Showing posts with label car. Show all posts
Showing posts with label car. Show all posts

Friday, July 10, 2020

tragedi kunci dalam bonet

assalamualaikum and salam jumaat! ^^

biasanya kita akan update blog ni bila ada benda-benda WOW berlaku.
ye, ada benda WOW berlaku semalam.
hahaha
tak tau la nak ketawa ke nak meratap sayu. ketawa la kot :'D

alkisahnya.
bila balik dari ofis semalam,
singgah la kedai depan-depan rumah tu beli barang..
before pergi ambik anaqi kat tadika dia.
so barang semua letak dalam shopping bag.
sebab nak mudah, kunci kereta kita masukkan sekali dalam beg tu.

so dah habis membeli tu,
kita letaklah beg dalam bonet.
sila ambik peduli, yang kereta myvi baru ni auto lock ye.
bila kita picit butang kat bonet, bonet akan terbuka.
lepas bonet tutup, kereta akan auto lock balik.
yesssss. you can guess. kereta tu pun terus auto lock lepas tutup bonet.
dan-dan ai terus teringatkan kunci dalam beg tadi.
kelam-kelibut nak buka bonet balik.
but noooooo bonet dah tertutup.
kunci kereta dalam beg tu pun dia tak detectttt.
tak tau apa masalah kunci tu. lolx

lepas tu, konon nak balik rumah ye ambik kunci spare.
call la grab.
so grab bawak balik rumah.
dah siap buat perjanjian dgn grab driver tu.. untuk dia patah balik ke kereta nanti.
just bayar dia cash je.
so fine la.
sampai-sampai depan pintu rumah,
baru teringat.
laaaa kunci gate auto pun dalam kereta! *tepek dahi sekuatnya*
dah, kunci rumah pun melekat sekali dgn kunci kereta yang terkunci dalam bonet! *tepek dahi dua kali*
tetiba keadaan dalam kereta grab tu senyap sunyi (sebab ai is tengah mode berfikir).
yang driver grab tu pun tumpang cemas,
tapi dia pun rush nak balik seremban rumah dia lepas ni.
so cakap, tak pe la drop je kitorang (ariana and i) kat depan rumah ni.
nanti kita settlekan.

so grab tu berlalu pergi.
dok call sana sini.
call servis perodua, dah tak berangkat.
call hadi, orang kedai perodua yang kita beli kereta dengan dia dulu.
dia cakap tekan je lama-lama bonet tu, nanti dia detect kunci dalam bonet.

nak jadikan cerita ni lagi lawak,
husb pun tak de ye.
dia outstation kursus 3 hari kat genting.
dia pun tak dapat balik sebab pi sana tumpang kereta orang.
hambikk.

so kita call grab la.
sorang pakcik dari putrajaya.
dia tolong hantarkan balik ke kereta.
so sampai kat kereta, try la lagi nak bukak bonet, macam encik hadi tu cakap.
memang tak boleh ye.
so how?

lepas tu terus whatsapp harith (my bro) yang kerja kat putrajaya.
nasib baik laa dia baik hati nak datang. haha
me and ariana jalan kaki ke KFC, tunggu dia kat situ.
so lepas tu dia sampai, kitorang pi ambik anaqi kat tadika,
then balik shah alam.

now tengah menaip kat shah alam le ni sambil work from home.

apa-apa kita tunggu la babahnya balik dulu untuk dapatkan kunci spare kat dalam rumah. haha

pengajaran kat diri sendiri, jangan letak kunci kereta, yang melekat dengan kunci rumah, dalam shopping beg :PP

nak husnuzon, kita fikirlah yang mungkin ada benda tak elok nak dielakkan.. tapi tak tau apa.
atau just saja ujian atau nak bagi pengajaran.
atau ada la tu benda-benda tak juruh yang kita ada buat. haha
apapun, lesson learnt and lepas ni kena lebih hati-hati la.
may be letak spare keys rumah kat mana-mana, di luar rumah.

tapi tak de la call tukang kunci.
lasttt time pernah kunci kereta tercicir kat kompleks JPM.
spare keys tak de sebab hilang, then tak buat baru.
panggil la tukang kunci kereta datang bukak.
RM600+ melayang (which is sebenarnya lagi murah daripada panggil perodua untuk buat set kunci baru  yang beribu kot time tu.. dah tak ingat sebab lama dah).
so yang tukang kunci tu last option la.
this time kita tak panggil la tukang kunci.


kadang teknologi ni memudahkan.
kadang bila kita lalai macam ni, dia jadi mengharukan pulak.
ahahaa

so bayangkan balik shah alam ni pakai baju mengulang,
sebab tak de baju HAHA
budak-budak lagi la.
si anaqi pembersih tu, mana dia nak pakai baju sama.
last-last dia tidur pakai seluar tak pakai baju semalam. lolx

tu la kisahnyaaa.

nanti my mom nak hantarkan balik dengkil bila husb dah sampai nanti.
thanks, ma.
jasamu dikenang.
ahaks.

Wednesday, August 15, 2018

toodles, my first car

assalamualaikum and hi! *wave*

alkisahnya tak ada plan pun nak tukar kereta.
tapi manusia hanya merancang kan. lolx
time-time road tax hampir nak meninggal,
ditambah pula dengan SST tax dah macam melambai-lambai (september is too close!)
i made a decision to buy a new car.

not that i don't love wpv 7*7*0*9.
we had so much ups and downs and turrnnn together. haha
macam-macam challenges wpv ni pernah lalui.
kena langgar harrier, hilux, kereta lama, tiang, divider tepi masjid (and so on. biasalah. kahh)
tapi time-time kena langgar tu, salah pelanggar ye. kesian kau, wpv.
ada yang dok suruh 'mandi'kan kereta. sebab banyak nau accidents.
khurafat apa semua tu. hahaha
padahal salah sy sendiri yang keluar tak baca doa (zaman jahil. lolx).


the last day with wpv 77**09. 14/8.. birthday abah tu. hee



oklah kita kasi wefie satu before i let it go. let it gooooo let it goooo *kejadah nak nyanyi semua ni hahah*

asal-asalnya pun bukan nak ambil kereta baru semalam.
semalam tu nak pi hantar wpv tukar cermin kereta.. sebab insurans cover.
nak kejar sebelum road tax meninggal minggu ni :P
tetiba en. hadi perodua bitau kereta dah ada.
dapat free tinted siap.
so bergegas la kita hantar wpv dan lepas tu mr. andy pembeli kereta terpakai hantar sy dan ariana (yang follow sekali) ke perodua kat area klang.

en. hadi kata sy nasib baik, sebab ada stok.
tetiba ada customer tak jadi beli. alhamdulillah la kalau macam tu.
kalau tak, kena tunggu 2 bulan (which is pada zaman SST muncol kembali! hah haha aduii)

wpv tu sy pakai 10 tahun, ok.
sejak zaman final year belajar.
nampak tak betapa loyalnya ai ni :DDD
atas dasar loyal, ai beli myvi jugak :P
kaler pun lebih kurang.
tapi ni namanya warna granite grey. dulu hitam.

cangg! kereta baru. it's time, i guess. nombor plat dah siap-siap beli. tu pun in a rush.

no plat kereta, RM260.
tapi sy up bagi RM270 buat belanja lunch orang yang tolong dapatkan number tu. haha
nombor biasa-biasa je, tapi meaningful la.
(rasanya korang dah boleh teka nombor apa. kahkah)


myvi advance 1.5cc.

review setakat pakai 2 hari ni, ok je.
myvi baru ni tak pakai kunci macam dulu.
pakai push start button.
lepas tu security dia bagus la.
macam kalau kita drive sorang, dia akan bukakan pintu belah driver je.
pintu lain locked.
nampak macam ruang lebih luas, kereta lebih panjang. ke ilusi sy je? lolx
lampu pun ada fog lamp.
cermin pandang tepi tu boleh auto tutup (yelah ai dulu pakai kereta usia 10 tahun.. haruslah banyak improvement by perodua)
kereta solid. bunyi alarm, signal semua nice.
design wise pun sangat lawa.
depan belakang semua cun.
overall i'm contented to have a new car on the time i need it the most (sebab wpv dah start menderum lepas tukar aircond hari tu).

to a new, great journey and experience with the new car!
moga-moga Allah lindungi sepanjang perjalanan (dan juga off-road).

wpv, you've done good.
sangat-sangat berjasa.
semoga dapat tuan yang best ok.

toodles!

Wednesday, August 10, 2016

augusto

baru terfikir nak berjimat cermat bulan ni.
rupanya bulan ni nak tamat road tax kereta ha ha haa haruuu T_T

tu pun tak perasan road tax mati bulan ni.
next week to be exact.
lepas tu kelmarin tetiba kena saman sebab parking tepi jalan HAHA *jangan contohi*
tang kena saman tu la terbeliak biji mata tengok tarikh road tax kat resit saman.
bukan terbeliak sebab kena saman kahkah
sebab dah tau consequence dia; kalau parking merata, saman la mendapatnya.
mungkin jugak kena saman ni adalah salah satu cara reminder suh renew road tax. :P

so pagi semalam dengan pantas terus bayar insurans and road tak kat myeg.
cepat gile service dia ok.
pagi submit, petang tu orang myeg dah datang hantar road tax.
ni 2nd time la renew roadtax kat myeg.
1st time tahun lepas la.
memang mudah gile. dan cepat.

so berjimatlah dikau wani e sehingga hujung bulan ogos.
ketepikan jualan merdeka ke jualan kebangsaan ke apa.
tiada perkara seumpama itu. kikiki

nak kena setup tabung road tax lepas ni nampaknya.

Monday, September 07, 2015

cuaca dan accident

pagi/petang/siang/malam yang panas.
haha.
serius panas sungguhlah.
bukan nak whine dengan cuaca ni,
tapi dah memang panas sebab jerebu.
sebab aktiviti manusia jugak kan.
tangan-tangan manusialah yang merosakkan dunia.
kesian dunia.
kesian sy jugak sebab panas. hahah

just for the record,
hari ni dah ambil kereta dari bengkel.
alah kereta sy yang eksiden hari tu.. hehe.
minta bengkel cat the whole body sekali.
tapi kena bayar sendiri la,
insurans cover mana yang kemek-kemek tu je.
lupa pulak nak snap gambar kereta shiny-shiny tadi.
cat baru lah katakan ahaha aha ha ha :DDD
nanti dah snap gambar sy tepek sini. kalau ingat.

balik dari ofis petang tadi,
ada accident kat area traffic light tempat sy eksiden hari tu.
tempat tu memang risky sikit.
sebab kereta akan berpusu-pusu nak ke kiri.
yang dok kanan sekali pun tak sadar diri..
dah tau nak ke kiri masih lagi dok lane kanan sekali.
nak dekat sampai susur ke kiri baru dia nak pi kiri.
tu yang kereta lagi terberhenti tiba-tiba.
boleh jadi accident.
walaupun dah takdir accident, tapi penyebabnya itulah dia. nak dijadikan cerita.
ok back to accident petang tadi.
ramai betul orang kerumun.
dengan polis trafik semua ada.
rupanya ada yang meninggal dunia.. innalillah..
nampak macam penunggang motosikal.
dah siap-siap tutup dengan plastik atas jalan tadi.
kesiannya.
balik rumah, husband cakap accident kereta proton saga.
langgar motor la kot.
mesej untuk semua termasuk diri sendiri,
hati-hati di jalan raya.

oklah nanti sambung.
nak baring mengadap kipas tower fan ni.
semoga angin kipas akan menyejukkan bilik ni.
hahah.

bye!

Thursday, January 22, 2015

bermain android game di dalam kereta

semalam ada accident kat putrajaya; lori langgar papan tanda.
menyebabkan lencongan jalan terpaksa dibuat and jam berleluasa kat area jalan nak ke alamanda dan presint 15.
biasanya sy balik ofis tak lalu pun jalan ni.
tapi semalam kena lalu sebab nak ambik ariana kat taska. lolx
husband lambat sikit baliknya, sebab dia cakap bos baru (baharu. new.) panggil meeting ke apantah.
meeting penting ke? dia cakap tak pun. biasalah bos baru katanya. HAHA


dekat sejam baru sampai taska. cooooooool. kalah balik shah alam.

so i told him "oo tu mesti jenis bos2 yang dah nak rembang petang, time orang siap-siap nak balik baru nak buat meeting."
come on la, bosses.
kalau perkara tu tak urgent dan boleh bincang esok pagi, please consider to bring the matters tomorrow.
kecuali kalau urgent sangat-sangat je.
you never know what your so-called meeting can affect other people.
macam kes sy jammed dekat sejam ni tak de apa hal sangat.
lambat ambik anak kat taska, stok susu dia dah habis, anak pun kelaparan. balik rumah pun lambat. malam baru sempat nak masak. apa ada hal.
bayangkan orang lain pulak dengan hal-hal lain yang lebih mendesak.

the other day.
ada kes seorang staff kerajaan nyaris kena rape sebab stay back sorang-sorang kat ofis.
itu satu lagi hal.
nak stay back sila la stay back ramai-ramai. selamat sikit.
or else, no stay back at all.
mungkin kerjanya urgent. tu yang dia terpaksa stay back.

but again, tu la nak kata.
our lives not only revolve around the workplace.
there's a place called home and people called family.
time kerja, kerja. time balik, balik.
kadang orang tu memang nak balik rumah.
tapi tetiba bos dia panggil discuss sampai ke tengah malam. macam mana tu?
occasional boleh la faham, tapi kalau frequent? (nasib baik la kitorang; me & husband ni tak de frequent. lolx)

teringat pulak zaman husband jaga biasiswa dulu.
memang sampai ke malam unit diorang stay back. hari-hari.
time tu sy pregnant, siap tidur kat lantai ofis tunggu husband sambil hantarkan dia makanan.
jangan kesian kat sy, sy dah tidur dah kat atas lantai tu.. haha.
kesian kat budak-budak unit dia la hari-hari macam tu je. balik rumah matahari dah hilang. esok bangun pagi masuk kerja balik.
either married or single, semua sama kesiannya.
yang married entah pukul berapa balik dapat jenguk family. ntah-ntah balik rumah family dah tidur.
yang single, kalau ada bf/gf jarang sangat la ko dapat interact with each other.
kalau yang single betul2 tak de bf/gf lagi la haru time bila nak keluar socialize entah.

moral of the story; time-smart!! LOL
(or kalau rasa kerja menimbun sangat & tak sesuai dengan kapasiti, tambahlah pekerja)


ahha ni view lif ofis yang baru di-renovate. cermin di mana-mana. segan kitorang tengok cermin hari-hari. wah haha

sebenarnya nak tunjuk lipstick tu AHAHA (not mine!)
siapalah yang semangat kiss dinding lif ni kan.
is this part of vandalism or an art expression? :P
kat lif kuarters kitorang, lif tu dalamnya baru cat.
tak sampai dua hari dah terkopek cat kat dinding.
siap ada conteng-conteng lagi.
bengong la budak-budak ni. kalau tak mengopek/menconteng lif, tak sah.
mana la lif tu nak merasa make over. tak pernahnya nak dapat. lolx

last but not least,
entry campur2 ni diakhiri dengan gambar nasi, ikan tenggiri goreng dan sayur kangkung goreng yang sy makan semalam. yumminess.
all hail sayur! :P



bye!

Friday, July 18, 2014

ramadhan ke-16 dan 17 wani ezryl

ni entry sekali cerita hari selasa dengan rabu lepas.

selasa adalah hari nuzul Quran.
for the first time, wilayah persekutuan cuti. *yay, cuti!*
jadi bolehlah rest sekejap kat rumah.
pagi-pagi tu ariana dah bangun. biasalah dia.
lepas tu mana kita pergi, situlah dia nak ikut.
macam kat bawah ni.

orang tengah baring kat katil, dia datang join kat tepi.



susah nak snap, budak ni banyak geraknya. haha

plan asal nak keluar rumah 10.30 pagi,
nak pergi shopping baju kat alamanda.
tapi pagi tu mengantuknyaaa.
sebab bangun super awal kan.
so lepas zohor baru pergi shopping.
ajak ariana sekali.
walaupun dia budak kecik,
tapi best shopping bawak dia.
ada lah yang meneman.
husband tamao ikut shopping mopping orang perempuan ni hahaha


meh try topi.



tau dah, letak apa pun atas kepala tu mesti nak tanggalkan :P



bawak stroller sebab kadang tak larat nak dukung dia.

bawak stroller jugak sebab budak kecik ni gigih lari.
so kalau nampak dia dah boring dalam stroller,
baru letak dia jejak lantai.
tu pun dia akan ke sana ke mari.
jenuh mengejar. haha

berjaya beli baju-baju lagi untuk ariana
and satu blouse untuk diri sendiri.

petang tu pergi rumah mertua kat banting.
ada makan-makan.
biasanya ramadhan macam ni,
orang jawa memang rajin sediakan berkat (makanan) yang akan diagih-agih kepada keluarga dan jiran tetangga.
so hari tu mak buat berkat.
dengan yang lain-lain la kat rumah tu.
kitorang datang bawak perut je. hihi



selain daripada yang dimasak sendiri, ada banyak makanan daripada family dan jiran yang berhampiran.. yum yum.


esoknya pulak hari rabu,
hari kembali ke ofis. haha
pagi tu ada ceramah sempena ramadhan.
penceramah jemputan.. ustaz elyas ismail.
memang best ceramah dia.
ustaz cakap kalau nak buat perkara baik and amal ibadah tu,
buat je.
jangan nak ditunggu-tunggu.
betul jugak kata ustaz tu.
ajal maut tak menunggu.
sebelum depa sampai baiklah kita yang serba kekurangan ni siap-siap apa yang patut.

best!

tak ingatlah sahur hari rabu tu makan apa.
tak tangkap gambar pun. lolx
makan nasi kot.

petang tu masa kat ofis,
tayar kereta terlanggar dinding tepi.
terus dia bocor. ahaha
call husband, lepas tu husband and kawannya zaim datang tolong tukarkan tayar.
tu pun tayar spare sy pancit, sebab tak pernah guna bertahun :P
pinjam tayar husband.
sy balik rumah naik kereta husband,
diorang tolong settlekan tayar kereta sy kat parking ofis.
so balik pun dah lambat sikit.
sempatlah masak sikit ni ha.


sotong goreng kunyit.



ikan cencaru bakar. ada jugak sambal kerang daripada rumah mertua semalam.

hah baru ingat!
sahur makan lauk yang mertua bekalkan! ihihi

ok habis cerita hari rabu.
hari khamis tu husband bawak kereta sy ke ofis.
balik ofis dia tolong tukar and belikan tayar baru.
thank youuu hun!

sekian. harap maklum. :P

Sunday, September 22, 2013

with my honeybun

happy ahad, gais!

hari ni plan nak pergi merata.
but before kita proceed dengan plan-plan itu,
mari update blog kejap. huahaha :D

khamis malam yang lepas,
husband balik sini.
jealous tak kau jah, budak-budak DP*A kali ni selalu dapat free & easy time.
zaman kitorang dulu, sabtu ahad je mesti ada event.
tak pun kalau tak de event, disuruhnya main sukan sampai tengah hari, lepas tu baru boleh balik.
berapa sangat la masa yang tinggal untuk spend dengan family.
(nasib baik time tu ai belum kahwin lagi. lolx)

jumaat sabtu tu lepak banting, rumah in laws.
sabtu petang baru kitorang balik shah alam.

so ngedate la kita.
kejap pun tak pe.
melepas batuk di tangga rindu di dada :B

husband menangkap gambar kucing terkini, shinshin.

shinshin ni kak anis bagi.
sebab dia bela berbelas ekor kucing. banyak kucing bulu kembang macam ni la.
so dia bagi untuk dicouplekan dengan bubu (kucing kembang kelabu, ada dalam sangkar tu tapi tersorok).

kenapa bubu duduk je kat atas tak turun bawah?
sebab shinshin garang gile, ok!
macam mana nak couple kalau ko garang sangat, shinshin? ikiki.

bubu pun tak sabar-sabar.
shinshin baru masuk dalam sangkar first day tu dah nak dirogolnya.
tau la selama ni tak de kawan. ishish. :P
tapi bubu memang kucing baik. dia tak melawan. dia diam je. be cool je.

pagi sabtu tu ajak husband teman pergi servis kereta.
dah jalan jauh sangat kereta ni.


we ols berdua. kehkeh



sambil husband drive, sambil sy camwhore. berkerut menahan silau mentari pagi.

berjanggut kot tunggu kereta servis.
ok tak de la super lama, ada la dalam sejam lebih.
hantar pukul 9+, 11++ dapat.

sambil-sambil tu kitorang jalan kaki pergi shopping barang.
siap beli durian makan sambil jalan balik ke pusat servis kereta.
(berjalan kaki baik untuk kesihatan! lolx)

orang tak ready dia dah snap laju-laju. haha



kami tengah makan durian!! ni durian kahwin D24.

husband dah balik ke kemaman.
sakit tekak katanya.
kalau balik sini mesti ada sakitnya; demam ke selsema ke, batuk atau sakit tekak.
DP*A, what you have done to him??
mesti sebab tak cukup rehat tu. -_-"

get well soon, husband!

gambar yang husband tangkap time sy drive balik.

tetiba ok.
dia angkat phonecam, sy terus posing macam tu HAHAHA
fotegenik tak fotogenik tak? *sudahlah ko, wani!*

fuahahahahaha

kbai!

Tuesday, September 10, 2013