Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Wednesday, March 31, 2010

fast and fast and fasttt

bertemu lagi! (hey hey!)
haha
i'm pretty darn busy today.
masa sangat laju! whatttt---

in front of my room;
budak-budak lelaki nakal menconteng papan kenyataan. HAHAH

naughtyness rules!! xD



ok rakyat sekalian, tidak boleh ambik makanan direct dari tempat jual dan terus masukkan ke dalam mulut seperti di atas, ye. hahaha




ye, apa-apa hal pun silakan lah bayar dulu :PP




pagi tadi ada perhimpunan bulanan ofis.
banyak gile ok orang tido!!
time ni sy nak ambik gambar nizah (blue scarf) tu tido. tapi tiba-tiba dia da terjaga.
kalau tak lagi tragik gambarnya.. lolx
(ruff, si tudung pink pun sedang tido dengan khusyuk) :P





hafiz maarof (sorry tak tau eja nama ko HAHA) jugak tido.
hakim di belakang menongkat dagu, tak tahu sama ada tengah concentrate or what.





hari ni memang sangat sangat terkejar-kejar, ok.
ni kat sabasun.. dalam pukul 7 lebih camtu.
haja tengah tunggu nak bayar barang.





hadoii lapar balik tengok gambar ni -_-"
dinner harini, tomyam campur + daging&oyster mushroom goreng dalam, kemudian goreng oyster. yumminess =p~





memang terpaksa buat list ni untuk esok,
kalau tak, sy tak akan ingat semuanya.
(list ini bersambung di belakang) hohs. banyaknya benda nak buat esok, weh!! pengsan aku macam ni :B




esok akan balik ke shah alam.
and will not be around the office until next two weeks.
is this heavenness or what :P
Tuesday, March 30, 2010

i want that particular papadom

dari hari tu lagi,
sy pergi kedai nasi beriyani ni.
sebab nak makan nasi beriyani ayam goreng dengan papadom bulat.

haha. ini papadom bulat :b


malangnya orang kedai tu cakap,
dia bagi papadom bulat kalau makan kat kedai tu je (hari tu sy tapau).
kalau tapau, dapat papadom kotak.
itu pun kena beli *apekah marketing strategy ko. $#@!*

maka harini sy telah pergi ke kedai itu, untuk makan di kedai itu, untuk makan nasi beriyani dengan papadom bulat.

guess what.

papadom bulat habis!! *pengsan*

sampai kaunter, sy tanya kat kakak tu tentang papadom bulat.
sy suruh dia buat banyak-banyak lain kali.
haha

oh tapi harini tolong sorang budak perempuan kecik tak sampai tangannya nak bukak pili air kat sink di kedai nasi beriyani itu.

kemudian masa balik rumah petang tadi, ada kereta block kereta sy & sorang budak lelaki kecik tolong sy panggilkan tuan empunya kereta. muka dia macam aliff aziz versi kanak-kanak. haha. sangat baik ko tolong kakak ^^v


ikan bilis kicap bersama kentang.
hambik ko, berkilat. lolx
Saturday, March 27, 2010

syiro, ko nak bergaduh tak?


lotsa lotsa lottttsa things happened today.
id est, hari yang excited. xD

ok now go!!


pagi-pagi dalam 7.30am dah pergi ke the big hill.
(ohaha ok i was kidding. nama tempat ni = bukit besar. sebab tu lahhh. lolx)
ko ingat ni california ke nk the big hill bagai. pangg! *pelempang*


fyi, ni second time sy pergi sini.
and fyi, bukit dia adalah curam macam apekah!! hahaha


on the way panjat bukit, kat tengah-tengah jalan ada sprayed sign ini.
DUDUK.
gile. hahah


kat depan lagi jumpa kasut sukan. orang buang kot.

depan lagi jumpa lagi satu sprayed sign; BANGUN.
kan da cakap; gile :PP



berjalan, berjalan and keep on moving.
tak kuasa nak berlari-lari kat sini.
kang tergolek dog ke bawah, pulak tu yang di bawah adalah mamat superhot dengan sepersalinan lengkap baju sukan nike, rambut spike, gelakkan ko.. mesti malu gile pastu sebulan setengah tak nak jejakkan kaki ke sini dah HAHAHA *apa motif 'sebulan setengah'??*




cyehh. konon gigih sangat la tu.
nampak macam effect tengah lari-lari. cis.




dari mula sampai ke sudah, semuanya kawasan curam!! what the--
(dah namanya pun the big hill, wani oii. ko tak nak kawasan curam, ko pergi kat parking lot stadium sana. situ kawasan rata. bolehlah ko nak jogging ke, nak breakdance pun boleh)




semakin.. semakin.. curam!! *tangan terawang-awang*
*cuma nampak seketul donat di udara* <--effect halusinasi akibat mengah




hoyehh!! da sampai kat atas!! xD
gambar bukti harus ada. ohok *buat snow angel kat atas rumput* :DD


duration memanjat bukit supercuram sambil-sambil berenti beberapa saat untuk ambik gambar
=11.46minit

hebat gile.
tepukan sikit.
haha


kat 'tingkat atas' ada pencawang letrik.


time kat atas tu ada sorang guy ni sampai ke atas sambil berjogging!! *rahang jatuh*
(orang len berjalan je. dia berjogging!! heck!)
sangat.. fit!!
lantas atas effect automatik, sy memberi tepukan kepada beliau. lolx


sampai jugak kitorang ke atas xD





syiro membuat photoshoot dalam perjalanan turun ke bawah.
(jangan bermain dengan mesin ganjil seperti itu!!)





on the way turun, nampak few kids tengah gigih nak naik ke atas.
ni diorang tengah duduk berenti rehat kejap. without kit-kat. haha





tak puas panjat bukit, malahan lari turun ke bawah join senamrobik sampai habis pulak!!
*tepuk dahi bertubi-tubi*
ye, kami kena fit untuk season ni. jangan tanya kenapa.


eh bestlah senamrobik.
i feel like i want to join a dancing class.
street dance, to be precise. xD *wade robsonnn!! woot woot!*


then fetch haja kat rumah,
breakfast,
and pergi ke merata-rata tempat.
i said MERATA-RATA tempat.
dalam 6 tempat.
then balik rumah.


ada cakap hari tu, aku-tak-de-mood-nak-masak-minggu-ni.
screw that. i love cooking. haha





daging masak merah! yosh


tetiba masa tengah masak tu, my aunt called.
cakap she, and my grannies turun KT.
lalu beta pun apa lagi..
lepas lunch terus bergegas ke rumah tok nun (tempat perkumpulan keluarga. ecehh)
hugs orang-orang tua itu semuanya AHAHA i love hugs. loveitloveitloveit.
lepak-lepak sampai pukul 5.30 camtu.
then balik, pergi mydin dengan syiro.


kat mydin sy berdoa supaya dapat parking.
(ko tau lah mydin tu camne kan. hellish gile parking dia. penuh selalu!)

lebih spesifik, sy berdoa supaya dapat parking yang super dekat.

oryte doa dimakbulkan. baris depan pintu mydin.
ada satu kereta nak keluar.
da bagi signal.
me, da excited2 dalam kereta sebab dapat parking dekat gileeeee

andddd reality sometimes is not supposely ends with happily ever after.
and satu kereta mangkokness ini!! sy baru nak masuk itu parking, dia pintas dan swoosh!! laju je dia masuk tanpa rasa bersalah!!
me, syiro, sama-sama tekan itu honk. twice!
(ye la, may be laa encik itu tak perasan kitorang da bagi signal)
tapi dia buat bodoh jugak di situ WHATTTTTT

luckily *ye, sy lucky. harap maklum. haha* ada satu lagi kereta nak keluar, dekat-dekat kawasan tu jugak.
sy laju-laju masuk parking yang baru.
pandang syiro. "syiro, ko nak bergaduh tak?" ewah soalan macam samseng.
syiro cakap "nak! ko cakap dengan pakcik tu, aku teman." teman?!! hahaha
oklah fine.
lepas kunci kereta semua, sy pergi kat kereta encik tu.
ketuk cermin dia, siap buat hand sign suruh dia turunkan cermin. samseng tak samseng *takkk* :P
dia tak turunkan cermin, dia bukak pintu.

kitorang sound dia.
lolx
(secara baik, okkk. ko takkan jumpa samseng baik macam kitorang ni. tak akan!) :P
tapi malas nak lama-lama, kesian pulak kang dia malu ke apa.
sebab time dia curik parking kitorang tu pun, ada orang-orang len da tunjuk-tunjuk kat dia. nampak sangat kan. obviously obvious dia bersalah.
muka dia da macam serba-salah je. dia angkat tangan camtu, mengaku salah.
fine lah. kitorang pun tak nak gaduh-gaduh.

dah masuk dalam tu,
terserempak lagi dengan dia tengah tolak troliiiiii LOL
dah ku agakkkkk (agak akan terserempak dalam mydin. i had that feeling. seriously)
nak buat apa??!
senyum je la. HAHA

//

lepas ke mydin pergi ke giant pulakkk
(jangan cakap kitorang boros ke apa, hek. barang tak de kat mydin, sebab tu pergi giant)

ada budak kecik (ok tak la kecik sangat) duduk dalam troli (4-5tahun kot??) terjatuhkan cap dia. sy tolong ambik bagi kat dia la.
"terima kasih, kakak!!" dengan muka sangat happy, dengan suara yang sangat kuat! hahahaa.
"sama-sama!" dengan nada superhappy jugak, macam dia. madness. lolx



earth hour.
kitorang pasang lilin kat balcony.




living room yang gelap.





sixty.
as sixty minutes for earth hour.
syiro yang buat ni. aku-tolong-susun. haha




another snapshot.




haja dengan syiro bereksperimen dengan bayang-bayang.
haja shot, and syiro acted.
sy panggil ini; syiro tengah azan. lolx (tapi sebenarnya tak la kan. hof koz. tengah teriak ke apa tu :P)




tarian rota-rota jangan dilupa xD


sedikit kelaparan jangan cakap laa.
terpaksa tunggu sampai 9.30pm untuk memasak.
ko gile nak masak time-time gelap.
karang jadi nasi goreng cicak keeee tak pun masak lemak lipas. hoish! >.<
(despite that, rumah kitorang tak de lipas, ok. clean&clear. haha)


tadaah!!
selepas earth hour tamat.
makan time, while watching AF8's concert.
memang tak sia-sia sy support maulana dari mula. lolx




nasi goreng kentang, by syiro. noice.




my ownmade sauce. aku suka kuasa lapan. xD
da lama reka benda ni sebenarnya. lolx




chicken fillet (yang da jadi chunks??) grill.
ala-ala BBQ night la whattheheck. rofl



panjang eh entry ni.
nasib korang la.
haha
Friday, March 26, 2010

lawatankah

abaikan budak ini. haha



ni photos daripada hari yesterday *ok, BM adalah seperti mangkuk retak. harap maaf* :P kitorang pergi lawatan 5s kat TNB kemaman.


me with our two intern students.




hah ni dia contoh meja yang sungguh 5s :P
semua benda ada line.




ahli-ahli rombongan kagum-kagum melihat 5s kat situ xD
(ko bayangkan ko tengah bizis kerja, tiba-tiba segerombolan orang tak dikenali datang nak tengok ofis ko. haha)




ni kat stor luar TNB.
terpaksa tangkap gambar ni laju-laju sebab ada orang tu (di luar shot) nak duduk sebab lenguh katanya. haish tunggu kejap beta nak snap gambar ni. tengok, kan da senget! :P




balik lawatan, da habis office hour.
kerja lagiiiii
kerja sampai lewat petang.
then balik.
malas aku stay lama-lama. haha


kbai.
Thursday, March 25, 2010

jutaan terima kasih kepada..

mari sama-sama saksikan gambar-gambar tidak bermakna (lolx) daripada program kat wisma siang rabu tadi *tapi program tu adalah bermakna, ok* :P


isi nama.. kam on! >:P




gle meriah manusia. haha




mereka juga bersungguh-sungguh dan penuh determinasi mengisi nama mereka xD




hambik ko, siap kena masukkan nama dalam box untuk didaftarkan. whattt
begitu seriuskah perogram iniiiii




dalam dewan. VT. slideshows. things.



tengah-tengah dia tayang gambar adik yang buat operation jantung tu (siap tunjuk video dalam operation theatre, siap nampak jantung budak tu denyut-denyut kena operate)..
..i saw kak ija besides me sudah mengalirkan air mata. hahhh tolong jangan menangis siniii. aku tak boleh tengok orang menangis nanti aku menangis jugakkkk
kak ija cakap kesian kat budak tu. rasanya akak yang duduk depan kitorang pun da berkaca-kaca matanya. sy tengah tahan-tahan je ni. haha


camera peeps.
yang baju belang tu comel. haha




camera peeps lagi. semuanya gigih di situ.




chopped.
(gambar tak de kaitan dengan program di atas)



esok pagi ada lawatan. yays.