Showing posts with label homecook. Show all posts
Showing posts with label homecook. Show all posts

Friday, June 14, 2024

foodie loves the food

assalamualaikum and hi! :)

just to dump in some food photos yang dah lama simpan dalam draft 😋

btw sebelum kita ke gambar,
baru-baru ni ada banyak ye cerita-cerita menarik telah ditonton.
antaranya maxton hall, hierarchy, perfect match, geek girl, agak laen dan nowww baru nak start tengok tale of the nine tailed season 1 (walhal dah season 2 lolx).
maxton hall tu memang tersangat la best. i recommend kalau korang suka tengok high school-ish, elite vs normal students, enemy-then-lover punya vibe. season 2 dia baru start shooting ni.

2nd thing!
selamat menyambut bulan zulhijjah!
dekat-dekat je nak raya haji kita ni kan.
ada la dalam 3 hari lagi, insyaAllah.
kalau mampu, sila la berpuasa sampai ahad ni.
ahad 16 jun terpaling utama, iaitu puasa arafah.
ada dengar ustaz cakap, bulan zulhijjah ni, pahala dia berganda.
so buatlah kebaikan tu banyak2. jangan buat kejahatan. nanti berganda jugak jadinya.. haha. wallahu a'lam.
baju raya baharu macam tak de je tahun ni.. ingat nak pakai baju mana ada je.
tapi tengoklah, tetiba terjumpa baju raya esok lusa.. who knows? ;)

vibe raya ni.. ada lemang, ayam kicap berempah dengan sambal goreng jawa bersantan.



hahh yang ni sodapp. mi hun goreng merah. lurve!





nasi goreng cili api. begedil ayam. sedap semuaaa!!
hahaha saya memang suka makan masakan sendiri 😂😂😂
tapi nak masak tu, tunggu kerajinan.



suka buat begedil kecik-kecik je gini.



tak pasti kenapa ada buih2 di lautan dalam gambar ni hahaa.
may be cedok tengah berbuih menggelegak?? 😂



rendang ayamm. haa bila la nak masak rendang sempena nak raya haji ni.

 

dahh tu je. byee!!

Wednesday, July 27, 2022

masak-memasak di kala harga barang naik

assalamualaikum and hi! :)

kenaikan harga barang sememangnya meresahkan rakyat malaysia.
aicewah kemain intro :P
so nak tak nak, kita kena merajin-rajinkan diri (atau nak buat-buat rajin pun tak pe. bahaha) dalam bidang masak-memasak ni.

as for me, i love cooking.
cuma antara malas tak malas tu je la.
kalau malas, beli atau makan kat luar je dah, habis cerita.

so entry ni cerita pasal makanan je kekdahnya. haha

surprisingly, makan macam ni pun dah cukup kenyang.
sayur2 memang mengenyangkan. air lemon madu panas, wajib setiap pagi.



konon menu sihat. bahaha
ikan siakap masak stim. ikan RM11 beli kat pasar dengkil.
dah jimat RM20 dah, banding kalau beli kat kedai makan.
sampai kering air dalam kuali tu dibuatnya. pi buat kerja apa ntah sampai lupa nk tengok kekeringannya. lolx



ntah kenapa gambar jadi berbelang gini. tapi malas nak upload baru.
so terimalah seadanya :P
cempedak goreng di musim cempedak. cempedak ni husb beli. RM21 sebiji katanya. jenis besar, 2 kali boleh goreng.


cakap pasal cempedak,
ada orang share harga cempedak RM2 seketul.
pergh penjual nak beli rumah banglo atas bukit ke? yang ada seaview tu?
dahlah tengah musim kan, jual pulak mahal-mahal.
lain la kalau barang rare. ntoh le. sebenarnya harga pasaran skang, RM1 seketul.


ni nama dia acah-acah nak western.
ayam air fry sendiri, sayur rebus sendiri, brown sauce buat sendiri. sedap le pulak. hahahaha
cuma sebab malas buat mashed potato, kita beli keepci je le. roti bun pun ada. haa ko ada roti bun :DD



everyday buat bekal budak2 AAs ni. kadang bagi nasi, kadang ringan2 je.
ni hari masak nasi berlauk. apakah itu??
yoshh itu ikan selar goreng tapi ai dah shred siap-siap *bukan pakai mesin shredder ofis ye. pakai gerefu je* petola masak 2 cara; tumis dan goreng tepung ayam.



ni pulak bekal mi syabu-syabu masak kicap dan ayam goreng sendiri ala keepci. gemok ayamnya, ni ayam sorok ke apa.. kan ada sekali tu harga ayam melambung sebab tak de stok. tau2 je ayam tetiba menimbun, saiz besar2. kalau ye ada orang sorok, kita tempeleng ramai2. rakyat dah la hidup susah, nak tambahkan susah pulak. tau nak untung aje. haihs termembebel pula :P



ini pun masak di kala penjimatan. ikan cermin masak 3 rasa.
beli ikan dengan harga murmur di pasar sebab orang tu nak tutup kedai dah.
2 pinggan RM5 ko bayangkan. jimat banyak gini.



tetiba ada satu hari tu teringin makan sambal goreng jowo (dibuat oleh orang non-jawa).
so terjadilah perkara ini di atas karpet rumahku. bahaha



mi hun goreng buat bekalan AAs.
eh sedapnyaaa. mi favorito.



ni pun kes teringin. nasi minyak ganu. pergh sedap ni, serius.
AAs suka sebab ada ayam masak merah tu.



sebab sedap, kita layur lagi gambar. HAHAA



dannn last but not least, cucur jagung yang dimasak lebih untuk dibawa ke ofis (potluck).
malangnya AAs tak berapa minat cucur. so bekal sekolah dibawa pulang dalam keadaan masih banyak. membaziaq je korang ni. kena tunjuk youtube orang somalia tak makan berbulan tu baru tau kesusahan hidup orang len tak da makanan.

 

dah tu je. bahaha

nanti sambung lagi. tataa

Wednesday, February 05, 2020

nasi lemak paling sedap di dunia *tibee

assalamualaikum and hi! :)

ahhahaaa maafkan caption :DD
tapi bagi semua orang pun,
masakan kat rumah akan top off yang kat kedai.
sama la macam masakan mak.
semua orang akan cakap masakan mak dia the best.
sebab dia membesar dan dibiasakan dengan masakan mak dia.
palet rasa dia dah terbiasa dengan apa saja yang dia makan dari kecik.
hence; 'masakan mak aku paling sedap, weh.'
walaupun orang sebelah dia pun claim masakan maknya pulak paling sedap.
jadi isu ni takkan pernah habis. HAHA
kiranya taste is in the palate of the beholder. taste is subjective.
a.k.a in BM; mengikut selera masing-masing.

of course sy setuju nasi lemak CIAST seksyen 19, shah alam adalah sangat sedap.
tapi tetaplah jugak nak kata nasi lemak masakan sy yang biasa-biasa saja ni, adalah sedap mengikut selera tekak sy.. lolx.
sebab sy ni bukan pemakan sambal.
and my homecooked nasi lemak is the only nasi lemak that i eat a sambal with.
how about my mom's nasi lemak?
i also din eat the sambal, my mom said trylah, her sambal and nasi lemak is different than kedai.
i bet my mom's nasi lemak pun super sedap, since she's good at cooking.

so 'nuff bout sedap tak sedap,
let's on to the photos!

ni lah nasi lemak marhaen. as simple (but not so simple sebab siap ada ayam goreng) as it could be. lolx



the glorious ayam goreng berempah.
bahan-bahan rempah: bawang merah, bawang putih, halia, cili merah, serai, biji ketumbar, jintan manis, daun kari, serbuk kari, garam, madu (menggantikan gula). ada yang tertinggal tak?

macam mana nak bagi serdak dia tak kecik-kecik macam ni?
adakah kena lebihkan serai?



bird-eye view.



my humble sambal nasi lemak. yang the only one yang sy makan, sebab dia lebih kepada rasa 'masak merah' (bawang lebih) ahhahaaa


yosh. kalau korang nak tau, sy ni TAK MAKAN sambal nasi lemak.. hahahaa *ampunnn peminat nasi lemak sekaliannn*
bukan sebab tak makan pedas,
tapi may be portion cili yang sangat banyak berbanding bebawangan.
then bau sambal tu.
tak taulah acik. lolx
maka sy buatlah sambal nasi lemak sendiri yang boleh dimakan oleh diri sendiri jua. kihkih
i also put blended ikan bilis in the sambal, for extra taste.
gula melaka for the darker color.
guhh teringin nak makan pulak bila taip ni :DDD
tapi kemalasannnnn.


ikan bilis goreng yang crunchy. taruk siap-siap dalam bekas. nanti terus tutup supaya tak lemau.

sy suka ikan bilis berkopek tanpa hitam-hitammm dengan kepala segala bala tu HAHA
kat kedai, akan makan bahagian badan je kalau mampu.
kalau ikan bilis jenis kecik, tak mampu, telan je la :DD

so yang version masak di rumah,
memang goreng yang berkopek siap.
goreng cukup-cukup untuk makan sehari tu je.
tak yah simpan-simpan.

hahaa goreng telur dengan kemalasan membuang minyak yang banyak dalam kuali.

minyak dia memang serius, tahap nak deep fry punya minyak.
tapi sebab nak goreng bahan lain,
so terus je la goreng telur tu ala deep fried.
patutnya kurangkan minyak sikit (sila jangan contohi).
tu yang rupa pun tak berapa nak semenggah.
but telur mata is always telur mata.
always tasty. bahaha
(sy tak suka telur rebus. sebab tu telur rebus tak dak)


banyak pulak gambar ayam goreng berempah ni dalam phone :P tak pe kita masukkan je semua dalam blog. hahaha



pinggan yang satisfactory nama dia :D

adoila pasal nasi lemak pun boleh buat blog entry HAHA

till then! toodles!

Friday, January 24, 2020

bekal sekolah ariana

assalamualaikum and hi! :)

sejak ariana bariana kariana masuk sekolah ni,
sy pun gigihlah membuat bekal untuk beliau.. haha.
bila tanya, dia cakap, "nak, nak bekal sekolah pagi. sekolah petang nak beli." lebih kurang macam tu.

pagi dia sekolah agama, petang sekolah kebangsaan.
so oklah, kita prepare bekal untuk waktu rehat dia jam 9.15 pagi.
usually pagi-pagi pukul 6.45 - 7.00 tu, ariana akan makan ringan-ringan dulu atau minum susu je.

pukul berapa si pembuat bekal bangun?
sy akan mulakan gerak kerja (gerak kerja katanya :D) around 5am kalau nak masak tahap intermediate.. yang kena kupas bawang bagai.
kalau goreng benda sedia ada macam kepok lekor ke, nuggets.. turun dapur lambat sikit, dalam 5.30am.

ni lah antara bekal-bekal yang dah disediakan sejak awal minggu hari tu.

bekal ariana.



mi goreng, grapes (dalam bekas kecik) dan susu 'frozen'.

hahaa susu 'frozen' tu memang wajib ada.
dia pun suka minum susu.
buah pun sebolehnya sy akan letak jugak dalam bekal dia.
sebab budak-budak ni kan kurang sikit makan sayur, so kita lebihkan buah.
sayur pulak kita potong kecik-kecik biar tersorok dalam makanan tu. wah haha.


nasi goreng telur, jambu madu, susu (yang ni strawberry banana limited edition). carrot sorok dalam nasi goreng.. ariana kata dia tak suka carrot (anaqi suka). HAHA



bila kemalasan menjelma, kita goreng cucur lemak manis adabi je.



kepok lekor. time bawak bekal ni, memang habis licin. grapes dan keju 'laughing cow' satu kiub. susu.



ulang balik mi goreng. combo dengan kepok keping. grapes dan susu.



nasi goreng ikan bilis, epal, keju dan susu.

yosh kalau goreng-goreng ni,
banyaknya akan buat mi goreng dengan nasi goreng.
ai is tak tau sangat nak masak apa.. menu ariana ni limited sikit.
benda pedas tak makan. haha
so masak yang semuanya tak pedas.

spaghetti carbonara, mangga, susu.



nasi goreng ikan, nuggets, mangga, susu.



yang baru ni punya; cucur lemak manis adabi, mangga, keju dan susu.

agaknya menu bekal ni akan berulang sebab itu yang ariana suka makan.. haha
mungkin akan explore menu lain yang budak-budak suka.
macam chicken grill ke?
burger ayam home made ke?
haa tengoklah kerajinan sisthor macam mana nanti :P

Thursday, October 31, 2019

this is nasi lemak, yaw

assalamualaikum and hi! :)

ahhahahaa rupanya ada gambar tertinggal dalam laptop ni tak upload lagi.
ye, gambar makananlah, apa lagi :P

buat yang tak tahu, sy ni tak makan sangat nasi lemak.
kalau makan pun, yang kosong.
yang hanya ada nasi, ikan bilis goreng, kacang, telur, timun (tu pun lagi suka telur mata daripada rebus).
sambal tak makan.
bukan tak tahan pedas, tapi tak suka rasa sambal nasi lemak HAHAHA
*dah, siapa cakap rugi hidup ko, tak de nikmat makan semua tu, awas, akan ku lempang laju-laju. wahaha*

but an exception for my homecooked nasi lemak :DD *bias, i know. lolx*

sambal ikan bilis yang memang dah adjust biar rasa ikut sedap tekak sendiri je :DD (bawang lebih)



kombo nasi lemak rumah. makan macam ni pun dah heaven. kacang tak de, harap mak long.


then ada la satu hari tu pulak,
teringin nak makan macaroni bakar.
sebab dah lama tak masak.
masaklah kitaaa.
bekas-kaca-tebus-kupon kat aeon big haha.

berguna bekas casserole ni.
kalau masak macaroni dalam ni, senang nak basuh sebab kaca.
kalau pakai bekas acuan aluminium, melekat berhari-hari rendam pun tak jalan :P kena sental.


cang! warna macam kabur kan. tapi kat luar cantik kaler dia :P sedap pun ye. haha masuk bakul angkat sendiri.



donning a green scarf.

yang gambar last tu selingan je, sebab gambar masih menginap di laptop. HAHA

kbai!

Tuesday, October 15, 2019

be grateful of the plates on the table

assalamualaikum and hi!

koleksi gambar makanan muncul kembali! hohho.

sebelum tu, sama-sama kita ucap alhamdulillah.
alhamdulillah kita ada pinggan yang terisi di atas meja makan rumah kita.
alhamdulillah kita dapat makan untuk menghilangkan kelaparan.
alhamdulillah kita dapat makan untuk menguat dan menyihatkan badan, supaya dapat menjalankan ibadah dan aktiviti-aktiviti lain dengan baik.
alhamdulillah.

sedikit sharing;
apabila Allah beri rezeki,
jangan lupa berkongsi sedikit (banyak pun tak pe kalau mampu.. ahha) dengan yang memerlukan.
yang dimudahkan urusan rezekinya..
yang makan kenyang, duit pun ada,
jangan biasakan budaya meminta-minta. memberilah lebih banyak daripada meminta.. sebab ko mampu memberi.
always have faith, bila kita memberi,
rezeki yang Allah dah tetapkan untuk kita sedikitpun tak akan berkurang (disebabkan pemberian itu).
malah akan semakin subur. wallahu a'lam.

habis dah sharing,
kita kepada gambar menu-menu masakan kita beberapa hari yang lepas.. hihi

ketam murah masak lemak cili api pedas light-light je sebab pakai 20 biji cili. haa tu dia tajuk menu panjang gils! :P

ketam murah ini dibeli di pasar malam dengkil pada hari selasa.
lokasi pasar area-area lepas simpang 3 balai polis dengkil.
RM25 sekilo. fresh. ai is pengsan sebab harga boleh tahan ok.

penjual yang sama.
pasar tani hari ahad pula (tak beli).
tapi dia juga menjual secara pinggan.
1 pinggan ketam ni.. banyak gile, adalah dalam 6 ekor kot.. RM20 sahaja. fresh.
tapi sy ada beli udang galah. RM15 sahaja sepinggan. fresh.
nampak, sy letak perkataan fresh tu :P
PRnya juga bagus. so.
next time insyaAllah akan beli lagi dengan penjual ini.


ayam kampung masak kicap, sayur lambakkan bersama.

kat atas ni namanya menu agak tak rajin.
sebab malas nak masak 2 lauk (ayam 1, sayur 1), kita sekalikan 2-in-1. lolx
daripada nama 'menu tak rajin', sy akan menukarnya kepada 'menu brilliant'.
sebab jimat tenaga, masa dan gas dapur :P


ikan goreng (senangin dan tenggiri) masak ribena madu.
sebab nama pelik, nah resipi:
bawang merah + bawang putih + cili hidup = cincang kasar dalam food chopper.
tumis diorang dalam minyak.
masukkan ribena.
masukkan garam.
masukkan madu.
siap, tuang atas ikan goreng terbabit.


mi buatan muslim yang tak ada rasa kapur -goreng.



nasi goreng daging batang pinang. lazatnya tak terkara. haha

serius daging tu lembut gile. fresh.
beli kat pasar tani dengkil jugak.


ni lauk masak semalam.

kemain pedas ikan merah masak susu cili api tu (bukan masak lemak, sebab santan keras frozen, terpaksa tukar dengan fresh milk. rasa lebih kurang sama je -cuma tak berlemak santan.. haha).
masa makan tak la super pedas.
tapi semalam masa tidur, rasa sakit weh bahagian perut mencucuk-cucuk.
tobat dah nak masak pedas-pedas macam ni.

nasi goreng ikan, sayur bergelimpangan. ni bawak bekal ke ofis hari ni.

semoga makanan yang masuk ke perut kita, halal toyyiban.
yang bagusnya memang masakan dari dapur rumah sendiri..
sebab kat luar tu tak tau diorang boh apa, pakai minyak apa, bahan apa.
pada sy, even mi goreng yang tak lulus EC (eat clean) sebab bergoreng yang dimasak kat rumah,
adalah 100 kali ganda lagi berkhasiat daripada yang beli kat luar, insyaAllah.
tapi tu la, tengok rajin tak rajin je.
sy ni kadang boleh tahan jugak tak rajinnya. ahahaa

k till then!

Thursday, October 03, 2019

terlebih asam pulak singgang ikang ni :P

assalamualaikum and hi!

#roadtoringan
tapi makan ikut kegemaran dan kata hati je HAHA

so hari tu kata hati nak makan singgang, so singgang le kitaaa.
ada pulak stok ikang tenggiri beli separuh kat pasar.
ambik 2 ketul buat singgang. yums.
(tapi terlebih asam keping pulak! nampak kuah pun dah tau. hahaha)

so kekdahnya, kuah dia tak dapat la nak ferfeeling hirup-hirup. just letak sikit je atas nasi sebab masam :P tapi sedap jugak le.



bayam dah nak layu dalam fridge, kita beningkan siap-siap.

pergh kesihatan betul menu ni, semua rebus-rebus je :DD
haa yang bawah ni tak rebus, tapi air fry lepas tu tumis sikit dengan bawang.


cendawan goreng kunyit air fry. tumis bawang dengan olive oil.

tapi menu cendawan ni kalau nak lagi sihat,
air frykan je sekali bawang cili, tumbuk, campur dengan cendawan.
so tak ada yang bergoreng langsung. HAHA
tapi extreme sangat tu.
badan kita ni perlukan minyak sikit jugak sebenarnya.
good fat, orang kata.
nak good fat, boleh pakai olive oil atau coconut oil pun ok.

dahlah tu je nak rambling saja-saja.
hahaa

berat sekarang dalam 51.8kg waktu pagi.
tapi pernah dapat paling rendah 51.5 beberapa hari lepas.
tapi lepas tu melantak nasi lauk pauk sedap, naiklah balik :DDD

ok happy eating and exercising, peeps! :)
tum