Tuesday, July 22, 2014

ramadhan ke-18 wani ezryl

assalamualaikum and helo, ya'll! :P

hari ni dah selasa.
esok rabu (tapi dah macam jumaat).
yee sebab khamis jumaat dah ramai start cuti.
even yang start bercuti hari rabu pun ada.
sy tak cuti raya lagi minggu ni.
nak beraya dekat je kan.
so simpan cuti tu, kita cuti next week lah. haha

ini entry tentang ramadhan ke-18,
yakni hari khamis yang lepas.
ya Allah, banyaknya pending! haha
may be lepas ni sy rangkumkan aje banyak hari dalam satu entry.
sebab tak berkesempatan.
lagi dah nak hujung-hujung ramadhan ni.
kebizian melanda. lolx


gambar daripada pasar tani ofis.

ye jangan main-main,
mulai bulan ni ofis kitorang akan buat pasar tani pada setiap hari rabu minggu ketiga.
kerjasama dengan FAMA.
kawan-kawan yang kerja berdekatan boleh la singgah,
pasar tani di ruang depan kementerian wilayah. 12 tengah hari sehingga 6 petang.
masa baru bukak ni tak banyak gerai, tapi ok la jugak.
cuma gerai ikan dengan sayur tak de.
hari tu beli ayam kampung seekor baru RM14. murah tak tu? murahlah! lolx


kerepek dengan kuih raya pun ada.

sekarang semakin kemalasan nak snap gambar lauk-pauk time sahur.
biasanya masak simple atau panaskan lauk semalamnya.
lepas tu bangun pagi terkejar.
memang tak sempatlah nak snap.. huahuaha.

nah ni hidangan berbuka ramadhan ke-18 kitorang.
western hoih.
(sebab husband berdiet kan. kita masak yang diet-diet je la untuk dia :P)

spaghetti aglio olio.



ayam bakar.



ayam ni pakai sos tiram, kicap dengan padprika je. lolx

makan dua tu je,
tapi kenyang ya ampun :P
(alhamdulillah)

then haritu jumpa kak fazidah,
dia datang singgah rumah.. tapi tak masuk la.
kat tingkat bawah apartment tu je.
sy belikan dia dendeng.
dia bawakkan buku kajian sy yang dah berjaya dicetak dan dibukukan.
akhirnya,
lepas bertungkus-lumus buat kajian ni,
siap jugak akhirnya. weehee
thanks to my former boss yang guide sy.

report yang sangat komprehensif, kata stakeholders. tq to boss.


tengah malam (ok tak la 'tengah' sangat, dalam pukul 10 macam tu)
masak rendang ayam.
bahan-bahan dah siap awal dalam pukul 8.30 malam.
ni masak ayam kampung yang beli kat pasar tani ofis siang tadi.
semangat, lepas beli terus masak. haha

masa baru nak masak.



masih berkuah lagi.



rempah rendang mak lang tak ada, so buat rempah sendiri. itupun kasar. salahkan blender. wahaha



dah kering-kering basah. bolehlah diangkat.

kalau nak kering lagi berjam la kena tunggu.
wani e malas tunggu *haha. dasar*,
so tutup api dapur time basah-basah macam ni.
ok jugak, sebab berkuah kan.





pehh my fave!

rendang yang sy masak memang tak letak kerisik.
kerisik ni untuk yang nak cepat.
yang ini memang kacau sikit-sikit sampai kering.
thanks kepada husband yang tolong kacau sebab dia gagah sikit kan. lolx

then ada beli buah mata kucing selasa lepas.
ada lagi dalam fridge.
bagi ariana makan, suka dia.
sebahagiannya dia buat main.
dipluck-plucknya buah tu.
redha je la. haha

pluck masuk dalam plastik. petani moden berjaya sangat. hahaha



lai! lai! beli beli!! :P

ok nanti sambung lagi. byeeeeeeee

No comments: