Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Wednesday, July 23, 2014

ramadhan ke-22 dan 23 wani ezryl

hah! baru sempat nak update entry terkini.. ekeke
but before sy mula,
good news; malaysia dah berjaya dapatkan blackbox MH17!
tahniah kepada PM yang berjaya nego dengan pihak pemisah.
see, tak payah nak attack atau apa. just nego. world peace. lolx

now back tu cerita makan-makan kita,
*bertobatlah wani, sibuk nak makan aje kerjanya* :P

kelmarin buka puasa dengan sup ayam.
yosh, hidangan dietlah macam biasa. macam tak tau pulak. hahah
nah sup ayam!

sup ayam sedap.



comforting. makan panas-panas dengan nasi putih.. pehhhh.



"helo, saya sup ayam! salam perkenalan!" ecehh.



from top.

malam tu pulak try buat puding roti (for the first timenya. ahha!)
sy pakai resipi pusing roti nani rostam, mak hanis zalikha.
*tapi ada alter sikit*
pakai roti butterscotch.. yum yum.


masa dalam oven mengembung rotinya. horror, ingatkan roti nak meletup! lolx



a piece of. lazat!

ceritanya sy terlupa beli bahan-bahan untuk buat sos.
so puding je la tak de sos. HAHAHA

esoknya selasa.
buka puasa beli kat bazar je,
sebab hari selasa adalah hari ke pasar tani, beli bahan-bahan dapur.
tak sempat kot nak balik masak.
ni lah yang dibeli semalam :


nasi kerabu. keropok goreng sendiri.

lupa nama gerai dia..
tapi gerai ni orang ramai gile beratur!
ada 4 row.. lepas tu dalam 4 row tu ada la dalam 10-12 orang.
dan row tu tak pernah pendek!
(orang putrajaya suka nasi kerabu agaknya haha)

but so far sy tak jumpa lagi nasi kerabu yang super sedap di putrajaya ni.
nasi kerabu super sedap masih di seksyen 19, shah alam.
di trak depan shell sebelah hotel de palma. hihi

same as ayam golek.
walaupun sy membeli ayam golek champion bazar putrajaya yang sebelum ni berpuluh orang beratur panjang,
pemenang sole masih ayam golek seksyen 20, shah alam.
yang jual everyday except saturday. (sebab sabtu ada pasar malam).
ayam golek dia.. fuh. penuh berempah and rasanya sampai ke dalam.
tak payah sos ke apa memang dia sendiri dah sedap.

so ni rupanya ayam golek champion ;)
sedap jugak.

ayam golek madu (champion).

memandangkan husband diet dan tak makan nasi masa berbuka,
sy belikan sekali putu mayam untuk dia.

putu mayam! xD



kerang bakar. besar kerangnya.



air mangga RM3 sebungkus.

pun tak jumpa lagi air mangga pure.
winner air mangga pure jatuh kepada restoran saddam hussein, KTcity. ahax
(jauh tu kalau nak pergi beli :P)
nombor 2, air mangga seksyen 20, shah alam.


goreng keropok buat peneman nasi kerabu kosongku :P (keropok ni berkurun bos bagi baru nak goreng. haha)



kesimpulannya dalam satu gambar. lolx


hari esok rasanya dah ramai yang akan mula cuti raya.
hari ni dapat kain batik and brooch daripada kelab sukan & kebajikan ofis.
esok lusa sy masuk ofis.
mood raya kat ofis je la. haha
kbai!

0 comments: