Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Saturday, March 30, 2013

monavie juice / jus monavie

siapa suka minum jus buah??
"saya saya!" (sendiri angkat tangan) HAHAHA

ini adalah pati jus buah yang sungguh awesome.

kenapakah awesome?
tak de nak cerita panjang,
sy grafikkan dia untuk pemahaman yang lebih jitu! haipp!

presenting... MONAVIE!


sebab ianya pati buah,
hanya perlu minum dalam 2 cup kecil sehari (ada disediakan cup, lebih kurang macam 1 cup kecil = 2 sudu besar)

dari segi mata kasar memang tak nampak apa itu erti khasiat buah.
tapi since kita ni hari-hari makan makanan yang macam-macam,
terdedah dengan radikal bebas, asap, pencemaran, ajinomoto dalam makanan gerai *haha*,
jadi badan perlukan antibodi awesome untuk melawannya!
(nak beli buah hari-hari kat pasar pun bukannya sempat sangat kan hihi)


 kebaikan monavie terdiri daripada 20 jenis buah super (superfruits) haha kalau translate kelakar je bunyinya :DD




semua ni buah-buahan antioksidan.
untuk kesihatan dalaman tubuh badan.

andddd yang di atas ni adalah untuk monavie botol warna purple.
yang common,
yang sy pun minum :)

kalau orang yang ada spesifik sakit macam sakit jantung, kanser, gout.. etc, ada monavie botol warna lain macam merah, kuning, hijau.. ingredients dia adalah superfruits jugak, campur pulak dengan super sayur-sayuran HAHA ada extra di situ :D lebih awesome.

to those yang berminat,

SEBOTOL RM95  RM90

4 BOTOL RM350  RM330 (dapat kotak sekali hihu)


jemput sms/text FALIQ : 019-3571951 untuk maklumat lanjut.

maklumat lanjut produk ada jugak di website http://www.monavie.com.

beliau boleh hantarkan kepada yang berminat nak membeli monavie dan berada di sekitar shah alam, subang, PJ, KL.. mana-mana yang berhampiran. ok fine la yang putrajaya pun kalau nak, beta boleh tolong dia hantarkan. tak de charge tersorok, just helpin' my brother. bahaha. (yes, faliq is my brother yang awesome.. ^^).

sekian iklan kesihatan.
go buy! yoshh!
:)

o-hectic-day

happy sabtu!

hari ni lepas check up doktor pagi, *tak de la pagi sangat, habis nak dekat pukul 12 jugak*
pergi carrefour cari hadiah kahwin.
lepas tu shoot ke wedding husna kat dewan seksyen 24.. met my schoolmates there.
wah rindunya kat diorang!


saz, ida, s.bariah & i. aizza dengan muizz pun ada, tapi diorang dah balik.
diorang ni semua adalah besties time sekolah rendah dulu.
s.bariah tu geng lukis-lukis.
even sampai sekarang dia masih bergiat dalam designing.
time nikah dulu, dia la yang sponsor bunga tepak sirih.. dia gubah sendiri. *thanks, mate!*

tak sempat jumpa pengantin.. dah pukul 2 pengantin tak sampai lagi.
sebab kena rush ke area dengkil..
housewarming kat rumah farid + ina.
diorang ni dulu coursemates kat univ.
bercinta dari zaman diploma sampai sekarang ni dah kahwin ada anak hihi.
pergi dengan husband semua events hari ni.
kat rumah farid, jumpa ejoy dengan husni (kawan univ jugak).
aiseh tak tangkap gambar kat rumah baru farid.
dia cakap baru duduk situ 2 bulan.
tapi ok la area rumah dia.. cantik je rumah. sebab baru naik kan.

then balik tu singgah rumah kejap solat,
then shoot pulak ke SACC. jumpa kawan husband, shahrin yang bukak meja jual minyak wangi kat flea market SACC. buat kat tingkat 3 ok. saja je SACC ni.
time tu ada pulak saringan kilauan emas polident yang nyanyi-nyanyi tu.
gamat la SACC kan HAHA

lepas tu baru ke alam sentral.
ambik kad kahwin yang tempah hari tu.
okkkkk bukan kitorang punya kad kahwin ye. hahaha
ni husband tempahkan kad untuk adik & kakak dia yang akan kahwin dengan couple masing-masing bulan mei ni.
hazab nak tunggu lif kat alam sentral.
penuh manjang!
time sampai tu pulak kitorang parking kat B3 *basement 3, mind you*
sebab malas tunggu lif *orang yang tunggu depan lif tu dah berjela*
naik tangga sampai LG. kat sana ambik escalator naik tingkat 2 kat kedai kad kahwin.
huii dahaga ok bersenam naik tangga. dari SACC lagi dahaga.
terus beli jus buah kat kedai buah MBG.
hilang dahaga ai :P

balik singgah pasar malam.
beli makanan.
lepas tu balik, bolehlah kita rest. hihi

"hari ni macam hari pergi kerja." kata husband.
ye la kan, keluar pagi balik petang nak dekat pukul 7.
sungguh la hectic.

later.

Friday, March 29, 2013

make up

wahh dah hari jumaat ke?? *tengok kalender 10 kali*

ofis ni dah kosong sebab kebanyakannya dah get ready nak pergi team building sepanjang weekend ni kat janda baik (sampai ahad). happy team building to you guys!! :)
sorry tak dapat nak join sebab few things came up and sesungguhnya sy memang suka aktiviti kat team building (contohnya flying fox ke kayak ke apa HAHAHA) tapi keadaanku tidak mengijinkan. kalau diorang buat aktiviti outdoor sah-sah tak dapat join yang lasak-lasak tu *merembes mucus*

tak pe, there will always be next time kan.

pagi tadi odw nak pergi kerja dengan husband,
dengar radio topik pasal make up.
basically pasal perempuan yang cannot live without make up or make up obsession gitu :P

maksudnya apakah?

"kalau keluar produk make up baru, diorang mesti nak beli. barulah gila make up." kata husband.

oo ye ke. sy ingatkan macam.. kalau pergi mana-mana je wajib make up, hatta ke pasar sekalipun. kan?

macam sy ni jenis pemalas lipas nak make up. ye serius.
lipstick ada 1 je, blusher ada 1 jugak, eyeshadow ada 2 je (tu pun tak pakai HAHA).
selalu tengok orang beli lipstick at least 2,3 kan.. macam-macam kaler. kita 1 kaler tu je la yang pakai pun, tu pun bukan selalu.
foundation sudah lama kutinggalkan.
sebab ambik masa lama nak berfoundation pastu nak bedak pulak.
salute la kat siapa-siapa yang ambik masa berjam-jam make up nak pergi kerja / pasar / mana-mana je lah.

kadang kalau tengok orang make up, at least mesti ada pakai eyeliner.
ai ni seumur waktu ni tak pernah pakai eyeliner okek! *muka terkejut pengsan*
adakah kerana tak pernah memiliki sebarang eyeliner?
dulu ada beli sebatang, pastu hilang tak sempat nak rasmikan pun T_T
pastu dah malas nak beli. bagus tak. HAHAHA
(tu tak masuk lagi yang suka bermake up siap pakai coloured contact lens. artis, kau!)

tapi pun husband sy bukan yang jenis suka orang make up tebal ni.
so let's go natural. kiki. jimat pun jimat duit ai tak payah beli make up mahal-mahal :P

tu belum cerita bab baju dengan tudung lagi. yang fesyen macam-macam tu kan.
ok yang tu lain kali cerita.

apapun in any ways, bersederhana lah kita dalam apa jua benda pun. jangan berlebih-lebihan.
okie dokie.



hari tu cuba char kwey teow kat kafe bawah ofis. sedap jugak! (yang ni tak de kait-mengait langsung dengan make up. lolx)

roger and out!
Thursday, March 28, 2013

list of things

hoahh hari ni dah masuk 28 weeks!
(means it's already 7 months!)
(means lagi dua bulan precious nak jumpa kami! hihi)

er does that means sy dah kena buat listing barang apa nak kena beli?
apa yang nak kena beli sebenarnya ni??

ok nanti kita google ramai-ramai. haha

talk


attended an RSOG talk : the road to political democracy.
Sunday, March 24, 2013

rumbling rambling

my husband's not around sebab dia pergi outstation,
sambil jumpa kawan-kawan lama kat KTcity.
malam ni ambik beliau kat airport :D
ai dah siap pesan serunding ayam ok sebab katanya nak ke pasar payang.
harap ketemu la sama serunding itu. teehee


artsy photo masa on the way nak pergi kerja. kat traffic light, so sempat snap. cantik kan.



foodsie.
gambar di atas snapped hari rabu malam lepas.
minggu lepas sy demam kan.
khamis tu husband nak pergi outstation.
so sy sibuk kemas baju-baju kat bilik. kemas bilik sekali lah.
nak masak ke apa memang tak sempat, sebab dah malam pun haha.
(weekdays pun jarang masak sebab either beli kat pasar or balik lambat or MIL sy dah masak).
husband siap-siapkan makanan dengan minuman untuk kami. awww so sweet.
i mean tomyam tu dia beli kat kedai dekat rumah la, tapi telur tu dia gorengkan and sendukkan nasi, bancuh air semua.
jadi harus snap ketekunan beliau menghidangkan nasi untuk sy. haha
really appreciate that :')



inilah olangnya yang pergi outstation itu. baliklah cepat!! hehe.

updates : precious is kicking frequently, super active kau. semangat dia tendang-tendang perut mama dia. haha. hope you stay comfy in there, precious :)

thinking of doing surveys.
lama tak buat survey kotttt.

oklah nak pergi goreng curly fries dengan frankfurters.
sedap ni makan time-time guruh berdentum di langit. HAHA

syazana's engagement

congrats to my cous, syazana for her engangement today! :)
wee what a happy day!

jadi kami kami pun pergi la kenduri hari ni.. teehee kat sri damansara.


haa itu cous sy! she's 23. dan tunangnya serta ibu-ibu. hehe



hantaran. tujuh dan lima.



my bros.. tak payah diperkenalkan lagi kot. hahaha



my mom and i. the dad makan kat luar.


then nampak cupcakes yang supercomel ni. terus snap! xD



ni faliq yang played around with my phonecam. that's harith.



panorama. faliq tangkap jugak.

biasalah tu soalan pakcik-pakcik ai.. "bila lagi?" kepada anak-anak muda yang hadir.
yang kelakar tu pakcik yang tanya soalan kepada anak sedara lelaki kahaha

biasa kan makciks tanya kat budak-budak perempuan.

so apa my bro cakap? "bila senang." HAHAHA
classic.
Saturday, March 23, 2013

earth hour tinggal kenangan!

zomg mak datokkk.

i forgot today is the earth hour day!!

masaklah pukul 8.30pm tadi suka-suki pasang lampu terang-benderang, bukak aircond, main laptop.

ahaha.

maafin gweeee.

template baru

selamat datang diucapkan kepada template baru!!
*tepokan halilintar*
 


tema adalah pink kelabu-kelaban.

ntah, tiba-tiba terasa nak tukar template.
nak beli template canggih-canggih, mahal pulak.
maka let's buat sendiri. haha

links semua sy dah letak kat page lain,
boleh browse kat menu atas tu.

thanks for reading & enjoy ur stay! ;)

ok. end.

ekspo selangkah ke uitm

hoi hoyya hoi! xD

hari ni baru nak start balik ganti puasa.
ada enam hari lagi weh! (minus hari ni tinggal lima! yeppa!!)
berusaha untuk habiskan ganti puasa before due! chaiyok, wani!!

hari ni pergi temankan adik ipar sy ke ekspo selangkah ke uitm (open day) di uitm shah alam.

terbaca iklan kat newspaper.
abangnya (husband) tak ada, outstation.
so sy bawak si iqbal ni pergi sana. ajak my mom ikut sekali.

parkingnya.. huiyo jauh!
siap kena rentas stadium, panjat tangga macam kat OBS baru sampai ke dewan canselor.
10 markah untuk diri sendiri kerana berjaya mengharunginya! ekeke


ni ha gambar pengunjung-pengunjung tengah merentas stadium dari parking sana. naik pulak tu tangga batu caves. HAHA



sampai-sampai tengok nak masuk ke dalam pun beratur panjang. memang sambutan menggalakkan!

fyi ekspo ni diadakan hari ni dan esok (23 & 24 mac) serentak di kampus-kampus uitm seluruh negara.
so mana yang tak sempat check out hari ni, boleh la pergi esok.


my mom & iqbal.



time beratur tu nampak lagi orang beratur kat dalam. i was like.. "huaa ramainya!!"



di dalamnya ada booths untuk setiap fakulti.

so kalau bakal student ni berminat nak ambik sesuatu jurusan,
boleh dapatkan maklumat lanjut kat booth fakulti yang dia minat tu.


meriah mak ngah.



ni time tunggu kat bahagian consultation jurusan apa yang sesuai untuk kita.

yoshh sebelum ke sini patut buat semakan syarat kelayakan online..
so boleh tau courses apa yang sesuai ikut minat and kelayakan kita.
dah sampai ekspo ni tinggal cari maklumat lanjut berkaitan kursus tu je.
so kitorang pergi kat bahagian kaunselor ni untuk dapatkan nasihat, bidang mana yang sesuai.



terkejut ai, ya Allah kenapa si iqbal ni mukanya kurus daripada muka ai!! *ujar si ex-kurus ini*



ni time dengar taklimat daripada fakulti pengurusan hotel & pelancongan.

sebenarnya setiap fakulti ada taklimat masing-masing..
tapi ada jadual dia lah. hari ni taklimat untuk fakulti kejuruteraan, hotel, bahasa.. etc.
esok fakulti-fakulti lain pulak.

bagus woih korang pergi ekspo ni
sebab boleh tau sesuatu course tu ada kat kampus mana.
so kalau rasa tak nak pergi jauh, boleh tengok la kursus mana yang ada di kampus berhampiran *boleh pulak macam tu HAHAHA*

tapi senang cakap, kursus diploma kebanyakannya memang kat luar shah alam.
shah alam ni ambik ramai budak degree.
tu pun ada yang degree kat kampus luar jugak. depends pada course.


lepas dengar taklimat, kitorang pergi kat booth dia untuk ambik brosur.


so kepada adik-adik yang berminat nak masuk uitm,
boleh la pergi ke ekspo ni.
lepas tu balik rumah dah tau nak isi borang UPU tanpa ragu-ragu.

yang penting kalau nak ke uitm,
sila la isi first choice anda uitm.
mudah-mudahan dapat. amiin.

oklah tu je. jumpa lagi di lain kala. haha. tata!
Thursday, March 21, 2013

3rd trimester here we go!


dah masuk week 27.
alhamdulillah.
and hip hip hoorei. *teehee*

precious, hang in there.
keep on kicking.
Wednesday, March 20, 2013

kucing 2 : keju























keju is smart, yet stubborn.
he knows when we call him "kejuuu", he'll respond.
and he loves to climb here and there.
sometimes he likes to ask me to play 'tag' with him.
(ko ajak orang pregnant main kejar-kejar dengan ko, keju?!!)
he always accompany us. orang masak kat dapur, dia pun duduk join.
he never finishes his meal. what a spoilt cat. haha
but still, we love our keju and his crooked tail :DD

kucing 1 : bobby



























bobby is super silent.
i only heard him meowing once. a really superslow meow.
that's why it's very hard to find him if he's hiding anywhere.
bobby loves cold places.
may be cause of his thick fur, he's easily getting hot.
he loves to play with crumpled paper ball, he'll chase it everywhere.
he's not an indulgent cat. he plays by himself, not with people :P
yeah may be that's his personality.
hope you'll find your happiness soon, bobby
(cause he doesn't look happy. erk may be cuz of his eyebrows' pattern. lolx)

not well & trust

hari ni sy kembali ke ofis
dengan satu semangat baru! dengan satu azam baru!!!
lepas MC semalam sebab tak sihat.
tak sihat sepenuhnya lagi ni.. still recovering.
patutnya doktor tu bagi MC 2 hari lah.. i still feel dizzy zzz
ye kalau selsema memang pening-pening sebab cairan dalam hidung menurun kan haha

so moral of the storynya
lepas ni jangan nak jalan jauh-jauh lagi.
dah tak larat tu buat cara tak larat.
faham, wani?!
:P

//

akan ada orang pertikai kepercayaan sy terhadap orang lain.
like.. how can i trust someone without black&white?
walau dalam Islam sekalipun ada nyatakan tentang merekod bukti.
sebab manusia ni saling menzalimi.
ye betul.
but my heart strongly believe in a person
dan sy harap kepercayaan sy tu betul.
sy percaya sy takkan ditipu.
kenapa sy berperasaan macam tu?
sebab orang yang diletakkan kepercayaan terhadapnya itu adalah sorang yang bersolat.
orang yang solat betul takkan menipu, right?
and i hold in that.
dan ye, kepercayaan sy adalah benar.
and i'm glad it is true :)
Monday, March 18, 2013

postponed food

ini sedikit lama punya cerita.
tapi gambar adalah refreshing ok :P

biasalah wani e kan,
pakar kumpul gambar banyak-banyak
pastu baru nak upload buat blog entry. kikiki

ok gambar pertama, kedua, ketiga, keempat adalah gambar time majlis makan lepas perhimpunan bulanan ofis hari tu. yoshh yang dr. faiz datang bagi talk tu. yosh pastu ada orang bagi soalan mintak dr. faiz suggest nama brand penapis air yang terbaik di malaysia. that was a memorable question, really. ikiki


biasalah kalau dah namanya makan buffet, harus la menyerbu! :)




ramai la jugak.



my table members.



lauk buffet special sikit hari tu.. nasi kerabu. special sebab berderet trays dia. lauk macam-macam. ada ayam percik la, ikan goreng, daging bakar, solok semua yadayada..

tapi sebab makan tengah hari awal sagat (dalam pukul 11 pagi),
petang tu dah lapar.
nasib baik bawak bekal kwey teow goreng bungkus untuk breakfast tapi tak jamah lagi.
so makan yang tu je la buat alas perut.

ni time pergi makan kat RASA, alamanda food court. ambik ikan bakar portugis. ada cencaru sekali dengan lala. makan dengan nasi putih. fuh. ikan bakar ni memang kawannya nasi putih je la dengan ulam. tu dah cukup.



ni pulak time ambik lauk meeting bos-bos HAHAHA.

time tu hari jumaat.
so best la sebab tak payah keluar ofis cari makanan.
dapat pulak lauk meeting nasi hujan panas dengan ayam madu warkhhhh sedapnya ayam diaaa!!! (10 harakat)
hari tu pernah sekali makan ayam madu ni.. time majlis khatam quran ramai-ramai kat ofis time bulan puasa rasanya. awesomeness.


ni pulak tengah shopping ketam kat pasar putrajaya.

you should see the udang galah weh. HUUUGE!!
dan sotong adalah fresh.
ketam gemuk-gemuk berisi banyak.
heaven je makan *menangis*


husbandku yang awesome.



beli 4 ekor ketam je. tapi tengok la sepit-sepit dia. mengancam, ok!



asalnya nak buat masak lemak cili api.
siap dah beli santan pekat, cili api, lemongrass segala.
pastu rupanya my mom dah siap masak bawal masak lemak oren.
ai tak baca message sebab tengah drive.
so sebab dah ada lauk kuah, kita gorengkan saja ketam-ketam itu.. wee hoo
ketam-ketam menunggu untuk digoreng. korang sangat berjasa kepada perut kami, ketam! :'DD


lepas makan banyak *siap ratah* tu,
pagi esoknya macam terbersin hidung selsema.
ni sah allergic seafood ni. nasib tak teruk. sebab pagi tu je sumbat.
petang dah ok. haha

ok till we meet again :)