Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Tuesday, June 13, 2017

sahur mi kari


haa tanda2 nasi dah out daripada menu (sahur), iaitu dh start makan mi, roti dan yang sewaktu dengannya :P

have some photos dalam phone, tapi tak sempat nak update blog beria-ia lagi. jadi duduklah dalam gallery tu dulu. lolx

i've read some comments about this ramadan drama on tv3; andainya takdir.
sy mana sempat tengok drama, tak tau drama best mana pun kat tv.
kadang pelakon pun tak kenal, nak2 lagi yang baru.
dah budak2 dok conquer channel CERIAAAA aje.
asyik2 si bariana tu nak tengok ultraman.
bila ultraman dah tak de, jenuh nak explain kenapa sekarang rancangan lain pulak, kenapa tak de ultraman. haha
anaqi pulak dah pandai sua remote, suh tukar channel.
budak setahun jagung tu kekdahnya yang sua remote ok *literally. memang umur dia setahun plus pun. bahaha*
"tu.. ka." kata anaqi. huaaaa

so back to andainya takdir.
sy pun tengoklah streaming online punya.
oh best jugak cerita dia.
kesian kat watak fatihah (tihah) tu la.
dia bersabar je dengan husband dia, airil (played by syukri yahya) yang cemburu buta and baran tak menentu. asyik kena pukul.
lagi dengan MIL yang kuat mengumpat & SIL yang kuat menghasut.
bapak mertua dia pun bersabaaar je la dengan perangai mak mertua.
si airil tu pun memang extreme dia punya cemburu buta.
every 1 hour nak wife dia update tengah buat apa.
sampaikan tengah meeting pun nak kena selfie.. gambar bukti tengah meeting.
and anak diorang.. leya ke nama dia. memang hebat la lakonan budak ni.
dia menangis tu punya real, memang sedih habis.

sekarang nak follow pun, tengok streaming je la.
tu pun kalau ada masa.
nak tengok time malam tu belum tentu lagi.. pukul 10 ke?
pukul 10 tu sy biasanya dah tertidur hahaha.
faktor usia tu :'D
dahnya, bangun sahur pukul 4 - 4.30 pagi.
kena lah rejuvenate balik. kihkih
sebab nanti pukul 11pm ke, 12 macam tu sure terbangun balik.
so kita ikut masa biological la.
dia nak tidur, kita tidur.
tak yah paksa-paksa sengkang mata.
begitulah :D

oklah nanti ada time, sy update lagi.
with pictures la.
apekah update blog tak ada gambar ni, wani :P

till then!
Tuesday, June 06, 2017

ramadan story

hai hui. xD
so how's everyone's ramadan so far?
tahun ni sy tidaklah beria menyediakan menu harian plan berbuka untuk sebulan.
kalau tahun lepas tu, gigih siap ada rancangan ye :'D
tak de idea nak plan masak apa satu, tak nak risau sangat bab makan pun ye.
nanti by the time nak makan tu baru datang ideanya. hahah

haritu macam ada bitau je,
kat ofis kami ni ada macam-macam juadah berbuka yang boleh di-order.
order pagi, petang dapat.
atau order hari ni, esok dapat.

ada yang sy dah try beli, ada yang belum.
salah satunya ikan bakar portugis.


yang ini ikan pari bakar. berbaloi beli dengan harga RM8.

berbaloi sebab saiz generous dan makan secukupnya kenyang.
dalam tu ada sayur kacang dengan bendi jugak.
rasa pun sedap.
timun tu sy potong sendiri, ada di dalam peti. lolx


mee goreng basah lauk sahur minggu lepas ni. tapi tak ingat hari apa.



berbuka dengan ayamas. husband beli ni time harga promo.

ayamas ni ada runner kat blok kuarters kitorang tolong belikan.
so kirim je dengan sedikit upah.


sahur nasi goreng.

hari yang makan sahur nasi goreng ni, perut sy masuk angin.
sampai ceri-beri bagai.
the 2nd day masih bersambung angin rasa perut sebu macam tu, but getting better.
3rd day dah ok sepenuhnya, alhamdulillah.

sebelum raya haritu ada pre-order baju untuk anak-anak.
beli online tahun ni.
sebab tahun lepas macam jenuh je nak cari baju budak.
berpusing merata mencarinya.
yang jual tu banyak, tapi yang kita nak, kadang tak ada.
mari kita try yang online punya pulak.
hari tu dah sampai parcelnya.
baju-bajunya pun cantik.


kotak lawa. hahah

jumaat kan hari pasar.
beli seafood.
seafood ni kalau masak masa fresh-fresh lagi sedap.
so balik tu terus masak pada hari yang sama.
sebab hari jumaat kan, kita masak meriah-meriah sikit.
teringin nak makan ketam. lama tak makan kot.
husband pulak teringin nak makan sambal sotong petai. itu dia yang masak sendiri ye.
sebab dia dah siap ambik resipi lagi kat internet.
jadi bertung-tang lah kitorang kat dapur.
sambil husband dukung anaqi, sambil dia masak.
sebab anaqi bising nak tengok org masak. lolx


sekali dengan tempe goreng berempah.

then sabtu ahad kita ke shah alam.
tidur rumah mama abah.
pusing ke kompleks PKNS, SACC mall.
the next daynya pergi ke AEON mall shah alam pulak.
tu je lah yang sempat. plaza masalam, plaza alam sentral tak pergi lagi.

suasana di kompleks PKNS shah alam.

verdict sy;
banyak booth kat PKNS.
habis pusing tak jumpa jugak bajunya.
pesennya lebih kurang sama dan tak banyak design super baru.
macam butik-butik kat instagram, atau butik-butik bangi sentral, kita dapat tengok banyak cutting baru kan.
contoh sekarang musim peplum, dolly, puffed sleeves, entah macam-macam lagi pesen.
kat PKNS ni untuk yang nak beli baju-baju tradisional konvensional banyak.
kebaya, pucci, plain, haa tu banyak kat PKNS.


kat SACC mall pulak banyak baju pesen baru.
yang jenis mix and match pun banyak.
baju anak-anak pun ada kat level 2 ke 3 macam tu.
ada yang jual sampin budak kecik cotton yang corak-corak hipster (bukan corak tenun benang emas biasa).. haa yang macam tu boleh dapat kat SACC.
sy berjaya rembat satu baju dolly. comellah pada sy.
time nak pi fitting tu siap ada budak perempuan remaja ni menuding jari ke baju itu sambil berteriak nyaring "baju ni lawa!" kat family dia.
amboi dik. obviousnya ko ni. lolx
tapi tak jumpa lagi warna baju yang sy nak.
so masih mencari lagi, tak tau nak cari kat mana.

AEON mall?
bawah tu banyak jugak booth baju raya yang pesen baru-baru.. instagram boutique punya style la.
yang printed skirt lawa-lawa macam tu.
baju macam kain broked (macam mana eja ntah) dll lagi.
entah, ai is tak pandai nak explain.
sila la ke sana kalau nak tengok. haha
kat jusco pun banyak baju kasual budak-budak dengan harga berpatutan.
kalau dah mak-mak ni, time nak raya tak fikir sangat nak beli baju sendiri.
beli baju anak-anak je yang banyaknya.

tapi kat mana-mana pun banyak sangat la baju kurung atas bawah plain.
tak de corak apa.
adakah nanti ada sejenis orang yang beli baju plain lepas tu jahit manik sendiri ke macam tu?
atau ada yang jenis suka pakai baju plain?
pada sy (pandangan je ok) kalau nak plain, biarlah salah satu; atas atau bawah, baju atau kainnya ada printed atau textured.
dah bertahun-tahun nampak pesen baju plain ni.
dahlah tu, baju plain, harga sampai 300. apakah itu.
tukarlah sikit pesen lagi hui. hehe (suka hati je kan :PP)

ok kita sambung ke topik makanan balik. HAHA hartamas.
since kita berbuka kat shah alam, mama pun ada masak ayam kerutub.. woots woots!
mama jugak ada masak daging goreng kunyit.

ayam kerutub by mama.



sy masakkan sayur petola ni. macam dah overcooked je ni. HAHA

isnin tu sy cuti daripada bekerja.
so untuk sahur, sempat masak lama sikit la.
sebab ahad malam tu pun tidur super awal.
bila bangun pukul 4 pagi, segar-bugar mata. lolx
jadi marilah kita masak ayam masak kicap untuk husband. sebab kita dah cuti puasa. kahh.

ayam masak kicap gigih, bertumbuk bawang bagai. siap dengan kentang dan tomato.

isnin (semalam) lepas birthday celebration ariana kat taska,
kitorang singgah bazar ramadan putrajaya for the first timenya.
banyak gerai ok. yums.
tapi beli seadanya lah.
bought meatballs for the kids.
char kwey teow for husb and i.
lagi, beli kebab macam shawarma tu.. sebab macam kenal akak yang kat gerai tu.
pernah makan kebab dia jual, sedap. so beli.
nampak gerai kuih. beli popia sira (sedap, rangup).
nampak satar terengganu, punn beli jugak *ni yang bahaya pergi bazar ni. bahaha*
ended up semua habis dimakan kecuali satar disimpan dala peti untuk dipanaskan keesokan harinya :D


husband beli kepak ayam bakar kot time ni. ariana dengan anaqi dok main kutip-kutip batu.

kalau tahun lepas orang queue panjang kat gerai pau cendawan viral,
tahun ni kat gerai kenali murtabak pulak.
memang panjang queue.
tapi tak sepanjang tahun lepas pau cendawan viral tu.
tahun ni ada jugak pau, tapi dah tak beratur.
mungkin sebab senang nak dapat di mana-mana.
kalau hari biasa, kat pasar putrajaya tu pun ada orang jual.
tapi sy tak pasti kenapa orang queue panjang kat kenali murtabak ni.
sedaplah kot.
sy gi jenguk kat depan sekali.
nampak murtabaknya besar dan isi tebal.
next time nak dekat-dekat raya boleh try kot.
masa tu mungkin orang dah tak ramai *yakin boleh je wani ni. AHAHA*

pemberaturan di gerai kenali murtabak.



dan ni lah dia char kwey teow yang dibeli semalam. tak dapat challenge yang biasa sy beli kat putrajaya ni. hehe

so tu lah dia.
rajin pulak mengupdate blog hari ni kan. HAHA
nak masak apa pulak hari ni.
macam nak singgah pasar beli ikan.

sampai jumpa lagi!
daa!

of ariana's fourth birthday

ahad yang baru lepas ni (4 jun) adalah birthday ariana bariana.
memandangkan bulan puasa, celebration kat rumah adalah belum sempat lagi.
so buat acara potong-potong kek kat taska dulu.
sebelum tu, dah siap prepare goody bags untuk kawan-kawan dan aunties kat taska.
barang-barangnya kita beli sebelum bulan puasa.
takut terkejar-kejar.
kecuali goody bags untuk aunties kita beli time bulan puasa.


goody bags untuk aunties. diletakkan sambal garing che nor sebekas (sempena romadon nak berbuka ke sahur ke) dan belon.



75 goody bags untuk kawan-kawan; belon, party blower, coklat wafer, jelly dadih dan stickers.



semua siap-siap masukkan dalam beg plastik.


hadiah dah beli hari jumaart sebelum tu.
toys r us tolong balutkan.
free je balut. wrapper pun free. hehe

bergambar dengan hadiah (dan anaqi). seronok dia dapat hadiah besar :P



unwrapping.

on monday, acara potong kek birthday ariana.
dia dok beria nak kek minion.
100 kali ke berapa kali dok sebut kek minion.
yelah ai belilah kek minion niiii. hahaha


kek minion ariana.



bersama qiqi, tetamu jemputan :P

asalnya celebration dibuat dengan kawan-kawan sekelas je.
so kita import anaqi sekali untuk sambut birthday kakak dia.


kawan-kawan yang lain.



budak berdua ni duduk kat meja lain.



potong kek.

sempoi je acaranya.
lighter tak ada, jadi tak ada tiup-tiup lilin.
lepas potong kek tu, makan ramai-ramai.


with ma kids.



selfshot sekali.



anaqi ni suka makan sendiri. tengoklah semangat makan tu ha. lolx



two sibs.



ni kat rumah. ariana dengan hadiah baru, grand piano.



bukak hadiah daripada nenek pulak; table easel untuk lukis-lukis.



dok tengah melukis.


happy 4th birthday to you, ariana.
i'm wishing for your happiness and wellness, dunia akhirat.
insyaAllah, aamiin.