Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Monday, February 25, 2013

attending a talk

so hari ni sy pergi ke talk tun dr mahathir mohamad kat KL.
met few friends; hafiz shafiai, asnira & nurul. hariff pun ada.

nah gambar-gambar.

giving talk.



the crowd. ramai budak DP*A :)






semua orang dapat buku ini satu :)



time sesi Q&A.

gambar di bawah tak de kait-mengait.. haha
dinner semalam.
semalam korek-korek peti ais jumpa ikan. so kita goreng ikan la ye :P


the golden fried rice.



macam biasa.. makan kat depan tv. kihkih


hari ni agak penat, tapi gigih buat macam-macam.
gogogo wani!
Sunday, February 24, 2013

technology

hambik ko.
berhari-hari tak update blog, hari ni balas dendam update banyak-banyak muahhhhahah *petir*
*ok tak la banyak mana, tiga entries je kott*

kali ni nak cerita pasal teknologi.
ok sy ada cerita kenapa sy tak blogging 2-3 hari ni.
sebab bz kan.
selain daripada tu.. adalah sebab sy terlupa bayar bil broadband.
sebab tak bukak emel *akibat sibuk tu la tak sempat bukak yahoo emel!! cis!*
biasa kat banting nak online, sy pakai broadband.
so broadband kena bar, dan tak dapat la nak blog.
plus penat balik lambar pun iye kan.
tapi dah bayar dah baru-baru ni.. but still hari tu try tak dapat jugak bukak. keji.

then sy ada terbaca pasal celcom porta-wifi.
yang korang boleh plug&play modem dia, terus jadi wifi untuk 5 users tu.
husband and i siap gi kedai celcom lagi tanya.

so kekdahnya portaWifi ni gini..
kalau kita trade in modem broadband lama kita..
tambah RM99.. kita akan dapat modem portaWifi yang sebesar crabstick tu *tapi pendek sikit la*. haha
tambah RM100 registration.
then kita terminate plan broadband lama.. kita register plan portaWifi ni.
yang basic RM68 sebulan. dapat la 4GB data volume *means dalam tempoh sebulan tu had upload download internet korang adalah 4GB*.
tapi diorang bagi rebet RM10 every month for A YEAR.
means untuk setahun, kita perlu bayar bil wifi RM58 sahaja. tahun kedua baru bayar RM68 balik.
tapi kira macam kontrak setahun la.

then dah decided nak tukar broadband sy kepada portaWifi.
sebabnya boleh berwifi di mana-mana.
dia akan bagi macam plug untuk ko plugkan modem tu kat rumah.. atau dalam kereta.. atau kat laptop.. then terus jadi macam router wifi. so dalam range macam satu kawasan rumah boleh dapat wifi connection dengan password protection.
memandangkan handphone sy tak de data plan *a.k.a. internet*, menggunakan wifi adalah idea yang sangat bagus! xD

tapi tadi keluar beli netbook husband,
terrrserempak dengan promosi maxis pulak.
husband memang dari hari tu aim maxis broadband tau.
sebab area rumah parents dia kat banting susah nak dapat celcom.
biasanya EDGE. baru-baru ni je celcom jadi 3G dengan HSPA.
tetiba maxis pun ada maxis wifi jugakk.. kehkeh.

dia sama je macam portaWifi celcom.. (portable wifi)
plug and play.
kalau broadband biasa kan korang cucuk, pastu kena install la bagai pastu kena klik 'connect' kan.
yang wifi ni tak yah. cucuk, masukkan password kat device (laptop.. handphone.. etc) .. then terus terbukak internetnya.
cool kan.
beza plan maxis pulak.. dia tak de kontrak macam celcom.
harga basic RM68 jugak sebulan.. tapi dengan rebet RM10 untuk lima bulan.
bila-bila nak terminate boleh.
registration RM100 jugak, tapi modem wifi adalah free. tak perlu trade in macam portaWifi celcom.
data volume lebih banyak.. 8GB untuk basic.
tapi syaratnya 4GB main siang, 4GB main malam.
malam tu time korang tidur okeh.. jadi sempat la nak download movie ke apa.
plus, untuk maxis portable wifi, boleh guna untuk 10 devices serentak. celcom kan 5 je.

ohhh lupa! *tepuk dahi berulang kali*
kelajuan!! kelajuan kedua-dua wifi maxis and celcom is around 21MBpS.
memang laju gile la toksah cakap.
sebab banding dengan broadband biasa, berapa ratus KBpS je dia cover.
so bayangkan berapa kali ganda laju tu.
jadi tadi husband dah beli la maxis portable wifi.. kekeke.
so esok pagi dah boleh guna.. kami nak try kat banting.
kalau connection cemerlang,
sy nak terminate la kejap celcom broadband.
sebab dah boleh tumpang wifi husband :P
.


husband tengah isi borang nak beli portable wifi maxis.



ni pulak time kat kedai komputer.. beli netbook. semua kedai kitorang survey. harga lebih kurang sama, yang membedakannya adalah free gifts and softwares. hihi

adik yang jaga kedai komputer tu pun cemerlang.
cakap punya la laju.
macam berpengetahuan sungguh dalam bidang komputer.
lepas husband borak-borak tu.. rupanya budak tu tengah tunggu SPM result ko!
muda-muda dah cemerlang gitu kan. haha.

oryto nak tido dah.. tomolo ai keje.
kalau portable wifi cemerlang, akan berblogging dengan jayanya di rumah in laws.
kalau sempat la. haha

k k.
till then.
good night everyone!

lepak dengan DPA besties

selain daripada isz best friend sy,
sy jugak ada best friend di DPA.
called her bestie; azra. lepas tu campur dengan geng-geng bestie kitorang.
ada mardia, mai, kak wan, salinie..
so hari jumaat tu kitorang lepak kejap sebab nak meraikan azra di minggu akhir menjadi single. haha
ye minggu kedepannya dia nak berkahwin dah.
so let's celebrate!

haa tu azra di kanan yang nak kahwin tu. muka berseri-seri, yaw. kiri tu mai. kejadah pulak scarf kitorang *mai and i* sama time tuuuu. cisss. hahha



waffle menggiurkan.



ai makan nasi kerabu je. bahaha



kak wan and mardia. mardia baru pindah ofis baru di putrajaya. welcome tu putrajaya, mardia! :)



kitorang kitorang yang tak kahwin hujung minggu depan. *yang nak kahwin tu tukang snap gambar AHAHA*



with my bestie.. and mai :)

lepas tu rush balik sebab lepas lunch hour ada meeting.. plus nak siapkan kerja sikit.
so thanks everyone for the wonderful hang out.
next time kita hang out lagi, yea!! hihi

recap for the whole week!

hola! selamat hari ahad!!
wahh hujan turun sepoi-sepoi di luar *sepoi?!* :P
waktu yang heaven untuk tidur.

yoshh baru sempat pun nak bukak laptop setelah sekian lama
and sekarang ni la baru dapat rest sebenar *at these minutes!*
lepas the whole week kesibukan.

hari ni dengan semalam pun the whole day sibuk *weekend pun sibuk. fuahaha*
ni baru lepas shower balik sebab berpeluh kau iron baju.
pastu masuk bilik aircond, sandar kat kepala katil, blogging.
pure heavenness.

oh. sebab musabab tak berblogging selama beberapa hari
adalah sebab tak sempat.
teman husband stay back kat ofis sampai malam.. two nights rasanya.
ada jugak hari yang balik lewat petang sikit.
so.

ok nah gambar-gambar terbengkalai!
hahaha

ni previous post sy ada cerita pasal sambutan birthday FIL sy. snap gambar makanan di atas meja. sebenarnya panjang lagi mejanya.. just snap apa yang ada di depan mata je.. haha



ni masa teman husband stay back. dia sempat pergi gym lagi, lepas tu sambung kerja. so memang kerjaanku datang ke ofis membawa makan malam untuk kami makan sambil-sambil stay back :P

(screw you, never ending works!)

ni malam yang kedua stay back.. beli domino's. malam pertama beli makanan dari pasar malam kalau tak silap.

next time nak cari bantal la kot..
sambil-sambil tunggu husband kat ofis tu bolehlah ai tidur-tidur kan.
tidur dengan muka di atas meja sangat tak selesa.. kiki.
(turned out tak tidur and main games je la)


ni masa dinner kat luar dengan husband. masing-masing balik dah lewat.. penat, lapar lagi. so tak de masak-masaknya, kita keluar je makan. ambik ikan siakap tiga rasa *tapi tak de nenas.. dia letak tomato je haha*, tomyam poktek and kangkung goreng. sedapp.



husband ai. thanks belanja! :)


we ols. sori la muka memang keletihan sebab balik lambat kan.



suasana kedai. agak  lambat la nak tunggu order sampai. ohai android games to the rescue! ;)



ni pulak gambar bobby si kucing muka penyek kat rumah in laws. ekor kembang kau hah hambik! tapi dia ni nampak je kembang.. sebenarnya kurus je dia di sebalik bulu-bulu yang tebal tu :P

bobby ni kucing eksyen yang tak layan orang tau.
asyik-asyik nak lari je.
memang dasar kucing tak friendly.
tapi sejak akhir-akhir ni dia macam jadi friendly ok.
suka mengekor orang, gesel-gesel, jilat kaki.
heh entahlah kucing ni. split personality gamaknya. lolx


mee goreng makan semalam untuk lunch. time ni kat aeon bukit tinggi.



husband makan nasi ayam.



pastu ada pertandingan lukisan khat cina. malay, indian pun join sekali. harmoni sungguh.

kitorang sempat la tengok movie minggu ni..
despite of busy nak mamP kan.
tengok 'pada suatu cinta dahulu'.
basically nak tengok pun sebab reminisce zaman sekolah.
serius kalau korang tengok cerita ni, *okay memang la cerita melayu. jangan nak pandang sebelah mata sangat kat cerita melayu ok. sila bangga and remember our roots* ;)
..cerita ni memang buatkan kita teringat zaman skool dulu.
yang tang main pemadam, kena denda junjung kerusi *ai takkk HAHA*, pergi tangguk ikan, cikgu disiplin garang, air sirap kat sekolah, cinta monyet.. yadayada. memang serius zaman sekolah.

pulak tu minggu ni adalah minggu reminisce zaman remaja bagi sy.
sebab...
sy terjumpa balik external hard disk sy!
dalam tu dengan gambar-gambar lama, videos lama semua ada.
so bila tengok balik, memang teringat la zaman remaja dulu hahaha.
gambar+video kucing ai carpet dengan anak dia biskot *dua-dua dah RIP* pun ada. rindu gile, cyuts. :')
dan macam-macam lagi benda-benda lama yang sy jumpa.
memang mengharukan. srottt.


time pergi kerja hari jumaat. panas silau kau!

ye sekarang sy ada best friend baru.
nama dia isz. hahaha
mana-mana pun kitorang berdua, gi sama-sama. lepak sama-sama.
main game sama-sama. shopping sama-sama.
best la ada best friend. macam kat sekolah dulu je kan. hahaha *kan dah cakap ni masa untuk reminisce!* :P


teringin nak buat+makan macaroni bakar. so semalam buat tengah-tengah malam. hahaha. yang ni improved version daripada resipi asal. so lebih sedap daripada dulu la. tak terasa creamy cheesy sangat. lebih rasa kemalaysiaan. hahaha. yum!



oklah dah, sekian!!

p/s : tudung yang sy pakai kat gambar di atas tu harga RM35 saja. ai confuse kenapa tudung-tudung kat luar tu jual dengan harga RM70++.. ada yang RM100++. gile mahal. mana korang dapat duit banyak-banyak beli tudung mahal gitu hah? jeles ai :P *walopon begitu, ai syukur dapat jumpa kedai tudung murah! lolx!* gahh panjang gile p/s ko. baik tak yah p/s. hahaha. kbai!

p/p/s: kat KL my mom jumpa tudung harga RM22 yang jenis layer. lawa jugak. serius ni tak tipu!
Saturday, February 16, 2013

aktiviti hujung minggu

ye. biasanya apakah aktiviti married couple macam kami pada hujung minggu macam ni?

hari ni lepas breakfast,
kami kononnya nak pergi perodua banting.. nak hantar kereta servis.
alih-alih tengok tak bukak lagiiii. cuti CNY. hahaha
padahal dah lepas tarikh and lepas mileage. abaikan.

then shopping baju & groceries..
balik rumah masak-masak. makan.
lipat baju.
husband gi tengok tv. ai main games/internet.
hujan. tido. zzz.

malam pulak pergi makan luar sambut birthday FIL.
yoshh birthday beliau adalah pada hari semalam *happy birthday, ayah!*

nah gambar iringan :


husband tengah nak try mesin pemutih gigi. kawan dia bagi. mah haha



bendanya keluar cahaya macam light saber star wars lolx. kena pakai 10 minit kat gigi.

ok dah tu je.
selamat bercuti-cuti, semua!

birthday celebration by the lake

yoshh happy sabtu semua!

nampak macam tak ramai yang mengupdate blog hari ni..
may be masing-masing pun sibuk kan. hihi

so!
previous entry, i was saying about a birthday.
someone's birthday.
birthday siapakah itu? :)


hadiah birthday daripada kitorang semua.


ya.. 15 februari 2013 lepas merupakan harijadi pengarah kitorang, Dr.!
so kitorang ada buat celebration makan-makan lepas office hour kat umai.. upstairs.


mari bergambar!



masing-masing order western. yums!



ajak husband sekali yang baru balik daripada bengkel kat melaka.



time baca doa makan. sempat lagi sengih tu. hahaha *berdoa dengan gembira*



with syida.



us. muka bercahaya sebab mengadap matahari. haha








kek ais krim baskin robbin's yang delish!



the birthday girl :)


jadi sy nak mengucapkan sekali lagi..
a jolly good happy birthday to Dr.!
semoga bertambah awesome dari hari ke hari.. hihi.



Friday, February 15, 2013

birthday!



someone is celebrating her birthday today! :)

siapakah beliau?

jengjeng. nantikan..


p/s : HAPPY BIRTHDAY!! ^^
Thursday, February 14, 2013

tiring thursday

selamat hari khamis, hoih! ;)
cepat betul masa berlari, kejap lagi nak hari jumaat dah. haha

i am super duper tired, with this backache and everything.
our baby is kicking at times, dan ada time-time dia bangun.
macam waktu malam around pukul 10, 11.. hah bangun la dia menendang. lolx

hoh. hari ni hari valentine kah.
patutlah balik ke rumah petang tadi nampak ada orang jual bunga kat tepi jalan.
biasa dia jual bunga-bunga untuk kuil tu.
hari ni tetiba nampak ada jambangan bunga ros dan sebagainya.
maju bisnes ko, bai ;)

oklah cakap banyak tak guna.
ni gambar-gambar beberapa hari lepas.
baru nak update kan. sangat slow la, wani. haha
(wat tu du, i'm effin' tired).

time berbreakfast dengan husband kat kedai mamak.

kitorang try satu kedai mamak yang baru bukak kat seksyen 19.
lupa dah nama dia.
makanan so-so la.
ayam goreng dia tak boleh lawan HFC (hakim fried chicken). kihkih
tapi milo dia sedap la.. kaw.


kunun nak sorok muka kannnnn.



yoshh itu dia!! encik isz kita. haha



sy bermake-up hari tu sebab nak pergi tangkap gambar passport. nak kursus kad hijau, kena ada gambar la pulak untuk buat kad. siap bawak blazer sekali hari tu.. cari kedai gambar.

time ni sebenarnya masih mood chinese new year.. so banyak kedai tutup.
kedai gambar kat 19 pun tutup.
sampai kena pergi ke plaza alam sentral.
pastu kena tunggu sejam pulak untuk print gambar. haha



sy ambik tosai. suka lagi sy pada roti canai :)


then hari tu ada beli nasi beriyani bukhara restoran syed.
memang minat gila nasi beriyani syed ni.
dulu syed ada cawangan kat 19. dekat la kan.. belakang area rumah.
lepas tu tutup.. sebab katanya tak de pekerja.
yang ni beli kat alam sentral.


betapa lamanya tak beli.. design kat kotak pun dah bertukar baru.



isi di dalam.

besar gile ayam dia ok!
nasi ni dua round makan.
sebab nak makan sekali hadap memang tak habis. super banyak.
so balik rumah tu makan dengan papadom yang digoreng sendiri. hihi

sedapnyaaa nasi beriyani ni hoi! :P


ni semalam petang.. makan lasagne ayam daripada domino's.



tu diaaa rupa bentuk di dalam.

sedap la.. tapi tak kenyang mana.
kena makan dua bekas kot baru kenyang. HAHA


ni masak dinner untuk husband.. padprik ayam & telur dadar.

first time pun masak padprik..
sebab dah lama nak masak padprik, tapi tak pernahnya buat.
yang ni main campak je. sedap dap.

tapi sy sekarang ni tak de la nak masak hari-hari.
keletihan melanda.
so husbandku sayang, maafkan dinda sekiranya tidak memasak hari-hari.. kihkih.
walaupun begitu, bekalan makanan kami tidak pernah putus. alhamdulillah.
sama ada beli kedai, pasar or tetiba kat rumah dah ada makanan :P

memang penat sangat sangat ni.
better ai rehat dulu.
toodles!!