Showing posts with label art. Show all posts
Showing posts with label art. Show all posts

Thursday, August 10, 2023

Lembaran Lukisan Mewarna Kanak-kanak untuk Merdeka (FOC) (Percuma)

 assalamualaikum and hi! :)

tahun lepas sy ada buat lukisan untuk pertandingan mewarna anak-anak.
ada lukisan yang inspired daripada lukisan-lukisan yang sy jumpa di internet.

so siapa-siapa yang nak ambil dan gunakan lukisan-lukisan di bawah
untuk pertandingan mewarna, dipersilakan.
sy halalkan and it's free of charge. anggap sebagai jariah aje.

(klik pada gambar untuk dibesarkan dan boleh save lukisan ini)

ok tqq and happy merdeka!

#lembaranlukisanmewarna
#mewarnamerdeka
#pertandinganmewarnamerdeka
#merdekaoutlinedrawing
#merdekacoloringcontest





Wednesday, June 06, 2018

AA's DIY dinosaur art project

hello, beautiful peeps!

just recently, AAs just finished working on their dinosaur art project for the school.
the project of course, involves us, the parents too. lolx
need to use recycled items, so here are the things that we need :

PAPER MACHE DINOSAUR

1. clean, used milk bottle

2. lotttsa newspaper

3. cardboards (recycled)

4. cellophane tape

5. PVA glue (white in color)

6. scissors/blade-knife

7. black marker

8. poster colors/brush/water


DIY STEPS :

first, we need to 'sculp' the dino.. i used the bottle as its body.
then, crumple the newspaper to make its head, feet and tail.
using a black marker, i drew its 'bony plates' (the ones on top of the dino) on a cardboard.
we're making a stegosaurus here.
then i cut out the bony plates and attached em to the body, using a tape.
same as the head, feet and tail. i used tape to joint em all.





next, tear the newspaper into smaller size to start making a paper mache.
just put the glue onto the body, and paste the newspaper there.
do this until the whole dino body is covered with the newspaper.




then put aside (in front of a fan.. lolx) and let the dino dries.




after the dino is drying up,
call the children for them to continue to next step; i.e coloring the dino :DD



we chose pink because green and brown are so mainstream :P

for the bony plates, we thought of rainbow colors.

full concentration. lolx



yes, ariana did most of the coloring. anaqi on the other hand, was in his own world, painting his paper. HAHA

let the color dries in front of a fan :D

and here's our dinosaur, after i covered the whole body with PVA glue and let it dry again.
why the PVA glue?
because it gives a nice glossy effect to the dino's body.. a non-expensive method ;)

taraa! a pink dino! :)

p/s: don't forget the eyes! you can buy googly eyes from art/DIY shop or like me, i drew a smily eyes, cut em and glued em to the dino's head. try it! :)

Thursday, October 05, 2017

AA's art project : building

last month ariana dan anaqi dapat assignment daripada taska.
buat projek seni; bina bangunan menggunakan bahan-bahan recycle dengan satu family.
kiranya 1 family, 1 building.

dan macam biasa, mama diorang lah yang gigih lebih.
kalau mama tak gerakkan team ni, memang tak menyiap bangunannya.
dengan babah sekali siap kena join. lolx

we made a castle.

sejak awal tahun tak silapnya, sy ada kumpul beberapa kotak.
lepas tu baru-baru ni pergi ikea, mintak kadbod yang diorang tak pakai.
mostly untk buat base dan pagar batu istana tu.

disebabkan masa tak cukup mana,
jadilah istana sebuah gedebuk macam tu.
we made it in two days.
jadilah tu. haha



kali ni bagi mengelakkan rumah berkecah secara extreme (masih berkecah, cuma minimum :P),
kali ni kitorang tak pakai paint.
kitorang pakai kertas warna dengan selotape/gam je.

tang berposing memang menang habis dua orang ni.
hahaha





anaqi.. ada la 1 part yang dia tolong buat kat istana tu.
yang lain mintak ariana buatkan. lolx








gunting rumput siap.



ikut instruction mama tulis satu-satu. kalau tak, dia memang tak belajar lagi eja nama anaqi.



taraa! ni la dia hasilnya. tali je tak jumpa, nak letak kat pintu tu. haha

Friday, February 03, 2017

ariana dan pokok

hai hai!

haritu ariana, dengan kitorang-kitorang sekali *mama dan babah* dapat homework daripada taska.
kitorang kena siapkan satu family tree dan hantar sebelum 27 januari.
kira buat sama-sama lah.
syaratnya kena ada pakai barang-barang terbuang.

so oklah, sy ambik botol shower gel yang dah kosong and kotak barang mainan as the base.
barang lain macam warna, kertas tu kita beli la :D

ariana nampak seronok dan bersungguh-sungguh nak buat pokok dia tu.

mula-mula cover botol dengan kertas putih dulu.. baru kita warna.

babah tolong potongkan reranting dan lekatkan.
part cover ranting dengan kertas tu susah sikit, so yang tu sy buat.


lepas tu, kaler.



babah gunting batang ais krim untuk dijadikan pagar.



ariana khusyuk tanggalkan gam daripada tangan. hahah

then for the 'leaves', sy guna kertas warna hijau.
kitorang komot-komotkan aje.. lekat kat batang pokok tu.
lepas tu ada la beli benda bulat-bulat tu kat daiso..
lekat sikit kat pokok macam buah-buah dia.

ariana lekatkan.

then i added the swing just for the extra effect :D


tadaah! siap dah family treenya.

gambar tak berapa nak lawa printing sebab ink printer kitorang dah nak habis daa.


ariana bergambar dengan pokoknya sebelum ke taska pagi tu.

she loves the tree so much,
she cried when she got home sebab tak dapat bawak balik pokoknya.. hahaha
babah sent me the photo sebab time tu sy balik lambat sikit kot.
it was funny. lolx


Monday, February 08, 2016

Saturday, October 17, 2015

birthday husband 16.10


semalam birthday my husband.. woot woots!!
sebab wishnya adalah sama,
so sy tepek je la print screen daripada facebook. haha

seorang pencinta kucing,
laju mengira *i don't like maths.. he does!*,
a movie goer,
loves computer and android games,
jenis yang makan apa je kalau kita masak (kecuali nasi dikurangkan),
bawak kereta agak hati-hati la berbanding sy *i'm the adventurous one dalam rumah ni kihkih*
for a guy, agak rajin jugaklah kat rumah.. boleh vakum rumah, mop, mandikan anak, basuh baju segala.
kitorang ni banyak kegemaran yang tak sama ok,
but somehow we jive together.. lolx
sy ucapkan berbanyak kesyukuran kepadaNya
and also thank my MIL sebab melahirkan husbandku yang awesome ini.. wihihi :D

so memang plan nak buat handmade birthday card je untuk husband.
sebab rasa macam dah lama abandon hobi ni.
asyik-asyik singgah memory lane kan.
walaupun truth is, buat handmades ni lagi costly hahahaa
kisahlah cost ke tak cost.
yang penting kegembiraan membuatnya. tu tak ternilai ok :DDD

bawak bahan-bahan ke ofis.
fikir, may be sempat siapkan ni sebab hari jumaat kan.
tak la sibuk sangat.
tapi tiba-tiba kerja datang bertimpa ok hahaa
nasib baik la kerja tu settle dulu laju-laju.
petang lepas lunch hour baru sempat nak fokus buat kad.


the stuff.



untuk kad, beli sedia ada yang kosong kat daiso. nak buat sendiri tak sempat, nak kena cari lagi. *mode malas fikir* :P


selepas gigih menggunting dan menampal di sana sini,
akhirnya siaplah jugak handmade birthday card untuk husband! yay!
agak laju jugaklah sy buat.
biasanya buat handmades ni memakan masa sikit.
nak hias lelebih macam tak cukup time,
so gunakan pen untuk tulis and lukis je.

tadaa!

gambar tu dah siap-siap print dari rumah.
sy memang jenis tak suka guna harta ofis untuk personal, hatta printer sekalipun.
kalau emergency pakai, sy may be akan tinggalkan duit kat printer ofis haha (tapi setakat ni macam tak de lagi la)
pen pun sendiri punya.
adakah tak munasabah? hahaa

tapi yang bummer tu,
ai sorokkan printed photos ni dalam babycot kat bilik menggosok.
konon tak nak bagi husband nampak la. surpliseee!
pagi tu kat rumah, husband pi sana cari seluar kerja dia.
jenguk dlam baby cot nampak kertas tu! siap belek-belek lagi.
haaaaa tak surprise langsung la dia niiiii hahaha
(salah sendiri jugak letak kat tempat 'terdedah' T_T)


dah siap design2, kita bungkus! :D



simple doodle at the back.

ye dah 3 series dah husband. hihi

balik dari ofis,
laju singgah alamanda untuk beli kek.
tapi tak ada la beli sedebuk besar yang 2kg tu.
siapa pulak nak makannya karang.
beli 2 slices je.
choc cheese for husband and white choc macadamia for ariana and myself.
mintak lilin sebatang.
nasib baik la alamanda tak ramai orang.
time-time orang balik kerja kan.


the cakes. yum yum!


kitorang ni sambut birthday memang sempoi and simple je haha
panggil depa datang snap gambar, then makan :P

nampak tu, ariana siap pakai beg galas (beg sekolah) dalam rumah hahaha



signature peace :P happy birthday, hun!


kami dan makan-makan memang tak dapat dipisahkan. fuahaha
so for dinner,
decided to go to haji sharin low restaurant for a treat.

samseng pinggiran putrajaya :PP

elok je tersusun air tu untuk 3 orang kan. haha
ariana pulak sampai-sampai, tidur.
whatthe.
orang nak bagi dia makan, dia tidur la pulak.

dah pakai lawa-lawa, tapi tidur. lolx


so ni la yang kitorang order.
nak order lebih tak berani.
makan berdua je pun, kang tak habis pulak.

sup ayam dan jagung. sedappppp. hambik, banyak huruf P tu menandakan sedap. lolx



husband nak ni; mantis prawn masak apakah namanya.. tapi macam kicap la. rasa masam manis.



then we had ikan kerapu masak hong kong (soy sauce)

memang garing la ikan kerapunya. sedappp
pandai tukang masak tu bajet, bagi ikan yang memang cukup makan untuk 2 orang.
not too big and not too small.


macam biasa, terung kena ada :D ini terung goreng telur masin. yummy!


sikit je kan ordernya.
makan dengan nasi putih.
tapi percayalah, memang kenyang.
sup je tak habis, sebab nak bagi ariana makan tapi dia tidur.
so kita mintak bungkus bawak balik rumah.


meja kitorang.

suka la makan kat situ.
tak bising. semorang makan dok diam-diam je.
(may be ariana tidur so tak bising HAHAHA)
kira jenis pelanggan yang datang menikmati makanan la..
and bukan yang jenis borak kuat-kuat satu restoran boleh dengar topik apa ko bincangkan kihkih
kan kadang ada jenis yang macam tu.
biasanya a group of people la.
tak salah pun nak borak bising,
tapi pi mamak sana ya. hahaha

all in all,
had a good celebration walaupun sederhana saja.
tak de la nak havoc beli belon terapung ke buat surprise orang datang hantar bunga or nyanyi-nyanyi. ai tak mampu, you :'D
asalkan kenyang, happy and we enjoy each other's presence. tu dah cukup.
again, HAPPY BIRTHDAY to my beloved husband.
more celebrations to come, insyaAllah.

:D

Tuesday, August 25, 2015

faliq & ain's wedding reception (USJ)

hai hai!

ahad lepas turn kenduri-kendara di side lelaki pulak; i.e my brother, faliq.
memandangkan dewan-dewan kat shah alam banyak dah fully booked,
maka majlis resepsi telah dibuat di one city, USJ.

sy memang tak sempat nak tolong mana,
just sponsor guest book, kerepek dan buat photo props.
photo boothnya tak ada pun, sebab tak sempat nak buat jugak haha

event hall kat one city ni penuh pada hari sabtu.
siang malam ada wedding events berbeza.
menyebabkan my family terpaksa datang sana tengah-tengah malam sabtu tu untuk preparation.
doink.
patutnya management tak ambik event back to back macam tu.
macam mana orang nak prepare.
pelamin kerusi meja semua pakai yang recycle from previous event aje ke?
atau sempat ditukar sebelum majlis berlangsung?
how to do wedding rehearsals etc?? (kitorang memang tak buat rehearsal pun).
kesian kat my family jugak.. esoknya nak buat event, tengah malam bersengkang mata sampai pagi nak pergi sana pulak. termasuk dengan pengantin-pengantin sekali. sudahnya tak cukup rehat. hadoii.
but for improvements better next time kena consider keperluan pelanggan untuk prep.
sebab dah bayar kan.

sempatlah jugak sy snap few photos semasa kenduri.
lepas tu sibuk melayan tetamu. wihihi
tak padan perut bulat sibuk ke sana sini.


ariana start pukul 12 dah tidur. nap time dia ni.



ololo kesian dia mengantuk. missed most of the important moments time wedding sebab tidur. haha



my mom and dad.

ye tema baju keluarga adalah merah.
baju ladies, tempah. guys, beli kat jakel.
baju ariana beli last minute hari sabtu sebelum hari wedding.
merata cari gaun merah.
banyak baju gaun budak-budak kan kaler krim or putih.
nasib baik la jumpa. phew.


with one of the photo props that i did.

gigih ai buat props sampai pagi.
dah terasa macam kat kursus DPA pun ye.. time-time buat assignment sampai pagi. wahaha
ni buat sampai pukul 3 lebih nak masuk 4pagi. tidur kejap.
then bangun balik untuk sambung.
lenguh belakang hoih dari duduk sampai baring, sambung duduk then baring lagi. lolx
dia jadi tedious sebab lepas gunting tu kena tepek kat mounting board and hiris pakai pisau pulak.
betapa banyak kerjanya kan.
tapi tak pe, asalkan hasilnya berkualiti. :D


husband and i.



the arrival of pengantin. pengantin sampai dalam pukul 1.30 petang macam tu.



at the arch.

memang la pengantin sekarang ni tak macam dulu kan.
budak berdua ni siap borak-borak sebelum nak gerak ke pentas tu ahaha
tak kisahlah. asal sampai ke destinasi :P


view from the arch-entrance.



time makan. ke makan time? haha



with my friend, syira. thanks for coming!

ada jugak kawan-kawan lain yang datang,
tapi gambar diorang tak ada dalam phone sy.
mostly diorang snap pakai phone diorang sendiri.


small family photo. ada gambar lagi ramai, tapi dalam phone photog.



baiknya ariana dok diam ahaha. time ni dia baru bangun tidur :)


then kitorang fooling around dengan props :




love him, love her.



sempena merdeka. hahaha









ahaha mr beard tu sangat fit dengan muka husband!! *gelak keluar air mata*



jugak gambar kemerdekaan. lolx



pose dengan jalur gemilang.



faliq and ain.



muka tak puas hati dua-dua. ahaha



kitorang sempat la bergambar dengan pengantin.



somehow gambar pandang ke tepi ni nampak sangat comel! lolx



mi familia.



tengok muka licik ariana nak makan ais krim tu! rofl!



the red clanz. hoho



ariana makan cup cake. durra bawak.



last but not least, again a photo of me and husband. :)

then the next day tu sy awal-awal dah apply cuti.
tau memang badan akan lenguh and penat.
so i need a rest.
tapi tak de lah tidur the whole day.
duduk rumah pun agak produktif lah membasuh baju melipat baju semua.
siap pergi pasar lagi. lolx

all in all majlis berjalan lancar and ahad malam tu jugak balik putrajaya.
ingat nak tengok konsert AF tapi tertidur jugak depan tv sudahnya hahaha

till then!