Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Sunday, July 28, 2013

shopping raya

hah korang dah shopping raya ke belum?

hari ni hari ahad.
hari gaji baru masuk.
hari sy & my mom pergi ke seksyen 7, shah alam. mula-mula ke jakel.
sebenarnya nak pergi sana untuk alter baju melayu husband and cari tudung kalau ada.
memang packed orang kat jakel.
seksyen 7 ni banyak gile kedai baju and tudung. memang syorga la macam kat jalan TAR sana. atau kompleks PKNS, alam sentral.
cumanya kedai-kedai kat seksyen 7 ni seketul-seketul, lebih eksklusif la.
tapi orang memang ramaiii.
sempat snapped few photos.


lelongan happy hour kat jakel.

hari tu kan sy pergi jakel time hari biasa.. beli baju melayu untuk husband.
hari ni datang nak alter sebab dah ada baju contoh untuk alter saiz tu.
sebenarnya hari minggu macam ni harga baju lebih mahal daripada harga if kita datang hari biasa.
buktinya, sy check harga baju yang diorang letak hari ni lebih mahal RM20 daripada hari biasa yang sy beli baju melayu tu.
my mom cakap dah beritahu dari hari tu, hari biasa memang dia letak murah sikit sebab tak ramai orang.
hari minggu ramai orang, semua confirm nak beli baju, so letak harga mahal sikit walaupun katanya dah diskaun. (kecuali happy hour memang dapat harga gila-gila la)



my mom and i, berjalan ke kedai-kedai.



deretan kedai kat seksyen 7, shah alam.



sini banyak kedai baju, tudung.

sesiapa yang gilakan baju dengan tudung tu bolehlah datang sini.
lepas alter baju melayu, nak cari tudung-tudung untuk baju raya kitorang.
jalan dari satu kedai ke satu kedai.
tapi tak dapat.
hampir dapat satu, tapi ada akak ni rembat dulu. huuuuuu



tudung-tudung dijual di dalam kedai yang selesa.

nampak selesa la kan, tapi still ramai orang.
kedai ni antara yang murah dan tudung-tudung dia cantik.
lupa la nama kedai.. SES apantah ek hehe.
standard boleh dapat tudung harga 30+, 40+ dan lebih.
kalau kedai lain yang berjenama macam pearl haya, fareeda tu jangan cakap la. over mahal.
kitorang ada masuk satu butik baju ni, ada baju harga RM2200++. gile ke apa.
baju peplum dia RM500++ lepas diskaun, padahal boleh beli dengan harga RM150 kat kedai lain. cumanya sebab tu butik eksklusif.. memang la mahal. hehe :)


ni kat gudang tudung hajra.

jualan gudang katanya.
sy expect kalau dah namanya 'jualan gudang', haruslah harga runtuh-meruntuh kan. haha
tapi tak. mahal jugak. tudung stok-stok RM80+ untuk layer.. dah la tak berapa pun. cantik lagi tudung kat kedai SES yang murah tu. hihu
(ni pandangan sy je la. kalau korang minat hajra, boleh je beli, no problem)
cuma sy rasa tak berbaloi sy spend duit kat sini beli tudung.
so let's ke kedai lain. :)


another view in gudang hajra.



lepas tu terjumpa kedai sugarscarf.
stok-stok jual scarf dengan shawl. sy memang suka la kedai macam ni! haha
kedai ni ada jugak online. ramai jugak orang kat sini.
kedai scarf, yang datang pun semua jenis pakai lilit-lilit. hihi


antara scarf yang dijual.



such a beauty!!! ^^



sebab sukakan selendang, sy snap banyak sikit kat kedai ni hehe



ecewah siap try kat depan cermin lagi!! :P
cermin besar, so ada acara try tudung beramai-ramai la kat depan tu HAHAHA
time datang ni ada diskaun.
berjaya rembat satu scarf, dan dapat diskaun dalam RM8+. awesome!



ni satu lagi kedai.. radiusite. huii rupanya banyak betul kedai kat sini!

eh oklah dah nak masuk waktu berbuka ni.
later ok! byeeee!!!

macam-macam

baru lepas tidurkan ariana tadi.
wah mengantuk pulak rasa petang-petang macam ni.
lagi setengah jam waktu berbuka.

time-time tengah bulan ramadhan macam ni ramai yang buat kuih raya kan.
(atau beli kuih raya! HAHA)
sy ni bukanlah jenis yang makan banyak sangat biskut raya, sy lagi suka kerepek.
and kalau masak-masak tu, sy lebih kepada masak makanan yang savory.. bukan pastry :P
(tak pandai benda-benda berkaitan sukatan ni. i don't like maths *eh tetiba*) haha

tapi my mom ada request sy untuk buat kuih.. well it's more to biskut,
biskut cranberry, oats & nuts cookies. sebab tahun lepas sy ada buat biskut tu untuk raya.
sedap katanya haha.
biskut ni leceh sikit sebab nak kena chop kacang-kacang tu HAHA *wani dasar pemalas kann*
oklah nanti kalau free let's korek resipi dalam PC. atau external HDD. tak ingat dah simpan kat mana.
resipi ni sy create sendiri lepas alter sikit-sikit daripada resipi biskut kat internet.
my mom pulak, every year nak dekat raya dia akan buat kuih cornflakes, her style.
kuih cornflakes dia memang tak sama dengan kedai. sedap habis lah.

tahun ni since ariana ada, and kena jaga dia,
tengoklah kalau ada masa terluang bolehlah buat kuih raya. tunggu dia tidur la kot.
doakan kami sempat buat kuih raya tahun ni! haha


semalam the dad beli durian kampung. sekilo rm5 katanya. yum yum lama tak makan durian.



sekali-sekala kita letaklah gambar ariana kat sini untuk melihat perkembangan dia hahaha ('kembang' betul lah tu!) ^^

ariana, my sin chan. tee hee

ok cya around, and..
selamat membuat kuih/biskut raya!! :)
Saturday, July 27, 2013

resipi ikan kerisi masak pedas

heylooo!!

bertemu lagi kita dalam rancangan ketuk-ketuk dapur (edisi wani ezryl). kehkeh

so kali ni sy nak share resipi buatan sendiri, ikan kerisi masak pedas.
yang ni macam kat kedai punya.. yang style potong-potong tu.
macam masak tiga rasa, tapi yang ni ada cili api potong and tak de nenas.

dahlah cakap banyak tak guna.

mari kita mulakan!! hmp! *muka penuh keazaman tak boleh blah* :P


BAHAN-BAHANNYA :

1. ikan kerisi (siap garam & kunyit)

-kunyit ikan versi sy adalah bawang kecik+bawang putih tumbuk, campur serbuk kunyit dan garam.

ni sebab nak buat lauk berbuka puasa semalam, sy buat 2 ekor je untuk sy dan mama makan. abah sy tak makan nasi time berbuka. so skip untuk beliau :D


dua ekor ikan kerisi yang awesomely kunyitted. haha


ok jemput goreng dulu ikan kerisi tu dalam minyak yang panas ye.

(tak puas hati tengok rancangan masakan kat tv, ada yang minyak belum panas tapi dah start goreng. MASUK MINYAK DALAM MAKANAN TU NANTI TAU TAKKK)


ok gorengggggg.

lepas goreng ketepikan dulu.

now kepada bahan-bahan yang lain..


2. cili kering 1 biji, bawang merah kecik dalam 2 ulas, bawang putih 1 ulas, halia sikit. BLEND semua.

haa lepas blend jadi macam ni. :) yang ni sy blend lebih sebab nak simpan. haha


3. bahan potong-potong / daun, iaitu :

-sayur mayur.. kacang boncis (patutnya kacang panjang, tapi yang ni je ada dalam fridge HAHA), kobis bunga, carrot merah. potong ikut citarasa.

-tomato setengah biji. potong 2. cukuplah 1 untuk sy, 1 untuk mama. lolx

-serai sebatang hiris halus (nampak gelap dalam gambar, sebelah tomato tu)

-cili padi 11 biji, hiris jugak (sebelah serai. barangsiapa tak nampak, dia suka rosnah mat aris sepenuh hati. HAHA)

-bawang besar setengah biji, potong dadu

-daun limau purut


bahan-bahan yang dah siap dipotong.


4. sos-sos :

-sos tiram
-sos tomato
-sos cili
-sos ikan
-kicap manis

tadaa! sos. *doink, wani* T_T

ok now mari kita mula masak! xD

CARA-CARA MEMASAK SOS IKAN KERISI MASAK PEDAS :


ok ni ikan kerisi 2 ekor yang kita dah goreng garing tadi.

sorilah seekor tu tak ada kepala *ngeri sangat!* sebab tukang siang ikan kat kedai terrrpotong kepala ikan, sebab excited sangat menyiang. hahaha. tapi tak kisahlah sebab dia siang memang bersih. sy balik rumah tinggal basuh je.


mula-mula ambik sikit minyak daripada gorengan ikan tadi untuk menumis sos/gravy dia.

tumis bahan yang dah diblend tadi.
not too much, nanti jadi ikan masak merah pulak. haha

agak-agak dalam 2 sudu besar.

cuurrr! bunyi sizzle kuali.

nampak macam dah garing sikit tu, masukkan bawang besar yang dipotong dadu.
kacau sampai kekuningan.

bawang besar dipotong dadu.. masuk!!


seterusnya jangan malu jangan segan,
masukkan serai, cili padi dan daun limau purut.
memang bau dia wangi mengundang kelaparan dah time ni.


kacau.


masukkan sikit air.
saya masukkan ni dalam segelas kecil,
cukuplah sos untuk 2 orang makan.




then masukkan sos-sos tadi semua.
semua dalam sesudu besar.
kecuali sos ikan, masuk ikut sesedap rasa.
kicap manis sy letak lebih sebab sy suka style masak pedas sosnya kaler hitam-hitam coklat sikit (instead of warna oren dan rasa too saucy macam makan sos bulat-bulat daripada botol. hoh tidak) :P

(garam jangan lupa letak)

garam jangan banyak sangat, sebab dah ada sos-sos semua and sos ikan untuk memperisakan gravy kita ni.

sauce time!! xD


next, masukkan sayur-syur yang telah dipotong dan kacau sehingga masak dengan api besar.

sayur kena pakai api besar, kalau tak, hilang nutrien. *cooking veggies 101*

ikut la korang nak sayur lembut sangat ke atau rangup.
kalau nak lembut, masak la lama sikit. depends on gigi masing-masing yang nak menggigit, ye. haha

oh ye. last skali masukkan tomato.

sy masukkan tomato last sekali sebab nak makan tomato segar.

ok dah siap! boleh la hidang di dalam pinggan.
tuang semua sos tadi ke atas ikan kerisi.


transfer ke pinggan.


ni la rupa bentuk ikan kerisi masak pedas kita :
kenyang lama makan ni. sebab banyak sayur.. haha


nak tambah best lagi, makan dengan sayur kangkung goreng.
yang ni my mom masak, sy siapkan bahan je. sebab beliau offer nak masak.. kehkeh.

kangkung goreng my mom masak memang terbaik!! :)

dan bolehlah makan untuk hidangan berbuka puasa bersama-sama dengan nasi panas.
dan of course, bersama-sama dengan keluarga tersayang :)


sinki rumah putrajaya

happy sabtu!! :)

hari ni pergi rumah kat putrajaya kejap,
sebab buat appointment dengan kontraktor bangunan untuk betulkan paip kat sinki dapur.
masa masuk rumah baru hari tu, paip dia goyang-goyang.
so diorang simenkan balik sinki tu.

sebelum tu,
nah gambar terkini. hoahaha *vain laugh*

muka zero make up sempena puasa-tak-boleh-bermake up

tak ada la dalil ke apa cakap time puasa tak boleh make up.
tapi nanti ko tertelan lipstick.. tak ke batal puasa? haha JK.
sebenarnya if korang puasa, and keluar rumah,
berhias melampau (as in make up tebal),
for me tak de maknanya puasa menahan nafsu semua tu. in my view la.
korang nak make up tebal, suka hati korang. ikiki

so thanks abah sebab temankan sy ke rumah putrajaya tadi :)


sinki dapur sedang disimen.

balik-balik tadi dah berhabuk rumah tu.
so sapu and mop kejap.
sementara tunggu diorg siapkan sinki, kitorang tengok tv.
dalam pukul 12.30 tengah hari baru siap kerja.
pecut balik shah alam.
now lepak kat rumah je.

kejap lagi sy post resipi yang dimasak semalam.
aight! :)
Thursday, July 25, 2013

jakel shopping

ellope! howdy? ecewah mat salleh sungguh tengah hari buta ni :P

hari selasa lepas my mom cuti.. sebab nak ke jakel.
tau je la jakel ni kalau pergi on weekend, susah nak cari parking sebab ramai gile umat manusia bershopping kat sini.
lepas tu crowded satu hal.
ye kitorang jenis yang mementingkan keselesaan semasa bershopping. kihkih

so bila pergi time hari biasa macam ni,
tak ramai orang,
bolehlah bawak ariana sekali. sebab tak de orang pun nak jaga dia kat rumah.


sy di jakel! xD

haha tak payah pakai camera360 untuk menutup zits bodo :P
alhamdulillah time berpantang tu muka clear zits.
ni nak dekat raya tak boleh makan seafooood demi memastikan rayaku bebas zits! hoyeah!
(tapi kalau zits nak keluar jugak, nak buat macam mana kan. lolx)

tapi sy masih menghargai camera360 dan akan terus menggunakannya! jyeah!


my mom tengah tengok-tengok baju.



me, di cermin jakel. :)
hasil shopping di jakel,
dapatlah rembat sehelai lagi baju kurung moden chiffon dan baju melayu aaron aziz untuk husband.


ye, warna tema kitorang adalah oren.

now the next thing is, cari tudung untuk baju kurung kedua,
alter baju kurung pertama (kurung ke?) and alter baju melayu husband.

blog entry ni akan diakhiri dengan beberapa photos makanan :
xD


buka puasa dengan nasi putih dan ayam percik buluh yang dibeli di bazar 19.



tau fu fa sedap yang dibeli jugak di bazar 19. (bukan semua tau fu fa tu sedap. this one was perfect!)



semalam makan home made; nasi putih dengan kuah asam pedas perangat, ikan tenggiri goreng dan sayur kacang buncis goreng. sedap nak koma.


then heard my bro, harith pergi dating cum berbuka puasa kat sunway, so kirim dia belikan cajun fries popeyes untuk supper semalam.

i love cajun fries! :)



cajun fries di dalam kotak popeyes.


sekarang dah masuk separuh bulan kita berpuasa.
hope dapat meneruskannya sehingga hari terakhir, insyaAllah.

hari ni tak tau nak buka puasa apa lagi.
petang karang la fikir. hahaha.
kbai! xD
Monday, July 22, 2013

rendang ayam mak lang

helo delo!

ada ayam lebih dalam fridge.
maka let's buat rendang ayam.. woots!

rendang ayam ni ada macam-macam jenis.
kali ni kita buat rendang ayam mak lang.
namanya gitu sebab cara masak ala-ala mak lang sy kat nogori sombilan sano ha masak.
plus guna rempah yang mak lang kisar sendiri.
tapi of course la lain sebab air tangan beza-beza.
harus mak lang punya rendang yang lebih awesomeness kan. nama pun tokei. kehkeh

(rendang ni sy tak rasa lagi sebab nak buat berbuka kejap lagi)

ok nah bahan-bahan dan cara-cara nak buat rendang ayam mak lang.
sukatan dia sy agak-agak je. HAHA


ayam half ekor.



cili kering, bawang merah kecik, bawang putih.

bawang tu bila sy potong, ended up tengok gile banyak.
so kurangkan sikit.. bawang merah kecik lebih kurang 5 ulas, bawang putih 2 ulas.


serai 2 batang, halia, kunyit hidup (tak de dalam gambar, lupa nak letak time ni haha), rempah 4 beradik, asam keping, daun kunyit (optional).

mak lang tak letak pun daun kunyit rasanya.
sy sesaja tambah. lolx
daun ni ambik kat tepi rumah je.

rempah 4 beradik = kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih.


santan daripada 2 biji kelapa yang dicampur air (air separuh daripada santan).


CARA-CARANYA! ;)

1.hiris bawang merah & bawang putih. blend cili kering.



2. bahan-bahan macam serai, halia, kunyit hidup kita ketuk/tumbuk kasar macam gambar di bawah.

haa yang dalam plastik tu la rempah mak lang sy.
serius sy tak tau nisbah rempah ni.. tapi dalam rempah ni, mak lang kisar lada hitam + biji ketumbar.

kerisik adalah optional.
mak lang tak pakai. asalnya sy nak pakai, tapi ended up tak guna pun kerisik ni.
santan yang kita akan pakai nanti dah cukup untuk bagi effect serdak rendang *effect kata kau?! hahaha*



3. jangan lupa potong halus daun kunyit tadi.



4. rendang bermaksud kita campak semua bahan dalam kuali and biar dia masak slowly. lebih kurang macam tu la definitionnya haha

so first-first sekali, masukkan ayam, bawang-bawangness, cili kering yang dah diblend, serai, halia, kunyit, rempah mak lang 2 sudu besar ke dalam kuali. (api jangan lupa bukak!) :P

rempah ni korang boleh ganti dengan rempah lain macam rempah kari, rendang, gulai dan seumpamanya. nak kisar lada hitam&biji ketumbar macam rempah mak lang pun boleh.



5. ha masaklah kejap sampai ayam tu kecut, bak kata my mom. (my mom guide daripada handphone-sms cara nak masak sebab beliau tau resipi mak lang ni. thanks, ma!)

gaul jangan tak gaullll



gaul lagi sampai sebati gitu. kihkih


6. next, masukkan santan yang dicampur air tadi.

sebenarnya kalau masak rendang, lagi banyak santan lagi la sedap. lagi berlemak.
tapi hazab la nak menunggu kering kan. lolx

curr! *bunyi sound effect santan dicurahkan*

7. lepas masukkan santan, terus masukkan rempah 4 beradik.




8. nampak dah keluar buih-buih di lautan *erk*, jangan lupa masukkan garam secukup rasa.

ada resipi rendang yang letak gula nesang (kabung), tapi resipi ni tak yah letak gula.



9. mix and stir well.



rendang ni kena rajin kacau.
melangut la tepi dapur tu tunggu kering. haha




nanti bila dah nampak macam nak kering, masukkan asam keping.


kacauuuuuuu.



kacau sampai kering.

di sinilah kegunaan kerisik (kalau korang nak guna),
iaitu bagi kuah rendang tu cepat pekat.
tapi sy tak pakai kerisik.
yet rendang tu memekat jugak la dengan portion santan yang banyak tadi.
dia secara auto akan jadi serdak rendang.. hohho horlicks.


10. dah kering tu, campaklah daun kunyit yang dah dihiris tadi.

ada orang masukkan daun limau purut pun ada. tapi resipi ini tak guna bendalah tu. so daun kunyit, off we go.




cangg!! dah siap dalam kuali!


rendang ayam mak lang, sedia untuk dihidang :)

ku berharap dan berdoa agar tidak terlalu masin.
main campak je tadi. nak rasa, tak boleh pulak bulan-bulan puasa ni.. kehkeh

ok lah tu je.

sesuai dimakan dengan nasi panas.

selamat mencuba dan selamat berbuka! :)