Showing posts with label dessert. Show all posts
Showing posts with label dessert. Show all posts

Thursday, October 26, 2017

berjalan-jalan di kafe wondermilk

have you heard about wondermilk?
wondermilk ni adalah sebuah kedai kek yang menjual kek dan cupcakes yang supercomel!
kek-keknya juga sedap bak hang (cuma kadang ada icing yang terlebih manis. mungkin sy ni bukan sweet tooth person).
yang penting comel dan interior kedai yang hipster, ala-ala scandinavian :D

kedai wondermilk yang paling dekat dengan tempat sy,
adalah di IOI city mall putrajaya.
ia berlokasi di aras G, lif tengah.
kalau ko ke parking, elok parking area A-C di belakang-belakang sikit.
ada lif direct ke situ.

baru-baru ni sempatlah ke sana dan snap gambar sikit.
sebenarnya datang untuk ambik kek birthday husband yang dah ditempah sebelum tu.
kalau nak tengok kek untuk ditempah, kat website dan instagram wondermilk pun ada.
harga range RM90 ke atas macam tu.
tapi kalau nak custom design, lagi mahal.
and tak dijual kek fondant. semua dilukis dengan icing tetapi as i said previously; supercomel.


barisan cupcakes dan ada la kek sikit.

kalau masuk ikut pintu kafe,
jalan straight akan ke kaunter.
tepi kaunter tu ada cupcakes macam gambar kat atas ni.
bolehlah beli.
sebiji cupcake kalau tak silap sy.. dalam RM4.90.


deco di kaunter depan.



deco di dalam kafe. cantik kan! siap ada lampu gantung-gantung.



cookies pun ada.


konsepnya kalau nak makan kat dalam kafe wondermilk,
order je kat kaunter depan tu.
bayar dulu.
bawah ni gambar buku menu.. kalau nak tengok-tengok.
sy tak pernah lagi makan kat sini.
tapi nampaknya menu adalah makanan fast food/western.





kat situ juga ada ruangan untuk anak-anak bermain.
tak besar, tapi mencukupi untuk entertain the kids while the parents eat. lolx




dapur masak-masak pun ada ha! :D

may be satu hari nanti sy akan cuba pulak makan kat kafe wondermilk ni.
setakat ni datang membeli kek je haha.
kawan sy ada share; kalau kita membeli-belah kat ioi city mall dan ada resit RM50 ke atas (boleh gabung rasanya),
kita eligible untuk redeem cupcake wondermilk ni secara percuma.
just pergi ke kaunter informasi untuk redeem.

aight that's all for now!

toodle-loo!

Friday, October 17, 2014

husbandku yang awesome menyambut birthdaynya

hahaha tajuk punyalah panjang kan.

seperti yang semua maklum (dan yang tak maklum, haa sila baca lah :P)
semalam birthday husband.
HAPPY BIRTHDAY TO YOUUUUHUUUU~
(16 oktober 2014 - umur dah 29 tahun ye. tahniah!!)

tapi sorry husb, semalam tak sempat nak berblogging sebab nak celebrate kan.
so kita buat entry hari ni.. hihi.

macam biasalah kan rakyat dunia kalau celebrate birthday haruslah makan-makan diutamakan.
sebenarnya kitorang dah celebrate awal, hari sebelum tu.
dinner ai belanja ;P
kitorang makan dekat je.. kat TGIF alamanda.
entry ni banyak photos muka kami je. so bear with us. fuahaha.


tiga beranak pi makan-makan. wee hoo!

tanya husband, nak hadiah birthday apa.
dia cakap tamau hadiah.
guys memang tak kisahkan hadiah kot.
ataupun memang kebiasaan dalam family dia tak de berhadiah-hadiah.
tapi sy bagi jugaklah hadiah.
jam ironman. HAHA
(gambar tak de sini.)
tapi tak sempat bungkus. bagi je macam tu balik dari ofis semalam.
*sabar je la kau ni, wani* T_Tv


nah sambung gambar kat TGIF.



budak yang over excited. mana-mana pun excited.

hari tu 15 okt, ada orang sambut birthday.
kat TGIF ni kalau ada birthday, staff dia punya kuat menjerit satu restoran, umumkan yang hari tu ada birthday.
lepas tu datang kat meja orang tu and nyanyi ramai-ramai.
time kitorang datang tu ada dua kali la diorang jerit.
agaknya ada dua orang sambut birthday.
memang bunyinya meriah la.
tapi tang tu hari gaji belum keluar, so tak ramai kat TGIF.


untuk budak-budak, dapat free meal. kitorang pilih chicken fingers dengan fries.



saya try burger ayam dengan sauteed mushroom&onion dia, jugak ada crispy mushroom. dan cheese. wallah!



set burger ni bersekali dengan fries. memang super kenyang la. pengsan makcik nak menghabiskan. (fries bawak balik)



husband ambik rib-eye steak (dia punya rib-eye je pun harga dah RM55 whoahhh)

tapi serious sedap la steak dia.
bau smoky-smoky.
tak tau masa bakar tu pakai arang kayu api apa.
side dish; corn on the corb (pun bakar, rasa smoky yang sedapppp) and mashed potato. potato bagi ariana makan. suka dia. haha


ariana dan misai plastiknya. bahaha

then semalam, hari birthday sebenar.
malam tu husband pulak belanja makan.
hahaha.
ye kitorang ni hidup sederhana je,
tapi makan tip top ok :DDD *gelak laju-laju*
naik kereta myvi pun tak apa, janji makan sedap. hihi
makan kat padi house.

mai posing sat dengan birthday boy ;)



ala ala ala dua-dua buat muka pomel ^________________^



haiyahhh!!



"eat my hand, dad!" kata ariana.



sy pun join sekaki. selfshot.



mi familia.



say EEE!



eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee. T_T



my beloved one.



crispy chicken wings. sedapppp.



lupa nak tanya nama dish ni. husband punya. tapi dia creamy2 saucy2 tu la.



ni memang fave sy kat padi; spaghetti dengan eggplant. sedap banget!



aaa sedap!!! share ni dengan ariana, suka dia makan spag. bubur nasi tak suka pulak -_-"



"nah, makan ni, hambik." hahahaha


"can i have more?"

then buat surprise jugak la, belikan husband cupcakes.
awal dah tempah.
masa nak ambik tu, baker cakap kedai tutup sebab dia bukak booth kat tempat lain.
asalnya nak ambik petang.
so dia cakap datang rumah malam la, pukul 8.
malam tu before pergi padi, mintak husband singgah rumah baker ni..
tapi sy bitau husband, nak ke rumah kawan ambik barang.
stress dia nak kena pusing pulak sebab dah lapar kan.
hahahaha
jelas nyata nampak muka dia stress.
siap tanya lagi apsal tak pos je, ambik barang apa, yadayada.
soal siasat kau, macam inspektor polis :P
pandai-pandai la ai dolak dalik kan. rofl.
sampai rumah tu, ambik kek, tunjuk kat husband.
then lepas tu baru la nampak mukanya berseri gitu. hahahha
surplise tak surplise? :P


semua figures atas cupcakes ni memang favourite husband la.

"kek ni untuk siapa?" baker tanya.
"husband sy."
"hah, ada naruto ni?" muka dia terkejut.
hahaha fyi naruto ni memang ada satu online game tu husband suka main. so simbolik kepada game tu la.
mesti baker tu ingat untuk budak-budak kan sebab naruto.. kehkeh.
orang besar la sebenarnya yang suka komik and manga naruto.
budak-budak kecik suka frozen dengan ben10 ok :DDD

so ada ayam goreng tu sebab dia suka ayam.
dumbell sebab dia suka pi gym.
milo mug tu sebab pagi2 memang suka minum milo.
kucing 2 ekor tu biskut & bella.
popcorn and clapperboard tu sebab suka tengok movies. kadang tengok sorang je dia tu haha
then love banyak-banyak tanda kecintaanku kepadanya. ecewah *batuk kuat dan tergolek ke lantai*




happy birthday to youuuuuuuuuu.
love ya to the max!!

Wednesday, July 23, 2014

ramadhan ke-22 dan 23 wani ezryl

hah! baru sempat nak update entry terkini.. ekeke
but before sy mula,
good news; malaysia dah berjaya dapatkan blackbox MH17!
tahniah kepada PM yang berjaya nego dengan pihak pemisah.
see, tak payah nak attack atau apa. just nego. world peace. lolx

now back tu cerita makan-makan kita,
*bertobatlah wani, sibuk nak makan aje kerjanya* :P

kelmarin buka puasa dengan sup ayam.
yosh, hidangan dietlah macam biasa. macam tak tau pulak. hahah
nah sup ayam!

sup ayam sedap.



comforting. makan panas-panas dengan nasi putih.. pehhhh.



"helo, saya sup ayam! salam perkenalan!" ecehh.



from top.

malam tu pulak try buat puding roti (for the first timenya. ahha!)
sy pakai resipi pusing roti nani rostam, mak hanis zalikha.
*tapi ada alter sikit*
pakai roti butterscotch.. yum yum.


masa dalam oven mengembung rotinya. horror, ingatkan roti nak meletup! lolx



a piece of. lazat!

ceritanya sy terlupa beli bahan-bahan untuk buat sos.
so puding je la tak de sos. HAHAHA

esoknya selasa.
buka puasa beli kat bazar je,
sebab hari selasa adalah hari ke pasar tani, beli bahan-bahan dapur.
tak sempat kot nak balik masak.
ni lah yang dibeli semalam :


nasi kerabu. keropok goreng sendiri.

lupa nama gerai dia..
tapi gerai ni orang ramai gile beratur!
ada 4 row.. lepas tu dalam 4 row tu ada la dalam 10-12 orang.
dan row tu tak pernah pendek!
(orang putrajaya suka nasi kerabu agaknya haha)

but so far sy tak jumpa lagi nasi kerabu yang super sedap di putrajaya ni.
nasi kerabu super sedap masih di seksyen 19, shah alam.
di trak depan shell sebelah hotel de palma. hihi

same as ayam golek.
walaupun sy membeli ayam golek champion bazar putrajaya yang sebelum ni berpuluh orang beratur panjang,
pemenang sole masih ayam golek seksyen 20, shah alam.
yang jual everyday except saturday. (sebab sabtu ada pasar malam).
ayam golek dia.. fuh. penuh berempah and rasanya sampai ke dalam.
tak payah sos ke apa memang dia sendiri dah sedap.

so ni rupanya ayam golek champion ;)
sedap jugak.

ayam golek madu (champion).

memandangkan husband diet dan tak makan nasi masa berbuka,
sy belikan sekali putu mayam untuk dia.

putu mayam! xD



kerang bakar. besar kerangnya.



air mangga RM3 sebungkus.

pun tak jumpa lagi air mangga pure.
winner air mangga pure jatuh kepada restoran saddam hussein, KTcity. ahax
(jauh tu kalau nak pergi beli :P)
nombor 2, air mangga seksyen 20, shah alam.


goreng keropok buat peneman nasi kerabu kosongku :P (keropok ni berkurun bos bagi baru nak goreng. haha)



kesimpulannya dalam satu gambar. lolx


hari esok rasanya dah ramai yang akan mula cuti raya.
hari ni dapat kain batik and brooch daripada kelab sukan & kebajikan ofis.
esok lusa sy masuk ofis.
mood raya kat ofis je la. haha
kbai!