Showing posts with label ikea. Show all posts
Showing posts with label ikea. Show all posts

Wednesday, June 15, 2022

trip ke ikea cheras

assalamualaikum and hi! :)

baru perasan, lama tak post entry pasal ikea.
kalau dulu, rajin jugak.
sebab rajin pi ikea kan. hahaa
ni faktor usia la ni, maleh nak snap gambar, maleh nak upload.

but this time kita rajinkan diri snap sikit2 kenangan berjalan-jalan di ikea cheras.


di ruang pameran. dok nak beli sofa kivik ni ha.
kesian ruang tamu tak de sofa. kihkih



produk kivik ni antara yang laku keras kat ikea, tak silap sy la.
may be sebab design dia yang simple dan harga pun tak la yahudi sangat. lolx



gambar anak-beranak jangan dilupa.



fokus kali ni di ruangan kerusi dan sofa,
sebab tengah mencari yang itu.



belikan sausage bun daripada kafe ikea untuk AAs. suka depa makan.



kelaparan memasing.. ahaha.



comelness kerusi-kerusi mini ini!!




ambui anaqi, bersantai tepi pantai sangat :P



gambar diri sendiri sekepinggg. depan cermin.



lepas puluh2 tahun hidup ni baru tau kat ikea ada locker percuma.
ya Rabbiiii.



selingan gambar orang datang hantar rak buku baruuuuuu.
nanti la cerita. tapi ni bukan rak ikea. ni hampir menyerupai billy from ikea.
later kita cerita ye insyaAllah. tata tutuuu.

 

Friday, September 23, 2016

keluarga ikea

hahah maksudnya keluarga ni suka pergi ikea.
asyik-asyik ikea, asyik-asyik ikea :'D

so ni kisah minggu lepas.

kitorang pergi dengan tujuan utama nak makan meatballs je.
beli barang-barang tu sampingan.

ariana dan mainan anaqi.

ye, bertuah punya kakak, mainan anaqi pun nak diambiknya!
mainan dia, main sekejappp je lepas tu dah bosan. lolx

kitorang gerak dalam 8.30am macam tu.
so memang sampai awal la.
ada banyak lagi parking.


tadaa!! sampai-sampai cari meja and queue. tu pun queue masih tak panjang lagi.

sekarang kat ikea ada disediakan tupperware,
kot la ada yang nak tapau makanan bawak balik.
sebab sebelum ni kan diorang tak sediakan bekas/plastik untuk tapau.
bekas macam dalam gambar kat atas ni.
yang boleh muatkan 5 ketul meatballs.
mungkin boleh muatkan lebih la, tapi 5 ketul tu macam just nice je di dalam bekas, dengan mashed potato dan jem.
harga bekas adalah RM2.30 sahaja.


ariana memintaku mengambil yogurt strawberry kerana menyangkakannya ais krim. haha



husband dan anaqi. the two guys in our family.



selfshot berjemaah dengan masyarakat ikea :D

kepada peminat pokémon go,
tempat strategic untuk pokéstop adalah meja-meja berhampiran dengan pintu masuk kafe/escalator.
seriously!
ada 2 ke 3 pokéstops kat situ.
ikea dan the curve adalah destinasi pokéstops anda. lolx!

heinz organic food jugak ada dijual di kafe ikea.

ni baby food. bolehlah beli kalau ada bawak baby.
harga sy tak ingat. haha
tapi boleh picit je letak atas sudu. then bagi baby makan.


anaqi seronok dok main penolak stroller tu.


sy memang suka dengan bilik persalinan bayi kat ikea ni.
ada tempat tukar lampin,
ada jugak ruang untuk menyusu baby.
it's very convenient sebab lebih privacy.
tak de lah ko kena nursing baby kat tengah khalayak umum (walaupun ada nursing cover, it still feels odd. bukan semua kat khalayak umum tu faham, especially lelaki).
jadi bilik macam ni memang sangat-sangat memudahkan para ibu dengan anak kecil.

jangan dibawak ariana ni masuk, nanti dibuat mainnya suis lampu tu! lolx



anaqi dan ariana.



tempat tukar lampin. agak bersih sebab menggunakan alas pakai buang.

kalau kat R&R contohnya,
ada jugak tempat tukar lampin kan.
tapi tak de alas.
hari tu masa kat R&R tukar lampin anaqi,
baby di sebelahnya kencing atas kaunter tukar lampin tu.
mak dia lap aje pakai baju kotor anak dia.
lap macam tu je.
so tak berapa hygienic kan.
jadi kalau kita ke tempat-tempat awam tak berlapik macam tu,
pastikan bawak bersama alas menukar lampin untuk anak-anak kita.
jangan ambil mudah je even kalau nampak tempat tu clear.
mungkin sebelum tu ada budak kencing, budak muntah..
mana kita nak tau.
sebab ada orang kan jenis yang sempoi je,
bawak barang-barang yang utama saja macam pampers.
benda lain; bedak, sabun semua tak bawak.
kena fikir-fikirkan jugaklah kebersihan anak-anak.
diorang masih kecil dan badan sedang dalam proses nak membina antibodi.
jadi mudah kena jangkitan.
eh banyak pulak ceritanya.
asalnya nak cerita pasal ikea kan tadi. kihkih
ok sambung! :P


ikea dah tukar deco idea baru!



anaqi duduk diam-diam dalam stroller. dia kalau dah kenyang dan tak mengantuk, mood ok je.



ariana dan kad ikea. ni kat kaunter kad kredit.

satu lagi kat ikea ni,
kaunter dia ada pelbagai jenis.
pastikan berada kat kaunter yang betul.
ada kaunter untuk kad kredit sahaja, ada yang untuk beg kuning sahaja (bukan troli), etc.
elok jugak kalau one day dibuat kaunter untuk OKU, warga emas, perempuan mengandung dan lain-lain yang lebih memerlukan.


helo hai!!

then lepas tu husband beli karipap ikea dan ais krim.
lepas tu kitorang pun baliklahh.

:)

Tuesday, July 26, 2016

molly fantasy, dpulze, cyberjaya

hai hai! assalamualaikum semua.

banyaknya hoi pending stories.
tak pe, kita update satu satu. lolx

sekarang ni tengah musim open house raya.
be it open house perseorangan, open house ofis atau open house peringkat besar-besaran (peringkat negeri or orang besar-besar punya open house).
sebabkan sy ni selalu meninggalkan dan ditinggalkan kereta api *fuahaha*,
makanya cerita open house tu kemudian-kemudian punya entry lah pulak.

kali ni cerita bawak budak-budak ni bersuka-ria, berjimba-jimba. haha
kisah dua minggu lepas punya weekend ;)

kat the chicken rice shop, dpulze mall, cyberjaya.

so dalam dua minggu lepas, kitorang ke dpulze mall, cyber.
time-time baru lepas raya.
time-time kesengkekan duit jelas terasa. T_T
*syukorr gaji dah masuk semalam. lolx*
nak makan and bawak diorang ni main je.
sebab tempat ni tak ramai sangat orang.
selesa je nak berjalan-jalan.
dia punya feeling tak ramai orang tu macam kat subang parade zaman sy kecik-kecik dulu kot.
ada orang, tapi tak sesak.
so tempat main pun samalah kat molly fantasy tu.
biasanya kalau kat aeon mall tempat lain, packed gile kot.
sini parents boleh bertenang la, boleh nampak anak kat mana sebab tak ramai sangat kan.


with ariana. suka dia makan wantan mee dengan pai tee.

so lepas makan tu bergeraklah kitorang berempat ke molly fantasy.
bayar RM10 untuk ariana, lain-lain kitorang ni semua free.
tempat ni tak sebesar cawangan kat tempat lain, tapi sufficient enough dengan crowd yang tak ramai.

anaqi pun enjoy jugak main, since dia dah boleh merangkak & duduk lite-lite. hahah



paling dia suka; naik kereta.

alah yang kat rumah pun ada kereta mainan kecik yang boleh naik tu kan.
ke hulu ke hilir ariana bawak.
dah la dia dah membesar, kaki dah panjang.
terkontang-kanting mengayuh kereta tu hahaha
tunggu lah ada rezeki lebih (dan kalau dah ada rumah berlaman) nanti kita beli kereta mainan yang letrik tu ye.
sementara tu ko main je la kat molly fantasy ni. hihi


mak bapak dan adik lepak kat sini je la, tak larat nak mengejar kereta ariana. hahah (aksi akrobat apa kat belakang tu???) :D



main kat kedai buah pulak.



blocks pun ada. tengok tu, tak packed kan. selesa nak main.



ni pun dia suka main. masuk dalam, tolak-tolak. kalau ada budak lain masuk, ariana yang tolong tolakkan.

lepas-lepas tu ada masa untuk mewarna pulak.
akak yang kerja kat molly fantasy bagi budak-budak ni kertas dan warna.
ariana kejap je warnanya, lepas tu sambung main.







anaqi menaqi pomel pomel hahaha



nak jugekkk :P

ni second time la datang sini.
kat luar tu ada arcade.
masa first time datang tu, sy try la mesin kaut mainan tu kan.
2 ke 3 kali macam tu.
tak pernahnya dapat.
asyik slipped je and mainan jatuh balik. geram betul.
penipu mesin ni *ayat orang tak dapat HAHA*
so second time ni mintak husband top up kad (kat molly fantasy ni pakai macam debit card),
sy pergi balik kat mesin tu.
pakai RM1 je.
ehh dapat ok! yang saiz sedang tu.
excited lebih sebab sebelum ni tak pernahnya dapat. hahaha
dapat bunny doll, bagi kat ariana.

lepas tu baliklah kitorang berempat.
lepak kat rumah pulak. haha


bawah ni pulak tumpang gambar pergi ikea hari tu.. masa anniversary ikea ke-20.
jem gila kereta kat luar ok.
semua datang nak sambut anniversary ikea.. hahah.
yelah ada benda-benda yang boleh dapat diskaun kot.
then ada contest, clown, belon, popcorns semua.

ariana yang takutkan clown. suruh bergambar pun punyalah jauh dia duduk. tundukkk je bawah. haha



our dream kitchen. 2 kali datang sini, 2 kali masuk nak tengok dapur yang sama! AHAHA. dasarr.


:P

ok lah tu je.
nak sambung buat kerja. bye!

Thursday, April 07, 2016

sabtu kami

helo delo!
(dah khamis baru nak update kan! haha. busy sikitlah kerja hui)

sabtu lepas kitorang ke ikea.
misi utama adalah nak cari katil (and stuff) untuk bilik ariana.

sampai sana around 10 plus.
tak ramai sangat orang time tu.
datang kafe ikea pun tak ramai.
tak payah beratur.
meja pun banyak lagi yang kosong.
lantas terus beli makanan dengan riang ria.. ahaha

ariana's favourite; ikea's meatballs.



tak tau apa motif berdiri depan cermin besar tapi lepas tu selfie. cermin tu tak de function dah la kan! lolx



sambil-sambil tu tengok jugak sofa dan barang-barang lain untuk deco deco plan rumah baru nanti.

sementara tu tengoklah dua orang budak yang kamceng habis ni.
naik muntah pelangi nengoknya :'DDD




dah mengadu anaqi tarik rambut.. tapi dok hulur hulur kepala suh anaqi pegang rambut dia. what the whattt.

diorang ni memang sayang satu sama lain la.
anaqi yang kita nampak kecik macam tak tau apa-apa tu kan *bahaha*
kalau nampak kakak dia, terus senyum sampai telinga.
kalau ariana bercakap pun, anaqi boleh gelak gelak.
so kalau nak bagi mood anaqi ok, panggil je ariana.
"ariana, meh sini main dengan anaqi!" HAHAHA


hoho katil kanak-kanak ikea yang comel!

ended up beli katil design macam gambar kat atas.
nanti bila-bila sempat, sy up gambar kat blog ni.
entry bilik ariana.
tapi kosong lagi biliknya.
so nak buat blog entry khusus pun macam segan je. hahaha

so lepas ke ikea,
balik tu straight jumpa developer untuk sign agreement beli rumah.
ni first time sy beli rumah. kitorang sharing beli. haha
banyaknya docs nak kena sign!

entry diakhiri dengan gambar 'site visit' *lah sangattt :P* tempoh hari di bakal rumah baru. ekeke
rumah kecik je simple-simple, tapi bolehlah dibuat duduk.
so tengah semangat la ni nak cari deco-deco idea.
yang minimalis je lah kot.

ok till we meet again!
sekian.


Tuesday, August 04, 2015

hari-hari mau pergi ikea

helo!
wuah macam biasa, dah beratus abad lamanya barulah sempat nak up entry. kihkih

weekend haritu kitorang ke ikea, semata-mata sebab nak pergi makan.
so pagi-pagi tu dah bangun awal, siap-siap pergi.
orang boleh tahan ramai. parking ada, tapi hujung sikit. yang dekat pintu semua full.
ingatkan lepas-lepas raya ni tenanglah sikit ikea kan.
hoo sama je :P

nah gambar.

ariana bariana dan kek badam. badam's good for your brain! :D



love this guy. kikiki



me, as usual dengan chicken wings ikea. kali ni tambah fries. sepinggan dia bagi.

ikea ni go green sikit.
tak ada tisu and tak ada plastik apa kalau nak tapau.
nak tapau sila bawa tupperware sendiri.
so dah siap-siap bawa tisu dan tupperware dari rumah.
in case makan tak habis and nak tapau bawa balik. lolx
but luckily semua habis dimakan hari tu :D


ma love.


ariana kalau jumpa paper and pencil memang suka dia.
biasalah kan budak-budak,
fasa melukis sudah mariii.

tak tau la budak sebaya dia yang lain, tapi dia ni memang khusyuk melukis.

even kat kaki sendiri pun dia suka conteng-conteng,
ni kan pulak kalau jumpa kertas.
ni dia lukis atas kertas ikea tu. yang untuk tulis kod barang yang nak dibeli tu kan.


dari sofa turun ke meja kopi pulak. sambung melukis.

baguslah, memang nak menurunkan bakat melukis pun kat dia. kahkah
*baru-baru ni dia lukis atas ultrabook ai. huuuu haru. nasib baik guna pensil je* T_Tv

with his phone.



selfshot sekali! xD



naik atas sofa balik, buat macam rumah sendiri. lolx

tak de beli banyak barang pun.
more to window shopping.
sebab niat asal nak makan meatballs je haha
(tapi ada la sikit grab barang-barang kecik macam sudu garfu mangkuk gelas).

time ni ariana dah ketidoran sambil peluk panda bear.

murah je plushies kat ikea ni.
panda tu baru 11 ringgit lebih.
soft and fluffy lagi.

dan entry ni diakhiri dengan gambar meatballs ikea dan rakan-rakan. haha






bye!