Sunday, July 27, 2014

ramadhan ke-26 wani ezryl

backdated entry.
sebab baru tadi check post, ada yang dalam draf.
ye entry ini lah! HAHA

(halal je la ye, dah raya baru nak update) :P

ni sebenarnya lauk pauk buka puasa kitorang hari tu.

sy punya nasi beriyani darussalam presint 17,
husband punya roasted chicken, bakar sendiri. (menu diet)


menu orang tak diet (sy lah tu!)



menu orang berdiet (husband)



jus mangga WIN! super pekat, super sedap. beli kat darussalam jugak.

better than jus mangga kat bazar la,
yang rasa ais dengan gula je lebih.
yang ni memang pekat and pure.


overall on table view.



ariana pun ada teman makan, walaupun dia tidak berbuka puasa. heh hehe



look up, ariana! :P



sekarang memang dia prefer nak makan sendiri. no suap suap, ok. -_-"



"apa ni?" tanya ariana.



meneliti makanan di tangan.


selain tu,
sempat jugak la siapkan sampul raya DIY.
sy tak pergi tukar duit kat bank pun.
biasanya bergantung harap kat duit duit yang keluar daripada mesin ATM.
untuk sepupu sepapat, sy beli barang kat kedai and dapat change duit kecik 10-10.
senang kan, tak payah pergi bank *nak pergi pun tak sempat* T_Tv


hasil DIY.

oh, template sampul raya ni dapat daripada blog contengconteng.
thanks! xD

selain tu gigih membeli make up untuk raya.
ye lah, orang jarang make up.
blusher sedia ada pun dah pecah seribu. haha
so beli baru la satu set siap.

cukup la tu. lipstick satu, eyeshadow satu, blusher satu DAN mousse muka satu. lolx

sekian!!
ok boleh sambung raya korang tu! haha

Saturday, July 26, 2014

ramadhan ke-25 wani ezryl

khamis and jumaat taska tutup, cuti raya.
so bawak ariana ke ofis.
everyone loves her,
even though dia ni susah nak dekat orang yang dia tak familiar.

i think it's better for a baby/kid berhati-hati dengan orang sekitar,
especially dengan orang yang dia tak kenal/tak familiar.
tak sepatutnya bangga if baby/kid tu terlampau friendly with everyone.
it's dangerous, ya know.
just my two cents.


bos ai yang baru. ahax



wearing the new nurhannah wide shawl.

selfshot dengan anakanda. or as everyone call it nowadays; a selfie.

selfie : a term where ko yang tangkap gambar sendiri, bukan orang lain tangkapkan!
(sekian ilmu internet 101. rofl)

cheeky.



'anakku bulat' tajuknya. AHAHA



bos bulat duduk dengan comfynya di atas kerusi.



"ramlah, masuk bilik saya sekarang!" :'DDD

buka puasa... dalam kereta.
yeah. tetiba kan.
pergi alamanda main terjah je.
hambik ko semua restoran penuh.
bangku-bangku kat luar penuh.
kaki lima penuh.
aaaa stressnya aku kat alamanda niiiii.
last-last beli roti, buka puasa dalam kereta kat parking.
lepas makan, solat and sambung makan berat pulak kat food court.
tu pun meja banyak penuh walaupun ini second group yang makan.

aaa tolong la wujudkan dua lagi shopping malls kat putrajaya ni.
alamanda ni dah terlalu dense untuk semua oranggg.
tiap kali datang je stress.
sebab everywhere, here and there ada je manusia berjela.
mana-mana pun kena beratur panjang.
tak convenient sangat.


kesian ariana sampai tertidur dia. ni atas kerusi kat food court ok. sedih betul nak makan pun kena tunggu giliran kat alamanda ni. :/

tamatness kisah hari khamis. :)

ramadhan ke-24 wani ezryl

ni cerita rabu lalu.

time sahur kali ni sempat la snap gambar.. huohuo

padprik campur, cendawan goreng kentucky, kerang bakar from semalam, ayam golek seketul from semalam.



the kentucky fried oyster mushroom :)



padprik campur. macam-macam ada.. haha


bukak puasa pulak plannya nak makan kat luar je.
tapi balik rumah dulu buka puasa yang ringan-ringan.
lepas mandi, solat maghrib baru nak keluar as planned.
so goreng cucur udang la senang.


cucur udang bergolekan. actually it's cucur udang dan sayur. sebab sayur banyak. I LOVE SAYUR!












ariana pun semangat makan cucur. tapi udang tak bagi ke dia la.

lepas solat maghrib tu kitorang gerak ke umai.
ingat nak order ala carte kan,
tapi rupanya ada ramadhan buffet je.
and orang yang berbuffet dari awal pun tak balik lagi. haha
ok lah, mai pi jalan shopping raya dulu.
tapi tak shopping mana pun,
just cuci mata.

festival raya putrajaya di area masjid besi dan PjH.



dalam building pun ada sale raya.



ariana yang menjumpai beanbag and loved it.



tengok! tak nak turun tu! lolx



macam ni la keadaannya festival raya. banyak jugak la booth.



baju kasual semua ada.



kuih-muih, air pun ada.

tapi entahlah,
raya tahun ni walaupun pergi window shopping merata,
tapi susah nak jumpa baju yang berkenan di hati.
semua sepesennn je tahun ni.
baju plain, lepas tu letak lace kat border baju.
satu lagi baju yang macam ada print bunga kat bahagian bawah baju.
aaa sama aje semuanyaaa.
in the end, beli sejadah je untuk bilik kat ofis.

sempat lagi tu snap gambar kat depan istana kehakiman ;)



orang yang berwindow shopping.



three of us.

last-last pergi makan kat fuel shack, ayer@8 je.
walaupun hari tu tak de feeling pun nak makan burger.
tak pe lah, since burger dia pun sedap kan.
makan aje la. hehe
ditemani oleh air oren dengan bubbles.




then ternampak satu kedai pakaian muslimah ni dekat sebelah fuel shack.
mula-mula tu takut jugak nak masuk
sebab kedainya huge dan nampak macam kedai mahal.
tapi bila dah masuk,
tapi mahal pun ok!
baju and tudung dia semua affordable.
shawl dalam harga RM15-20 je.
biasa kalau kedai lain suka jual RM35 ke atas.
nama kedai : nurhannah.
jemput la datang kalau free ^^


ada telekung jugak.

sekarang pesen telekung lycra warna-warni.
sy tak tau la suka ke tak telekung lycra ni,
sebab never own one.
tapi rasa macam berat aje kainnya.
dan terlalu berwarna.
my ideal telekung is always white.
lepas tu nak letak sulam ke kerawang ke, teruskan lah.
tapi tak pernah lagi beli telekung berwarna selain putih ni. hihi


luas kedainya kan!

sekian dulu cerita hari rabu.
nanti sambung yang hari khamis pulak ;)
tata!!

Wednesday, July 23, 2014

ramadhan ke-22 dan 23 wani ezryl

hah! baru sempat nak update entry terkini.. ekeke
but before sy mula,
good news; malaysia dah berjaya dapatkan blackbox MH17!
tahniah kepada PM yang berjaya nego dengan pihak pemisah.
see, tak payah nak attack atau apa. just nego. world peace. lolx

now back tu cerita makan-makan kita,
*bertobatlah wani, sibuk nak makan aje kerjanya* :P

kelmarin buka puasa dengan sup ayam.
yosh, hidangan dietlah macam biasa. macam tak tau pulak. hahah
nah sup ayam!

sup ayam sedap.



comforting. makan panas-panas dengan nasi putih.. pehhhh.



"helo, saya sup ayam! salam perkenalan!" ecehh.



from top.

malam tu pulak try buat puding roti (for the first timenya. ahha!)
sy pakai resipi pusing roti nani rostam, mak hanis zalikha.
*tapi ada alter sikit*
pakai roti butterscotch.. yum yum.


masa dalam oven mengembung rotinya. horror, ingatkan roti nak meletup! lolx



a piece of. lazat!

ceritanya sy terlupa beli bahan-bahan untuk buat sos.
so puding je la tak de sos. HAHAHA

esoknya selasa.
buka puasa beli kat bazar je,
sebab hari selasa adalah hari ke pasar tani, beli bahan-bahan dapur.
tak sempat kot nak balik masak.
ni lah yang dibeli semalam :


nasi kerabu. keropok goreng sendiri.

lupa nama gerai dia..
tapi gerai ni orang ramai gile beratur!
ada 4 row.. lepas tu dalam 4 row tu ada la dalam 10-12 orang.
dan row tu tak pernah pendek!
(orang putrajaya suka nasi kerabu agaknya haha)

but so far sy tak jumpa lagi nasi kerabu yang super sedap di putrajaya ni.
nasi kerabu super sedap masih di seksyen 19, shah alam.
di trak depan shell sebelah hotel de palma. hihi

same as ayam golek.
walaupun sy membeli ayam golek champion bazar putrajaya yang sebelum ni berpuluh orang beratur panjang,
pemenang sole masih ayam golek seksyen 20, shah alam.
yang jual everyday except saturday. (sebab sabtu ada pasar malam).
ayam golek dia.. fuh. penuh berempah and rasanya sampai ke dalam.
tak payah sos ke apa memang dia sendiri dah sedap.

so ni rupanya ayam golek champion ;)
sedap jugak.

ayam golek madu (champion).

memandangkan husband diet dan tak makan nasi masa berbuka,
sy belikan sekali putu mayam untuk dia.

putu mayam! xD



kerang bakar. besar kerangnya.



air mangga RM3 sebungkus.

pun tak jumpa lagi air mangga pure.
winner air mangga pure jatuh kepada restoran saddam hussein, KTcity. ahax
(jauh tu kalau nak pergi beli :P)
nombor 2, air mangga seksyen 20, shah alam.


goreng keropok buat peneman nasi kerabu kosongku :P (keropok ni berkurun bos bagi baru nak goreng. haha)



kesimpulannya dalam satu gambar. lolx


hari esok rasanya dah ramai yang akan mula cuti raya.
hari ni dapat kain batik and brooch daripada kelab sukan & kebajikan ofis.
esok lusa sy masuk ofis.
mood raya kat ofis je la. haha
kbai!