Monday, May 11, 2026

jalan-jalan concubine lane, ipoh

Assalamualaikum and hi! :)


Hari ni sy cuti.
So sempatlah nak blogging benda-benda pending yang baru-baru terjadi.. ahaks.
Yang dah lama terjadi tu, haihs tak tau la bila nak cover balik kan :DDD

So kali ni kita share kisah percutian di ipoh time cuti hari pekerja hari tu.

Seronok pergi Ipoh ni.
Yang tak seronok, bila pergi time musim cuti macam ni.
Daripada 3 jam perjalanan, lagi 5 jam. huaaaa


Nampak jalan clear kan. Ni tak ingatlah sebelum jem atau selepas jem.
Tapi view nature tu lawa la. Cuaca pun ok.



Lalu kat restoran niase. Dia sebelah miker pizza.
Fyi dulu niase ni located kat area uptown. Dah pindah sini dah.


Yang tak tau restoran niase,
kedai ni viral orang queue panjang.
Specialized makanan Thai. Memang sedaplah.
Tapi this time sy ke Ipoh, tak sempat nak singgah.
Next time, may be.

Blog entry Ipoh ni sy akan pecah-pecahkan kepada beberapa entries.
Ada juga video kat YouTube sy, waniezryl.

So jumaat tu kira hari perjalananlah.
Gerak lewat pagi, sampai ipoh dah petang sebab jem.. haha.




Sampai-sampai je terus ke area old town,
nak jalan-jalan kat concubine lane.
CL ni kawasan yang agak artsy kat Ipoh.
Banyak kedai barang-barang dan makanan yang menarik.
Gen z suka kot pergi. Aesthetic gitu.


Parking jauh, jalan khaki sikit. Sebab hot area, susah nak dapat parking dekat.



Sini jugak banyak street art.
Tapi sy tak sempat nak cari satu-satu. Jumpa ni satu, bolehlah bergambar ๐Ÿ’œ
Hahahaha pose asal boleh. Tengok orang skang suka pose pandang tempat lain macam ni, kita pun ikutlah jugak ๐Ÿ˜‚



Ni jalan utama nak masuk ke CL.



Dekat area kafe Plan B. Ni anaqi bergambar depan Plan B.
Ramai anak muda je kat sini, hang out kat kafe atau bergambar dekat-dekat sini.



Ariana pun bergambar jugak.
Depan Plan B ni ramai orang tau. Sy saja cari angel yang tak masuk orang ramai.
Haha



Husb nak ke toitoi. Kita singgah bangunan old town white coffee.
Besar building dia.. bertingkat. Ada kedai kat atas kot. Tapi haritu tak naik.
Ni sy kat bahagian dalam OTWC.



Sy minta husb bergambar kat sini..
Sebab IPOH is "ini pekan orang handsome"! HAHAHA



Sy pun nak bergambar kat pekan orang handsome.. lolx



Dah masuk CL (concubine lane).
Cantik wall dia.





Yang tak pernah pergi CL,
sy ada snap a few photos, suasana kat situ.
Lorong dia tak la super panjang macam Bazar Ramadan tu.. HAHAA
Tapi ample enough untuk kita berjalan and singgah setiap kedai.
I like the atmosphere.
May be later sy nak ke Pasar Seni KL pulak.. vibe artsy nya sangat best.

Kedai ni jual banyak game cards and boards.



Banyak dijual aksesori dan benda-benda comel kat sini.
So me ๐Ÿ’œ cuma sy tak sempat la nak singgah satu-satu untuk menghayati.
Anak sis dah bising, bukan boleh lama-lama dia.
Husb je la dok melayan ai nak singgah sana sini.. haha *tqq hun!







Hah ni la dia kedai yang jual gameboards tu.
Harga ok je, mampu milik oleh pencinta gameboards.






Air coke sejuk dalam botol lagendaa.



Fridge magnets daripada seramik.
Banyak bentuk makanan. I like!
Harga range RM19.90 macam tu satu. Sy beli satu, sebab tu tau harga. bahaha












Hari tu aim nak cari kuih titisan hujan,
sebab last time pergi Ipoh, kedainya macam tak de. Tak bukak kot.

So this time bukak. Bolehlah try.
Harga RM9. Rasa naik harga berbanding sebelum ni.
Tapi rasa dia sedap ye! Balanced sweetness.
Sy ambik yang original. Basically ada kuih titisan hujan, kacang dan air gula merah.
Sedap wehhhh








Anaqi makan. Sedap katanya.
Sy buat rasa-rasa je. Anaqi yang habiskan semua. haha



Nak tunjuk ramainya orang lalu-lalang kat CL hari tu.



Husb and I.



Lasstttt. Bergambar kat tepi-tepi jalan sambil berjalan balik ke parking. Haha. Sempat!!

 


Basically kitorang kat sana dalam setengah jam je.
Sebab nak gi makan dan check in Airbnb pulak.
Lepas CL, singgah kedai taufufa famous funny mountain.
Patutlah tak de orang beratur, taufufa sedap dia dah habisssss oh no!!
Time tu pukul 4.30petang macam tu. Sedihssss
Beli la air soya and soya cincau.
Sedapp wehhhh tak sama dengan kat Klang valley.
Menyesal datang lambat. Jalan jem kottt. Haha
Dah cakap kat kawan Ipoh, kalau balik kampung, nak kirim taufufa.
Atau later kena pergi Ipoh time bukan cuti umum.
Stress orang ramai sangat. Habis taufufa idaman ai. Haha

Ok sambung next entry! :)

Thursday, May 07, 2026

the month of may

assalamualaikum and hi! :)

bersiaran lagi kita selepas sepurnama.. haha.
raya pun dah lepas, tunggu raya haji pulak ๐Ÿ˜ƒ

btw, korang dari future yang baca blog ni, nak tau ke berita terkini? hahaa.
krisis asia barat, between US, iran dan isnotreal semakin meruncing.
bermula februari 2026, menyebabkan some of us kena WFH (selasa sampai khamis setiap minggu), bermula 15 april lepas.
minyak pun tersekat, kerajaan pening nak cari peruntukan untuk tanggung subsidi petrol & diesel.
bertabahlah kita semua. life goes on.
alhamdulillah masih di bumi Malaysia yang aman damai.

so ni antara random photos for this blog entry:


kelmarin. walaupun WFH, sempat la masak nasi lemak untuk lunch.


WFH ni bukan je jimatkan minyak kereta, tapi jimat duit makan-makan (kalau ko rajin masak).
kalau ko suka membeli, grab food ke.. melayang la sikit duitnya HAHA. (ai gelak sebab ai pun beli grab. PANGGG!)


isnin hari tu. ambik cuti, jalan-jalan.



sebenarnya tak plan, tapi pi tengok movie terbaharu karya joko anwar.



ghost in the cell.
best weh besttttt. serius best.
memang la poster nampak ngeri, tapi movie ni genre horror komedi.
so yang gelaknya lagi banyak daripada yang ngeri.
banyak mesej tersirat, and the movie is quite artsy, despite the humour.
kisah banduan-banduan kat penjara indo sana.
tetiba sorang demi sorang mati terbunuh.
dibunuh oleh entiti yang menyerupai diri mereka sendiri, macam klon, cumanya muka entiti tu berlubang-lubang macam dalam poster tu.
tengoklahhh rugi tak tengok!
i'm considering watching it again for the second time.
tapi entah bila ada masa.
menonton pada pagi isnin, syok, tak ramai orang.
baris sy belakang sekali ada 3 orang je, termasuk diri ini. hahaha

bront palare dah banyak membintangi filem-filem south east asia. indo, thai.. selain malaysia.
dah tahap international dah. bront jadi warden penjara garang dalam movie ni.

 

ok nanti rajin-rajin sy taip blog lagi ye.
sis iz busy wuzy everywhere hahaa. kbai!