Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Friday, November 22, 2013

photostock

photo yang lepas; masa the dad check out hospital. ahax. 'check out' ok :P
alhamdulillah hal di hospital dah selesai.
get well soon, abah! :)
photo pemandangan dari balkoni bilik hotel, awana genting. cantik kan! xD


ni pulak view daripada tingkap dewan tempat bengkel diadakan. ye tingkapnya besar sebesar alam. dah gantikan dinding dah. haha



ok tu je. bai!

how rude

tak tau la rude,
atau sy sentap lebih.
ah anyways.

dua hari lebih ni (sejak rabu petang),
sy tak ada di ofis.
ada bengkel di genting. genting ye, jangan main-main! lolx
macam biasa, jadi faci.
transport ke hotel, naik fortuner ofis.
balik pulak, tak ada kenderaan.
semua pilot ofis ramai-ramai pergi langkawi, ada meeting bos-bos.
jadinya balik tu sy menumpang serena kementerian yang buat bengkel ni la.

driver ofis sy ni agak baru jugak la.
sebab tak pernah nampak dia or naik dengan dia sebelum ni.
persamaan driver ofis baru dengan driver kementerian yang sy tumpang kenderaannya ni; dua-dua pernah bawak menteri.
jadi maaflah ye korang kena bawak marhaen ni pulak tiba-tiba. hihi
driver ofis baru ni boleh dibawa borak.
dari ofis sampai genting, kitorang borak je.
and macam biasa, akan tolong angkatkan beg etc.
(beg super berat!)

so alkisahnya sy pun nak tumpang la balik dengan driver kementerian ni kan.
bengkel habis tengah hari.
tengah hari jumaat.
tapi depa saja lengah-lengah nak balik lambat sikit.
bila officer dia yang naik sama dengan sy tu tanya driver tu, (time tu kat coffee house tengah lunch)
rupanya dia dengan sorang lagi staff yang akan naik serena tu (lelaki) memang sengaja buat lambat sebab tak nak sampai putrajaya awal.
nak skip solat jumaat ok.
keji gile korang ni.
sy pun dah start dalam hati 'berkatilah perjalananku ni ya Allah walaupun dibawak oleh orang yang sengaja nak skip solat jumaat.' kan.
again, beg-beg sy super berat.
tapi diorang tak de nak tolong angkatkan masuk kereta pun.
biasanya kan orang akan tolong kalau nampak super berat.
ni diorang point je kat serena tu, "ha boleh letak kat belakang sana." tak de perasaan nak bantu-membantu sesama manusia pun ok!
sy pun gigih la masukkan sendiri beg tu.

ok gerak la kami dalam pukul 1.15 petang macam tu.
punyalah laju bawak. sejam je kot dah sampai putrajaya! :O
on the way masa jalan turun dari genting, ada accident tengah jalan.
motor kot.
mangsa lelaki. dah tertiarap atas jalan, muka berdarah. darah dari muka macam memanjang atas jalan. sah terseret.
tak tau la dah arwah ke tak.
tapi orang sekeliling berdiri je tengok.

so dah sampai putrajaya tu,
diorang hantarkan ke ofis.
masuk dalam, pakai pas sy.
sy mintak hantarkan ke parking.
parking sy basement level atas.
so beritahu la, yang kat atas tingkat 2 tu.
then driver tu banyak kali tanya, "nak naik atas ke?"
tanya dengan intonasi macam.. 'kau turun kat sini je la, perlu ke aku naik atas?'
kalau beg-beg sy tu tak super berat, dengan laptop bagai, tak de la sy mintak diorang hantar sampai ke kereta kat belah parking tingkat atas tu.
fine sebab dia macam tak nak naik,
sy suruh berhenti je kat situ. biar sy naik tangga.
dah berhenti tu, again, tak ada pun tolong angkatkan beg ke apa.
sy sendiri angkat.
sy sendiri panjat tangga and pergi kat kereta.
dengan 2 beg berat and 1 beg cenderahati. dengan baju kurung.

balik rumah pun ada accident lagi.
mungkin sebab musim hujan kot.
jadi hati-hati la memandu.

sekian cerita sy dengan driver yang rude.

nasib baik la driver ofis tak ada yang macam tu.
harap nama je pernah bawak menteri. puih.

just ariana

ye.
this entry adalah tentang ariana sahaja.
i composed few photos of her, and nah! tengoklah. lolx

punya besar cool fever tepek kat dahi dia kan. tu pun dah digunting sebenarnya. haha
time ni baru lepas injection.
biasanya kan baby akan demam.
so awal-awal dah tepekkan cool fever. ubat demam yang specialist bagi, dari dulu tak pernah guna.
terima kasih, cool fever! lolx


i love this photo because she looks so cute in it! ^^



the happiest after waking up. usually.
kalau cukup tidur, bila bangun tu punyalah hype.
tapi kalau tak cukup tidur,
biasanya lepas terbangun tu dia tak happy sangat, akan gosok-gosok mata dan tidur balik.


tertidur di atas car seat. olololo~



habit menghisap jari. don't try this at home, kids!



"watcha lookin' at?"
patch kuning pada baju ariana tu sebenarnya adalah mosquito patch.
konon untuk halau nyamuk la. haha


ada nampak macam gambar selfie tak? lolx!



sibuk aje nak pegang sana sini masa mama nak snapshot dia! hihu.



suka ariana, ye.. kacau mama. huahaha



latest : dah boleh gerak sini sana dengan gliding. ala-ala merangkak, tapi sebenarnya mengengsot. so tiut.

baru tadi i shot her video tengah kejar botol bedak (ye, 'kejar'!)
sungguh-sungguh dia ke depan nak capai botol tu.
way to go, daughter!
improvement is good! :) kikiki

oh oh.
dan dia jugak tau apa itu 'kipas'.
bila cakap kipas dan tengok atas, dia akan tengok sama.
so kalau nak tukar pampers dia and kasi dia distracted sikit, cakap kuat-kuat "kipas! kipas!"
nanti dia tengok kat siling la. senang ai nak tukarkan pampers. hahaha

ok lah itu saja.
selamat berhujung minggu!
Thursday, November 21, 2013

ocupado

ocupado means 'busy' in spanish.

now rasa macam serabut kepala dengan workloads.

be informed yang kerja kitorang adalah analitik, bukan rutin.
analitik memestikan kita untuk berfikir. berfikir yang banyak.
rutin is like.. turun tengok projek, buat report, proses baucer. tu contoh.
bila kerja analitik, perasaannya macam ko nak final exam universiti.
perah otaknya hoih. cepat lapar. lethargy.
bila jumpa bos, macam-macam idea dia threw out.
(dia memang banyak idea).
staffs cakap sekarang semua kena cepat.
cepat cepat.
sy cuba kejar pace sebab beberapa hari ni sy dengan hal di hospital.
these two weeks pulak ada sesi data entry & data cleaning.
mana nak gerak ke bilik latihan,
mana nak siapkan kerja yang disuruh cepat siapkan.
in the end sy sendiri pening.
tapi pening pening pun, works have to be finished.
analitik tu bagus,
but sometimes i do miss working on routines.
you should see my desk.
kalau orang OCD atau 'pengawas' 5S tengok, mesti dah kena bebel.
hahaha

oh btw the dad dah keluar hospital semalam.
alhamdulillah.
good thing is kami tak perlu ulang alik shah-alam putrajaya.
kesian kat my mom & faliq la.
they both paling lama stay tunggu kat hospital.
sampai bermalam.
sy tak dapat nak berlama, kena balik jaga ariana.
harith jugak kesian.
sebagai anak bongsu,
dia balik rumah, tinggal sorang. tak de orang.
semua ke hospital.
again, alhamdulillah dipermudahkan urusan the dad.
mama ambik cuti sekarang,
cuti stay di rumah kurang memenatkan la sebab tak perlu berulang jauh.
minyak kereta pun save. bahaha
(spending sy mengalir teruk bulan ni. salah satu adalah minyak kereta. but i don't care, as long as i can go visit my dad. money? what's that? LOL *faint*)

beberapa hari lepas operation hari tu pun,
ingatan the dad dah mula pulih.
tak ada la cakap benda yang kitorang tak faham. hihi
tak faham pun, sy layankan je borak dengan dia.
so di rumah, the dad duduk tingkat bawah.
sofa cellini jadi katil.
empuk kot, kusyen dia tu pun dah serupa tilam dreamland
everytime sy landing situ mesti tertidur.. haha. betapa cozynya.
tak tau la my mom nak beli katil ke tak.
rasanya sofa tu pun dah ok.
tapi mana nak tau, tiba-tiba sy balik dari outstation ni dah ada katil tersidai di situ.. hihi
(ye sedang outstation)

oh ye gaji akan keluar tak lama lagi, no?
tempoh yang lama gilagilaaa gila gila geli mat mat! (lolx lama tak tengok video gelimat tu! xD)
memang serius rasa lamanyaa baru nak keluar gaji.
tak tau macam mana kita semua berjaya survive gap lamanya gaji tak keluar tu.
sebab time raya deepa hari tu gaji keluar awal, kan.
yang berniaga shaklee tu tak ada la rasa.
sebab baru hari tu dapat payment kannnnn (tengok status fb dah boleh tau payment shaklee masuk, walaupun sy tak jual shaklee. wahaha)
so. yeah.
i can't bloody wait for the next pay day.
by the meantime i'll consume meeting and training food. lolx
(sedap ok lauk meeting/training! hari ni ada roti canai, kwey teow udang, nasi lauk kari daging pekat, ayam berlada.. macam-macamlah. orang ofis lain sila drools :P)

dah.
membebel je kerja kau, wani.
(i'm just babbling! kikiki)
bukan selalu dapat blog.
so.
haha

esok nak start bengkel.
awal pagi.
tapi tv hotel tengah tayang breaking dawn part II.
macam mana tu?
Monday, November 18, 2013

tutorial : letak watermark di gambar

hola!
si bizi ini kembali! lolx.

atas request dell hari tu, entry kali ni sy akan buat tutorial macam mana nak letak watermark kat gambar-gambar korang.
tujuan letak watermark adalah supaya tak de orang sesuka hati nak copy gambar dalam blog atau page korang tanpa kebenaran.
and watermark nak beritahu yang gambar tu adalah kepunyaan korang, secara original.

disclaimer :
gambar-gambar yang digunakan adalah contoh sahaja dan untuk kegunaan tutorial.
gambar-gambar itu bukan sy punya.
jugak bukan ahmad albab yang punya. bahaha

ok let's start! xD


1. software : photoscape
sebenarnya banyak software yang boleh digunakan untuk buat watermark.
ada orang pakai photoshop.
sy suka pakai photoscape, senang.
lagi-lagi kalau korang nak letak watermark untuk multiple pictures atau gambar yang banyak sekaligus.
nak resize, letak frame kat gambar, semua boleh guna photoscape.
tapi kali ni ajar nak buat watermark je la kan. haha
now sila ke www.download.com
search la 'photoscape'.
hasil carian akan keluar. (photoscape ni FREE je!)

klik untuk nampak lebih besar.

ok. jadi sila download dengan klik pada butang Download Now macam gambar kat atas ni.
ikut kalau korang pakai windows, ambik yang atas sekali kaler biru tu.
kalau macOS (apple), ambik yang warna merah tu. sy dah bulat awal-awal dah. haha


then ikutlah langkah-langkah yang ditunjukkan.
alah korang biasa kan download-download ni.
sama je lebih kurang semua. hihi


2. buka perisian photoscape
lepas dah download dalam komputer,
boleh buka photoscape terus la.
macam ni skrin depan dia :

klik untuk lebih besar
ok kemudian klik pada batch editor yang sy dah bulatkan dengan warna biru tu.
batch editor adalah untuk korang edit gambar-gambar secara banyak sekaligus.
nak tukar saiz, nak tambah bingkai (frame), nak jadikan lebih terang, lebih sharp, semua boleh buat kat sini.
atau kalau nak edit 1 gambar saja, boleh pakai editor. yang ni lebih detail la. siap boleh lukis-lukis.
yang lain-lain tu korang explore la nanti ye.
hari ni kita fokus kat batch editor sahaja.



3. pilih gambar
pada belah kiri, korang dapat lihat explorer.
yang ada fail-fail kuning tu.
ha, sila pilih gambar dalam folder komputer korang.
sebagai contoh, kat sini sy pilih dua gambar daripada folder ART.
cuma drag (heret) gambar tu masuk ke bahagian belah atas macam yang ditunjukkan oleh anak panah biru.
kalau nak pilih semua gambar, klik pada gambar dan tekan Ctrl+A. lepas tu drag.
kalau nak pilih beberapa gambar pulak, klik gambar-gambar sambil tekan Ctrl pada keyboard. lepas tu drag.

dua fail gambar didrag ke atas. boleh nampak preview gambar (gambar kasut tu) kalau korang klik nama fail yang berkenaan.
lihat pada tab home, sy ada bulatkan warna biru.
yang itu adalah sy telah setkan saiz gambar kepada 300 megapixel.
jadi, kedua-dua gambar akan jadi sebesar 300 MP bila dah siap nanti.
nak set benda lain pun boleh kat sini.
tapi sy cuma tukar saiz gambar sahaja.



4. pergi ke tab object
sy dah bulatkan pada tab object.
korang kena klik kat situ dan kemudian akan muncul bahagian setting untuk buat watermark.
mana dia?
ha yang belah bawah tu, yang ada anak panah dua ketul tu :P

mula-mula, klik pada kotak di nombor 1.
kemudian klik ikon di nombor 2 untuk set kan tulisan untuk watermark.




5. tetingkap kecil muncul
seperti dalam gambar ye. hehe
kat sini, korang boleh lah set kan jenis tulisan, saiz tulisan, warna, transparency dan sebagainya untuk tulisan watermark korang.
lepas dah siap setting, klik OK.
boleh nampak preview tulisan watermark korang pada fail gambar seperti di bawah ni :




6. rotate (putar) perkataan watermark
haa boleh aje.
selepas korang klik OK tadi,
klik pada perkataan watermark di gambar, gunakan mouse untuk rotate dia ikut suka hati korang.
tak nak rotate pun tak pe.
ikutlah mana yang berkenan di hati.



boleh jugak tengok preview gambar lain yang dipilih.
cuma klik pada fail nama gambar tu.



7. save fail gambar yang sudah diletakkan watermark
lepas semua settle,
bolehlah save semua gambar sekaligus.
cuma klik convert all seperti dalam bulatan biru tu.





di sini boleh pilih folder pilihan untuk save gambar tersebut.
lepas dah pilih, klik Save.

selepas dah siap save,
akan keluar Conversion Completed macam kat bawah ni.
klik je OK.
siap! xD


ni contoh dua gambar yang dah diletakkan watermark tadi :



SELAMAT MENCUBA!
Wednesday, November 13, 2013

my wednesday is not wordless (i can talk a lot!)


haha saja test webcam kat laptop bilik latihan ni.
tiga menandakan sekarang pukul 3 petang. ohok hok.
sesi latihan masih berjalan.
orang lain dah balik, tinggal 2 orang je lagi tengah gigih key in data.
jadi sy selaku faci haruslah menunggu dengan penuh khusyuk dan tawadduk :P

oh.
hari ni abah operation.
lunch hour tadi waktu melawat, shoot ke hospital.
kebetulan time tu abah baru keluar dari operation theater. dah sedar dah pun.
boleh minum, makan.
tapi tak boleh angkat badan lagi for six hours.
sebab ambik epidural kot. nanti pening.
ntah, ai tak faham pasal medical procedure ni. ahax

tapi banyak la yang boleh tambah baik lagi kat hospital putrajaya ni.
macam.. ada maklumat yang tak sampai kat semua staff.
kejap lagi tu ada staff datang tanya operate kat bahagian kaki belah mana.
patut dia tau la kan.
lepas tu diorang jimat ubat.
doktor cakap sehari kena bagi pain killer every eight hours.
depa bagi sekali sehari je.
bila tanya, rupanya cakap tak order ubat lagi masa tu. ubat baru sampai. cis.
xray pulak tak sama result dengan xray time kat shah alam.
so tak tau xray hospital belah mana yang betul hahaha

yang best pasal hospital putrajaya pulak;
hospitalnya macam hospital swasta.
tak de la perasaan gloomy dan menakutkan macam kalau kita pergi kat hospital kerajaan lama.
hospital lama kan kalau datang siap nampak darah menitik-nitik kat laluan masuk la.
wad macam seram etc etc. haha
kafe dia makanan sedap dan banyak hoih!
kedai macam-macam ada kat tingkat bawah, memang macam swasta la.
untuk pesakit luar pulak, selesa la sebab ruang luas and seat banyak.
cuma parking je la susah sikit nak cari.
masalah parking ni kat mana-mana pun sama je.
kecuali kalau next hospital planning, nak buat parking bertingkat kan.
kalau tak memang menonong la ko menapak sebab parking jauh.
lolx

so abah was ok.
cuma tak tau dia masih memory loss atau tak.
harap lama-lama nanti ok la.
tadi dia dah solat semua. habis operate terus solat zohor sambil baring.

esok sy cuti. ambik shift jaga kat hospital.

nanti update lagi.
tata!!
Sunday, November 10, 2013

buku-buku yang wani e beli

semalam sy ke MPH, subang parade.
sebab sy rindukan kedai buku.
tu pun curi masa sekejap lepas balik hospital.

pusing satu kedai tengok buku. haha


buku my first colours tu untuk ariana.
sy ada beli satu lagi buku yang dalam bentuk soft fabric.. tentang numbers.
tapi tak snap pulak gambarnya haha.
satu lagi tu buku rekod baby.
untuk letak gambar dan rekod-rekod ariana.
buku ni super cute, dan harga tak mahal.


comel kan buku rekod ni!! ^^


kemudian beli buku  untuk bacaan sendiri :


buku leon trotsky ni memang dah lama cari..
sejak nadia my cyber friend perkenalkan. so jumpa kat MPH. belilah, apa lagi! xD
buku ni adalah non fiction.
tapi best.
pasal hal-hal dalam malaysia.
ada cerita pasal sekolah, angkasawan, gula dan macam-macam lagi.

second one adalah novel.
ye sy baca novel. tapi tak semua novel.
sy memilih. haha
novel ni bertajuk '13 jam A380'.. ditulis oleh penulis the wedding breaker, evelyn rose.
the wedding breaker memang best gile.
so tak mustahil 13 jam A380 ni pun sama best macam tu.
bila baca cover depan novel ni,
baru tau yang the wedding breaker dah diadaptasi dalam bentuk drama.
cuma sy tak tau drama mana satu.
mungkin belum keluar tv lagi.
can't wait for it! ;)

hospital day

semalam adalah hari hospital.
eh bukann. bukan hari hospital sedunialah! :P
tapi hari sy ke hospital haha.

pagi-pagi tu ke salam specialist untuk check up ariana.
petang ke hospital putrajaya melawat abah.

sementara tunggu doktor kat salam,
kami ambik selfie shots dulu la ye. bahaha

mungkin ariana nak kata sesuatu. aih entah. :P



what she's looking at? pipinya bulat merah digigit nyamuk.



helo, ariana bariana! :P



full outfit shot.



ni odw balik di dalam kereta.



kerja 'tiup trompet' saja!

petang tu time ke hospital putrajaya,
jumpa sekali tok and makcik-pakcik yang datang melawat abah.
:)

with my makciks and beloved toks.



that's my mom.. in yellow tudung.
tok yam (nenek) sy tu boleh jalan, tapi dia tak larat.
tapi dia malas sebenarnya naik kerusi roda.
kena paksa dengan makcik-makcik baru dia nak naik. hihi


tok yam main dengan ariana.



faliq (in black shirt) datang tukar shift dengan mama.

hari ni faliq shift malam.
sy shift petang.
mama pulak dari malam semalam sampai petang ni.
macam tu la rutinnya jaga abah.
shift je lain-lain masa. haha

till then!

catching up stories

catching up stories dan gambar sebenarnya.
recently sy sibuk sangat.
tak dapat nak devote diri ni untuk berblogging secara teratur. hahah

ni petang ni nak ke hospital ambik shift jaga abah.
esok dah start kerja. *monday? nouuuuuuu*

nak buat entry tutorial pasal buat watermark pun tak sempat lagi.
tak pe la mana yang tak sempat tu nanti akan disempat-sempatkan. ahaha

sementara tu, nah cerita dan gambar yang nak dicatch up kan ;)

ariana last week. time ni di alamanda.



ni masa kitorang balik bermalam kat rumah putrajaya. bangun tidur dia memang happy macam ni :P



tertidur dengan babahnya sebelum kitorang bertolak ke kenduri kahwin.

sabtu lepas ada dua kenduri kahwin;
yang first kitorang pergi kenduri anak kak timah kat putrajaya.
kak timah ni colleague kat ofis.
yang kedua adalah wedding kak wan (kawan batch PT*D) kat sungai ramal, kajang.

hidangan di kenduri anak kak timah. ayam goreng rempah and the rest, korang tau dah kot. :P



ada jugak ABC dengan jelly kelapa. xD

sy ni patutnya pantang setahun la kan tak makan minum benda-benda sejuk dan berais ni.
tapi kuredah jua. haha
walaupun sy makan benda sejuk, ais krim ni.. makan kadang-kadang je.
tak selalu.
hari-hari pun minum air tak de ais.
ok sambung.

family selfie. yoshh. ariana memang golongan pemikir. jadi abaikan kerutan di dahi itu. ;)



next! kenduri kak wan di sungai ramal. L2R : husband kak wan, kak wan, me, mardia & lija.
time datang tu dah lewat sikit.. almost 3pm.
rendang dagingnya sedap!
kenduri ni berciri islamik sikit.
lagu kerohanian. makanan daging.
wedding favour pun adalah buah-buah kering macam kismis tu.


balutan wedding favour kak wan :) comel!


gambar seterusnya adalah pada hari selasa.
time ni kitorang ke restoran FC, kompleks PKNS, shah alam.

sy macam biasa la,
makan burger ayam favourite sy tu. haha

my fave burger!!

burger dia best sebab rangup dan sedap.
makanan lain pun semua sedap sebenarnya.
chicken chop (yang digrill), set ayam goreng, pizza, kebab,.. semua sedap!


husband ambik set ayam goreng. yums.



husband tengah bagi ariana minum.
restoran FC dah canggih sekarang..
ada wifi percuma. jyeah!

dan baru-baru ni ariana dah mula cuba berada dalam pumping position.
position ni tanda-tanda dia nak belajar merangkak dah.
tapi tak merangkak lagi.
agak laju jugak la progress sebab ada budak 8 bulan baru merangkak.
5 bulan macam umur dia ni, ada budak yang baru nak belajar angkat kepala and rolling.
tapi kalau pada progress, tengok baby tu individually la.
lain baby lain progressnya.


eeeyah! kata ariana.



pumpingggg position! ahax



ni saja snap gambar masa balik dari rumah pengasuh. lupa pulak hari apa. i just like the jumpsuit :)


ok last-last letak gambar makanan.. boleh tak?? HAHA
boleh tak boleh sy tak peduli.
nah gambar makanan! :P

comfort; ikan goreng dan kicap.



maggi kari dan telur.



nasi hujan panas dan ayam merah madu by pak abu catering. sedap hoih! mencecer air liur tengok.



nasi kerabu pasar malam semalam.