balik rumah menyambung tengok AIM. hehe. AIM tak boring. best la.. sebab apa best.. sebab sy dapat bertahan tengok sampai habis. biasanya sy akan tertidur di pertengahan jalan (macam tengok anugerah skrin hari tu kohkoh). tapi memang rezeki shila amzah la sekarang ni.. sy sukaa tengok dia dengan shahnaz.. cute sangat!! (dia cakap.. "cinta hati sy, shahnaz ahmad" wahhh so schweet!!)

oklah. nak pergi sidai baju, lepas tu nak nonton twilight. byebye birdie :P